Anda di halaman 1dari 235

Oleh : Mohd Lutfi Lokman

www.bijakkomputer.com
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PRAKATA
1. Konsep Asas Komputer
1.1 Pengenalan
1.2 Apa Itu Komputer
1.3 Bagaimana Komputer Beroperasi
1.4 Jenis Komputer
1.5 Kenali Microsoft Windows
1.6 Kenali Windows XP
1.7 Kenali Windows Vista
1.8 Kenali Linux - Ubuntu
2. Perkakasan
2.1 Peralatan Pemasangan
2.2 Komponen Utama Perkakasan
3. Pemasangan Perkakasan Komputer
3.1 Pemasangan Pemproses (processor) Pada Papan Induk
3.2 Pemasangan RAM Pada Papan Induk
3.3 Pemasangan Pembekal Kuasa (power supply) Ke Dalam Kekisi
3.4 Pemasangan Spacer Pada Kekisi
3.5 Pemasangan Pelindung Panel Belakang (cover back panel)
3.6 Pemasangan Papan Induk Ke Dalam Kekisi
3.7 Pemasangan CD-ROM / DVD-ROM
3.8 Pemasangan Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)
3.9 Pemasangan Cakera Keras (hard disk)
3.10 Pemasangan Kabel IDE Ke Papan Induk
3.11 Pemasangan Kabel Cakera Liut (Floppy Disk)
3.12 Pemasangan Kabel Kuasa Ke Perkakasan
3.13 Pemasangan Pengaktifan Panel Depan Kekisi
3.14 Pemasangan Kad Video AGP
3.15 BIOS
3.16 Mengatur Urutan Pemula (booting) Untuk CD
4. Pemasangan (Installation) Sistem Operasi
4.1 Pemasangan Sistem Operasi - Windows XP
4.2 Pemasangan Sistem Operasi - Windows Vista
5. Pemasangan (Installation) Sistem Operasi (OS) Alternatif
5.1 Pemasangan Linux Ubuntu
6. Pemasangan (Installation) Perisian Pejabat
6.1 Pemasangan Microsoft Office 2003
6.2 Pemasangan Perisian Alternatif OpenOffice 2.3
7. Keselamatan Komputer & Virus
Virus komputer & Pemasangan antivirus
7.1 Apa Itu Virus Komputer
7.2 Pemasangan Antivirus - AVG
Spyware & Pemasangan Antispyware
7.3 Apa Itu Spyware
7.4 Pemasangan Antispyware - SPYBOT
Pemasangan Personal Firewall
7.5 Pemasangan Personal Firewall - ZoneAlarm
8. Mengesan Kerosakan (Troubleshooting)
9. Panduan & Tips Membeli Komputer Baru
1
2
3
5
7
15
26
34
37
38
61
69
72
74
76
78
80
82
84
86
91
93
101
104
108
118
122
140
151
163
170
178
184
193
195
203
210
216
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
PRAKATA
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..
Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,
setelah beberapa bulan mengumpul bahan untuk projek ini akhirnya saya dapat
menyiapkan panduan ini. Saya juga berasa berbangga dan bertuah kerana dapat
menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dengan menyalurkan ilmu supaya
semua lapisan masyrakat dapat menimba ilmu mengenai komputer di dalam bahasa
ibunda kita iaitu Bahasa Malaysia.
Panduan yang dihasilkan ini adalah untuk memberikan anda panduan, ilmu dan
kemahiran berkaitan dengan komputer supaya anda faham dan mahir mengenai
komputer. Teknologi komputer yang senantiasa semakin canggih, tidak boleh tidak kita
mesti pelajarinya supaya kita dapat menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan
generasi dan masyarakat celik IT.
Semoga dengan lahirnya panduan ini, anda mendapat ilmu yang berguna dan
tanpa perlu ragu-ragu untuk melakukan sendiri proses pemasangan komputer,
pemasangan sistem operasi Windows mahupun Linux Ubuntu serta perisian - perisian
yang penting dan perlu dipasang di dalam komputer anda. Dan yang paling penting, anda
boleh menjimatkan lagi kos pemasangan atau membaiki sendiri perkakasan komputer
serta pemasangan perisian.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
PENAFIAN
Panduan yang dihasilkan adalah berdasarkan pengalaman, pembelajaran,
pembacaan dan rujukan penulis semasa menulis panduan ini. Panduan yang dihasilkan
adalah berdasarkan praktikal dan perkakasan yang disediakan sendiri oleh saya.
Semasa panduan ini dihasilkan adalah perlu anda sedari dunia komputer dan IT
sentiasa bergerak pantas, kemungkinan terdapat informasi yang berbeza dan kurang tepat
semasa anda membaca panduan ini. Pihak saya tidak bertanggungjawab keatas segala
risiko dan kesilapan yang dilakukan oleh pembaca.
HAKCIPTA
Panduan ini adalah hakcipta penulis. Panduan ini adalah hanya untuk kegunaan anda
sendiri dan tidak boleh disebar. Anda juga tidak boleh mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, gambar, ilustrasi dan isi tanpa kebenaran penulis.
Segala logo dan nama syarikat seperti Microsoft, Windows Vista, Windows XP,
Linux Ubuntu, Microsoft Office, OpenOffice.Org, AVG, Spybot, ZoneAlarm dan
lain-lain adalah hak milik syarikat tersebut.
PERINGATAN
Untuk pembacaan dan panduan dalam bentuk gambar dan imej yang lebih baik, anda
disaran mencetak untuk mendapat hasil yang jelas.
KONSEP ASAS
KOMPUTER
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
1
1. Konsep Asas Komputer
1.1 Pengenalan
Ledakan teknologi maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di seluruh dunia.
Penguasaan ilmu dalam bidang komputer atau teknologi maklumat merupakan suatu
kemestian dalam zaman era kemajuan, pembangunan dan pemodenan ini. Komputer kini
dianggap sebagai sesuatu keperluan untuk pemodenan dan pembangunan sesebuah
negara. Ini kerana komputer memainkan peranan yang amat penting dalam pelbagai
bidang di Malaysia seperti di bidang sains, aeroangkasa, pendidikan, ekonomi,
pentadbiran dan sebagainya. Setiap individu secara sedar atau tidak pastinya akan
berurusan dengan teknologi maklumat setiap hari. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya
perkembangan teknologi yang pesat di negara kita ini dijadikan pemangkin kepada semua
orang untuk mempelajari atau setidak-tidaknya memahami komputer dan kebaikkannya.
Ini kerana komputer telah menjadi satu keperluan kepada kita untuk melakukan pelbagai
perkara dan memudahkan urusan. Pelajarilah agar kita tidak ketinggalan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
2
1.2 Apa Itu Komputer
Komputer merupakan sejenis mesin serbaguna dan fleksibel yang dibina dari
sumber teknologi berasaskan elektronik dan ada juga jenis elektro mekanikal. Komputer
diprogramkan bagi membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah secara lebih
spesifik dan teratur. Perisian komputer yang mempunyai pelbagai pendekatan dan fungsi
membolehkan ianya digunakan dalam pelbagai bidang dan tujuan. Komputer juga boleh
dikatakan sebagai suatu alat elektronik atau mesin yang digunakan sebagai menyimpan
dan pemproses data, menerima arahan, melaksanakan arahan seperti pengiraan serta
menyimpan fail dan maklumat penting.
Ciri-ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan
dengan perisian-perisian(software) yang sesuai, komputer moden berkemampuan untuk
meniru (emulate) sebarang pengiraan. Namun kemampuan ini dibatasi oleh kapasiti
muatan storan(hard disk) , memori (ram) serta kelajuan pemproses (processor). Dalam
erti kata lain, kemampuan ini boleh diguna sebagai ujian untuk membezakan komputer
"serba-guna" dengan komputer awal yang hanya khusus untuk kerja-kerja tertentu.
Komputer juga boleh definisikan sebagai satu sistem yang mengendalikan simbol-simbol
elektronik dengan cepat dan tepat dan direka khas untuk menerima, memproses,
menyimpan dan mengeluarkan hasil(output).
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
3
1.3 Bagaimana Komputer Beroperasi
Sistem komputer secara umumnya beroperasi berdasarkan empat operasi asas iaitu :
Input
- Peranti input membolehkan seseorang untuk berkomunikasi dengan sistem
komputer
- Peranti input juga digunakan untuk memasukkan data serta arahan - arahan
kepada komputer.
- Contoh input ialah papan kekunci (keyboard), tetikus(mouse) dan kayu ria
(joystick)
Output
- Peranti output membolehkan sesebuah komputer berkomunikasi dengan
pengguna.
- Peranti output akan memaparkan maklumat pada skrin komputer (monitor),
menghasilkan salinan bercetak atau menghasilkan bunyi.
- Skrin paparan (monitor), pencetak dan pembesar suara merupakan contoh peranti
output yang utama.
Pemprosesan (processing)
- Unit Pemprosesan Pusat (central prosessing unit - cpu) atau dikenali sebagai
processor berperanan untuk memproses arahan, melaksanakan pengiraan dan
menguruskan laluan informasi menerusi komputer.
- Unit Pemprosesan Pusat atau processor juga akan berkomunikasi dengan peranti
input, output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang
diperlukan. Contoh cpu ialah Pentium 4, Pentium D, Amd Athlon dan banyak
lagi.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
4
Storan
Storan terdapat dua jenis :
i) Storan Utama.
- Peranti storan utama berperanan untuk menyimpan data dan maklumat secara
sementara (temporary).
- Komputer menggunakan maklumat yang disimpan dari peranti ini untuk
melaksanakan arahan dan mencapai maklumat dengan lebih pantas.
- Contoh peranti storan utama ialah RAM
ii) Storan Sekunder
- Peranti storan sekunder dapat menyimpan maklumat secara kekal berbanding
storan utama.
- Selain itu, ia mempunyai ruang simpanan yang besar untuk membolehkan
pelbagai aplikasi dan data dapat disimpan.
- Contoh peranti ialah cakera keras, pen drive, tape, disket.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
5
1.4 Jenis komputer
Komputer super (super komputer)
- Komputer super dibina berasaskan keperluan bagi menyelesaikan pengiraan
saintifik yang mengandungi sejumlah data yang besar.
- Komputer super mampu melaksanakan beberapa tugas secara serentak
(multitasking) pada pemporses yang sama. Ia juga boleh membahagikan tugas
kepada beberapa pemproses (multiprocessing).
- Kelajuan komputer super diukur dalam unit nanosaat dan berupaya beroperasi
sehingga mencapai kelajuan gigaflops.
- Antara tugas yang sering memerlukan penggunaan komputer super ialah mengkaji
ramalan cuaca, grafik dan animasi, kajian nuklear dan ketenteraan.
Kerangka utama
- Mampu menyokong ribuan pengguna dalam satu masa yang sama.
- Kebanyakkan pelanggannya adalah bank-bank, syarikat-syarikat besar, dan di
pusat-pusat pengajian tinggi.
- Dalam keadaan tertentu, kerangka utama lebih berkemampuan dari super
komputer kerana ia menyokong lebih banyak pemprosesan atau perlaksanaan
program secara serentak .
Komputer mini
- Saiz yang lebih kecil dari berbanding kerangka utama tetapi mempunyai fungsi
dan keupayaan yang hampir sama dengan kerangka utama cuma ia berskala lebih
kecil.
- Mampu menyokong antara 4 hingga 200 pengguna yang berkongsi terminal
dalam satu masa.
- Komputer mini berkeupayaan untuk beroperasi lebih pantas daripada komputer
mikro serta ia juga mempunyai ruang storan yang lebih besar.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
6
Komputer mikro atau komputer peribadi (PC)
- Kategori sistem komputer yang paling pesat berkembang dalam industri
komputer. Kecil, tidak mahal dan dibina khusus untuk kegunaan peribadi.
- Ia juga boleh dirangkaikan untuk menjadi satu rangkaian (network).
- Contoh komputer ialah komputer desktop, laptop
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
7
1.5 Kenali Microsoft Windows
Antara sistem operasi yang terdapat di pasaran adalah seperti Microsoft Windows,
Linux, Mac OS X dan lain-lain. Namun begitu Windows adalah pilihan pertama individu
kerana senang digunakan berbanding sistem operasi lain. Windows adalah salah satu
sistem operasi daripada Microsoft. Terdapat beberapa jenis Windows antaranya Windows
95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP dan yang terbaru ialah
Windows Vista yang dilancarkankan pada tahun 2007. Dianggarkan lebih kurang 90%
daripada jumlah komputer di seluruh dunia menggunakan sistem pengedalian Windows.
Keluarga Microsoft Windows
Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk
menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah
digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin
meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan Microsoft menaiktaraf
perisian Windows kepada sebuah sistem pengendalian.
Windows NT mula diperkenalkan pada tahun 1993 kepada pengguna perniagaan dengan
menggunakan antaramuka yang serupa dengan Windows 3.x. Bermula tahun 2001,
kesemua versi terkini Windows menggunakan teknologi NT sepenuhnya yang lebih
stabil.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
8
Antara Versi-versi Windows
Windows 1.0
Tarikh dikeluarkan : November 1985
Windows 2.0
Tarikh dikeluarkan : November 1987
Windows 3.0
Tarikh dikeluarkan : Mei 1990
Windows 3.1
Tarikh dikeluarkan : Mac 1992
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
9
Windows 95
Tarikh dikeluarkan : Ogos 1995
Windows 98
Tarikh dikeluarkan : Jun 1998
Windows 98 SE
Tarikh dikeluarkan : Mei 1999
Windows Me
Tarikh dikeluarkan : September 2000
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
10
Windows NT
Tarikh dikeluarkan : Julai 1996
Windows 2000
Tarikh dikeluarkan : Februari 2000
Windows XP
Tarikh dikeluarkan : Oktober 2001
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
11
Windows Vista

