Anda di halaman 1dari 10

111

UCAPAN ALU-ALUAN
YANG BERBAHAGIA
TN. HJ. ROSLAN BIN ABDUL HAMID
PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS DARULAMAN

SEMPENA
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME PERGURUAN
GURU PROJEK PENSIANGAN SALINATAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS DARULAMAN

PADA
23 OKTOBER2009
JUMAAT

BERTEMPAT DI:
PUSAT LATIHAN GURU
SUNGAI KARANGAN
KULIM
‫‪222‬‬

‫سلم على أشرف النبياء والمرسلين سّيدنا محّمد‬


‫صلة وال ّ‬
‫ب العالمين وبه نستعين وال ّ‬
‫الحمد ل ر ّ‬
‫وعلى آله وصحبه أجمعين‬

‫السلم عليكم ورحمة ال وبركاته‬


333

YANG DIHORMATI SAUDARA PENGERUSI MAJLIS

YANG BERUSAHA,
EN. NORDIN BIN WAN DAUD , SETIAUSAHA JAWATANKUASA
MODEL PENSIANGAN SALINATAN

YANG BERUSAHA , GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH


MODEL PROJEK PENSIANGAN SALINATAN

KETUA-KETUA JABATAN , AHLI-AHLI JAWATANKUASA


INTEGRITI DAN PARA PENSYARAH,

SETERUSNYA SAUDARA SAUDARI GURU YANG DIKASIHI


SEKALIAN.

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN YANG DIKASIHI SEKELIAN.

1. ALHAMDULILLAH SEGALA PUJI-PUJIAN KITA


PERSEMBAHKAN KE HADRAT ALLAH SWT, SELAWAT DAN
SALAM KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW,
YANG DIUTUS BAGI MEMBAWA CAHAYA DAN PETUNJUK
444

KEPADA SELURUH MANUSIA. MARILAH KITA


MENGABADIKAN RASA KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH
SWT, KERANA TELAH MENGANUGERAHKAN KITA NIKMAT
DAN KEKUATAN UNTUK BERADA DALAM MAJLIS ILMU YANG
MULIA INI IAITU PROGRAM BENGKEL PENINGKATAN
PROFESIONALISME GURU PROJEK MODEL PENSIANGAN
SALINATAN 2009.

2. TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MERAKAMKAN


SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA JAWATANKUASA
PROJEK PENSIANGAN SALINATAN ATAS USAHA YANG
PENUH DEDIKASI UNTUK MENGANJURKAN BENGKEL YANG
PENUH BERMAKNA INI. SAYA JUGA MENGAMBIL
KESEMPATAN INI UNTUK MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN
PARA GURU DARI SEKOLAH-SEKOLAH PROJEK PENSIANGAN
SALINATAN KITA YANG JAUH DARI PULAU LANGKAWI KE
SUNGAI KARANGAN INI.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,


555

3. GURU ADALAH KELOMPOK YANG TERBAIK DILATIH


UNTUK MENDIDIK DAN MENYALURKAN PENGETAHUAN
DAN NILAI-NILAI MURNI BAGI MELAHIRKAN MODAL INSAN
BERKUALITI SEPERTIMANA YANG TERKANDUNG DALAM
PIPP (PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN) YANG
BAKAL MEMEGANG TERAJU KEPIMPINAN , PENGURUSAN
ILMU, SISTEM PENTADBIRAN DAN NEGARA PADA MASA
DEPAN. AMAT PENTING KITA SEBAGAI GURU
DIPERTINGKATKAN KEMAHIRAN P&P DAN KOKURIKULUM
SERTA DITANAM DENGAN NILAI INTEGRITI YANG TINGGI
SUPAYA APA SAHAJA JENIS CABARAN YANG DINAMIK TIDAK
MENJADIKAN KITA GELABAH UNTUK MENCARI ARAH DIRI
DAN ARAH TUJUAN DALAM MENGURUS MANUSIA DAN
KEMANUSIAAN. BENGKEL PENINGKATAN
PROFESSIONALISME SEPERTI INI MEMBERI PELUANG
KEPADA PARA GURU AGAR TIDAK KETINGGALAN DENGAN
PERKEMBANGAN DUNIA PENDIDIKAN PADA HARI INI.
WALAUPUN KITA JAUH DARI DARATAN JANGANLAH KITA
KETINGGALAN DARI ASPEK KEMAHIRAN DAN
PENGETAHUAN SEMASA.
666

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

4. DI SAAT KITA MENGHARUNGI PERGELUTAN ZAMAN


YANG SEMAKIN PANTAS BERUBAH DAN JUGA SEMAKIN
MENJURUS KE ARAH KEHIDUPAN KEBENDAAN YANG
BEGITU DAHSYAT, KITA TIDAK SEHARUSNYA LALAI DALAM
MENDIDIK DIRI KITA SENDIRI DENGAN NILAI DAN ILMU
PENGETAHUAN YANG AKAN MELAHIRKAN GENERASI YANG
CINTAKAN ILMU YANG SETERUSNYA MELAHIRKAN
GOLONGAN PEMIKIR DAN JUGA PEWARIS KEPIMPINAN YANG
BERTARAF TINGGI. BENTUKLAH DIRI KITA DENGAN
KETEKALAN NILAI PERIBADI, NILAI KEMASYARAKATAN DAN
KOMITMEN TERHADAP NILAI-NILAI MURNI. KEJAYAAN
MEMBINA MASA DEPAN YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN
TERBILANG LEBIH BANYAK BERGANTUNG KEPADA
KEUPAYAAN GENERASI MASA KINI TERUTAMANYA YANG
BERGELAR GURU ATAU PENDIDIK .
777

