Anda di halaman 1dari 3

1

KBSR & KSSR


Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dicuba di 305 buah
sekolah seluruh Malaysia. Pelaksanaan penuh kurikulum ini di semua sekolah pada
1983 . Pada tahun 1984, Amalan Perdagangan disisipkan dan diganti dengan
Kemahiran Hidup. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan maltlamat Falsafah
Pendidikan Negara. Pada tahun 1994, Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains
Dan Kajian Tempatan. Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan
perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi
melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah ialah untuk membolehkan murid untuk
menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan, menguasai kemahiran asas bertutur,
membaca dan menulis, mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan
menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian, menguasai kemahiran belajar,
bertutur, membaca, menulis dan memahami dalam bahasa Inggeris selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua, memperoleh ilmu pengetahuan dan sentiasa
berusaha menambahkannya, mengamalkan sikap dan perlakuan yang baik
berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas bagi amalan hidup, mempunyai daya
kepimpinan dan keyakinan diri, mempunyai semangat patriotisme, mempunyai
pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar,
mengembangkan bakat, kesenian dan kreativiti, menguasai kemahiran saintifik dan
teknikal, memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian
dan rekreasi dalam lingkungan kebuadayaan nasional, menjaga kesihatan dan
kecergasan diri, menguasai kemahiran serta membina minat dan sikapyang positif
terhadap keusahawanan dan produktiviti, menguasai kemahiran membaca, menghafaz
dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran bagi murid Islam.

Penekanan dan tumpuan KBSR meliputi kemahiran asas 3M (meliputi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis), kemahiran berfikir, nilai merentas
2

kurikulum, bahasa merentas kurikulum, patriotisme merentas kurikulum, strategi P & P
yang berpusatkan murid, penilaian berterusan,pemulihan dan pengayaan. Penekanan
utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek yang
tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran,
pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu
tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara
menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam,
pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.

KBSR menggunakan konsep bersepadu di mana unsur pengetahuan, kemahiran
dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi emlahirkan
insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum.
Walaubagaimanapun, kajian mendapati beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan
dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan,kemahiran
dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor
yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred
kel ul usan A dal am peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik
darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat
menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahirandan nilai yang perlu seperti mana dituntut
oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan
keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran, mempunyai jati diri dan ciri modal insan cemerlang
yang dihasratkan.

Dengan itu, kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih
sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal
menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu
subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. KSSR ini akan mula
diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid
3

tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan
mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta
pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya
sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata,
KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan
menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang
disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-
murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik
dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta
meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik
dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Pada peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis
mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan
menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani
uji rintis dalam mata pelajaran terpilih. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada
tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap
satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M
(membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif,
sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu
kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.