Anda di halaman 1dari 6

Sumber Tenaga Mapan dari Sistem Mikro Hidro

untuk Bekalan Elektrik Luar Bandar


Pengenalan

Malaysia dianugerahkan dengan sumber alam yang kaya. Sumbar alam ini boleh
digunakan untuk pembagunan tetapi harus dipelihara pada masa yang sama
untuk memastikan kemapanan sumber alam ini. Sumber alam seperti air adalah
satu khazanah yang sangat penting dan berguna kepada kehidupan manusia.
Bekalan elektrik luar bandar khususnya di Negeri Sabah merupakan keutamaan
pembangunan kerajaan. Walau bagaimanapun program bekalan elektrik luar
bandar masih belum dapat menembusi banyak tempat kerana faktor kos dan
limitasi teknikal. Keadaan harga bahan api untuk janakuasa diesel yang tidak
menentu menjadikan program bekalan elektrik melalui janakuasa diesel tidak
cekap. Bekalan elektrik menggunakan solar dan solar hybrid juga masih
mengalami masalah khususnya dikawasan tanah tinggi kerana litupan awan
yang berterusan menjadikan sistem tenaga solar tidak dapat berfungsi dengan
baik. Jawapan kepada masalah ini adalah satu teknologi yang sudah lama
berkembang tetapi kurang mendapat perhatian iaitu tenaga mapan melalui
sistem mikro hidro.

Latarbelakan Mikro Hidro

Inisiatif projek ini berdasarkan kejayaan


projek perintis yang telah dijalankan atas
usahasama oleh PACOS TRUST dan ERA
WIRA Sdn Bhd sejak 2001. Projek perintis
yang dilaksanakan di 3 buah kampong di
Sabah dan Sarawak iaitu kg. Terian
Penampang dan Bantul Pensiangan Sabah
serta Long Lawen di Belaga Sarawak telah
memenangi anugerah ASEAN energy
awards 2006 sebagai projek tenaga boleh
diperbaharui (renewable energy) yang paling inovatif.

Rasional Sistem Mikro Hidro

System mikro hidro adalah selaras dengan dasar sumber tenaga kelima
didalam rancangan Malaysia kelapan. Mikro hidro juga adalah sangat relavan
dengan pembangunan bekalan elektrik luar Bandar dalam rancangan
Malaysia ke Sembilan.

Sistem ini memberikan kerajaan pilihan alternative dalam perancangan


pembangunan dimasa hadapan. System mikro hidro juga boleh membantu
megurangkan pembebasan gas rumah hijau akibat pengunaan bahan api fossil
yang boleh menyebabkan pemanasan global.
Rajah 1: lakaran contoh sistem mikro hidro

Apakah itu Mikro Hidro

Mikro hidro adalah janakuasan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy)


skala kecil yang mengunakan air. Tenaga dihasilkan daripada tenaga kinetic
daripada tujahan air yang ditukarkan kepada tenaga elektrik oleh turbin dan
generator. Mikro hidro adalah janakuasa hidro yang dikelaskan dalam lingkungan
kapasiti sekitar 5-500kw. Ia tidak memerlukan pembinaan empangan sebaliknya
ia bergantung langsung kepada kadar aliran air sungai yang dipilih.

Pengiraan kapasiti sistem mikro hidro adalah berdasarkan kepada aras


ketinggian menegak (head) dan jumlah aliran air (flow) seperti dalam rajah 1. Ia
biasanya digunakan di kawasan dimana bekalan elektrik menerusi grid eletrik
tidak dapat sampai. Sistem mikro hidro amat sesuai untuk kawasan yang
terpencil khususnya di kawasan yang bergunung ganang.

Objektif Projek Mikro Hidro

• Melindungi alam sekitar melalui pengurusan kawasan tadahan air dan


mengurangkan kesan gas rumah hijau.

• Meningkatkan taraf ekonomi dengan membekalkan bekalan eletrik,


program sosio ekonomi dan sumber ekosistem yang lain.

• Meningkatkan taraf pengetahuan sesebuah komuniti melalui program


latihan kemahiran dan penubuhan peruntukkan kewangan komuniti

• Membantu dan memberikan sokongan kepada program dan aktivti yang


lain yang dijalankan didalam komuniti

Proses- proses dalam membina sistem mikro hidro

a. Kajian awalan – Meninjau kebolehlaksanaan projek


b. Kajian penuh-Kajian kebolehlaksanaan projek sepenuhnya

c. Membuat lakaran dan rekabentuk

d. Pembinaan

e. Pengoperasian

Kajian awalan

Tujuan membuat kajian awalan adalah untuk mengenalpasti kawasan yang


mungkin mempunyai potensi untuk mikro hidro. Semasa kajian awalan,
juruteknik dengan kerjasama komuniti setempat membuat penelitian untuk
mengenalpasti dan merekodkan keadaan hutan dan bentuk geografi mukabumi
seperti lereng bukit serta jenis tanah dan batuan di kawasan tersebut.