5. SEMOGA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN TELAH


MENIMBA ILMU-ILMU YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH
JAWATANKUASA PENSIANGAN SALINATAN INI.BESARLAH
HARAPAN SAYA AGAR ILMU YANG SEDIKIT KAMI BEKALKAN
INI AKAN DITERAPKAN DALAM PENDIDIKAN SERTA
SETERUSNYA MENJADI SATU PENGAMALAN DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN SEHINGGA MEMBENTUK PENDIDIK
YANG CEMERLANG.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN.

6. UMUM MENGETAHUI ISLAM MEMFOKUSKAN KEPADA


PERUBAHAN DALAMAN INDIVIDU SECARA KONSISTEN DAN
PERUBAHAN TERSEBUT KEMUDIANNYA DIMANIFESTASIKAN
DALAM TINDAKAN SESEORANG,BERSANGKA BAIK DAN
SETERUSNYA MEMPERTINGKATKAN DAN MEMELIHARA
KEMAJUAN YANG TELAH DICAPAI (Nik Mustapha Nik
Hassan, 1999). SAYA INGIN BERKONGSI SEDIKIT ILMU
YANG DISAMPAIKAN DARI SYEIKH ABDULKADIR AL JAILANI
888

UNTUK SENTIASA BERSANGKA BAIK SESAMA INSAN.

JIKA ENGKAU BERTEMU DENGAN SESEORANG, MAKA


YAKINILAH BAHAWA DIA LEBIH BAIK DARIMU. UCAPKAN
DALAM HATIMU :
"MUNGKIN KEDUDUKANNYA DI SISI ALLAH JAUH LEBIH BAIK
DAN LEBIH TINGGI DARIKU".

JIKA BERTEMU ANAK KECIL, MAKA UCAPKANLAH (DALAM


HATIMU) :
"ANAK INI BELUM BERMAKSIAT KEPADA ALLAH,
SEDANGKAN DIRIKU TELAH BANYAK BERMAKSIAT
KEPADANYA. TENTU ANAK INI JAUH LEBIH BAIK DARIKU"..

JIKA BERTEMU ORANG TUA, MAKA UCAPKANLAH (DALAM


HATIMU):
"DIA TELAH BERIBADAH KEPADA ALLAH JAUH LEBIH LAMA
DARIKU, TENTU DIA LEBIH BAIK DARIKU."
999

JIKA BERTEMU DENGAN SEORANG YANG BERILMU, MAKA


UCAPKANLAH (DALAM HATIMU):
"ORANG INI MEMPEROLEH KURNIA YANG TIDAK AKAN
KUPEROLEHI, MENCAPAI KEDUDUKAN YANG TIDAK AKAN
PERNAH KUCAPAI, MENGETAHUI APA YANG TIDAK
KUKETAHUI DAN DIA MENGAMALKAN ILMUNYA, TENTU DIA
LEBIH BAIK DARIKU."

JIKA BERTEMU DENGAN SEORANG YANG BODOH, MAKA


KATAKANLAH (DALAM HATIMU) :
"ORANG INI BERMAKSIAT KEPADA ALLAH KERANA DIA
BODOH (TIDAK TAHU), SEDANGKAN AKU BERMAKSIAT
KEPADANYA PADAHAL AKU MENGETAHUI AKIBATNYA.
DAN AKU TIDAK TAHU BAGAIMANA AKHIR UMURKU DAN
UMURNYA KELAK. DIA TENTU LEBIH BAIK DARIKU."

JIKA BERTEMU DENGAN ORANG KAFIR, MAKA KATAKANLAH


(DALAM HATIMU) :
"AKU TIDAK TAHU BAGAIMANA KEADAANNYA KELAK,
MUNGKIN DI AKHIR USIANYA DIA MEMELUK ISLAM DAN
101010

BERAMAL SOLEH. DAN MUNGKIN BOLEH JADI DI AKHIR


USIA DIRIKU KUFUR DAN BERBUAT BURUK.
JADI SEBAGAI SEORANG GURU SELALULAH KITA
BERSANGKA BAIK KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KITA KERANA
MEREKA ADALAH MASA HADAPAN KITA.

8. MENGAKHIRI UCAPAN INI, SEKALI LAGI SAYA


MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DI ATAS KOMITMEN
DAN SOKONGAN YANG DIBERIKAN DALAM PROJEK
PENSIANGAN SALINATAN INI. SEMOGA KITA SEMUA AKAN
SENTIASA MENJADI INDIVIDU YANG TIDAK JEMU-JEMU
MENCURAHKAN BAKTI MENDIDIK DAN MEMIMPIN ANAK
BANGSA KITA KE ARAH PERPADUAN NEGARA. SATU
MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN
DIUTAMAKAN.
SEKIAN.
‫و بال التوفيق و الهداية‬
‫سلم عليكم و رحمة ال و بركاته‬
ّ ‫ال‬