Anda di halaman 1dari 6

JENIS – JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah laku bermasalah di definisikan sebagai aksi murid yang dianggap


mengganggu kerana menghalang proses kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Tingkah laku bermasalah boleh berbentuk positif atau negatif.
Tingkah laku bermasalah positif seperti ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas
dan proaktif. Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada distruktif, disruptif,
bergantung, hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.

TINGKAH LAKU BERMASALAH POSITIF

1. Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu

Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Pada peringkat awal,
kanak – kanak akan bergerak menuju ke arah bungkusan yang terletak di atas
meja. Seterusnya dia akan mengoyakkan pembalut bungkusan tersebut untuk
melihat barang yang terdapat di dalamnya. Perbuatan ini akan menyebabkan
murid bertindak dengan cepat tanpa menerima arahan daripada guru. Tingkah
laku seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di dalam
makmal.

2. Tingkah Laku Murid Cepat Belajar

Murid – murid dalam kategori ini biasanya akan dapat memahami sesuatu
konsep dengan depat. Oleh itu, jika guru mengulangi penerangannya, murid –
murid yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan memberi
penumpuan lagi. Lantaran itu, mereka mula menimbulkan pelbagai jenis
gangguan seperti mengusik rakan yang duduk di sebelah yang tentunya akan
menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
3. Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas

Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti


intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan dan
mempunyai daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini adalah
tinggi. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas dalam matematik,
sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan hubungan manusia. Mereka cepat
mencapai pemahaman terhadap konsep – konsep yang di sampaikan. Ini
menyebabkan mereka akan merasa cepat bosan sekiranya kaedah pengajaran
guru adalah lambat dan tidak menarik. Kebosanan ini akan menyebabkan
mereka menimbulkan pelbagai jenis masalah di dalam kelas. Ini bermakna
proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas sekiranya keperluan pelajar
pintar cerdas tidak dipenuhi.

4. Tingkah Laku Murid Proaktif

Murid – murid seperti ini sentiasa aktif dan bertindak denagn penuh
semangat. Mereka jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu.
Contohnya, selepas sahaja memerhati satu demonstrasi di dalam makmal,
mereka ingin menjalankan uji kaji tersebut dengan serta merta. Tingkah laku ini
boleh menimbulkan masalah kerana tanpa arahan yang jelas, kemalangan boleh
berlaku.

TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF

1. Tingkah Laku Destruktif


Tingkah laku destruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10
hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah
laku seperti vandalisme iaitu merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui
perbuatan fizikal seperti tumbuk menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti
seseorang yang lain.
2. Tingkah Laku Disruptif
Tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang boleh menjejaskan
kelicinan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran,. Jenis – jenis tingkah
laku disruptif termasuk tingkah laku hiperaktif, perubahan yang melampau,
kebisingan, pergerakan pelajar tang tidak perlu, mengganggu rakan, gelak
ketawa yang kuat dan kelakuan agresif fizikal seperti tolak menolak atau tumbuk
menumbuk di dalam kelas.

3. Tingkah Laku Bergantung


Merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu bergantung kepada
orang lain, sama ada guru atau rakannya untuk menjalankan sesuatu tugasan
atau membuat sesuatu keputusan. Individu – individu yang tergolong dalam
kumpulan ini termasuk mereka yang menunjukkan sifat pergantungan
berlebihan, kebimbangan dan pengunduran diri.

4. Hiperaktif
Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampau
aktif berbanding keadaan yang biasa. Ciri-ciri murid hiperaktif ialah tidak boleh
duduk diam, selalu gelisah, suka merungut, kelakuan sukar diramal, mudah
melenting dan tindak balas berlebihan. Punca hiperaktif ialah kecederaan otak,
pemakanan dan baka. Kesan hiperaktif ialah kendiri yang rendah, tidak dapat
belajar secara optimum, sosial yang rendah, kesabaran yang rendah dan selalu
keseorangan.

5. Tingkah Laku Bimbang


Kebimbangan boleh didefinisikan sebagai suatu perasaan kurang senang
disebabkan oleh kepercayaan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.
Perasaan ini berkait rapat dengan emosi ketakutan.
6. Tingkah Laku Murung
Kemurungan merujuk kepada satu – satu keadaan yang amat sedih. Ia
boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Pelajar yang mengalami kemurungan tidak
berupaya berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah dan sentiasa termenung
dan berkhayal.

7. Pengunduran Diri
Pengunduran diri bermakna penarikan diri daripada suatu situasi yang
kurang selamat atau mengancam. Kadangkala, pengunduran diri juga dilakukan
untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian terhadap satu – satu masalah. Di
dalam bilik darjah, pengunduran diri adalah nyata apabila seseorang pelajar tidak
berupaya menjawab soalan guru. Selain itu, pelajar – pelajar yang tidak
mempunyai kemahiran dalam apa sahaja permainan biasanya akan mengundur
diri apabila guru memilih pemain – pemain bagi satu permainan.

8. Tingkah Laku Pengasingan Diri


Amalan pengasingan diri mungkin disebabkan oleh personaliti pelajar
sendiri yang tidak gemar bercampur gaul dengan rakan – rakan di dalam kelas.
Dia mungkin tidak diterima oleh pelajar – pelajar lain. Pelajar seperti ini juga
didapati mempunyai harga diri yang rendah yang akan mengakibatkan masalah
– masalah lain yang mana pelajar berkenaan akan cenderung menunjukkan
tingkah laku antisosial bagi tujuan mendapatkan perhatian atau layanan guru.

CARA – CARA GURU MENGATASI TINGKAH LAKU


BERMASALAH

1. Belajar Sambil Bermain.

Ia adalah satu teknik dan kaedah mengajar yang memberi peluang


kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan
terkawal. Secara tidak langsung murid berminat untuk belajar bersama-sama
tanpa menganggu murid yang lain.

2. Main Peranan

Ia merupakan satu lakonan oleh sekumpulan murid di hadapan kelas


tanpa mempunyai skrip. Murid ini perlu diarahkan menjadi pelakon. Sudah tentu
mereka akan rasa seronok diberi peluang untuk beraksi di hadapan murid -
murid lain.

3. Kaedah dan Teknik Pemudahcaraan

Teknik ini menumpukan kepada kemahiran guru sendiri untuk


memotivasikan murid-murid, membimbing menggalakan mereka aktif dalam
proses pembelajaran tanpa sebarang gangguan atau hentian. Teknik Penyoalan
perlu dilakukan terutamanya di dalam set induksi.

4. Tunjuk Cara (Demonstrasi)

Guru mesti menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang


melibatkan demonstrasi di hadapan murid.

5. Peneguhan Positif

Peneguhan positif ialah satu proses di mana guru akan cuba mengawal
tingkah laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-
kata perangsang yang dapat membaiki, mengubah tingkah laku murid-muridnya.
6. Peneguhan Negatif

Jika teknik peneguhan positif tidak berkesan, maka guru perlu


menggunakan peneguhan negatif untuk mengawal tingkah laku murid seperti
denda, memarahi murid, atau menyuruh mereka menjalani ‘time out’. Peneguhan
negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan
menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan.