Anda di halaman 1dari 2

Peng: Selamat datang juga buat saudari.

Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan


saya pada panel pertama ialah apakah punca punca kes pembuangan bayi dalam kalangan
remaja pada pendapat puan?
Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi kerana menjemput saya untuk berbicara
dalam majlis forum ini.saya selaku pegawai kementerian wanita dan keluarga ingin berkongsi
pendapat saya dengan hadirin sekalian. Pada pendapat saya, punca utama yang menyebabkan
pembuangan bayi ialah keruntuhan institusi kekeluargaan dalam masyarakat kita. Ibu bapa
yang merupakan ketua keluarga telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka mendidik
anak-anak menjadi insan yang bersahsiah dan berkeperibadian mulia. Mereka sibuk dengan
tugas-tugas seharian sehingga anak-anak terabai. Anak-anak yang kekurangan perhatian dan
kasih sayang daripada ibu bapa mereka lebih cenderung untuk mencari keseronokan di luar
rumah. Akibatnya, mereka terjebak ke kancah permasalahan sosial seperti melakukan seks
bebas sehingga mengandungkan anak luar nikah. Pada masa itu, barulah mereka sedar
bahawa mereka sudah terlanjur dan jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan tersebut
adalah dengan membuang bayi yang dikandungkan. Mereka melakukan perbuatan terkutuk
ini adalah untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka daripada pengetahuan ibu bapa.
Jelaslah bahawa kerapuhan institusi kekeluargaan merupakan punca perdana berlakunya
masalah pembuangan bayi di negara kita.

Bolehkah saudari panel pertama menerangkan kesan pembuangan bayi dalam kalangan
remaja? Terima kasih saudari pengerusi. Soalan yang amat menarik.atara kesannya ialah
keluarga perempuan adalah maruah diri dan keluarganya akan musnah akibat maksiat,
penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku
secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hina sehingga
turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun
banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula mereka
perkatakan sampai bila-bila.
Terima kasih saudari pengerusi,antara langkah yang tepat untuk mengelakkan kes
pembuangan bayi dalam kalangan remaja ialah pertama ibu bapa harus menilai semula
peranan mereka sebagai ketua keluarga. Mereka tidak boleh terlalu materalistik sehingga
mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak. Mereka harus meluangkan masa pada setiap
hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak kehilangan tempat untuk
mengadu. Para ibu bapa harus sedar, wang ringgit yang diberikan kepada anak-anak tidak
dapat dijadikan penganti diri kerana wang ringgit itulah yang boleh menghancurleburkan
kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah ambil tahu segala aktiviti yang dilakukan
oleh anak-anak mereka di luar rumah. Mereka tidak boleh lepas tangan kerana malang tidak
berbau. Ruang kebebasan yang diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-
anak terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jika kita mahu mengatasi
masalah pembuangan bayi hingga ke akar umbi, peranan ibu bapa hendaklah diperkasakan
semula kerana pendidikan seharusnya bermula dari rumah.

Anda mungkin juga menyukai