Tarikh dikeluarkan : 8 November 2006
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
12
Senarai Versi-versi Keluaran Windows
Tarikh pelancaran Nama produk Versi
November 1985 Windows 1.01 1.01
November 1987 Windows 2.03 2.03
Mac 1989 Windows 2.11 2.11
Mei 1990 Windows 3.0 3.0
Mac 1992 Windows 3.1 3.1
Oktober 1992 Windows For Workgroups 3.1 3.1
Julai 1993 Windows NT 3.1 3.1
Disember 1993 Windows For Workgroups 3.11 3.11
September 1994 Windows NT 3.5 3.5
Mei 1995 Windows NT 3.51 3.51
Ogos 1995 Windows 95 4.0.950
Julai 1996 Windows NT 4.0 4.0
Jun 1998 Windows 98 4.10.1998
Mei 1999 Windows 98 SE 4.10.2222
Februari 2000 Windows 2000 5.0.3700.6690
September 2000 Windows Me 4.90.3000
Oktober 2001 Windows XP 5.1.2600
Mac 2003 Windows XP 64-bit Edition 2003 5.2.3790
April 2003 Windows Server 2003 5.2.3790
April 2005
Windows XP Professional x64
Edition
5.2.3790
Julai 2006
Windows Fundamentals for Legacy
PCs
5.1.2600
November 2006
(pelesenan jilid)/Januari
2007 (runcit)
Windows Vista 6.0.6000
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
13
Ciri-ciri utama
Terdapat pelbagai ciri utama dalam sistem operasi Windows terutama Windows
XP. Ia mementingkan kepada tiga aspek utama iaitu aturan (setting), kemaskini dan tahap
keselamatan. Windows XP ini juga menjadikan lebih mudah untuk menyusun dan
menguruskan sumber sekuriti melalui perisian sekuriti mantap, mudah dicapai dan intuitif
dengan aturan yang dipertingkatkan antaranya seperti pusat sekuriti Windows dan
pengurusan berpusat bagi Windows Firewall dan Internet Explorer (IE) Di samping itu
Windows XP SP2 ini juga membaiki keupayaan pengguna untuk memastikan sentiasa
selamat melalui penyaluran lebih banyak maklumat bagi membuat keputusan yang
membabitkan sekuriti dan tahap rahsia mereka.
Ini termasuk kemas kini untuk pemacu penting serta sekuriti dan sokongan
teknologi baru yang mana semuanya menyediakan pengalaman pengguna akhir lebih baik
selain membolehkan pengkomputeran yang lebih produktif.Teknologi baru yang
diperkenalkan itu adalah pengadang pop-up IE, menjadikan kegiatan melayari internet
lebih selesa selain membolehkan pengguna mengurangkan iklan serta kandungan yang
tidak diingini.
Selain itu disediakan bar maklumat IE yang menyediakan maklumat terbaik
mengenai aturan (setting) IE di samping memberi amaran kepada pengguna mengenai
kawalan dan muat turun yang tidak disahkan.
Selain daripada itu permukaan Windows juga adalah berlainan dengan Windows
yang sebelumnya. Di dalam Microsoft Windows XP, permukaannya adalah lebih cantik
yang di sebut sebagai Luna. Permukaan Windows XP juga boleh diubah-ubah samada
yang telah sedia ada ataupun dengan menggunakan aplikasi lain antaranya yang popular
adalah StyleXP, WindowBlinds dan lain-lain. Dengan adanya aplikasi ini pengguna
Windows boleh menukarkan latar belakang (theme) Windows mengikut kemahuan
pengguna antaranya pengguna boleh menukarkan permukaan Windows kepada
permukaan perisian Mac OS X (Aqua), Linux dan lain-lain yang boleh dimuat turun di
internet. Didalam perisian Windows juga memuatkan perisian yang sedia ada seperti Disk
Defragmenter, Internet Explorer (IE), Paint, Wordpad dan sebagainya.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
14
Antaramuka asas Microsoft Windows
Sebaik sahaja proses but selesai, anda akan dapat melihat paparan antaramuka
bagi Windows. Sebahagian besar bahagian paparan dikenali sebagai desktop dengan
beberapa ikon bagi perisian aplikasi serta beberapa ikon sistem seperti My Computer
(dikenali sebagai Computer di dalam Windows Vista), Recycle Bin dan sebagainya.
Recycle Bin adalah folder sistem khas bagi menyimpan fail-fail yang hendak dibuang
daripada cakera keras.
Di sebelah bawah pula terdapat satu jalur nipis yang dikenali sebagai bar tugasan.
Bar tugasan yang asas menempatkan menu Start, senarai program-program perisian dan
aplikasi serta pintasan untuk fail. Ini membolehkan pengguna menukar program yang
dibuka dengan pantas dan mudah tanpa mematikan program-program lain. Ciri tersebut
menjadikan Windows sebagai sistem pengendalian berbilang tugasan (multi-tasking).
Kebanyakan program aplikasi memaparkan antaramuka asas berbentuk segiempat
yang dikenali sebagai tetingkap. Sebuah tetingkap mempunyai bar tajuk, bar menu, bar
peralatan, ruang program serta bar status. Bar tajuk memaparkan ikon program, tajuk
program, serta butang-butang Minimize (mengecilkan dan menyembunyikan program di
dalam bar tugasan), Maximize (membesarkan tetingkap sehingga memenuhi ruang
desktop)/Restore (mengembalikan tetingkap yang dibesarkan kepada saiz asal) dan Close
(menutup program). Semua arahan di dalam Windows boleh dijalankan dengan mudah
dengan menggunakan tetikus serta papan kekunci untuk memasukkan teks serta beberapa
perintah.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
15
1.6 Kenali Windows XP
Windows XP adalah salah satu daripada keluarga sistem pengendalian Windows
keluaran Microsoft. Akronim XP adalah kependekan daripada perkataan eXPerience
(pengalaman). Semasa pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod
Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa
pembangunannya iaitu di Whistler, British Columbia, Kanada.
Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP adalah pewaris kepada
Windows 2000 dan Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan
pengguna terawal yang dibina berasaskan teknologi inti Windows NT. Setakat Januari
2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia.
Windows XP kini telah digantikan dengan Windows Vista.
Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem
pengendalian paling stabil pernah dibina oleh Microsoft, kerana Windows XP dibina
berasaskan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil. Windows XP juga
adalah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi pengaktifan perisian (dan
seterusnya Windows Genuine Advantage) bagi mengekang kegiatan cetak rompak,
walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh lanun-lanun cetak
rompak.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
16
Sejarah pembangunan
Sejarah pembangunan Windows XP bermula sejak daripada proses pembangunan
Windows 2000 yang asalnya dibina bagi menggantikan Windows NT 4.0 dan Windows
98, Walau baganmanapun, rancangan tersebut telah diubah apabila Microsoft
melancarkan Windows 98 SE. Pada tahun 1999, Microsoft mula membangunkan
Windows Neptune sebagai versi pengguna rumah bagi Windows 2000. Walau
bagaimanapun, projek Neptune tersebut dibatalkan dan digantikan dengan Windows Me,
iaitu sistem pengendalian keluarga Windows 9x yang terakhir. Projek Neptune tersebut
kemudiannya digantikan dengan projek Whistler yang seterusnya membentuk Windows
XP. Windows XP dilancarkan pada 25 Oktober 2001, dan sejak daripada itu 2 pek servis
telah dilancarkan. Pek servis ketiga (Windows XP SP3) masih dalam peringkat
pembangunan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
17
Edisi Windows XP
Secara umumnya, Windows XP secara lazimnya terdiri daripada 2 versi utama, iaitu:-
Windows XP Home Edition - versi yang disasarkan kepada pengguna rumah.
Windows XP Professional - versi yang disasarkan untuk kegunaan perniagaan
dan pengguna komputer berkuasa tinggi. Windows XP Professional mengandungi
ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada versi Home Edition.
Selain itu, terdapat edisi khas Windows XP yang dibina untuk beberapa jenis
komputer khusus, iaitu:-
Windows XP 64-bit Edition - untuk komputer stesen kerja yang menggunakan
pemproses Intel Itanium.
Windows XP Professional x64 Edition - untuk komputer dengan pemproses 64-
bit (jangan terkeliru dengan edisi 64-bit di atas, ia hanya untuk komputer stesen
kerja dengan pemproses Intel Itanium sahaja).
Windows XP Media Center Edition - untuk komputer pusat media. Pusat media
adalah komputer khas yang turut dilengkapi talaan siaran televisyen dan radio
serta pelbagai ciri-ciri lain. Edisi ini tidak dijual berasingan tetapi disertakan
dengan komputer pusat media tersebut.
Windows XP Tablet PC Edition - untuk komputer riba khas yang dikenali
sebagai PC tablet. Tidak seperti komputer riba biasa, PC tablet menggunakan
sistem pengecaman tulisan pengguna dan pengguna "menulis" menggunakan pen
stylus pada skrin yang sensitif dengan pen tersebut. Seperti pusat media, edisi PC
tablet tidak dijual berasingan dan disertakan dengan pembelian PC tablet tersebut.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
18
Windows XP Embedded - sistem pengendalian mobil bagi peralatan elektronik
pengguna khusus seperti mesin ATM, peranti perubatan, permainan video arked,
terminal jualan serta komponen VoIP.
Windows Fundamentals for Legacy PCs - disasarkan kepada sebilangan kecil
pengguna khusus Microsoft Software Assurance yang ingin menggunakan
Windows XP tetapi hanya mampu memiliki komputer lama (seawal zaman
pemproses Pentium).
Windows XP Starter Edition
Windows XP Starter Edition adalah versi berkos rendah yang diedarkan di
beberapa buah negara termasuklah Malaysia. Di Malaysia, Windows XP Starter Edition
menggunakan Bahasa Malaysia bertujuan untuk membantu meningkatkan kadar celik IT
di kalangan pengguna serta bagi memerangi cetak rompak. Sungguhpun demikian, versi
tersebut mempunyai beberapa limitasi, iaitu Starter Edition hanya boleh digunakan pada
komputer berkuasa rendah, membenarkan sehingga hanya 3 perisian dibuka pada satu-
satu masa, serta terdapat beberapa ciri yang dimansuhkan ataupun dinyahupayakan.
Windows XP edisi N
Pada Mac 2004, Kesatuan Eropah telah menyaman Microsoft sejumlah Pound
Sterling 497 juta (AS$603 juta) atas dakwaan memonopoli perisian pemain media
menerusi penyertaan Windows Media Player di dalam sistem pengendalian Windows.
Selain itu, Microsoft diperintahkan untuk menghasilkan versi Windows XP tanpa
Windows Media Player, dikenali sebagai edisi N (tanpa Windows Media Player).
Walau bagaimanapun, edisi N tersebut mendapat sambutan dingin di kalangan pengguna
serta pengeluar komputer kerana harga bagi edisi N adalah sama dengan edisi biasa
dengan Windows Media Player, menyebabkan pengguna dan pengeluar berasa rugi.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
19
Ciri-ciri terkini dan diperbaharui
Windows XP memperkenalkan beberapa ciri terkini, antaranya:-
Proses memulakan Windows dan hibernasi yang lebih pantas.
Keupayaan untuk menyisihkan pemacu peranti yang lebih baru dan kembali ke
pemacu peranti lama sekiranya pemacu peranti yang baru menimbulkan masalah.
Ciri ini dikenali sebagai pengembalian pemacu peranti (driver rollback).
Antaramuka yang lebih mesra pengguna serta rangka kerja yang membolehkan
syarikat perisian mereka tema paparan.
Penukaran pengguna pantas, yang membolehkan pengguna menukar ke akaun
pengguna lain tanpa menutup program di dalam akaun pengguna yang masih
terbuka.
Mekanisme penjanaan fon ClearType bagi membolehkan teks pada monitor LCD
dapat dibaca dengan jelas.
Fungsi Remote Desktop, yang membolehkan pengguna mengendalikan
komputernya dari komputer lain yang turut menggunakan Windows XP melalui
rangkaian komputer ataupun internet.
Menyokong modem DSL serta rangkaian tanpa wayar.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
20
Antaramuka (interface)
Antaramuka Windows XP adalah berorientasikan tugasan. Menu Start dan enjin pencari
direka semula dan pelbagai kesan visual turut ditambah, termasuklah:-
Petak segiempat tepat dengan warna biru lutcahaya di dalam Explorer
Grafik seakan-akan "watermark" pada ikon folder, menunjukkan jenis fail yang
tersimpan di dalamnya
Bayang-bayang pada label ikon di dalam desktop
Bar tepi berasaskan tugasan pada tetingkap Explorer
Keupayaan untuk menghimpunkan banyak butang tetingkap bagi program yang
sama pada satu butang sahaja
Keupayaan untuk mengunci bar tugasan serta bar alatan lain bagi mengelakkan
perubahan yang tidak disengajakan
Paparan program yang baru dipasang pada menu Start
Bayang-bayang di bawah menu (Windows 2000 ada bayang-bayang pada kursor
tetikus, tetapi bukan pada menu)
Tema persekitaran Windows XP dikenali sebagai Luna, tetapi pengguna berupaya
untuk menukar tema lain dengan memasang program penukar tema yang boleh dimuat
turun melalui internet.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
21
Keperluan sistem
Keperluan sistem adalah seperti berikut:-
Minimum Disyorkan
Pemproses 233 MHz
300 MHz atau lebih
tinggi
Ingatan
64 MB RAM (mungkin
mengehadkan prestasi dan
sebahagian ciri-ciri)
128 MB RAM lebih
tinggi
Kad grafik dan monitor Super VGA (800 x 600)
Super VGA (800 x
600) atau resolusi lebih
tinggi
Ruangan bebas cakera keras 1.5 GB
1.5 GB atau lebih
tinggi
Pemacu CD-ROM
CD-ROM atau lebih
baik
Peranti Papan kekunci and tetikus
Papan kekunci dan
tetikus
Lain-lain
Kad bunyi, pembesar suara, and
fon kepala
Kad bunyi, pembesar
suara dan fon kepala
Nota: Windows XP SP2 memerlukan tambahan 1.8 GB cakera keras bagi tujuan
pemasangan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
22
Pek servis dan sokongan
Setakat ini Microsoft telah menghasilkan 2 pek servis, dan Service Pack 3 (SP3) masih
dalam peringkat pembangunan.
Windows XP tanpa pek servis
Sokongan tanpa pek servis telah tamat pada 30 September 2004.
Service Pack 1
Dilancarkan pada 9 September 2002, SP1 dilengkapi utiliti bagi membolehkan pengguna
memilih perisian aplikasi utama bagi aktiviti seperti melayari laman web. SP1 juga
menyokong USB 2.0 dan SATA. Sokongan terhadap SP1 tamat pada 10 Oktober 2006.
Service Pack 2
Windows XP SP2 dilancarkan pada 6 Ogos 2004 dengan memfokuskan terhadap
keselamatan sistem. SP2 dilengkapi perisian firewall yang lebih bersepadu, sokongan Wi-
Fi yang lebih baik, penyekat iklan "pop-up" pada Internet Explorer dan Pusat
Keselamatan Windows yang memantau keadaan perisian antivirus, Windows Update dan
perisian firewall. SP2 juga turut menyokong teknologi Bluetooth.
Service Pack 3
Setakat ini Windows XP SP3 masih lagi dalam peringkat pembangunan, namun Calon
Pelancaran (Release Candidate) bagi SP3 sudah mula dikeluarkan pada 4 Disember 2007
(bagi pelanggan TechNet dan MSDN) dan 18 Disember 2007 bagi pengguna umum.
Versi sebenar bakal dilancarkan pada setengah tahun pertama tahun 2008.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
23
Kitaran jangka hayat sokongan
Sokongan terhadap Windows XP tanpa pek servis serta SP1 telah pun ditamatkan,
manakala sokongan terhadap SP2 akan tamat dalam masa 4 tahun selepas dilancarkan.
Walaupun Microsoft memberi jaminan Windows XP masih boleh didapati di pasaran
dalam masa 12 bulan selepas pelancaran Windows Vista di pasaran antarabangsa pada 30
Januari 2007, kebanyakan pengeluar komputer sudah tidak lagi menjual komputer baru
dengan Windows XP hanya beberapa bulan selepas pelancaran Vista.
Pada 14 April 2009, Windows XP akan memasuki fasa pemanjangan sokongan yang
akan tamat pada tahun 2014.
10 kelebihan Windows XP SP2
Terdapat 10 kelebihan dalam Windows XP SP2 .Antara kelebihannya ia lebih
mementingkan keselamatan. Antara konsep keselamatan yang telah dipertingkatkan
dalam Windows ini ialah:
1. Membantu melindungi PC daripada fail sisipan yang merbahaya. Caranya, dengan
mengingatkan anda terhadap mana-mana fail sisipan yang mungkin tidak selamat.
SP2 membantu melindungi PC daripada virus-virus yang boleh merebak melalui
Internet Explorer, Outlook Express, dan Windows Messenger.
2. Menambah baik ciri perlindungan aspek privacy anda terutamanya apabila
berada di dalam web. SP2 membantu melindungi maklumat persendirian anda
dengan menggunakan ketetapan keselamatannya yang melindungi PC anda
daripada fail dan kandungan yang dipindah terima melalui Internet Explorer.
3. Menghindari pindah terima yang berpotensi tidak selamat. Pemantauan pindah
terima Internet Explorer dan Internet Explorer Information Bar akan
mengingatkan anda mengenai pindah terima yang mungkin merbahaya dan
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
24
samping memberikan pilihan untuk menyekat fail-fail yang mungkin berbahaya.
4. Mengurangkan gangguan tetingkap pop-up. Ciri baru SP2 yang dinamakan
Internet Explorer Pop-Up Blocker bakal menjadikan pelayaran Internet anda lebih
menyeronokkan. Caranya dengan membantu anda mengurangkan iklan-iklan yang
tidak diingini dan kandungan yang muncul apabila melayari web.
5. Menyediakan perlindungan firewall sejak PC anda dimulakan sehingga PC
dimatikan. SP2 diengkapi dengan Firewall Windows dalaman yang berkuasa dan
pada asasnya sedia diaktifkan. Ini membantu melindungi Windows XP daripada
pelbagai virus dan cecacing yang boleh merebak menerusi Internet.
6. Menyediakan pusat kawalan keselamatan yang lebih baik. SP2 dilengkapi pusat
kawalan keselamatan lebih baik yang dikenali sebagai Windows Security Center.
Pusat ini membolehkan anda melihat status keselamatan dengan mudah dan
mengurus ketetapan utama keselamatan pada satu tempat yang selesa.
7. Menyediakan kemaskini keselamatan yang mudah. Penambah baikan terhadap
ciri Automatic Updates Windows XP telah memudahkan lagi proses untuk
mengemaskini Windows. Selain itu, teknologi baru juga ditambah untuk
membantu pengguna internet dial-up memindah terima kemaskini dengan lebih
efisyen.
8. Menyediakan perlindungan terhadap alamat e-mel. SP2 juga telah membuat
penambah baikan terhadap aplikasi Outlook Express dalam usaha untuk
mengurangkan kemasukan e-mel yang tidak dikehendaki. Caranya, dengan
membataskan kemungkinan alamat e-mel anda dieksplotasi oleh penghantar
spam.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
25
9. Mencegah kelumpuhan (crash) akibat pemasangan perisian tambahan pelayar
Web. Ciri baru Add-On Manager di dalam Internet Explorer memudahkan anda
melihat dan mengawal perisian tambahan. Ini dikatakan dapat mengurangkan
berlakunya kelumpuhan dan anda boleh melayari web dengan bebas.
10. Memudahkan penggunaan wayarles. SP2 terus menyokong penggunaan wayarles
dengan memudahkan lagi proses untuk mencari dan berhubung dengan rangkaian
wayarles di rumah atau dalam perjalanan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
26
1.7 Kenali Windows Vista
Windows Vista adalah versi keenam bagi keluarga sistem pengendalian
Microsoft Windows. Windows Vista mula dipasarkan kepada pengeluar OEM pada 8
November 2006 dan dilancarkan oleh Microsoft bagi pasaran Malaysia pada 8 Februari
2007. Windows Vista mempunyai antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar, dikenali
sebagai Aero. Semasa peringkat pembangunannya, Windows Vista dikenali dengan nama
kodnya iaitu Longhorn sehinggalah ia memperoleh nama rasminya pada 22 Julai 2005
.
Keluaran Windows Vista didatangi lebih daripada lima tahun selepas perkenalan,
Windows XP, menjadi tempoh terpanjang di antara dua keluaran Microsoft Windows.
Windows Vista telah diberikan banyak taksiran negatif. PC World telah
menyenaraikan #1 dari "15 teknologi mengecewakan 2007," mengatakan bahawa banyak
pengguna suka bergantung pada XP, manakala lain-lain yang sudah meningkat telah
menjatuhkan semula."
.
Kritikan Windows Vista memasukkan masa pembangunan yang
berpanjangan, perlesenan paling terbatas, pemasukan teknologi Pengurusan Hak Digital
baru bertujuan menyekatkan salinan media digital yang dilindungi, kekurangan pemandu
bahan (driver) untuk sesuatu perkakasan dan pengguna ciri-ciri baru lain seperti User
Account Control.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
27
Edisi Windows Vista
1. Starter Edition - disasarkan kepada komputer berspesifikasi rendah untuk
meningkatkan kadar celik IT terutamanya di kawasan pedalaman serta didapati
dalam beberapa bahasa tempatan seperti versi Bahasa Malaysia (Windows Vista
Starter Edition bahasa Melayu.) Versi Starter Edition tidak dilengkapi
antaramuka Aero.
2. Home Basic - untuk pengguna komputer rumah yang hanya sekadar melepasi
keperluan minima Vista Capable dan menggunakan komputer untuk tugasan asas
sahaja. Versi Home Basic juga tidak dilengkapi antaramuka Aero.
3. Home Premium - untuk sebahagian besar pengguna komputer rumah.
4. Enterprise - untuk perniagaan berskala kecil yang menyertai program Microsoft
Software Assurance.
5. Business - disasarkan untuk semua jenis perniagaan.
6. Ultimate - merangkumi kesemua ciri-ciri yang terkandung dalam edisi Home
Premium dan Business, disasarkan kepada pengguna komputer yang berkuasa
tinggi.
Versi tanpa Windows Media Player bagi edisi-edisi di atas, dikenali sebagai versi N juga
didapati di Eropah akibat tindakan undang-undang yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah
terhadap Microsoft kerana menyertakan Windows Media Player di dalam Windows.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
28
Ciri-ciri utama Windows Vista
1. Pemasangan yang pantas - Windows Vista adalah versi Windows pertama yang
menggunakan DVD-ROM, malah tempoh pemasangannya juga lebih singkat
daripada versi terdahulu Windows. Antaramuka menu yang digunakan semasa
pemasangan Windows juga adalah antaramuka grafik pengguna sepenuhnya,
menjadikan pemasangan Windows Vista lebih mudah dan pantas.
2. Indeks Pengalaman Windows - Indeks Pengalaman Windows adalah satu skema
pemarkahan perkakasan oleh Microsoft bagi menguji keupayaan konfigurasi
komputer yang digunakan untuk menjalankan Windows Vista. Markah bagi
indeks tersebut diambil berdasarkan markah terendah bagi perkakasan yang
digunakan. Indeks tersebut berguna sebagai panduan buat pengguna untuk menilai
spesifikasi komputer mereka serta merancang naik taraf yang diperlukan
sekiranya markah yang diperolehi adalah rendah.
3. Antaramuka Aero - Windows Vista menggunakan antaramuka grafik terbaru
yang dikenali sebagai Aero. Antaramuka Aero ini kelihatan cantik dan lutsinar
tetapi untuk memperolehi antaramuka ini, sesebuah komputer perlu mempunyai
spesifikasi yang mencukupi bagi melepasi keperluan antaramuka Aero iaitu 3
markah dalam Indeks Pengalaman Windows.
4. Pengurusan sistem bersepadu - Program utiliti pengurusan fail iaitu Windows
Explorer kini disepadukan dengan panel kawalan Control Panel serta beberapa
perisian utiliti Windows yang lain untuk kawalan yang lebih berkesan serta
memberikan pengalaman baru yang berbeza kepada pengguna Windows.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
29
5. Ease of Access - Bahagian Ease of Access menggantikan Accessibility bagi
tujuan membantu orang kurang upaya untuk menggunakan komputer. Di dalam
Ease of Access ini, sistem pengecaman suara serta bacaan telah disepadukan
sepenuhnya bagi membolehkan pengguna kurang upaya menggunakan komputer
dengan lebih mudah.
6. Enjin pencari yang lebih cekap - Enjin pencari yang digunakan Windows Vista
akan terus mencari fail yang diingini sambil pengguna sedang menaip nama fail.
Teknik pencarian sebegini dapat menjimatkan masa pengguna.
7. Menu Start yang dikemaskini - Menu Start di dalam Windows Vista
dikemaskini dengan menu program berstruktur pohon agar lebih tersusun
berbanding versi terdahulu Windows. Selain itu, menu Start di dalam Vista turut
dilengkapi enjin pencari bagi membolehkan pengguna mencari program.
8. User Account Control - Di dalam Windows Vista, sebarang perubahan kepada
sistem komputer hanya boleh dilakukan oleh pentadbir sistem iaitu pemilik
komputer sendiri untuk mengelakkan sebarang perubahan yang tidak diingini
kepada sistem komputer. Bagi mengukuhkan tahap keselamatan, Windows akan
mengeluarkan tetingkap pertanyaan bagi mengesahkan sebarang perubahan
kepada sistem. Namun demikian, pengguna akaun bukan pentadbir boleh
melakukan perubahan sistem tetapi dengan meminta nama pentadbir dan kata
laluannya, berbeza dengan Windows XP yang langsung tidak membenarkan
pengguna akaun bukan pentadbir untuk melakukan perubahan walaupun sekadar
membetulkan jam dan tarikh, tetapi dalam masa yang sama pengguna akaun
pentadbir dapat mengawal sistem dengan terlalu bebas dan terdedah kepada risiko
keselamatan.
9. Preview Thumbnail - Dengan menggerakkan tetikus ke ikon program yang
sedang berjalan pada bar tugasan, pengguna dapat melihat sepintas lalu
kandungan program yang dibuka.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
30
10. Windows Flip 3D - Dengan menekan kombinasi kekunci Windows+Tab,
pengguna boleh melihat secara sekali imbas tetingkap program-program yang
telah dibuka, berbeza dengan cara lama iaitu kombinasi Alt+Tab yang hanya
membolehkan pengguna melihat ikon program yang dibuka.