Juruteknik juga akan mengukur secara kasar kederasan aliran air sungai (flow)
dan mengukur aras ketinggian (head) dari cadangan tapak janakuasa ke tapak
cadangan empangan kecil. Selain itu juruteknik yang membuat kajian awalan ini
juga akan mengenalpasti bahan-bahan yang boleh digunakan dan berapa
banyak tenaga pekerja yang diperlukan untuk kerja-kerja seterusnya. Kajian
awalan ini dijalankan di seberapa banyak anak sungai yang boleh untuk

memberikan pilihan yang lebih banyak untuk mengetahui tapak projek yang
terbaik.

Kajian Penuh (kajian kebolehlaksaan)

Setelah kajian awalan dijalankan, data dari lapangan akan dianalisis


membolehkan pemaju projek memilih tapak yang terbaik. Apabila tapak projek
dikenalpasti, kajian penuh akan dijalankan. Kajian penuh melibatkan pengukuran
yang lebih tepat dan teliti mengunakaan alat survey khas. Ini termasuklah
pengukuran aras ketinggian menggunakan sistem theodolite dan pengukuran
kederasan air menggunakan meter aliran /Flow meter. Alat yang digunakan
memberikan bacaan yang lebih tepat berbanding alat dan kaedah yang
digunakan semasa kajian awalan.
Setelah bacaan diambil, pemaju projek juga akan memasang stesen tinjauan
bagi merekodkan aliran air sungai selama 6-12 bulan untuk memastikan bacaan
yang diambil semasa kajian penuh adalah tepat.

Membuat lakaran dan rekabentuk

Berdasarkan hasil kajian Kebolehlaksanaan penuh yang telah siap. Data


kemudiannya dianalisis untuk membuat rekabentuk sistem mikro hidro.
Rekabentuk sistem mikro hidro juga perlu mengambil kira aspek sosial dan
melihat komponen-komponen projek mengikut keperluan masyarakat setempat.

Setelah rekabentuk siap, anggaran kos dan senarai bahan (Bill of Quantity)
disediakan untuk memudahkan proses sebutharga projek. Perincian rekabentuk
mekanikal, elektrikal dan sivil disediakan sebagai panduan pelaksanaan projek.
Kos sebenar projek kini boleh dikira berdasarkan rekabentuk dan dokumen
teknikal yang disediakan.
Pembinaan

Kerja-kerja membina komponen dan sturktur sivil seperti empangan, paip dan
rumah janakuasa diikuti dengan pemasangan turbin, generator dan sistem
kawalan bebanan elektrik. Kerja- kerja pembinaan biasanya mengambil masa 8
-16 bulan bergantung kepada keadaan logistik ke tapak projek.

Pengoperasian

Pengoperasian sistem mikro hidro merangkumi latihan kepada operator tentang


operasi dan penyelengaraan Mikro hidro, mengujudkan jawatan kuasa
pengurusan sistem dan penguatkuasaan prosedur penyelengaraan sistem.
Apabila semua ini sudah dijalankan, majilis pembukaan rasmi boleh dijalankan.

Perkiraan Kos mikro Hidro

Pada asasnya kos mikro hidro bergantung kepada logistik


lokasi projek. Akan tetapi aggaran kos untuk sebuah mikro
hidro boleh berasaskan formula ringkas berikut

Kos sistem Mikro Hidro = Kos kajian kebolehlaksaan + kos rekabentuk + M&E
+ kos kerja kejuruteraan awam + Kos kabel pengagihan elektrik

Ataupun menggunakan aggaran kasar 1Kw = RM 30,000. Kos ini merangkumi


semua komponen mikro hidro kecuali kos logistik dan penyediaan tapak projek.
Kos Kajian Kebolehlaksaan projek pada lazimnya memerlukan RM 15,000.00 bagi
system dibawah 100Kw.

Sebagai contoh; sebuah projek untuk 40 buah keluarga di Long Pasia Sipitang
memerlukan 10kw, jadi kos projek ini adalah sekitar RM 450,000 + kos bahan +
logistik

Kesimpulan

Mikro hidro adalah satu pendekatan yang terbaik untuk bekalan elektrik luar
Bandar di Sabah. Ia memberikan alternatif kepada system janakuasa diesel dan
solar hybrid kerana kos operasi yang jauh lebih murah. Ini terbukti menerusi 3
projek perintis yang telah dijalankan oleh ERA WIRA SDN BHD sejak tahun 2001
yang telah mendapat pengiktirafan dari Pusat Tenaga ASEAN dan Pusat Tenaga
Malaysia (PTM).

Model yang Berjaya dari projek perintis ini kini boleh direplikasi di mana-mana
kampung di Sabah yang mempunyai sumber air yang baik. Dalam istilah mikro
hidro “kecil itu molek dan praktikal”. Dalam usaha unutk mebawa Malaysia
kearah pembangunan yang mapan, teknologi seperti mikro hidro akan
memberikan pilihan yang baik untuk menjawap berberapa keperluan
pembangunan yang akan bakal ditempuhi.

ERA WIRA SDN. BHD.