Anda di halaman 1dari 3

Gambar rajah berikut menunjukkan motor DC dwikutub ringkas dengan berus.

Putaran Motor DC

Sebuah motor DC
ringkas. Semasa arus
elektrik melalui gelung,
satu medan
magnet terhasil di
sekeliling armatur.
Bahagian kiri armatur
ditolak jauh
oleh magnet kiri ke
arah kanan,
menyebabkan putaran.
Armatur terus berputar. Semasa armatur
berkedudukan
melintang, penukar
tertib menukar arah
aliran arus melalui
gelung, menterbalikkan
medan magnet.
Proses berulang.


Pelbagai saiz motor elektrik.
Semasa arus melalui gelung yang dililit pada sebatang teras besi lembut, bahagian kutub positif
bertindak mengikut daya ke atas, manakala bahagian yang satu lagi pula bertindak mengikut daya
ke bawah. Menurut Hukum Tangan Kanan Fleming, paduan daya tersebut menghasilkan kesan
memusing pada gelung, menyebabkan ia berputar. Untuk membolehkan motor berputar pada satu
arah yang tetap, penukar tertib arus terus menterbalikkan arah arus setiap separuh putaran (bagi
motor dwikutub) sekaligus menyebabkan motor terus berputar pada satu arah yang sama.
Masalah utama dengan rekaan motor ini ialah apabila satah gelung selari dengan medan magnet,
iaitu semasa kutub rotor bersudut tepat 90 darjah dengan kutub stator, kilasan yang terhasil ialah
sifar. Dalam gambar rajah di atas, keadaan tersebut berlaku semasa teras gelung melintang
kedudukan betul-betul sebelum gambar terakhir di sebelah kanan. Motor tidak berupaya untuk
dihidupkan pada kedudukan ini. Namun, sebaik sahaja ia dihidupkan, ia terus berputar melepasi
kedudukan ini melalui inertia.
Masih terdapat masalah kedua dengan rekaan ringkas ini. Pada kedudukan kilasan sifar ini, kedua-
dua berus penukar tertib menyentuh kedua-dua sesentuh penukar tertib, menghasilkan litar pintas.
Masalah di sini ialah keadaan litar pintas ini membazirkan kuasa dengan sia-sia tanpa menghasilkan
sebarang gerakan (apatah lagi sebarang arus gelung.) Dalam demonstrasi berkuasa rendah
menggunakan bateri ini, keadaan litar pintas ini secara amnya tidak berbahaya. Namun, jika motor
dwikutub ini digunakan untuk melakukan kerja sebenar berkadaran beberapa ratus watt, litar pintas
ini boleh mengakibatkan pemanasan lampau penukar tertib, kerosakan berus, serta berpotensi
untuk mengimpal berus jika bukan logam pada penukar tertib. Berus karbon yang digunakan
secara meluas tidak akan terkimpal. Walau apa pun, litar pintas sebegini sangat membazir,
menghabiskan kuasa bateri dengan cepat dan, paling kurang pun, memerlukan komponen bekalan
kuasa untuk direka dengan piawaian yang lebih tinggi daripada yang diperlukan untuk menjalankan
motor tersebut tanpa litar pintas.


Bahagian dalaman motor DC.
Satu penyelesaian mudah ialah dengan membuat jurang antara plat penukar tertib lebih besar
daripada hujung berus. Ia meningkatkan banjaran sudut kedudukan kilasan sifar tetapi
menghapuskan masalah litar pintas. Dengan modifikasi ini, ia boleh mematikan motor dengan hanya
menyekatnya pada kedudukan kilasan sifar. Namun, kelemahan ketara bagi penyelesaian mudah ini
ialah motor meluncur melalui satu lengkuk putaran dua kali bagi setiap putaran dan kilasan menjadi
berdenyut.
Jika aci motor DC dipusingkan oleh daya luaran, motor tersebut akan bertindak sebagai penjana
elektrik serta menghasilkan daya gerak elektrik (EMF). Pada operasi biasa, putaran motor akan
menghasilkan voltan yang dikenali sebagai daya songsang gerak elektrik atau EMF songsang,
kerana ia melawan voltan yang dikenakan pada motor. EMF songsang ini merupakan penyebab
motor semasa berputar dengan bebas tidak kelihatan seperti mempunyai rintangan elektrik rendah
seperti wayar lilitannya. Ia merupakan EMF dsms ysng dihasilkan semasa motor digunakan sebagai
penjana elektrik (contohnya apabila beban elektrik seperti mentol lampu disambung pada terminal
motor dan aci motor diputar oleh daya luaran). Oleh itu, jumlah jatuhan voltan merentasi motor terdiri
daripada jatuhan voltan EMF songsang, dan jatuhan voltan parasitik yang terhasil daripada
rintangan dalaman lilitan armatur. Arus yang melalui motor diberikan melalui persamaan berikut:

Kuasa mekanikal yang dihasilkan diberikan oleh:

Semasa motor DC tanpa beban berputar, ia menghasilkan daya gerak elektrik yang bergerak
songsang yang menghalang arus daripada dikenakan pada motor. Arus yang melalui motor jatuh
semasa putaran motor meningkan, dan motor yang berputar bebas mempunyai hanya sedikit sahaja
arus. Hanya apabila beban dikenakan pada motor sahaja yang memperlahankan rotor serta
meningkatkan arus yang mengalir melalui motor.
"Dalam eksperimen bagi motor sebegini dengan magnet yang diuja berasingan, maklumat berikut
diperolehi:
Putaran seminit 0 50 100 160 180 195
Ampere 20 16.2 12.2 7.8 6.1 5.1
Secara ketaranya, jika motor dibantu untuk berputar pada kelajuan 261.5 putaran seminit, arus yang
mengalir melaluinya dikurangkan sehingga sifar. Dalam keputusan terakhir, arus 5.1 ampere diserap
untuk memacu armatur melawan geserannya sendiri pada kelajuan 195 putaran seminit."
[1]

Anda mungkin juga menyukai