11. Windows Defender - Windows Defender adalah perisian anti-spyware percuma
yang didatangkan bersama Windows Vista untuk melindungi sistem pengendalian
daripada serangan perisian spyware.
12. Internet Explorer 7 - Internet Explorer 7 ialah versi terbaru pelayar Web
keluaran Microsoft. Antara ciri-ciri utamanya termasuklah pelayaran bertab, ejen
pencari bersepadu serta pengurusan plug-in.
13. Windows Media Player 11 - Versi terkini pemain media digital Microsoft ini
turut dilengkapi enjin pencari yang mencari fail media sambil pengguna menaip
nama fail bagi membolehkan pengguna mencari dan memainkan fail media
dengan pantas.
14. Windows Update - Pada versi terdahulu Windows, Windows Update
memerlukan pengguna memasuki laman web Windows Update melalui pelayar
Internet Explorer. Malangnya, sesetengah pengguna yang mempunyai masalah
dengan pelayar Internet Explorer mereka tidak dapat mengemaskini sistem
pengendalian Windows mereka, tambahan pula Windows Update hanya
menyokong pelayar Internet Explorer sahaja. Bagi mengatasi masalah ini,
Windows Vista menyepadukan Windows Update di dalam Control Panel,
membolehkan pengguna mengemaskini perisian Windows mereka tanpa perlu
membuka Internet Explorer.
15. Windows Vista ReadyBoost - Teknologi ini membolehkan Windows
memanfaatkan ruang kosong di dalam pemacu kilat USB untuk menambah baik
prestasi ingatan Windows.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
31
16. Windows Photo Gallery - Windows Photo Gallery adalah perisian pengurusan
fail imej bagi menggantikan Windows Image and Fax Viewer dalam Windows
XP. Jika dahulunya fungsi Windows Image and Fax Viewer hanya terhad untuk
memaparkan imej, Windows Photo Gallery boleh mengimport gambar dari
kamera digital serta melakukan sedikit suntingan ringan pada gambar.
17. Bar tepi (sidebar) - Bar tepi menempatkan beberapa perisian mini yang dipanggil
gajet seperti jam, kalendar, nota kecil serta ramalan cuaca.
18. Windows Ultimate Extras - Windows Ultimate Extras adalah sekumpulan
perisian tambahan yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Windows
Update khusus untuk pengguna Windows Vista Ultimate sahaja.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
32
Keperluan sistem
Buat masa kini, keperluan sistem untuk pemasangan Windows Vista boleh
dikatakan agak berat. Spesifikasi minimum Windows Vista boleh dibahagikan kepada 2
iaitu Vista Capable dan Vista Premium Ready. Sesebuah komputer yang melepasi
keperluan Vista Premium Ready dapat menikmati ciri-ciri hebat Windows Vista dengan
lancar tanpa terasa berat serta dapat menikmati antaramuka Windows Aero. Sungguhpun
demikian, sesetengah perisian menyebabkan Windows menggunakan antaramuka asas
secara sementara walaupun melepasi spesifikasi Vista Premium Ready dan kembali
kepada antaramuka Aero setelah perisian tersebut ditutup.
Keperluan sistem Windows Vista
Vista Capable Vista Premium Ready
Pemproses 800 MHz 1.0 GHz
Ingatan 512 MB RAM 1 GB RAM
Kad grafik Serasi DirectX 9
GPU serasi DirectX 9 dengan
Pembayang Piksel Perkakasan
v2.0 dan sokongan pemacu
WDDM 1.0
Kad Video Grafik N/A 128 MB RAM
Kapasiti cakera keras 20 GB 40 GB
Ruangan bebas cakera keras 15 GB 15 GB
Pemacu lain CD-ROM DVD-ROM
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
33
Pek servis
Microsoft sekali-sekali mengeluarkan pek-pek servis untuk sistem pengendalian
Windows untuk membaiki masalah-masalah dan menambahkan ciri-ciri.
Service Pack 1
Windows Vista Service Pack 1 (SP1) yang sekarang dalam pembangunan dan
dicadangkan untuk keluaran berserta dengan Windows Server 2008 pada suku pertama
2008. Beta Windows Vista Service Pack 1 pertama, pembinaan 16659, yang dikeluarkan
pada 24 September 2007 dan sekarang diuji oleh peserta TechBeta dalam Program Beta
Windows Vista SP1 dan juga pelanggan TechNet dan MSDN.
Pada 12 Disember 2007, Microsoft mengeluarkan Windows Vista Service Pack 1
(SP1) Release Candidate sebagai beta kepada awam am. Pembinaan RC didokumenkan
mengandungi 489 tampalan, sebanyak daripadanya yang didokumenkan dalam Pangkalan
Ilmu Microsoft tetapi tidak ada untuk muat turun.
Kertas putih diterbitkan oleh Microsoft pada akhir Ogos 2007 menjelaskan tujuan
pek servis, mengecamkan tiga kawasan kemajuan major: kebolehpercayaan dan
pencapaian, pengalaman pentadbiran dan penyokong untuk perkakasan dan piawai baru.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
34
1.8 Ubuntu
Apa itu Ubuntu?
Ubuntu adalah distribusi Linux yang popular pada masa ini. Ia direka dengan
tujuan untuk menggantikan Microsoft Windows sebagai sistem operasi yang paling
banyak digunakan di dunia secara percuma. Perkataan Ubuntu berasal dari bahasa Zulu
dan Xhosa. Ubuntu ( diucapkan oo-BOON-too ) dipandang sebagai salah satu asas
pendirian republik baru Afrika Selatan dan berhubung dengan ide kebangkitan kembali
Afrika.Terjemahan singkat dari makna Ubuntu adalah"kemanusiaan untuk semua".
Ubuntu merupakan satu sistem sistem operasi lengkap Linux yang sesuai untuk
komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server).
Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-
lain. Ubuntu dibangun dari komponen yang keseluruhannya bersifat sumber terbuka
dengan modifikasi utama untuk kemudahan penggunaan dan menghijrahkan pengguna
komputer yang sudah biasa menggunakan Microsoft Windows. Ubuntu juga dilengkapi
pelbagai aplikasi seperti pemprosesan kata, pembaca mel elektronik, perisian pelayan
jaringan dan alat-alat pengaturcaraan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
35
Ubuntu adalah percuma dan sentiasa akan percuma dan sumber terbuka. Anda
boleh memuat turun Ubuntu dan dikongsi bersama rakan-rakan dan musuh anda tanpa
perlu membayar lesen penggunaan seperti Windows. Selain itu sistem operasi Ubuntu
yang berasaskan Linux juga kebal dan anda tidak perlu menggunakan perisian anti-virus
untuk mempertahankan sistem komputer anda. Jarang berlaku jangkitan virus berlaku
kepada linux.
Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaru sistem operasinya setiap 6 bulan yang
akan mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaru dunia perisian percuma dan
sumber terbuka untuk komputer peribadi dan komputer pelayan anda. Setiap 2 tahun
Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS atau "Long Term Support" (Sokongan Jangka
Panjang) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk
komputer pelayan. Ini sesuai untuk digunakan di dalam persekitaran aplikasi kritikal
syarikat.
Ubuntu juga unik kerana ia dikeluarkan di dalam 1 CD sahaja dan ini memudahkan
pengguna untuk memuat-turun.
Pemasang Ubuntu juga sangat mesra pengguna dan bergrafik yang sangat mudah
dan menarik untuk membolehkan anda menggunakan Ubuntu (termasuk aplikasi
produktiviti pejabat dan semua pemacu) dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja.
Versi terakhir, Ubuntu 7.10 (Gutsy Gibbon), dikeluarkan secara rasmi pada 18
Oktober 2007. Versi 8.04 LTS (Hardy Heron) dijadualkan pada April 2008. Versi 8.04
diberi label LTS, iaitu "sokongan jangka masa panjang" (long term support), bermakna
bahawa ia akan diselenggara oleh Canonical Ltd. selama tiga tahun untuk versi atas meja
(desktop) dan lima tahun untuk versi pelayan (server).
Terdapat tiga anak projek rasmi Ubuntu, iaitu Kubuntu, Xubuntu, dan Edubuntu.
Masing-masing menggunakan kod teras yang sama, cuma Kubuntu didatangkan dengan
KDE sebagai persekitaran desktop alternatif, Xubuntu didatangkan dengan Xfce untuk
komputer berkuasa rendah, manakala Edubuntu pula disasarkan kepada komputer dalam
bilik darjah.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
36
Versi Keluaran Ubuntu
Setiap Keluaran Ubuntu mempunyai kod nama dan nombor versi. Nombor versi adalah
berdasarkan tahun dan bulan dari keluaran. Sebagai contoh, keluaran Ubuntu yang
pertama, 4.10, telah dikeluarkan pada 20 Oktober 2004.
Daftar keluaran Ubuntu yang dikeluarkan :
Versi Tarikh Keluaran Kod Nama
Disokong
sehingga
4.10 20 Oktober 2004 Warty Warthog 30 April 2006
5.04 8 April 2005 Hoary Hedgehog 31 Oktober 2006
5.10 13 Oktober 2005 Breezy Badger 13 April 2007
Jun 2009
(desktop)
6.06 LTS (Sokongan
Jangka Panjang)
1 Jun 2006 Dapper Drake
Jun 2011 (server)
6.10 26 Oktober 2006 Edgy Eft April 2008
7.04 19 April 2007 Feisty Fawn Oktober 2008
7.10 18 Oktober 2007 Gutsy Gibbon April 2009
April 2011
(desktop) 8.04 LTS (Sokongan
Jangka Panjang)
Dijadualkan pada April
2008
Hardy Heron
April 2013
(server)
CD Ubuntu boleh didapati secara percuma dalam bentuk ISO ataupun CD.
PERKAKASAN
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
37
2.1 Mengenali Perkakasan
Sebelum kita memulakan pemasangan komputer kita, kita perlu mengenali perkakasan
atau komponen komponen komputer yang akan kita gunakan dan pasang pada
komputer kita nanti. Dengan ini, kita akan dapat mengenali perkakasan-perkakasan yang
berkaitan dengan lebih mudah.
Peralatan Pemasangan
Sebelum kita memulakan pemasangan, peralatan yang kita gunakan ialah :
1. Playar,
2. Pemutar skru philips bermagnet dan
3. Pemutar skru biasa bermagnet.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
38
2.2 Komponen Utama Perkakasan
Kekisi (Casing)
o Berperanan sebagai pusat pemasangan pelbagai perkakasan dan komponen
komputer. Ia juga sebagai pelindung kepada perkakasan perkakasan
komputer yang dipasang dari rosak akibat persekitaran seperti kotor debu,
mengelakkan dari di sentuh atau di pegang dan mengelakkan dari litar pintas
pada perkakasan kerana telah diskru dengan kemas.
o Sebelum memilih kekisi kita perlu tentukan sama ada kita memerlukan ruang
yang lebih untuk melakukan peningkatan atau menaik taraf perkakasan kita
dimasa hadapan atau tidak. Sekiranya anda bercadang mahu melakukan naik
taraf komputer pada masa hadapan, adalah dicadangkan membeli kekisi jenis
tower.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
39
o Terdapat dua jenis kekisi :
1. Tower Full tower, medium tower, midi Tower dan mini tower
- Berbentuk fizikal menegak dan tinggi.
2. Desktop Desktop dan Slimline
- Berbentuk fizikal melintang
o Di antara jenis kekisi ini, kekisi jenis tower adalah baik kerana dari segi aliran
udaranya yang lebih besar dan luas mengurangkan kepanasan di dalam kekisi
yang kadang-kadang sekiranya terlalu panas akan mengakibatkan komputer
bermasalah seperti tergantung (hang) atau sukar digunakan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
40
Pembekal Kuasa (Power supply)
o Setiap komponen menerima bekalan elektrik daripada pembekal kuasa.
o Antara komponen yang menerima bekalan kuasa secara terus seperti
papan induk, cakera keras, pemacu cakera liut dan
CD-ROM / DVD-ROM.
o Bekalan kuasa biasanya telah tersedia sekiranya kita membeli unit kekisi
(casing) yang baru.
o Terdapat dua jenis pembekal kuasa yang biasa digunakan iaitu :
Jenis AT unit bekalan kuasa jenis ini mempunyai suis OFF dan ON.
Jenis ATX unit bekalan kuasa jenis ini mempunyai suis seperti butang
yang lembut seperti butang RESET. Untuk mengaktifkan kita hanya perlu
menekan sekali butang Power. Unit bekalan kuasa jenis ini akan mati
dengan sendiri apabila Windows melakukan sistem shutdown. Tetapi
sekiranya proses ini juga gagal, kita boleh mematikan untuk bekalan kuasa
dengan menekan butang power selama 5 saat. Kebanyakkan masa kini unit
bekalan kuasa dibekalkan dari jenis ATX.
o Kebanyakkan kekisi sekarang menggunakan ATX. Kapasiti yang biasa
terdapat ialah 230w - 380w.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
41
Papan Induk (motherboard)
o Papan induk merupakan papan litar yang paling besar dan utama didalam
sesebuah sistem komputer. Ia mengandungi punca sambungan , slot RAM
slot kad sokongan dan lain-lain yang boleh dipasangkan kepadanya.
o Papan induk (motherboard) merupakan pusat yang menghubung serta
tapak bagi CPU (dikenali juga prosesor), BIOS, ingatan utama (RAM),
antaramuka storan, liang bersiri(serial) dan selari (parallel) slot tambahan,
penyambungan monitor, tetikus, papan kekunci, pembesar suara dan
sebagainya.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
42
o Pemilihan papan induk perlu sesuai dengan CPU yang digunakan. Ini
kerana kelajuan External Bus CPU mesti sama dengan kelajuan External
Bus yang disokong oleh papan induk. Ia juga perlu mempunyaoi slot soket
yang sama dengan pemproses. Contohnya, sekiranya anda mahu
memasang pemproses atau CPU Pentium D ia menggunakan soket 775
jadi papan induk juga perlu menyokong jenis soket 775 supaya pemproses
atau CPU dapat dipasang pada papan induk dan boleh berfungsi.
o Jenama juga memainkan peranan penting bagi menentukan kualiti, tahap
keupayaan dan kelebihan setiap papan induk yang berjenama.
o Setiap model pemproses yang dihasilkan, ia mempunyai soket yang
berbeza kerana menyokong rekabentuk pemproses yang mempunyai
teknologi yang berbeza terutama dari segi teknologi litar, kepantasan dan
jumlah guna tenaga yang digunakan. Setiap soket yang berbeza ini perlu
disokong oleh papan induk untuk menggunakan jenis soket yang sama.
Soket 478 - Pentium 4.
Soket 775 - Pentium 4, Pentium D, Pentium Dual Core, Pentium Core 2 Duo.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
43
Soket A - AMD Athlon dan Duron.
Soket 754 AMD Athlon
Soket 940 AMD Sempron, AMD Athlon
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
44
Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
o Juga dikenali sebagai pemproses dalam Bahasa Malaysia atau dalam
bahasa inggerisnya ialah processor.
o Unit pemprosesan pusat (CPU) atau pemproses merupakan otak bagi
sesebuah sistem komputer.
o Ia berperanan menterjemah data input kepada maklumat output yang
dikehendaki. Memindahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang
difaham dan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer - komputer
lain pengguna.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
45
o Unit pemprosesan pusat (CPU) berperanan untuk melaksanakan serta
mengawal keseluruhan operasi komputer. Hampir semua pengiraan serta
penentuan logikal dilaksanakan disini.
o Kelajuan dalaman (Internal Bus) atau biasa dipanggil sebagai CPU speed.
Kelajuan 1GHz, 2GHz dan sebagainya merujuk kepada kelajuan dalaman.
Semakin tinggi nilainya maka semakin lajulah data tersebut diproses.
o Kelajuan luaran (External Bus) atau dikenali sebagai Bas Luaran
merupakan kelajuan diluar CPU tersebut dan mesti disokong dengan
kelajuan papan induk (motherboard). Ia juga dikenali sebagai Front Bus.
Sekiranya Bas Luaran untuk CPU tersebut adalah 800MHz maka papan
induk mesti mempunyai kelajuan BAS yang sama. Bas luaran berbeza
diantara CPU yang berlainan. Semakin tinggi kelajuan luaran maka
prestasi komputer meningkat.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
46
Jadual dua jenama CPU iaitu Intel dan AMD, jenis soket, saiz cache dan kelajuan
bas atau CPU speed.
Jenis CPU Soket
L2
Cache
Internal
Bus
(CPU speed)
External
Bus
Soket 478
(versi lama)
128KB
850MHz
2.2GHz
66 100MHz
400MHz
(1.7GHz keatas)
Soket 775
(versi
terkini)
512KB 1.6GHz 800MHz
Soket 478
(versi lama)
256KB
1.7 3.06
GHz
400 533 MHz
Soket 775
(versi
terkini)
256KB
1.7 3.06
GHz
400 533 MHz
Soket 775 2MBX2 3.40 GHz 800MHz
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
47
Soket 775
2mb -
6mb
1.06 GHz to
3.16 GHz
533 MT/s to
1333 MT/s
Soket 754 256KB
1700+ -
2800+
266 - 1500MHz
Soket 940
(AM2)
512X2
1MBX2
3000+ -
6400+
2000MHz
o Saiz Ingatan Cache (Cache Memory) - Semakin besar saiz ingatan cache
maka prestasi CPU keseluruhan akan meningkat. Fungsi utama ingatan
cache adalah untuk menyimpan arahan yang pernah diproses oleh CPU.
Sekiranya terdapat arahan yang sama, maka CPU tidak perlu memproses
semula arahan tersebut. Cache juga berfungsi sebagai penimbal (buffer)
diantara CPU dengan memori utama kerana kelajuan cache lebih laju.
o Untuk lebih kefahaman, contohnya sekiranya sebelum ini sesuatu fail
belum pernah dibaca dan dibaca untuk pertama kali maka proses agak
perlaha tetapi sekiranya fail yang sama di baca untuk kali kedua dan ketiga
ia semakin laju kerana pernah dibuka dan fail tersebut yang pernah dibaca
sebelum ini masih ada di dalam ingatan cache pemproses.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
48
Ingatan Capaian Rawak (RAM) / Memori
o Ingatan capaian rawak atau bahasa ingerisnya Random Access Memory
dikenali RAM di mana data atau arahan yang perlu atau sedang diproses
disimpan buat sementara waktu agar ianya pantas dipindahkan diantara
CPU dan sistem prosesan. Ia juga biasa dipanggil memori.
o Jenis jenis RAM yang biasa digunakan ialah SDRAM, RDRAM,
DDR RAM dan yang terkini DDR2 RAM.
o Data atau arahan akan hilang sekiranya kuasa atau komputer ditutup
kerana ia adalah jenis Volatile (tidak kekal) dan sementara.
o Semakin tinggi saiz RAM yang digunakan, semakin pantas perlaksanaan
perisian dan arahan dapat dilaksanakan dan diselesaikan.
o Saiz RAM dinilai Megabait (MB) atau Gigabait (GB). Contoh saiz RAM
ialah 128MB, 256MB, 512MB, 1GB, 2GB dan seterusnya.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
49
RAM jenis DDR RAM dan DDR2 RAM secara kasarnya kelihatan sama sahaja tetapi ia
masih mempunyai perbezaan seperti jadual dibawah :
DDR DDR2
Jumlah Pin :
184 pin pada DDR
Kepantasan (MHz) :
Kepantasan bagi DDR ialah 200, 266, 333,
dan 400
Kuasa Voltan :
2.5 volts
Jumlah Pin :
240 pin pada DDR
Kepantasan (MHz) :
DDR2 mempunyai kepantasan berganda
iaitu 400, 533, 667, dan 800
Kuasa Voltan :
1.8 volts (ini akan mengurangkan haba jadi
RAM kurang bermasalah)
Lekuk :
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
50
Jenis jenis RAM terkini dan bentuk fizikalnya :
SDRAM
RDRAM
DDR RAM
DDR2 RAM
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
51
Cakera keras (hard disk)
o Cakera keras merupakan storan sekunder yang boleh menyimpan serta
mengeluarkan data dan perisian dengan pantas jika dibandingkan dengan
storan sekunder yang lain seperti pita magnetik, cakera liut dan storan
optik.
o Cakera keras digunakan untuk menyimpan data dengan kapasiti yang lebih
besar dan kekal. Ia merupakan keperluan wajib kerana sistem
pengoperasian akan di pasang di dalam cakera keras serta aplikasi-aplikasi
lain.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
52
o Cakera keras mengandungi plat besi magnetik berbentuk cakera
merupakan komponen tempat data disimpan. Pemilihan cakera keras yang
laju boleh mempengaruhi prestasi komputer.
Antara jenama cakera keras di pasaran ialah Maxtor, Western Digital, dan
Seagate. Kapasiti cakera keras kini telah mencapai sehingga 1000GB
bersamaan 1 Terabait (TB).
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
53
Pemacu Cakera Liut (floppy disk drive)
o Pemacu cakera liut merupakan alat yang membolehkan data dibaca atau
ditulis pada cakera liut atau disket.
o Kebiasaan pemacu cakera liut yang dipasang adalah jenis 3.5 inci dan
dikenali sebagai drive A
o Komponennya yang digunakan sebagai penyimpanan data dikenali
sebagai cakera liut atau disket.
o Disket mempunyai kapasiti yang terhad iaitu hanya mempunyai saiz
1.44MB sahaja.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
54
Pemacu CD-ROM / DVD-ROM
o Pemacu CD-ROM / DVD-ROM merupakan storan sekunder
manakala penyimpan maklumat seperti CD-R / DVD-R atau CD-RW /
DVD-RW adalah storan optik. Cakera ptik tidak sukar untuk
dibezakan kerana di atas tiap-tiap CD atau DVD telah dicetak samada
CD-R /CD-RW/DVD-R atau DVD-RW.
o Storan Optik jenis CD-R hanya boleh melakukan penyimpanan atau
menulis data hanya sekali dan hanya boleh dibaca dengan kadar saiz
maksimum data sekeping CD ialah 700MB.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
55
o Storan Optik jenis CD-RWboleh melakukan penyimpanan atau
menulis data berulang kali dengan kadar saiz maksimum data sekeping
CD ialah 700MB.
o Storan Optik jenis DVD-R hanya boleh melakukan penyimpanan
atau menulis data hanya sekali dan hanya boleh dibaca dengan kadar
saiz maksimum data sekeping DVD ialah 4.7GB untuk single layer
dan 8.4GB double layer .
o Storan Optik jenis DVD-RW boleh melakukan penyimpanan atau
menulis data berulang kali dengan kadar saiz maksimum data DVD
ialah 4.7GB untuk single layer dan 8.4GB double layer .
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
56
o Terdapat 2 jenis pemacu CD-ROM :
Pemacu CD-ROM yang hanya boleh membaca cakera CD-R dan
CD-RW.
Pemacu CD-RW pemacu jenis ini boleh membaca dan menulis
data ke CD-R dan CD-RW.
o Terdapat 2 jenis pemacu DVD-ROM :
Pemacu DVD-ROM kini popular kerana keupayaannya membaca
cakera DVD. Selain itu, ia berkeupayaan membaca CD-R dan
CD-RW.
Pemacu DVD-RW pula boleh membaca dan menulis pada DVD-R,
DVD-RW, CD-R dan CD-RW.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
57
Kad video (Video adapter )
o Kad video atau dikenali juga kad paparan (display card) ialah kad
tambahan yang dipasang atau yang telah sedia ada sebagai perantara muka
di antara papan induk dan skrin paparan (monitor).
o Kad video ini biasanya tersedia dalam empat jenis iaitu terbina-dalam
(built-in), kad PCI, kad AGP (Accelerated Graphics Port) dan yang terkini
Pci Express.
o Untuk kad video jenis terbina-dalam (built-in), ia akan berkongsi ingatan
(shared memory) dengan RAM.
o Untuk menghasilkan paparan yang lebih baik dan mengelakkan
perkongsian ingatan (shared memory) dengan RAM yang akan
memperlahankan komputer; dicadangkan menggunakan kad tambahan kad
video yang berasingan.
o Kad video tambahan biasanya mempunyai pemproses mikronya sendiri.
Ini akan meningkatkan lagi kualiti grafik dan membantu meringankan
bebanan pemproses.
o Pada peringkat awal, kad PCI popular tetapi telah diambil alih kad jenis
AGP kerana lebih pantas dan mempunyai pemproses grafik sendiri.
Namun kini Kad PCI generasi baru iaitu Pci Express semakin popular
kerana lebih pantas dan grafik yang terhasil lebih tajam (sharp) dan
menarik.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
58
Jadual perbezaan diantara jenama dan harga kad AGP
Jenama
Saiz Memori dalam
MB
BIT Harga dalam RM
NVidia Geforce 128 128 135
NVidia Geforce 256 128 170
MSI MS8998 128 64 120
Asustek A9250
Ati Radeon
128 64 115
Sapphire Ati
Radeon
256 128 158
Jadual perbezaan diantara jenama dan harga kad PCI Express
Jenama
Saiz Memori dalam
MB
BIT Harga dalam RM
MSI V027
GeForce
512 64 155
MSI V096
GeForce
512 128 339
Asustek
GF8500GT
256 128 258
Sapphire Ati
Radeon X1050
512 64 143
Asus Ati Radeon 256 128 320
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
59
Skrin Paparan (monitor)
Skrin paparan atau monitor merupakan peranti output yang digunakan sebagai output
untuk melihat imej. Terdapat dua jenis skrin paparan dipasaran.
Tiub sinar katod (cathode ray tube - crt) Menggunakan teknologi tiub yang sama
seperti televisyen tetapi menggunakan isyarat digital. Ia menggunakan teknologi tiub
vakum sebagai komponen utama skrin paparan.
Paparan panel rata atau liquid crystal display (lcd) merupakan skrin paparan yang
ringan, nipis dan kurang menggunakan kuasa berbanding dengan CRT.
Walaubagamanapun harganya agak mahal berbanding dengan skrin paparan dari jenis
CRT.
Terdapat pelbagai saiz skrin paparan dipasaran dan skrin paparan yang sering
digunakan adalah bersaiz 15 dan 17. Harga skrin paparan bersaiz 15 kini sekitar
RM 280 manakala harga skrin paparan bersaiz 17 pula sekitar RM 345. Perbezaan
sedikit ini kerana skrin paparan 15 sudah tidak banyak dikeluarkan dari itu
pembelian skrin paparan bersaiz 17 merupakan pilihan yang baik. Harga untuk LCD
juga kini sudah lebih murah kerana permintaan yang yang semakin banyak oleh
pengguna.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
60
Jadual perbezaan harga antara jenama di antara skrin paparan jenis CRT dan LCD
Jenama Jenis Saiz Harga dalam RM
Samsung CRT 15 280
Samsung CRT 17 345
Acer LCD 17 589
Acer LCD 19 639
ViewSonic LCD 19 1100
ViewSonic LCD 22 939
PEMASANGAN
PERKAKASAN
KOMPUTER
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
61
3.1 Pemasangan Pemproses (processor) Pada Papan Induk
(motherboard)
Untuk pemasangan ini, kita akan memasang pemproses (processor) Intel Pentium 4 dan
soket LGA 775.
Langkah 1
Dapatkan kotak papan induk (motherboard) dan keluarkan papan induk.
Jangan letak di atas lantai atau dimana-mana kerana kemungkinan papan induk kotor dan
rosak. Letakkan pada tempat yang sesuai.
Buka pengunci pemproses. Caranya tekan sedikit dan tarik pengunci ke luar.

Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
62
Kemudian tarik pengunci ke atas.
Langkah 2
Kemudian buka penutup soket pemproses. Caranya, cungkil sedikit dan angkat penutup
soket ke atas.

Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
63
Langkah 3
Setelah soket pemproses tiada masalah, dapatkan pemproses anda. Pastikan pemproses
anda yang biasanya didatangkan bersama kipas heat sink.
Peringatan : Jangan pegang di bawah pemproses
kerana pin pemproses akan kotor dan boleh
mengakibatkan pemproses mungkin tidak berfungsi.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
64
Langkah 4
Sebelum memasukkan pemproses ke soket, pastikan pengunci soket telah dibuka.
Perhatikan pemproses dengan teliti kerana pemproses yang akan kita pasang mempunyai
tanda. Terdapat dua tanda pada pemproses. Lihat rajah dibawah.
Kemudian letakkan pemproses ke soket. Di soket pastikan anda perhatikan juga dimana
ia juga mempunyai dua tanda yang berpadanan dengan pemproses. Ini untuk
mengelakkan kesilapan sewaktu memasang pemproses. Lihat rajah dibawah.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
65
Pasang pemproses dengan berhati-hati dan letakkan dengan perlahan-lahan sehingga
pemproses masuk lekap ke soket dengan hanya letakkannya sahaja di tempat yang tepat.

Peringatan : Jangan paksa pemproses semasa proses
letak untuk mengelakkan kerosakkan pin pemproses.
Langkah 5
Setelah pemproses benar-benar lekap masuk ke dalam soket,tutup dan kunci semula
penutup soket.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
66
Tekan besi pengunci kuat sedikit sehingga ia terkunci.

Langkah 6
Selanjutnya, kita akan memasang kipas heat sink pemproses pula. Terlebih dahulu kita
dapatkan alas atau bracket kipas yang didatangkan bersama kipas heat sink tadi.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
67
Kemudian, terbalikkan papan induk tadi. Lekapkan alas kipas tersebut tepat masuk ke
lubang skru kipas heat sink .
Pegang dan pusingkan kembali papan induk dan pastikan alas kipas tadi tidak jatuh atau
bergerak. Pasangkan kipas heat sink di atas pemproses. Pastikan kedudukannya betul dan
tepat.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
68
Kemudian ketatkan dengan pemutar skru keempat-empat skru kipas pemproses tersebut.
Pastikan skru diikat kemas. Jika telah diskru kemas, kipas tersebut tidak akan jatuh jika
diuji seperti dibawah.
Peringatan : Terdapat pelbagai jenis kipas heat sink
pemproses di pasaran dan pelbagai cara pemasangan.
Perkara yang penting sekali ialah rujuk buku panduan
yang dibekal mengenai cara-cara pemasangan yang
betul.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
69
3.2 Pemasangan RAM Pada Papan Induk
Langkah 1
Dapatkan memori DDR2 RAM anda.
Peringatan : Pastikan anda memilih dan menggunakan
RAM yang betul. Tentukan RAM anda kerana RAM
jenis DDR dan DDR2 RAM adalah hampir sama.
Langkah 2
Pastikan slot memori anda. Kemudian pastikan pengunci telah terbuka. Caranya, tolak
pengunci ke arah luar.
Pengunci
tertutup.
Pengunci
terbuka.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
70
Langkah 3
Masukkan RAM anda ke slot memori. Pastikan anda masukkan dengan betul. Di RAM,
terdapat alur di tengahnya sebagai tanda dan di slot juga mempunyai tanda yang
menonjol. Pastikan anda masukkan RAM sepadan dengan tanda tersebut. Jika salah atau
bukan RAM yang sepatutnya ia tidak akan berpadanan dan tidak sesuai.
Tekan kuat sedikit tetapi berhati-hati sehingga slot RAM terkunci.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
71
Pengunci pada slot RAM akan terkunci secara automatik.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
72
3.3 Pemasangan Pembekal Kuasa (power supply) Ke Dalam Kekisi
Langkah 1
Dapatkan kekisi (casing) anda dan buka penutupnya.
Buka skru penutup terlebih dahulu.
Caranya membuka penutup kekisi tersebut ialah tekan sedikit bahagian tengah dan tarik
penutup kekisi ke belakang.
Langkah 2
Dapatkan pembekal kuasa (power supply).
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
73
Pasang pembekal kuasa di tempatnya dengan memasukkan dari sebelah dalam dan
bahagian atas kekisi.
Pastikan ia berkedudukan tepat dengan lubang skru. Kemudian skrukan pembekal kuasa
tersebut. Pastikan ia diskru dengan kuat. Ia untuk mengelakkan gegaran pada kekisi.

Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
74
3.4 Pemasangan Spacer Pada Kekisi
Di papan induk dan kekisi terdapat lubang lubang yang akan dipasang dengan skru
untuk mengikat keduanya. Namun, untuk pengetahuan anda, papan induk tidak boleh
diskru terus ke kekisi tetapi menggunakan spacer yang akan dipasang pada lubang skru.
Spacer akan menjarakkan papan induk dengan kekisi. Ini kerana untuk mengelakkan
kemungkinan litar pintas yang boleh merosakkan perkakasan komputer.
Langkah 1
Sediakan spacer.

Pastikan kedudukan papan induk. Kemudian pasangkan spacer dan skru lubang yang
akan dipasang skru nanti.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
75
Langkah 2
Pasang spacer dan pastikan ia diskru kuat.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
76
3.5 Pemasangan Pelindung Panel Belakang (cover back panel)
Pelindung panel belakang atau cover back panel biasanya didatangkan bersama papan
induk. Setiap papan induk mempunyai rekabentuk yang berbeza. Oleh itu, pastikan
kesesuaian panel belakang dengan papan induk anda.
Langkah 1
Dapatkan panel belakang (cover back panel).
Jika ada lubang yang tertutup, anda boleh mematahkan hingga tanggal.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
77
Langkah 2
Pasangkan panel belakang ke tempatnya. Pastikan ia tidak terbalik
Pastikan ia di pasang dengan kemas supaya tidak tertanggal semasa memasang papan
induk nanti.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
78
3.6 Pemasangan Papan Induk Ke Dalam Kekisi
Langkah 1
Dapatkan papan induk tadi yang telah kita sedia pasang pemproses dan RAM.
Juga sediakan kekisi dan pastikan spacer yang telah dipasang tadi kemas.
Langkah 2
Masukkan papan induk ke dalam kekisi dan letak sesuai dengan spacer.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
79
Langkah 3
Pastikan kedudukan port di papan induk sesuai dengan panel belakang.
Langkah 4
Seterusnya, skrukan papan induk ke kekisi. Skrukan yang dibawahnya telah ada dipasang
spacer. Ketatkan dengan pemutar skru dengan kemas dan kuat tetapi berhati-hati supaya
tidak merosakkan papan induk.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
80
3.7 Pemasangan CD-ROM / DVD-ROM
Langkah 1
Sebelum kita boleh memasang CD-ROM / DVD-ROM, kita terlebih dahulu perlu
membuka penutup di panel hadapan kekisi.
Caranya, pilih aras CD-ROM / DVD-ROM yang hendak dipasang. Kemudian, tolak dari
sebelah dalam sehingga penutup panel terkeluar.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
81
Langkah 2
Ambil CD-ROM / DVD-ROM dan masukkan dari sebelah depan kekisi.
Kemudian skrukan CD-ROM / DVD-ROM anda dengan kemas dan ketat.
Nota : Pemasangan perkakasan seperti CD-ROM /
DVD-ROM bergantung kepada jenis panel depan
kekisi. Kemungkinan cara pemasangan berbeza
mengikut jenis kekisi yang dibeli. Anda disaran
merujuk manual panduan yang disertakan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
82
3.8 Pemasangan Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)
Langkah 1
Sama seperti langkah memasang CD-ROM / DVD-ROM ,Sebelum kita boleh memasang
pemacu cakera liut atau floppy disk drive, kita terlebih dahulu perlu membuka penutup di
panel hadapan kekisi.
Langkah 2
Ambil pemacu cakera liut dan masukkan dari sebelah depan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
83
Kemudian skrukan pemacu cakera liut anda dengan kemas dan ketat.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
84
3.9 Pemasangan Cakera Keras (hard disk)
Langkah 1
Sediakan cakera keras (hard disk) anda.
Langkah 2
Letak cakera keras di tempat yang sesuai. Biasanya cakera keras dipasang di bahagian
bawah pemacu cakera liut.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
85
Langkah 3
Ketatkan cakera keras dengan skru. Pastikan anda ketatkan cakera keras dengan skru di
sebelah kanan dan kiri.

