Anda di halaman 1dari 42

Pemerhatian

Udara keluar dari belon B yang


dicucuk dengan jarum.

Belon B menjadi lebih ringan daripada
belon A yang berisi lebih banyak
udara
Pemerhatian
Air di dalam besen tidak memenuhi
bikar itu sepenuhnya.


Kesimpulan
Udara mempunyai jisim dan
memenuhi ruang. Ini menunjukkan
udara adalah jirim
Ais

Air

Gas/Stim
Konsep Ketumpatan

Pemerhatian:
Ais terapung di permukaan air.

Sebab:
Ais kurang tumpat daripada air.
Pemerhatian:
Batu tenggelam di dalam air.

Sebab:
Batu lebih tumpat daripada air
Air
Konsep Ketumpatan

Keapungan
sesuatu objek itu
bergantung kepada
ketumpatannya.

Bahan yang
berbeza
mempunyai
ketumpatan yang
berbeza
Terapung
Tenggelam
Hitung Ketumpatan Batu
Jisim batu = 10 g

Isipadu batu = 5 cm
3





Ketumpatan batu
=
10 g
5 cm
3
=
2g/cm
3

Latihan
Hitung ketumpatan setiap objek tersebut

Objek Jisim (g) Isipadu
(cm
3)


Ketumpatan (g/cm
3
)
Guli
16 4
Batu
60 8
Gabus
10 4
Kaca
30 5
Aplikasi Keadaan Jirim
Manusia menggunakan pengetahuan tentang
ciri-ciri keadaan jirim yang berbeza untuk
mewujudkan kehidupan yang lebih
sempurna.

Penyimpanan dan pengangkutan gas adalah
sukar kerana gas mempunyai isipadu yang
tidak tetap.

Jadi, gas dimampat menjadi cecair untuk
dimuatkan ke dalam bekas yang kecil supaya
mudah disimpan dan mudah diangkut.

Contoh: gas memasak dimampat menjadi
cecair yang mudah disimpan di dalam silinder
gas
Aplikasi Konsep Ketumpatan
Manusia menggunakan konsep
ketumpatan untuk membina:
1) rakit
2) pelampung
3) boya
4) kapal selam
5) belon udara panas

Aplikasi Konsep Ketumpatan
Rakit
Rakit diperbuat daripada batang buluh
atau
kayu yang diikat bersama.
Batang buluh mempunyai rongga yang
berisi udara.
Oleh kerana udara dan kayu kurang
tumpat daripada air, rakit dapat timbul di
atas air.

Aplikasi Konsep Ketumpatan
Pelampung
Pelampung ialah tiub berbentuk donat
yang berisi udara
Pelampung membolehkan pemakainya
timbul di permukaan air kerana udara di
dalamnya kurang tumpat daripada air.

Aplikasi Konsep Ketumpatan
Boya
Boya mempunyai sebuah silinder yang
berisi udara.
Boya timbul di permukaan laut untuk
memberi panduan pelayaran kepada
anak kapal.

Aplikasi Konsep Ketumpatan
Kapal selam
Kapal selam mempunyai tangki balast yang
diisi air atau udara.

Apabila kapal selam hendak diselamkan ke
dalam laut, air dipam masuk ke dalam tangki
balast untuk menambahkan ketumpatannya.

Sebaliknya, air dipam keluar daripada tangki
balast bagi membolehkan kapal selam timbul
di permukaan air.

Oleh yang demikian, kapal selam dapat
ditimbul atau ditenggelamkan dengan
mengubah isipadu air di tangki balast.

Aplikasi Konsep Ketumpatan
Belon udara panas
Belon udara panas beroperasi
berdasarkan prinsip bahawa udara panas
adalah kurang tumpat daripada udara
biasa.

Untuk menaikkan belon udara, suhu
udara di dalam belon ditinggikan. Maka,
belon menjadi kurang tumpat daripada
udara di persekitaran.

Untuk menurunkan belon udara, suhu
udara di dalam belon direndahkan. Maka,
belon menjadi lebih tumpat daripada
udara di persekitaran.

Anda mungkin juga menyukai