Nota : Pemasangan perkakasan cakera keras bergantung
jenis kekisi. Kemungkinan cara pemasangan berbeza
mengikut jenis kekisi yang dibeli. Anda disaran
merujuk manual panduan yang disertakan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
86
3.10 Pemasangan Kabel IDE Ke Papan Induk
Langkah 1
Sediakan dua kabel IDE.
Kita akan memasang kabel IDE di slot IDE yang berwarna biru dan hitam. Kita akan
memasang slot IDE pertama terlebih dahulu yang berwarna biru.
Slot IDE yang berwarna biru dikenali Primary di dalam BIOS dan slot IDE kedua yang
berwarna hitam ialah Secondary.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
87
Langkah 2
Terlebih dahulu, anda perlu melihat tanda pada kabel IDE pertama yang akan kita pasang
ini dan di slot IDE pada papan induk. Kabel IDE ini mempunyai tanda yang akan
berpadanan dengan lubang kecil di slot IDE di papan induk apabila dipasang nanti.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
88
Kemudian masukkan kabel IDE pertama ke slot IDE biru dengan berhati-hati.
Langkah 3
Ambil hujung kabel IDE pertama dan pasang ke cakera keras.
Sebelum itu perhatikan hujung kabel IDE pertama tersebut. Ia juga mempunyai tanda. Di
slot cakera keras juga mempunyai tanda lubang kecil di sebelah atas. Apabila kabel IDE
tersebut dipasang pada slot cakera keras, ia akan berpadanan dan betul.

Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
89
Pasangkan dengan berhati - hati untuk mengelakkan pin di slot cakera keras bengkok.
Langkah 4
Pasangkan kabel IDE kedua dengan cara yang sama seperti kabel IDE pertama.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
90
Langkah 5
Ambil hujung kabel IDE kedua dan kita akan pasang ke CD-ROM / DVD-ROM.
Sebelum itu perhatikan hujung kabel IDE kedua tersebut. Ia juga mempunyai tanda. Di
slot CD-ROM / DVD-ROM juga mempunyai tanda lubang kecil di sebelah atas. Apabila
kabel IDE tersebut dipasang pada slot CD-ROM / DVD-ROM, ia akan berpadanan dan
betul.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
91
3.11 Pemasangan Kabel Cakera Liut (Floppy Disk)
Langkah 1
Sediakan satu kabel floppy.
Perbezaan antara kabel floppy dan kabel IDE ialah kabel floppy lebarnya lebih kecil
sedikit dari kabel IDE.
Langkah 2
Tentukan tempat slot kabel floppy disk.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
92
Langkah 3
Kabel floppy juga mempunyai tanda seperti kabel IDE. Begitu juga slot floppy.
Pastikan anda memasang dengan betul dan berhati hati.
Langkah 4
Ambil hujung kabel floppy. Pasangkan di slot floppy.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
93
3.12 Pemasangan Kabel Kuasa ke Perkakasan
Kebanyakkan papan induk mempunyai dua jenis penyambung punca kuasa iaitu 24 pin
atau 20 pin. Ia bergantung kepada spesifikasi papan induk anda. Pada kali ini kita akan
memasang penyambung punca kuasa 20 pin.
Langkah 1
Kita akan memasang kabel kuasa ke papan induk. Kenal pasti penyambung 20 pin dan
slot penyambung punca kuasa di papan induk.
Anda juga perlu mengenal pasti pengunci di kabel kuasa.

Ini adalah kedudukan slot pemyambung punca kuasa 20 pin di papan induk. Ia juga
mempunyai pengunci. Ia akan berpadanan dengan pengunci kabel kuasa apabila dipasang
nanti.

Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
94
Langkah 2
Pasang kabel kuasa ke slot pemyambung di papan induk
Langkah 3
Langkah selanjutnya, kita perlu memasang kabel kuasa tambahan pada papan induk.
Kabel kuasa tambahan juga mempunyai pengunci. Ia akan berpadanan dengan slot
pengunci kabel kuasa tambahan apabila dipasang nanti.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
95
Pasangkan kabel kuasa tambahan.

Langkah 4
Kemudian teruskan memasang kabel kuasa ke cakera keras.
Kenal pasti jenis kabel kuasa. Kepala penyambung kabel kuasa ini mempunyai lengkung
di sebelah atas dan tegak dibawahnya.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
96
Ini adalah kedudukan slot penyambung kuasa cakera keras.
Pastikan anda pasang kabel kuasa berhati hati. Pastikan ia dimasukkan dengan betul
dan sesuai dengan slot penyambung kuasa. Pastikan kepala penyambung kabel kuasa ini
mempunyai lengkung di sebelah atas dan tegak dibawahnya agar tidak memasang secara
terbalik.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
97
Langkah 5
Seterusnya, kita memasang kabel kuasa ke CD-ROM / DVD-ROM.
Kenal pasti jenis kabel kuasa. Ia sama seperti kabel kuasa yang dipasang pada cakera
keras.
Ini adalah kedudukan slot penyambung kuasa CD-ROM / DVD-ROM
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
98
Pastikan anda pasang kabel kuasa berhati hati. Pastikan ia dimasukkan dengan betul
dan sesuai dengan slot penyambung kuasa seperti memasang cakera keras tadi.
Langkah 6
Kemudian, kita memasang pula kabel kuasa ke pemacu cakera liut.
Kenal pasti jenis kabel kuasa. Kepala penyambung kabel kuasa pemacu cakera liu
berbeza dari kepala pemyambung cakera keras kerana ia lebih kecil.
Gambar dibawah ini adalah bentuk kepala penyambung pemacu cakera liut dan
kedudukan slot penyambung kuasa pemacu cakera liut.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
99
Pastikan anda pasang kabel kuasa berhati hati. Pastikan ia dimasukkan dengan betul
dan sesuai dengan slot penyambung kuasa.
Langkah 7
Terakhir sekali ialah memasang kabel punca kuasa kipas pemproses ke papan induk
Kenal pasti jenis kabel kuasa.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
100
Ini adalah kedudukan slot penyambung kuasa kipas pada papan induk.
Pastikan anda pasang kabel kuasa berhati hati. Pastikan ia dimasukkan dengan betul
dan sesuai dengan slot penyambung kuasa di papan induk.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
101
3.13 Pemasangan Pengaktifan Panel Depan Kekisi
Untuk mengaktifkan butang kuasa, reset serta lampu-lampu led di panel hadapan, kita
perlu memasang kabel panel ke papan induk. Kabel - kabel tersebut mempunyai
beberapa jenis warna. Namun untuk kabel putih ia menandakan pola negatif manakala
bagi kabel- kabel berwarna lain adalah pola positif
Langkah 1
Kenal pasti kabel kabel yang akan dipasang.
Kabel yang biasa akan dipasang ialah :
- kabel power switch (POWER SW) untuk fungsi butang On,
- kabel reset switch (RESET SW) untuk fungsi butang Reset,
- kabel led cakera keras (H.D.D LED) untuk fungsi lampu cakera keras,
- kabel power led (- P LED & + P LED) untuk fungsi lampu kuasa
Di papan induk biasanya terdapat tulisan kecil yang akan memudahkan pemasangan
kabel-kabel. Jika tiada atau kurang pasti, anda bolehlah merujuk pada buku panduan yang
disertakan sekali dengan buku manual pembelian papan induk.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
102
Langkah 2
Pasang kabel power switch. Di papan induk terdapat tulisan PWRBTN yang juga
bermaksud untuk kabel power switch. Kedudukan tulisan PWRBTN di sebelah atas juga
bermaksud pin atau slot kabel terletak baris atas.
Untuk memasang, biasanya, kabel putih sebelah kanan dan hitam sebelah kiri
Langkah 3
Pasang kabel reset switch. Di papan induk terdapat tulisan RESET yang juga bermaksud
untuk kabel reset switch. Kedudukan tulisan RESET di sebelah bawah juga bermaksud
pin atau slot kabel terletak baris bawah.
Untuk memasang, biasanya, kabel putih sebelah kanan dan oren sebelah kiri.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
103
Langkah 4
Pasang kabel power led. Di papan induk terdapat tulisan PLED yang juga bermaksud
untuk kabel power led. Kedudukan tulisan PLED di sebelah atas juga bermaksud pin
atau slot kabel terletak baris atas.
Untuk memasang, biasanya, kabel putih sebelah kanan dan hijau sebelah kiri

Langkah 5
Pasang kabel hdd led. Di papan induk terdapat tulisan HDLED yang juga bermaksud
untuk kabel power led. Tulisan HDLED di sebelah atas juga bermaksud pin atau slot
kabel terletak baris atas.
Untuk memasang, biasanya, kabel putih sebelah kanan dan merah sebelah kiri
Peringatan : Setiap papan induk mempunyai cara
pemasangan kabel yang berlainan tetapi kesemuanya
hampir sama dan biasanya aturan memasang ada di
dalam buku manual atau di catat di papan induk
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
104
3.14 Pemasangan Kad Video (kad tambahan) AGP
Kita akan memasang kad video sebagai kad tambahan. Sekiranya di papan induk sudah
mempunyai kad video terbina-dalam (built-in), anda mempunyai pilihan samada untuk
menggunakan kad video terbina-dalam yang telah sedia ada atau memasang kad video
tambahan.
Nota : Kelebihan memasang kad tambahan AGP ialah RAM tidak
perlu lagi diagihkan (share) kepada kad video terbina dalam (built-in)
yang boleh mengakibatkan komputer kita menjadi kurang pantas
kerana kekurangan RAM. Selain itu, dengan memasang kad tambahan
AGP, penghasilan grafik menjadi lebih baik dan menarik.
Ini adalah kad
video terbina-dalam
(built-in).
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
105
Sekiranya anda mahu memasang kad video tambahan, di bawah ini ditunjukkan langkah
demi langkah memasang kad tambahan anda.
Langkah 1
Sediakan kad video AGP.
Langkah 2
Sebelum memasang kad video AGP, tentukan slot kad video akan dipasang.
Slot kad video AGP biasanya mempunyai kod warna yang berlainan seperti slot berwarna
ungu seperti di bawah. Ada juga slot AGP berwarna biru atau merah.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
106
Sebelum itu, pastikan penutup besi slot ditanggalkan. Jika penutup tersebut berskru, anda
hanya perlu tanggalkan sahaja. Atau jika ia terlekat, goyangkan sehingga tertanggal.
Langkah 3
Pastikan pengunci slot kad video AGP anda terbuka dan tidak terkunci.

Pengunci slot kad video
AGP terbuka.
Ini adalah pengunci slot
kad video AGP dalam
keadaan tertutup.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
107
Ambil kad video AGP anda dan pasangkan dislotnya berwarna ungu. Tekan kuat sedikit
tapi berhati-hati sehingga pengunci slot terkunci secara automatik.
108
3.15 BIOS
BIOS (disebut "bye-ose") atau Basic Input/Output System merupakan komponen
penting di dalam komputer. Ia merupakan papan litar atau cip yang terletak di papan
induk dan bertindak mengawal sesebuah sistem komputer beroperasi dan berfungsi. Ia
juga sebagai perantara diantara perisian dan perkakasan untuk berkomuniskasi diantara
satu sama lain. Program BIOS disimpan di dalam sebuah cip memori yang dipanggil
CMOS atau Complimentary Metal Oxide Semiconductor.
Terdapat pelbagai jenis BIOS yang terdapat di pasaran dan antaranya ialah :
Phoenix
AMI BIOS
Acer Labs
LSI Logic
Acer Labs
Contoh contoh cip CMOS di papan induk :

Walaupun terdapat pelbagai jenis bios di pasaran, namun ia tetap mempunyai fungsi yang
sama iaitu menyelaraskan perkakasan dan komponen komputer supaya dapat berfungsi
dengan baik.
109
Kebanyakkan BIOS menggunakan kekunci sampukkan (interupt key) menekan
kekunci Del pada papan kekunci untuk masuk ke sistem BIOS. Namun, jenis model bios
yang lain juga ada menggunakan kekunci sampukkan yang lain seperti Del, F1 atau F10,
kombinasi Ctrl + Alt + Esc, F2 atau F7.
110
Tugas Utama BIOS
Semasa komputer dihidupkan, apakah sebenarnya yang berlaku? Tidak ramai
yang tahu apa yang berlaku disebalik tabir dan apa yang dilakukan BIOS. Ia melakukan
beberapa tugas penting untuk memastikan komputer anda dapat digunakan dengan
sempurna. Antara tugas yang dilakukan BIOS ialah :
Apabila komputer dihidupkan, BIOS secara automatik akan mengaktif dan
mencapai data atau maklumat yang berkaitan dengan jenis pemproses.
Kemudian BIOS meneruskan proses dengan melakukan ujian kendiri iaitu Power-
On Self-Test (POST) dengan menguji komponen dan perkakasan untuk
memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
Kemudian, BIOS akan membaca dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan
sistem komputer dari CMOS (Complimentary Metal Oxide Semiconductor.)
CMOS mengandungi maklumat berkaitan dengan perkakasan seperti RAM, jenis
pemacu cakera keras, jenis cakera liut, jenis CD-ROM atau DVD-ROM dan
lain-lain.
Seterusnya, BIOS akan mendapatkan sistem pengoperasian seperti Windows atau
Linux. Setelah sistem pengoperasian di kenal pasti, BIOS menyerhkan tugas
kepada sistem pengoperasian tersebut.
Peringatan :
Sekiranya anda hendak melakukan sebarang pengubahsuaian
pada aturan (setting) papan induk, pastikan anda mempunyai
kemahiran dan pengalaman untuk mengelakkan sistem
komputer anda tidak stabil.
Pastikan anda membaca manual papan induk untuk
mendapatkan maklumat lebih tepat untuk setiap fungsi dan
arahan.
111
Memasukki BIOS
Konfigurasi Asas
Kebanyakkan papan induk telah ditetapkan aturan (setting) sebagai default. Namun, anda
masih boleh mengubah aturan pada BIOS mengikut keperluan atau penggunaan yang
berkaitan dengan komponen atau perkakasan komputer anda.
Pada kali ini, saya akan menggunakan BIOS jenis Phoenix - AwardBIOS.
Langkah 1
Untuk memasukki BIOS, mulakan atau hidupkan komputer anda. Bergantung pada jenis
papan induk, biasanya paparan yang terawal mempunyai arahan dan cara untuk
memasuki BIOS.
Untuk papan induk ini, arahan kunci sampukkan yang digunakan untuk memasukki BIOS
ialah F2.
112
Langkah 2
Selepas menekan kunci sampukkan, paparan menu CMOS terpapar.

Setiap menu utama di dalam BIOS mempunyai sub menu atau arahan didalamnya. BIOS
telah membahagikan kepada beberapa menu dan arahan utama. Untuk BIOS ini, terdapat
6 menu utama dan 5 arahan utama.








113
Mari kita fahami setiap menu utama dan arahan tersebut. Untuk memasukki setiap menu
dan arahan hanya tekan kekunci ENTER.
Standard CMOS Features
Standard CMOS Features Mengandungi menu untuk aturan masa, tarikh dan
pelbagai informasi perkakasan komputer.
Di sini, anda boleh melakukan perubahan pada aturan masa dan tarikh. Untuk
selainitu, anda tidak perlu melakukan apa-apa perubahan.

Di bahagian bawah sekali, terdapat arahan-arahan asas yang menggunakan papan
kunci seperti :
o Untuk bergerak dari satu tab ke satu tab yang lain ialah menggunakan
arahan atas (), bawah (), kanan () dan kiri ().
o Kekunci ENTER untuk memilih menu
o Untuk menukar nilai pilih kekunci tambah (+), tolak (-), PU = Page UP,
PD = Page Down
o F10 untuk simpan sebarang perubahan yang dilakukan.
o ESC untuk keluar dari menu
o F1 untuk mendapatkan bantuan am.
o Kekunci F5 pula mengarahkan BIOS melakukan penyelarasan yang
terbaik untuk papan induk.





114
Advanced BIOS Features
Advanced BIOS Features Mengandungi pelbagai informasi perkakasan
komputer yang boleh ditetapkan oleh pengguna.
Di sini, anda boleh melakukan perubahan terutama pemula CD atau booting yang
ingin dilakukan. Anda boleh melakukan sebarang perubahan sekiranya anda telah
mahir mengenai BIOS.

Advanced Chipset Features
Advanced Chipset Features Mengandungi menu untuk aturan informasi
komponen komputer yang lebih kompleks.
Anda boleh melakukan sebarang perubahan sekiranya anda telah mahir mengenai
BIOS.



115
Integrated Peripherals
Integrated Peripherals Mengandungi menu untuk aturan pelbagai informasi
mengenai komponen yang berintegrasi dengan papan induk.
Di sini, anda boleh melakukan sebarang perubahan sekiranya anda telah mahir
mengenai BIOS.

Power Managment Setup
Power Managment Setup Mengandungi menu untuk aturan dan pengurusan
bekalan kuasa seperti Sleep timer, Suspend timer dan lain-lain.
Di sini, anda boleh melakukan sebarang perubahan sekiranya anda telah mahir
mengenai BIOS.

116
PC Health Status
P PC Health Status Memaparkan informasi perkakasan seperti suhu
CPU/Sistem, kelajuan kipas dan beberapa informasi lain.























117


Load Default Setting Mengembalikan semula aturan (setting) asal kilang.

Set Supervisor Password Membolehkan anda menetapkan kata laluan pada
BIOS.

Set User Password Membolehkan anda menetapkan kata laluan pada BIOS.

Save & Exit setup Anda boleh simpan dan keluar dari BIOS

Exit Without Saving Anda boleh keluar dari BIOS tanpa menyimpan sebarang
perubahan yang dilakukan pada BIOS.








118
3.16 Mengatur Urutan Pemula (booting) Untuk CD
Untuk melakukan pemasangan Windows pada komputer anda, aturan (setting) untuk
membolehkan CD Windows boleh dibaca terlebih dahulu sewaktu boot perlu ditetapkan.
Ketetapan perlu dilakukan di dalam BIOS
Ikuti langkah demi langkah di bawah :
Langkah 1
Untuk memasukki BIOS, hidupkan komputer anda dan tekan kunci sampukan F2.
Seterusnya setelah paparan menu CMOS terpapar, pilih menu Advanced BIOS
Features.







119
Langkah 2
Untuk melakukan aturan supaya komputer booting, pergi ke menu First Boot Device.
Aturan asal yang telah ditetapkan oleh BIOS ialah Hard Disk.
Untuk menukar ketetapan, tekan kekunci ENTER. Senarai paparan untuk perkakasan
yang boleh ditetapkan terpapar. Kita akan memilih CDROM untuk memulakan boot
nanti. Setelah selesai tekan ENTER.
120
Langkah 3
Untuk Second Boot Device, anda boleh tetapkan untuk Floppy.
Langkah 4
Untuk Third Boot Device, anda boleh tetapkan untuk cakera keras ( Hard Disk).
121
Langkah 5
Setelah selesai, tekan kekunci ESC pada papan kekunci dan akan kembali ke menu utama
BIOS.
Kemudian pilih menu Save & Exit Setup untuk menyimpan ketetapan baru dan keluar
dari BIOS untuk memulakan pemasangan dari CD.
Peringatan :
Sebelum anda lakukan Save & Exit Setup, pastikan CD Windows
telah dimasukkan ke dalam CD-ROM / DVD-ROM anda untuk
memulakan pemasangan Windows anda.
PEMASANGAN
(INSTALLATION)
SISTEM OPERASI
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
122
4.1 Pemasangan Sistem Operasi - Windows XP
Langkah 1
Sebelum melakukan pemasangan Sistem Operasi Windows XP , atur (setting) di BIOS
supaya komputer akan booting melalui CD Windows XP. Masukkan CD Windows XP ke
pemacu CD-ROM / DVD-ROM dan reboot komputer anda semula.
Langkah 2
Komputer akan melakukan boot dari CD Windows XP.
Muncul arahan Press any key to boot from CD tekan sebarang butang papan kekunci
untuk mula melaksanakan pemasangan Windows XP.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
123
Selepas itu, Windows XP akan memulakan konfigurasi perkakasan.
Seterusnya, skrin dipenuhi tetingkap biru untuk Windows Setup.

Windows XP sedang menyalin (load) fail sebelum melaksanakan arahan seterusnya.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
124
Langkah 3
Kemudian muncul beberapa arahan pilihan di kotak putih di bahagian bawah.
Terdapat tiga arahan iaitu :-
Enter = Continue sekiranya untuk meneruskan pemasangan baru,
R = Repair untuk memperbaiki Windows XP anda sekiranya bermasalah seperti
korup (corrupt).
F3 = Quit sekiranya anda tidak mahu meneruskan proses pemasangan dan keluar.
Kita akan meneruskan pemasangan sistem operasi (OS) Windows baru, tekan ENTER.
Windows XP akan melakukan pemeriksaan perkakasan secara automatik.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
125
Langkah 4
Skrin seterusnya, paparan EULA (End User License Agreement) ditunjukkan. Anda perlu
bersetuju dengan terma dan syarat untuk meneruskan pemasangan dan anda perlu
menekan butang F8 di papan kunci untuk meneruskan proses pemasangan.
Langkah 5
Kemudian, terpapar maklumat cakera keras anda. Sekiranya anda menggunakan cakera
keras baru dan tidak pernah di format maka kelihatan ayat Unpartitioned Space dan
sebelah kanan jumlah kapasiti atau saiz cakera keras anda. Anda perlu format terlebih
dahulu cakera keras tersebut.

Untuk format menggunakan Windows XP ini caranya mudah, pilih Unpartitioned
Space. Kemudian tekan butang C untuk arahan Create Partition.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
126
Langkah 6
Dibahagian kotak dialog tersebut terpapar saiz cakera keras anda. Tekan ENTER untuk
teruskan proses pemasangan.
Langkah 7
Langkah selanjutnya, untuk format pilih ruang C: Partition1 dan tekan ENTER.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
127
Di skrin, terpapar senarai beberapa jenis format sistem fail iaitu NTFS dan FAT tetapi
secara kasar ianya lebih kurang sahaja. Namun, adalah lebih baik memilih cara format
menggunakan NTFS kerana sekuritinya lebih baik dan susunan fail juga lebih baik. Pilih
arahan Format the partition using the NTFS file sistem (Quick) dan tekan ENTER.
Setelah itu, sistem akan terus melakukan format pada ruang C:
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
128
Setelah proses format cakera keras telah selesai, secara automatik Windows XP akan
menyalin fail-fail ke dalam C: iaitu ke dalam cakera keras.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
129
Selepas semua fail selesai disalin dari CD Windows XP ke dalam cakera keras, Windows
XP memaparkan arahan untuk reboot / restart komputer.
Setelah komputer restart, arahan ini akan muncul tetapi kali ini anda hanya perlu abaikan
sahaja. Biarkan sehingga muncul tetingkap Windows XP.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
130
Kemudian, Windows XP akan melakukan persediaan pemasangan (preparing
installation) dan melakukan konfigurasi secara automatik.
Langkah 8
Paparan tetingkap pertama bertajuk Regional and Language Options keluar.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
131
Anda boleh melakukan pemilihan bahasa dan lokasi sekiranya ada perubahan. Setelah
selesai klik butang Next.
Langkah 9
Kemudian, tetingkap bertajuk Personalize Your Software terpapar. Masukkan informasi
iaitu nama dan organisasi pengguna. Selesai mengisi, klik Next.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
132
Langkah 10
Selanjutnya tetingkap Your Product Key terpapar. Masukkan Product Key Windows
XP anda yang sah. Setelah selesai memasukkan Product Key, klik Next.
Langkah 11
Seterusnya, tetingkap Computer Name and Administrator Password terpapar. Anda
boleh menetapkan nama komputer anda dan meletakkan password sekiranya anda mahu.
Selesai klik Next
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
133
Langkah 12
Paparan tetingkap berikutnya ialah Date and Time Settings. Selaraskan tarikh dan waktu
yang anda mahu dan pilih. Selanjutnya, klik Next.
Langkah 13
Sekiranya tetingkap Networking Settings keluar, pilih Typical settings dan klik Next.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
134
Dari pilihan yang ada, pilih NO kerana komputer ini tidak berada dalam rangkaian.
Sekiranya anda telah mahir, anda bolehlah melakukan konfigurasi di pilihan Yes. Setelah
selesai, klik Next.
Langkah 14
Tunggu proses penyalinan yang dilakukan oleh Windows XP sehingga selesai. Komputer
akan reboot secara automatik.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
135
Komputer akan reboot automatik.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
136
Langkah 15
Kemudian muncul kotak Display Settings, klik OK dan Windows XP akan menentukan
resolusi skrin secara automatik.
Kemudian, akan muncul kotak Monitor Settings dan klik OK.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
137
Langkah 16
Paparan Welcome to Microsoft Windows muncul dan kemudian klik Next.
Windows XP memberi peringatan dengan memaparkan halaman Help protect your PC.
Untuk perlindungan yang lebih baik untuk sistem komputer anda, pilih Help protect my
PC by turning on Automatic Updates now supaya sebarang kemaskini atau patches
dari Windows akan dapat dilakukan secara automatik. Selepas itu klik Next.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
138
Langkah 17
Sila masukkan nama pilihan untk profail anda. Kemudian klik Next.
Paparan Thank You! muncul menandakan proses dan arahan telah lengkap.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
139
Tahniah, pemasangan Windows XP anda telah berjaya!
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
140
4.2 Pemasangan Sistem Operasi - Windows Vista
Langkah 1
Sebelum melakukan pemasangan Sistem Operasi Windows Vista , atur (setting) di
BIOS supaya komputer booting melalui DVD Windows Vista. Masukkan DVD
Windows Vista ke DVD-ROM drive dan reboot komputer anda semula.
Peringatan : Untuk melakukan pemasangan Windows
Vista, anda memerlukan DVD-ROM. Ini kerana
Windows Vista didatangkan dalam bentuk DVD.
Langkah 2
Komputer akan melakukan boot dari CD Windows Vista.
Muncul arahan Press any key to boot from CD or DVD tekan sebarang butang papan
kekunci untuk mula melaksanakan pemasangan Windows Vista.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
141
Langkah 3
Selepas beberapa ketika, tetingkap Install Windows muncul. Di sini anda boleh
menetapkan Language, Time and Currency format, dan Keyboard or Input Method.
Langkah 4
Ini adalah tetingkap utama pemasangan Windows Vista. Untuk pemasangan baru, kita
akan terus klik Install Now.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
142
Langkah 5
Ini adalah bahagian pertama Windows Vista mengumpulkan maklumat untuk
pemasangan. Tetingkap Type your product key for activation memerlukan anda
memasukkan Product Key yang didatangkan bersama Windows Vista. Terdapat kekotak
Automaticly activate Windows when Im online. Sekiranya anda mahu mencuba
terlebih dahulu anda boleh teruskan tanpa perlu memasukkan Product Key tetapi
sekiranya anda pasti mahu memasang Windows Vista secara kekal anda perlulah
memasukkan Product Key.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
143
Langkah 6
Di tetingkap ini, anda perlu berhati-hati dan teliti. Anda perlu memilih versi Windows
Vista yang betul yang telah anda beli atau ada. Sekiranya anda tersilap memilih versi
yang betul, anda terpaksa mengulang kembali langkah pemasangan dari mula. Setelah
memilih edisi vista anda, klik kekotak I have selected the edition of Windows that i
purchased. Kemudian klik Next.
Langkah 7
Seterusnya paparan terma lesen perisian Microsoft muncul. Untuk meneruskan
pemasangan, anda perlu klik kotak I accept the license terms.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
144
Langkah 8
Kemudian muncul tetingkap Which type of installation do you want?. Di sini terdapat
dua pilihan utama iaitu pilihan pertama ialah Upgrade dan pilihan kedua ialah Custom
(advanced). Disini hanya pilihan Custom sahaja yang aktif. Ini kerana untuk pilihan
Upgrade, ia hanya aktif sekiranya anda memasangnya dari Windows iaitu apabila anda
menaiktaraf dari versi Windows lama anda . Klik Custom untuk meneruskan
pemasangan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
145
Langkah 9
Selepas memilih jenis pemasangan, kini anda perlu tetapkan lokasi pemasangan
Windows Vista. Untuk pemasangan baru, seperti gambar dibawah, hanya terdapat satu
lokasi cakera keras yang muncul dan anda boleh pilih dengan klik Disk 0 Unallocated
Space. Kemudian klik Next.
Langkah 10
Tetingkap seterusnya, muncul beberapa menu baru di bahagian bawah iaitu Delete,
Format, New dan Extend. Anda tidak perlu klik atau mengubah sekiranya tidak perlu.
Klik Next untuk meneruskan pemasangan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
146
Langkah 11
Windows Vista memasuki bahagian kedua. Di sini, Windows Vista akan memulakan
pemasangan dengan menyalin fail Windows. Seterusnya, Windows akan meneruskan
pemasangannya dan anda hanya perlu menunggu sehingga selesai.
Windows akan restart secara automatik atau anda boleh klik butang Restart now.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
147
Setelah restart, Windows meneruskan pemasangan sehingga selesai.
Langkah 12
Sebelum Windows Vista boleh beroperasi, terdapat beberapa langkah lagi yang anda
perlu lakukan. Di tetingkap ini, anda perlu mengisi beberapa maklumat yang diperlukan
iaitu nama pengguna yang dipilih, kata laluan pembayang kata lalulan (password hint)
dan memilih avatar atau ikon yang anda inginkan. Kemudian klik Next
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
148
Langkah 13
Di sini, anda perlu mengisi nama komputer pilihan anda. Di sini anda juga boleh memilih
latar belakang ( background) kegemaran anda. Kemudian klik Next.
Langkah 14
Windows Vista memaparkan tetingkap Help protect Windows automaticly dengan
terdapat beberapa pilihan. Anda digalakkan memilih Use recommended settings supaya
Windows akan melakukan kemaskini yang terkini dan penting untuk keselematan yang
lebih baik untuk Windows Vista.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
149
Langkah 15
Anda boleh menetapkan zon masa, masa dan tarikh.
Langkah 16
Di tetingkap ini, anda perlu tetapkan di mana lokasi komputer anda. Anda boleh memilih
Public Location.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
150
Setelah selesai, tetingkap Thank You dipaparkan. Klik butang Start untuk mula
menggunakan Windows Vista anda.
Tahniah, pemasangan Windows Vista anda telah berjaya!
PEMASANGAN
(INSTALLATION)
SISTEM OPERASI
ALTERNATIF
LINUX UBUNTU
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
151
5.1 Pemasangan Sistem Operasi Linux Ubuntu
Langkah 1
Sebelum melakukan pemasangan Sistem Operasi Linux Ubuntu , atur (setting) di BIOS
supaya komputer booting melalui CD Linux Ubuntu. Masukkan CD Linux Ubuntu ke
pemacu CD-ROM /DVD-ROM dan reboot komputer anda semula.
Langkah 2
Komputer akan melakukan boot dari CD Linux Ubuntu.
Muncul beberapa arahan tapi anda hanya perlu pilih Start or install Ubuntu. Tekan
butang ENTER di papan kunci untuk mula melaksanakan pemasangan Linux Ubuntu.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
152
Sebelum proses pemasangan bermula, Linux Ubuntu akan melakukan beberapa proses
secara automatik dan menyalin fail fail yang diperlukan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
153
Seterusnya, Linux Ubuntu akan melaksanakan proses untuk Ubuntu Live CD secara
automatik.
Setelah proses tersebut selesai, maka muncul paparan Live CD. Live CD berfungsi untuk
membolehkan pengguna terus menggunakan linux dengan menu lengkap tanpa perlu
pemasangan secara tetap di dalam cakera keras. Ia mempunyai ikon Install di desktop
untuk melaksanakan proses pemasangan tetap ke dalam cakera keras anda. Untuk
praktikal ini, kita akan melakukan pemasangan secara tetap di dalam cakera keras.

Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
154
Langkah 3
Selanjutnya, setelah Live CD telah terpapar, klik ikon Install untuk melaksanakan proses
pemasangan Linux Ubuntu.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
155
Langkah 4
Kemudian muncul tetingkap Welcome. Di sini, anda di beritahu perlu menjawab
beberapa soalan sebelum sistem operasi linux lengkap di pasang.
Di sini juga anda boleh memilih bahasa yang anda mahu gunakan. Setelah selesai klik
Forward.
Langkah 5
Kemudian muncul tetingkap Where are you?. Disini anda bolehlah memilih lokasi anda
dan melakukan aturan (setting) Time zone anda. Setelah selesai, klik Forward.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
156
Langkah 6
Tetingkap seterusnya ialah Keyboard layout. Disini anda boleh pilih jenis papan kunci
yang anda gunakan. Biasanya di Malaysia menggunakan papan kunci jenis American
English. Kotak dibawahnya anda boleh gunakan untuk menguji dengan menaip apa
sahaja perkataan. Setelah selesai klik Forward.
Langkah 7
Kemudian, tetingkap seterusnya Who are you?. Disini anda perlu mengisi nama anda,
nama untuk Login, password dan nama komputer pilihan anda.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
157
Setelah selesai, klik Forward.
Langkah 8
Langkah seterusnya, linux akan membaca secara automatik saiz cakera keras anda.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
158
Kemudian akan muncul pilihan untuk anda melakukan memadam dan format keseluruhan
cakera keras iaitu Erase entire disk atau Manually edit partition table iaitu melakukan
format secara manual . Untuk memudahkan pemasangan, anda pilih Erase entire disk.
Kemudian klik Forward.
Langkah 9
Tetingkap Ready to Install muncul. Ringkasan aturan (setting) yang anda isi sebelum ini
dipaparkan. Kemudian klik Install untuk meneruskan proses pemasangan Linux Ubuntu.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
159
Langkah 10
Kemudian, muncul progress bar Installing system ketika proses pemasangan linux
ubuntu sedang dilakukan. Tunggu sistem menyalin fail sehingga selesai. Dibawahnya
terdapat anggaran masa sistem akan selesai menyalin fail ke cakera keras.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
160
Langkah 11
Pemasangan telah selesai. Keluarkan CD Linux Ubuntu dan kemudian klik Restart Now.
Jika CD tak dikeluarkan, sistem akan boot dan membaca CD linux semula.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
161
Langkah 12
Setelah selesai reboot, kemudian muncul skrin Login.
Masukkan Username pilihan anda. Selesai mengisi tekan Enter di papan kunci anda.
Kemudian isi password pilihan anda.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
162
Tahniah, anda berjaya melakukan pemasangan Linux Ubuntu!
PEMASANGAN
(INSTALLATION)
PERISIAN
PEJABAT
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
163
6.1 Pemasangan Microsoft Office 2003
Panduan pemasangan Microsoft Office 2003 ini dilakukan di platform Windows XP.
Sekiranya anda mahu melakukan pemasangan di dalam Windows Vista, cara
pemasangannya adalah hampir sama.
Langkah 1
Masukkan CD Microsoft Office 2003 yang sah ke dalam pemacu CD-ROM / DVD-ROM
komputer anda.
Langkah 2
Microsoft Office 2003 akan melaksanakan proses penyalinan fail ke dalam komputer
secara automatik.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
164
Langkah 3
Secara automatik, tetingkap Product Key muncul. Masukkan Product Key yang di
datangkan bersama CD Microsoft Office 2003. Pastikan anda memasukkan Product Key
yang sah. Setelah selesai klik butang Next.
Langkah 4
Kemudian, tetingkap User Information muncul.. Isikan maklumat yang perlu.
Setelah selesai, klik Next
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
165
Langkah 5
Seterusnya, tetingkap End-User License Agreement (UELA) muncul. Sebelum
meneruskan proses pemasangan Microsoft Office 2003, anda perlu bersetuju dengan
terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Microsoft. Anda boleh membaca untuk
maklumat lebih lanjut.
Klik kotak kecil I Accept the terms in the license Agreement untuk bersetuju.
Kemudian klik butang Next.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
166
Langkah 6
Kemudian muncul tetingkap Type of Installation. Disini, terdapat beberapa jenis
pemasangan yang boleh dilakukan untuk memasang Microsoft Office 2003.
Jenis pemasangan ialah :
> Typical Install Untuk pilihan ini, Microsoft Office 2003 akan memasang dengan
komponen yang paling biasa digunakan oleh pengguna. Ciri tambahan boleh ditambah
kemudian melalaui Add/Remove Programs di Control Panel.

> Complete Install Semua fungsi dan komponen Microsoft Office 2003 akan dipasang
di dalam komputer anda.
> Minimal Install Microsoft Office 2003 akan memasang hanya komponen yang
minimum. Dicadangkan untuk cakera keras yang bersaiz kecil
> Custom Install Untuk pilihan ini, anda boleh memasang Microsoft Office 2003
mengikut ciri-ciri pilihan yang dikehendaki oleh anda ke dalam komputer. Dicadangkan
untuk pengguna yang mahir.
Microsoft Office 2003 mencadangkan Typical Install. Tapi saya mencadangkan anda
memilih jenis pemasangan Complete Install supaya semua jenis komponen dan fungsi
dapat digunakan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
167
Langkah 7
Selepas itu muncul tetingkap Summary. Di sini ringkasan maklumat pemasangan, saiz
ruang yang diperlukan untuk pemasangan dan baki saiz ruang yang masih terdapat dalam
cakera keras disenaraikan.
Klik butang Install untuk meneruskan proses pemasangan.
Langkah 8
Proses pemasangan sedang dilaksanakan.
Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
168
Langkah 9
Langkah terakhir, apabila muncul tetingkap Setup Completed yang menyatakan
pemasangan Microsoft Office 2003 telah berjaya tetapi sebelum proses tamat, terdapat
dua kotak. Sekiranya anda mahu mendapatkan maklumat terkini dan muat turun
tambahan di laman web Microsoft, anda boleh klik kotak pertama iaitu Check the web
for updates and additional downloads. Untuk kotak kedua, anda boleh klik kotak
Delete installation files untuk memadam fail yang telah disalin sebelum ini ketika
pemasangan telah dilakukan. Ia akan membersihkan dan menambah ruang cakera keras
sehingga 282 MB.
Satu kotak dialog muncul untuk mengesahkan tindakan anda untuk membuang fail, klik
butang Yes.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
169
Tahniah, pemasangan Microsoft Office 2003 anda berjaya!
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
170
6.2 Pemasangan OpenOffice.org 2.3
Langkah 1
Masukkan CD perisian yang dibekalkan kepada anda ke dalam CD-ROM / DVD-ROM
komputer anda. Klik fail OpenOffice.org 2.3 untuk memulakan pemasangan.
Langkah 2
OpenOffice.org 2.3 akan melaksanakan proses penyalinan fail ke dalam komputer secara
automatik.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
171
Kemudian muncul tetingkap terima kasih dari OpenOffice.org kerana memuat turun fail
tersebut dan sedikit penerangan. Setelah itu klik Next.
Langkah 3
Kemudian, muncul tetingkap Select Folder iaitu lokasi anda untuk menyimpan fail yang
akan digunakan untuk pemasangan nanti. OpenOffice.org 2.3 telah menetapkan lokasi
default untuk menyimpan fail yang telah diekstrak (extract). Namun, anda juga boleh
mengubah lokasi penyimpanan fail pemasangan (installation). Selepas itu klik butang
Unpack.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
172
Proses pengekstrakkan fail (extract) akan dilakukan di lokasi yang telah ditetapkan. Satu
folder dicipta secara automatik di desktop sekiranya anda tidak mengubah aturan default
tadi. Di dalam folder tersebut mengandungi fail-fail yang telah di ekstrak (extract) untuk
pemasangan nanti.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
173
Langkah 4
Seterusnya, tetingkap untuk proses pemasangan iaitu Installation Wizard muncul.
Untuk meneruskan pemasangan, klik Next
Langkah 5
Kemudian, tetingkap License Agreement muncul. Sebelum meneruskan proses
pemasangan OpenOffice.org 2.3, anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat yang
ditetapkan oleh pihak OpenOffice.org . Anda boleh membaca untuk maklumat lebih
lanjut.
Pilih I Accept the terms in the license Agreement untuk bersetuju. Kemudian klik
butang Next.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
174
Langkah 6
Selanjutnya, muncul tetingkap Customer Information. Disini, anda perlu mengisi
maklumat pelanggan yang di kotak yang tersedia.
Langkah 7
Di tetingkap Setup Type, terdapat dua jenis pemasangan pilihan iaitu Complete dan
Custom.
Complete bermaksud semua fungsi akan lengkap dipasang.
Custom pula membolehkan anda menentukan fungsi apa yang mahu dipasang tetapi
hanya dicadangkan bagi pengguna advanced iaitu pengguna yang berkemahiran sahaja.
Setelah memilih, Klik butang Next untuk meneruskan proses pemasangan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
175
Langkah 8
Seterusnya, tetingkap File Type muncul. Disini, sekiranya sebelum ini anda ada fail-fail
menggunakan perisian Microsoft Office iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel dan
Microsoft Powerpoint anda boleh mengaturkan aplikasi OpenOffice sebagai perisian
utama untuk membuka fail-fail tersebut. Jika anda mahu gunakannya anda boleh klik
kotak yang anda mahukan. Jika tidak, anda kosongkan sahaja.
Kemudian klik Next.
Langkah 9
Setelah kesemua maklumat yang dikehendaki telah diisi, tetingkap untuk pemasangan
OpenOffice telah bersedia untuk melakukan pemasangan. Klik butang Install untuk
memulakan proses pemasangan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
176
Proses pemasangan sedang dilaksanakan. Tunggu sehingga selesai.
Langkah 10
Pemasangan OpenOffice.org 2.3 telah selesai. Klik butang Finish untuk keluar.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
177
Tahniah, pemasangan OpenOffice.org 2.3 anda berjaya!
KESELAMATAN
KOMPUTER
DAN VIRUS
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
178
7.1 Apa Itu Virus Komputer?

Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang
tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau
terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot sector". Apabila kita
menjalankan/melarikan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk
yang dijangkiti akan mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk
melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain,
memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam
keseluruhan cakera keras (hard disk).
Merujuk definisi yang diberikan oleh Fred Cohen, virus komputer merupakan
program komputer yang berupaya menjangkiti komputer lain melalui pengubahsuaian
termasuk penyalinan diri. Manakala, menurut David Harley, virus merupakan program
(blok kod yang boleh dilarikan) yang menyelit, menulis dan menggantikan program lain
untuk membiak tanpa pengetahuan pengguna komputer.
Virus menyelitkan dirinya kepada fail (biasanya fail aplikasi seperti program pemprosesan
perkataan iaitu fail dokumen atau program DOS). Lazimnya, virus tidak menjangkiti fail
data. Namun fail data mungkin mengandungi kod boleh laksana seperti makro yang boleh
menyebarkan virus. Fail teks seperti fail batch, postscript dan kod sumber yang
mempunyai arahan kompilasi/terjemahan oleh program lain juga merupakan pembawa
virus. Namun, host jenis ini adalah jarang.
Aktiviti virus dicetuskan oleh 2 faktor:
Bom masa
Dicetus oleh faktor masa atau bilangan kali komputer diboot. Contohnya: virus
Michelangelo yang menjadi aktif setiap Mac 6, harijadi pelukis terkenal ini.
Bom logik
Tercetus apabila peristiwa tertentu berlaku seperti arahan tertentu dilaksanakan atau
data tertentu diubah, dicipta atau dihapuskan. Contoh aplikasinya adalah seorang
juruprogram yang mengesyaki dirinya akan dibuang kerja. Beliau mencipta bom logik
yang akan menjadi aktif sekiranya status kerjanya diubah ke terminated.

Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
179
Jenis-jenis Virus Komputer
o Virus Sektor Boot
Virus jenis ini menjangkiti sektor boot cakera liut (MBR) atau rekod boot
utama (master boot record) dalam cakera keras.
o Virus Makro
Virus jenis ini menjangkiti fail dokumen Microsoft Word. Macro
merupakan senarai arahan atau template. Virus ini adalah merbahaya
kerana ia telah menukar persepsi ramai bahawa virus hanya akan berjangkit
jika sebuah fail itu dilaksanakan dan bukannya setakat dibaca. Virus Macro
merebak apabila dokumen dibaca menggunakan perisian Winword.exe. Ia
senang merebak kerana dokumen Word digunakan hampir seluruh
pengguna komputer dan sentiasa dikongsi. Makro yang digunakan oleh
pereka virus ini selalunya disimpan dalam template global iaitu Normal.dot
yang digunakan oleh semua dokumen Microsoft Word.
Virus jenis ini menjangkiti fail data dan host jenis ini lebih berkesan
kerana fail data lebih kerap dikongsi bersama. Virus makro tidak terikat
pada satu platform sahaja. Oleh itu, satu virus boleh menjangkiti komputer
yang menggunakan Windows 3.x, 95, 98,ME, XP, NT malah Macintosh.
o Virus Fail TSR (Terminate and Stay Resident)
Virus ini menjangkiti fail yang boleh dilaksanakan iaitu fail yang
mempunyai nama tambahannya .exe ,.com,.sys,.dll, drv dan juga .ovl.
Banyak juga virus yang meresapi fail command.com. Virus akan
mempastikan apabila fail ini dibaca oleh komputer, arahan dari virus ini
akan dilaksanakan dahulu. Arahan ini kemudianya akan kekal didalam
memori untuk menjangkiti fail-fail lain. Kebanyakan virus yang bijak
selalunya masih menjalankan arahan asal supaya pengguna tidak merasa
sangsi akan aturcara berkenaan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
180
o Virus Companion
Virus ini merebak melalui fail yang dilarikan (run). Misalnya fail asal
adalah myapp.exe. Apabila pengguna menaip myapp dalam prompt c,
myapp.com akan dilarikan dan akan menjalankan rutin rebakannya.
Kemudian myapp.exe akan dilaksanakan oleh myapp.com tanpa
pengetahuan pengguna.
o Virus Overwriting
Ia menulis dirinya keatas fail yang dijangkiti menyebabkan program
tersebut tidak dapat dijalankan lagi. Virus jenis ini tidak popular kerana
mudah dikesan.
Contoh Jenis Virus :
Terdapat pelbagai kategori untuk virus komputer :
i. Trojans program yang mengandungi kandungan yang selain daripada yang
ditunjukkan [cth : pengguna mendownload sesuatu game tanpa menyedari
adanya kehadiran Trojan didalam fail yang sedang didownload itu]
ii. Backdoor seperti namanya, program jenis ini hanyalah dijadikan sebagai
platform atau pintu belakang untuk kemasukan virus yang sebenar [seperti
jalan masuk belakang untuk virus lain yang lebih merbahaya]
v. Worm barulah dikenali sebagai virus computer kerana ianya merupakan
satu program yang memang direka khas untuk menjalankan proses-proses
tertentu yang mampu merosakkan dan membawa bahana kepada system
computer itu dan juga fail-fail didalamnya. [selalunya akan melalui pelbagai
cara untuk sampai ke pc pengguna samada menerusi Trojans, Backdoor,
Spyware ataupun Adware.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
181
Jangkitan Virus
Virus boleh bertahan agak lama tanpa dikesan. Hasilnya ialah virus akan
memberikan petanda-petanda sebelum ia menyerang. Perisian antivirus adakalanya tidak
dapat mengesan jangkitan ini tetapi adakalanya ia memberikan beberapa kesan kehadiran
mereka.

Berikut adalah beberapa petanda untuk anda perhatikan :

* Perubahan dalam saiz fail.
* Perubahan pada tarikh fail walaupun fail itu tidak diubahsuai.
* Program mengambil masa yang agak lama untuk dijalankan.
* Operasi sistem yang perlahan.
* Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya.
* Sektor rosak pada disket.
* Paparan mesej kerosakan yang ganjil.
* Aktiviti skrin yang ganjil.
* Aturcara tidak dapat dijalankan.
* Sistem boot gagal semasa sistem bermula atau semasa memboot daripada pemacu A:
* Terdapat aktiviti pencapaian cakera keras semasa tiada aktiviti sedang berjalan.

Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
182
Bagaimana Hendak Mengesan Virus?

Cara mengesan virus :
Semak disket, pen drive atau external hard disk dengan perisian anti-virus
sebelum menggunakannya
Perhatikan jumlah ruang cekera yang masih kosong
Perhatikan fail yang bertukar dengan melihat mengikut turutan tarikh
Semak semua fail yang didapati dari komputer lain
Tukarkan turutan mulakan komputer menggunakan cekera keras C dahulu sebelum
cakera A
Gunakan perisian antivirus untuk menyemak fail sekurang-kurangnya seminggu
sekali dengan memulakan komputer menggunakan disket antivirus selepas
menutup komputer sekurang-kurangnya seminit.
Sebaiknya pasangkan perisian antivirus jenis TSR yang dilaksanakan semasa
memulakan komputer dan sentiasa berada dalam memori untuk menyemak
aturcara atau disket.
Untuk pengesanan yang lebih berkesan, pastikan anda sentiasa mengemaskini
antivirus atau menggunakan antivirus yang terkini.
Apabila menerima sisipan atau attachment dari email, pastikan terlebih dahulu
dengan penghantar email tersebut sekiranya curiga untuk mengelakkan ia adalah
virus.

Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
183
Langkah-langkah Pencegahan
Beli dan muat-turun perisian dari Internet hanya dari sumber yang boleh
dipercayai.
Berhati-hati dengan perisian yang ditawarkan dalam Internet
Berhati-hati dengan disket dan fail yang anda terima daripada orang lain.
Elakkan penggunaan perisian cetak rompak

Jangan mengulang guna disket yang telah digunakan di komputer lain yang anda
tidak yakin keselamatannya.
Jangan pindah turun fail dari laman web yang tidak selamat seperti laman web
porno atau menawarkan sesuatu aplikasi secara percuma.
Jangan buka kepilan (attachment) email sebelum anda memeriksanya terlebih
dahulu. Berhati-hati terhadap mesej dan lampirannya (walaupun dihantar oleh
orang yang anda kenali), dengan tajuk kandungan yang tidak jelas maksudnya.

Dapatkan program antivirus untuk lebih selamat berkongsi disket, memindahturun
fail dari internet dan membuka lampiran email.
Jika sistem anda dijangkiti virus, lawatilah laman web pengeluar perisian
pengimbas-virus dan pasang mana-mana pengesan virus baru ada. Jalankan
perisian berkenaan. Perisian ini mungkin tidak dapat menghapuskan virus, tetapi
sekurang-kurangnya ia dapat mengenalpasti virus.

Pindah turun dan pasang mana-mana perisian pembetulan sementara (patches) atau
program-program yang boleh membantu anda menghapuskan virus tersebut. Atau
ikut mana-mana arahan yang anda temui bagi memadam virus secara manual.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
184
7.2 Pemasangan Antivirus AVG
Langkah 1
Dapatkan fail antivirus AVG yang terdapat di dalam CD. Anda juga boleh muat turun
fail antivirus AVG di internet. Kemudian klik fail antivirusAVG untuk memulakan
pemasangan.
Langkah 2
Kemudian muncul tetingkap Welcome!. Paparan prakata dari pihak AVG.
Klik Next untuk teruskan proses pemasangan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
185
Langkah 3
Tetingkap License Agreement muncul. Anda boleh membaca dan untuk meneruskan
proses pemsangan, anda perlu bersetuju dengan terma perjanjian dengan klik Accept.
Langkah 4
Seterusnya, di bahagian Select Installation Type, anda perlu memilih jenis
pemasangan iaitu Standard Installation atau Custom Installation. Anda
dicadangkan memilih Standard Installation. Klik Next.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
186
Langkah 5
Langkah seterusnya, tetingkap Personalize AVG muncul. Anda perlu isikan User
Name pilihan anda dan Company Name (jika ada). License/Sales Number akan
terpapar secara automatik. Kemudian klik Next.
Langkah 6
Tetingkap Installation Summary muncul. Maklumat ringkasan pemasangan
terpapar. Selesai, klik Finish.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
187
Langkah 7
Proses pemasangan sedang dilaksanakan.
Langkah 8
Pemasangan telah selesai. Ikon antivirus AVG muncul di desktop anda secara
automatik. Kemudian, klik OK.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
188
Langkah 9
Muncul kotak dialog Congratulations! setelah pemasangan berjaya dan AVG Free
First Run iaitu antivirus AVG dilarikan (run) pertama kali. Klik Next.
Langkah 10
Kotak dialog AVG Free Update muncul. Untuk melakukan kemaskini untuk
mendapatkan database terkini mengenai virus dan versi terkini antivirus, pastikan
anda dihubungkan dengan internet. Untuk teruskan proses kemaskini anda boleh klik
Check for Updates atau tidak anda boleh klik X untuk melakukan kemaskini
kemudian.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
189
Langkah 11
Kotak dialog Update muncul. Untuk teruskan kemaskini maklumat antivirus, klik
butang Internet.
Langkah 12
Setelah antivirus mendapatkan maklumat dari server untuk fail yang perlu
dikemaskini. Paparan maklumat Priority update iaitu keutamaan fail yang perlu
kemaskini dipaparkan. Untuk teruskan kemaskini dari internet, klik butang Update.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
190
Langkah 13
Antivirus AVG sedang memuat turun maklumat terkini dan mengemaskini maklumat
secara automatik.

Langkah 14
Kemaskini telah berjaya. Klik OK
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
191
Langkah 15
Anda boleh melakukan imbasan (scan) ke atas komputer anda. Anda juga boleh
lakukan imbasan kemudian. Klik Next.
Langkah 16
Anda juga boleh daftar secara percuma pada laman web AVG. Jika anda mendaftar,
anda boleh menyertai forum perbincangan AVG dan mendapatkan khidmat sokongan
teknikal secara percuma. Anda juga boleh mendaftar kemudian. Untuk teruskan klik
Next.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
192
Langkah 17
Pemasangan antivirus anda telah berjaya.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
193
7.3 Apa Itu Spyware?
Spyware pula merujuk kepada apa-apa perisian yang melaksanakan sesuatu tugas
atau proses yang berjalan tanpa pengetahuan pengguna ia akan melaksanakan beberapa
arahan, memantau pengguna di Internet dan menghantar maklumat-maklumat anda secara
senyap kepada pemilik perisian tersebut atau kepada pihak ketiga. Anda perlu berhati-hati
kerana spyware mampu mengumpul maklumat-maklumat sensitif seperti alamat email,
kata laluan atau nombor kad kredit anda, menyiarkan iklan-iklan yang tidak dikehendaki
malah mengubah konfigurasi komputer anda - dan semua ini dilakukan tanpa
pengetahuan dan kebenaran anda!
Punca jangkitan spyware
Pengguna klik iklan atau tetingkap pop-up yang dipaparkan
Memuat turun fail-fail percuma seperti perisian atau permainan (games)
Melayari laman web tertentu seperti laman web porno atau laman web crack file.
Menerusi sisipan email atau ruang borak (chat room)
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
194
Petanda komputer telah dijangkiti spyware adalah seperti:
Ketetapan pelayar laman web telah berubah pelayar laman web anda,
terutamanya Internet Explorer (dan juga yang lain-lain seperti Netscape dan
Firefox) dipenuhi dengan butang-butang yang tidak anda tidak pernah lihat
sebelum ini, kebanyakannya berkaitan periklanan dan anda dapati amat sukar
untuk menghilangkannya walaupun pelbagai setting telah diubah;
Komputer anda dipenuhi pelbagai iklan desktop anda penuh dengan
pelbagai ikon yang menawarkan perkhidmatan, Paparan pop-up iklan muncul
secara tiba-tiba menyuruh anda membeli beberapa produk. Start Menu anda
juga dipenuhi dengan pelbagai shorcut ke laman web promosi pelbagai
khidmat dan produk.
Prestasi komputer anda menjadi perlahan dan kerap hang Anda akan
mendapati prestasi komputer anda semakin menurun. Lampu merah LED pada
mini tower anda berkelip-kelip tanpa henti seolah-olah ada aplikasi sedang
dijalankan walaupun tiada perisian atau program dijalankan. Ini kerana
spyware sedang menjalankan aktiviti aplikasinya yang mengakibatkan
simptom di atas.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
195
7.4 Pemasangan antispyware Spybot Search and destroy
Langkah 1
Dapatkan fail antispyware Spybot Search and destroy di dalam CD. Anda juga
boleh muat turun fail antispyware Spybot Search and destroy di internet.
Klik fail Antispyware untuk memulakan pemasangan.
Langkah 2
Kemudian muncul tetingkap untuk memilih bahasa. Klik OK untuk teruskan proses
pemasangan.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
196
Langkah 3
Kemudian muncul tetingkap Welcome to the spybot Setup Wizard. Sebelum
memulakan pemasangan, pihak Spybot mencadangkan supaya menutup perisian atau
aplikasi yang sedang dijalankan. Klik Next untuk teruskan proses pemasangan.
Langkah 2
Tetingkap License Agreement muncul. Anda boleh membaca dan untuk meneruskan
proses pemsangan, anda perlu bersetuju dengan terma perjanjian dengan memilih
I accept the agreement. Kemudian klik Next.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
197
Langkah 3
Seterusnya, di tetingkap Select Destination Location telah menetapkan default lokasi
untuk pemasangan. Anda boleh mengubah lokasi folder fail sekiranya anda mahu.
Kemudian klik Next.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
198
Langkah 4
Langkah seterusnya, disini beberapa komponen disediakan oleh pihak Spybot.
Komponen yang ditawarkan untuk dimuat turun ialah :
> Icons for starting blind user mode - komponen ini disediakan untuk rabun warna
> Additional languages komponen untk menambah bahasa
> Skins to change appereance komponen untuk menambah / mengubah grafik kulit
(skin) perisian ini
> Download updates immediately komponen ini akan memuat turun sebarang
kemaskini fail yang terbaru serta-merta (anda perlu mempunyai sambungan internet
untuk komponen ini)
Selesai menanda, klik Next.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
199
Langkah 5
Langkah seterusnya, anda boleh menetapkan folder pintasan di Start Menu. Untuk
membuat perubahan klik Browse. Setelah selesai, klik Next.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
200
Langkah 6
Di tetingkap ini, anda boleh memilih tugas tambahan (additional tasks) semasa proses
pemasangan akan dilaksanakan.
> Additional icons untuk mencipta ikon di desktop dan Quick Launch
> Permanent protection - Untuk perlindungan kekal terdapat dua ciri yang ditawarkan.
Anda dicadangkan menanda dua kotak untuk perlindungan yang lebih baik.
Fungsi SDHelper ialah melindungi komputer dari serangan dari internet seperti spyware
dan trojan yang boleh menyelinap melalui email atau ketika melayari laman web.
Fungsi TeaTimer ialah mengimbas dan memantau proses fail spyware yang
mencurigakan secara masa sebenar (real time).
Selesai menanda fungsi yang anda kehendaki, klik Next.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
201
Langkah 7
Pemasangan sedia untuk dilaksanakan.
Untuk memulakan pemasangan, klik Install.
Langkah 8
Sekiranya sebelum ini anda memilih Download updates immediately iaitu untuk
muat turun dan kemaskini fail, muat turun akan terus dilakukan ke internet. Namun, anda
boleh melakukan muat turun dan kemaskini kemudian.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
202
Langkah 6
Setelah pemasangan telah selesai, ikon Spybot muncul di desktop. Anda juga boleh terus
melarikan (run) antispyware Spybot ini. Kemudian klik Finish.
7.5 Pemasangan Personal Firewall Zone Alarm
Dinding Api Peribadi (Personal Firewall)
Ramai dikalangan pengguna komputer bergerak atau peribadi tidak
bersambung dengan Internet setiap masa. Walaubagaimanapun, mereka terdedah
kepada penjenayah siber apabila mereka menggunakan Internet. Justeru itu,
Personal Firewall berupaya untuk menghalang capaian tanpa izin ke komputer
anda, ke rangkaian dan juga internet. Ia menjadi sebagai satu benteng tambahan
keselamatan computer anda untuk menyaring, memeriksa, menyekat setiap mesej
dan data, trafik atau komunikasi yang mencurigakan dari luar. Kebanyakan
pengeluar Personal Firewall ini menjadikan sistem pengoperasian Windows
sebagai sasaran kerana ia banyak kelemahan pada sistem operasinya berbanding
linux.
203
Langkah 1
Dapatkan fail personal firewall Zone Alarm yang terdapat di dalam CD. Anda juga boleh
muat turun fail personal firewall Zone Alarm di internet. Kemudian klik fail personal
firewall Zone Alarm untuk memulakan pemasangan.
Langkah 2
Kemudian muncul tetingkap Installation. Anda boleh tentukan direktori fail pemasangan
akan diletakkan.
Klik Next untuk teruskan proses pemasangan.
204
Langkah 3
Tetingkap ZoneAlarm Registration muncul. Anda boleh mengisi nama dan email anda.
Sekiranya, anda mahu mendapat maklumat terkini mengenai kemaskini terbaru dan
produk terbaru, anda boleh klik pada kotak yang disediakan. Untuk meneruskan proses
pemasangan, klik Next.
Langkah 4
Kemudian tetingkap License Agreement muncul. Anda boleh membaca dan untuk
meneruskan proses pemsangan, anda perlu bersetuju dengan terma perjanjian dengan klik
I accept the terms of the preceding License Agreement.
205
Langkah 5
ZoneAlarm sedang dipasang di dalam komputer anda.
Kemudian ZoneAlarm akan melakukan beberapa konfigurasi automatik di dalam
komputer anda.

Langkah 6
ZoneAlarm mempunyai beberapa soalan tinjauan / survey. Anda boleh menjawab
seikhlas anda.
Setelah selesai, klik Finish.
206
Langkah 7
Setelah pemasangan selesai, klik Yes untuk memulakan dan mengaktifkan ZoneAlarm.
Kemudian muncul tetingkap tawaran dari ZoneAlarm. Pilih dan klik butang bawah iaitu
No Thanks untuk menggunakan fungsi ZoneAlarm secara percuma.
207
Langkah 8
Tetingkap Configuration Wizard muncul. Untuk bahagian ini, anda boleh memilih pilihan
samada untuk terus melakukan imbasan ke komputer anda atau tidak. Saya
mencadangkan anda melakukan imbasan kali pertama ini dengan memilih Scan my
computer. ZoneAlarm akan melakukan imbasan dengan pantas lebih kurang 10 saat
sahaja.
Setelah selesai melakukan imbasan, tetingkap menyatakan ZoneAlarm telah siap
dipasang dan bersedia untuk melindungi komputer anda. Klik butang Finish.
208
Anda perlu restart / reboot semula komputer anda untuk memastikan pemasangan di
dalam komputer anda lengkap.
Langkah 9
Setelah restart, tetingkap ZoneAlarm Getting Started muncul. Sekiranya anda mahu
pemahaman lebih lanjut mengenai ZOneAlarm, anda boleh klik butang Play Video
Tutorial dan anda akan dihubungkan ke laman web ZoneAlarm untuk paparan video.
Untuk teruskan klik Finish.
209
Langkah 10
Kemudian, paparan utama ZoneAlarm muncul.
Anda tidak perlu lagi melakukan perubahan kerana pihak ZoneAlarm telah menetapkan
aturan (setting) yang dapat melindungi komputer anda. Namun anda masih boleh
menetapkan aturan anda sendiri mengikut pilihan anda. Anda boleh menetapkan aturan
anda sendiri di beberapa menu di sebelah kiri iaitu menu Firewall, Program Control,
Antivirus Monitoring, Email Protection dan Alert & Logs.
MENGESAN
KEROSAKAN
(TROUBLESHOOTING)
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
210
8. Mengesan Kerosakan (Troubleshooting)
1. Masalah :
Pemacu CDROM tidak berpusing atau tidak mengeluarkan bunyi
Punca :
- Motor pemacu atau masalah elektronik.
- Kadang-kadang disebabkan bekalan kuasa tidak mencukupi atau cacat
Penyelesaian :
- Periksa bekalan kuasa dari power supply ke belakang pemacu
- Ganti pemacu cdrom
2. Masalah :
- Pemacu CDROM menghasilkan bunyi kuat
Punca :
Kepala baca rosak atau crash
Penyelesaian :
Baiki atau ganti pemacu
3. Masalah :
Keluar paparan Non System Disk OR Disk Failure
Punca :
Komputer membaca sistem boot dari Drive A dan didapati tiada sistem boot
didalamnya.
Penyelesaian :
Keluarkan disket dari Drive A dan press any key to continue. Sistem akan terus boot
daripada cakera keras (Hard Disk).
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
211
4. Masalah :
Komputer mengeluarkan bunyi beep 4 kali dan tiada paparan di monitor
Punca :
Berpunca dari RAM yang berkemungkinan kotor, rosak atau tidak dipasang betul
Penyelesaian :
- Periksa RAM dipasang betul atau tidak
- Uji RAM di komputer lain
- Gantikan RAM
5. Masalah :
Bekalan kuasa tiada dan lampu led komputer tidak menyala langsung
Punca :
- Kemungkinan palam punca kuasa salurkan kuasa rendah
- Power supply dipanah petir atau litar pintas
Penyelesaian :
- Periksa punca kuasa palam dan pastikan palam dipasang lekap dan betul
- Periksa punca kuasa di belekang casing juga dipasang betul dan tidak longgar
- Jika tiada respon, ganti power supply baru.
6. Masalah :
Boot failure / tidak boleh run c:\
Punca :
Kemungkinan berpunca dari masalah kabel, setting pada jumper atau windows corrupt
Penyelesaian :
- Periksa kabel
- Jika ada buat perubahan pastikan setting perkakasan tersebut betul
- Periksa dan uji cakera keras tersebut di komputer lain
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
212
7. Masalah :
Windows tidak dapat dijalankan / hanya keluar boot image Windows berwarna hitam
Punca :
Kemungkinan berpunca pemasangan perisian yang tidak sesuai atau windows corrupt
Penyelesaian :
- Cuba masuk ke Safe mode dengan menekan F8 dan buang perisian yang mungkin
anda baru install di Safe mode
- Periksa virus menggunakan antivirus
- Jika ada buat perubahan pada Windows pastikan setting tersebut betul
- Jika gagal, reinstall semula Windows atau format.
8. Masalah :
Hilang atau setting kembali ke tarikh/masa dan maklumat default.
Punca :
- Bateri di papan induk
Penyelesaian :
- Ganti bateri
9. Masalah :
Ralat dalam saiz memori
Punca :
- Cip memori longgar
- BIOS setting
Penyelesaian :
- Ketatkan cip memori pada soketnya
- Periksa setting untk RAM di BIOS
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
213
10. Masalah :
Drive not ready
Punca :
- Pemacu gagal berfungsi
- Cakera tidak diformat
Penyelesaian :
- Gantikan pemacu cakera atau format cakera
11. Masalah :
Tiada Paparan di monitor, lampu monitor hidup
Punca :
- Kabel paparan ke adapter
- Monitor
- Bios setting bagi mode video
- Kad video mungkin rosak
Penyelesaian :
- Periksa kabel paparan samada dipasang ketat atau longgar.
- Uji monitor dengan komputer lain
- Periksa setting mode video di BIOS
- Jika menggunakan kad video tambahan, buka dan uji di komputer lain.
12. Masalah :
Paparan yang kabur, dan tidak tepat
Punca :
- Pelaras monitor
- Kerosakan kad video
Penyelesaian :
- Laras semula monitor
- Gantikan kad video
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
214
13. Masalah :
Paparan "Track 0 bad -disk unusable" pada disket
Punca :
- Cakera rosak
- Cakera tidak sesuai atau jenis format
- Virus telah rosakkan track 0
Penyelesaian :
- Tukar cakera atau format semula dengan betul.
14. Masalah :
- Cakera keras mengeluarkan bunyi bernada tinggi.
Punca :
- Kepala (head) bersentuh dengan kepingan semasa berpusing
Penyelesaian :
- Ganti atau baiki cakera keras
15. Masalah :
- Apabila boot keyboard error / tidak berfungsi
Penyelesaian :
- Periksa palam (keyboard connector) pada papan kunci di belakang di pasang betul atau
tidak.
- Periksa key lock
- Tukar papan kunci
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
215
16. Masalah :
- Windows menjadi perlahan (slow)
Punca :
- Virus atau spyware
- Kapasiti RAM tidak cukup
- Cakera keras (hardisk) bermasalah
Penyelesaian :
- Periksa menggunakan antivirus dan antispyware
- Tambah kapasiti RAM
- Tutup program yang tidak diperlukan
- Periksa cakera keras samada elok atau sudah rosak
17. Masalah :
- Speaker tidak berbunyi
Punca :
- Palam pin silap
- Pemandu (driver) kad bunyi (sound card ) tidak di install
- speaker rosak
Penyelesaian
- Periksa palam pin speaker di belakang sama ada dimasukkan ke ruang pin yang betul
- Pastikan driver telah diinstall. Dapatkan driver pada cd yang disertakan dengan
pembelian papan induk (motherboard) atau download di internet
- Uji speaker di komputer lain, tak berbunyi ganti lain
18. Masalah :
- Apabila taip menggunakan papan kunci (keyboard), perkataan atau simbol lain yang
keluar
Punca :
- Kemungkinan cip elektronik papan kunci (keyboard)rosak
Penyelesaian :
- Ganti baru
PANDUAN DAN
TIPS MEMBELI
KOMPUTER BARU
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
216
9. Panduan & Tips Membeli Komputer
Panduan Membeli Komputer
Di Malaysia, komputer kini telah menjadi satu keperluan dalam rumah terutama
untuk pembelajaran anak-anak ataupun keperluan untuk kerja kita. Namun, dilema yang
dihadapi oleh kebanyakan pengguna dalam membeli komputer ialah kualiti dan
kuantiti. Sesetengah pengguna yang mementingkan kualiti sanggup berbelanja lebih
untuk memiliki komputer yang berkualiti dan hebat, manakala ada pengguna yang
mementingkan kuantiti pula lebih suka memiliki komputer yang lebih murah tetapi dapat
dimilikki lebih dari satu. Memilih untuk membeli sebuah komputer peribadi merupakan
sesuatu yang amat menarik ini kerana anda perlu mengambil kira beberapa faktor
sebelum mengambil keputusan spesifikasi yang sesuai untuk keperluan anda.
Panduan ini cuba memberikan gambaran untuk menolong anda memilih komputer yang
paling sesuai dengan keperluan anda dan berasa berbaloi membelinya.
Antara perkara yang perlu anda lakukan ialah merancang. Anda perlu fikirkan apakah
matlamat dan kegunaan komputer yang bakal anda beli. Bagaimana dan berapa bajet
yang anda boleh laburkan untuk pembelian komputer anda? Memilih komputer
berdasarkan jenama, kualiti dan khidmat bantuan teknikal?
Matlamat dan Kegunaan Komputer Yang bakal Anda Beli
Sebelum melakukan pembelian komputer, kita perlu merancang matlamat dan
penggunaannya. Matlamat tersebut akan menentukan cara penggunaan komputer kita dan
bagaimana ia dapat bertahan lama.
Adakah penggunaan komputer anda untuk menyelesaikan tugasan-tugasan pejabat
dan sekadar melayari internet?
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
217
- Sekiranya anda hendak menggunakan komputer anda sekadar menyelesaikan
tugasan-tugasan pejabat dengan menggunakan aplikasi pejabat yang biasa
digunakan seperti Microsoft Office atau OpenOffice dan melayari internet, anda
tidak perlu memiliki spesifikasi komputer yang canggih. Ia menjadi satu
pembaziran andai penggunaannya tidak setimpal dengan belanja yang dikeluarkan
nanti. Cukuplah sekadar membeli mengikut keperluan anda dengan spesifikasi
biasa.
Contoh spesifikasi dicadangkan untuk penggunaan di atas :
Spesifikasi Harga (RM)
Pemproses :
Intel Pentium Dual Core E2160 1.80Ghz 800
FSB L2 512KB
Papan Induk :
Asus P5GC-MX1333 1945GC LGA 775
integrasi
- Kad Video Grafik
- Fast Ethernet 10/100 LAN
- Kad Audio 5.1 Channel
- USB 2.0 Port
Cakera Keras :
Seagate 80GB SATA
RAM DDR2 :
512MB
Pemacu CD / DVD :
LG 20X Internal DVD-RW SATA
Pemacu Cakera Liut :
1.44MB Floppy Disk Drive
Kekisi :
ATX Tower Casing with 24 Pin
Papan Kunci
Tetikus
Multimedia Speaker
Skrin paparan / Monitor :
Tecom 17 CRT
238
180
150
45
100
20
80
10
6
15
210
Jumlah 954
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
218
Adakah komputer baru yang anda mahu milikki menyokong fungsi hiburan dan
multimedia? Juga sesuai untuk kegunaan seisi keluarga?
- Sekiranya anda sering menggunakan komputer anda untuk fungsi hiburan dan
multimedia dan tidak hanya untuk menaip semata-mata dan digunakan bersama-
sama seisi keluarga, adalah perlu anda mendapatkan spesifikasi yang lebih baik
atau tinggi dari spesifikasi di atas.
Contoh spesifikasi dicadangkan untuk penggunaan di atas :
Spesifikasi Harga (RM)
Pemproses :
Intel Pentium Core 2 Duo E4500
2.20 Ghz 800 FSB L2 2MB
Papan Induk :
MSI MS7236I945PLNEO-F LGA 775
integrasi
- Fast Ethernet 10/100 LAN
- Kad Audio 5.1 Channel
- USB 2.0 Port
Kad Video Grafik :
Sapphire Ati Radeon X1050/TV/DVI
Cakera Keras :
Seagate 80GB SATA
RAM DDR2 :
1GB
Pemacu CD / DVD :
LG 20X Internal DVD-RW SATA
Pemacu Cakera Liut :
1.44MB Floppy Disk Drive
Kekisi :
ATX Tower Casing with 24 Pin
Papan Kunci
Tetikus
Speaker :
Altec Lansing BXR1121
Skrin paparan / Monitor :
Tecom 17 CRT
410
245
145
150
75
100
20
80
10
6
125
210
Jumlah 1576
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
219
Adakah anda mahukan komputer yang dapat menyokong dan anda dapat
melakukan hobi anda seperti permainan komputer yang canggih tanpa masalah?
Menggunakan komputer untuk tugasan berkaitan grafik seperti Autocad atau
AdobePhotoshop?
- Sekiranya anda menggunakan komputer lebih kepada perisian rekabentuk grafik
atau anda ini kaki permainan komputer, seharusnya anda menggunakan
spesifikasi yang tinggi untuk mengelakkan masalah komputer mungkin perlahan
atauhang.
Contoh spesifikasi dicadangkan untuk penggunaan di atas :
Spesifikasi Harga (RM)
Pemproses :
Intel Pentium Core 2 Duo E8400
3.00 Ghz 1666 FSB L2 6MB
Papan Induk :
MSI MS7345 P35 PLATINUM LGA 775
integrasi
- Fast Ethernet 10/100 LAN
- USB 2.0 Port
Kad Video Grafik :
Asustek GF8800GT/TOP/DDR3/TV/DVI/DX10
Cakera Keras :
Seagate 250GB SATA
RAM DDR2 :
2GB DDR800
Pemacu CD / DVD :
LG 20X Internal DVD-RW SATA
Pemacu Cakera Liut :
1.44MB Floppy Disk Drive
Kad Audio :
Creative Sound Blaster X-Fi Extreme
Kekisi :
Coolermaster Elite 330/331
Papan Kunci PS2 Smooth Dektop
Tetikus PS2 WL 2nd Wheel Zoom Opt
Speaker :
Altec Lansing GT5051 5.1Channel
Skrin paparan / Monitor :
Samsung 19" LCD
765
595
990
228
330
100
20
239
245
35
70
545
709
Jumlah 4871
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
220
Bajet anda
Berapa bajet anda untuk membeli komputer baru? Soalan yang penting untuk
kebanyakkan orang sebelum membeli komputer. Ada diantara kita mungkin bajet tiada
masalah tetapi bagi yang mempunyai bajet yang terhad pastinya perlu berfikir banyak
kali. Untuk membeli komputer kini, bajet atau kewangan dijual pada harga yang boleh
dimilikki dan murah. Di pasaran terdapat 2 jenis komputer yang boleh dimilikki iaitu :
i. komputer klon dan
ii. komputer berjenama
Maksud komputer klon ini ialah bukanlah komputer anda diklon tapi komputer yang
dipasang siap perkakasan dan komponennya samada di pasang di kedai atau anda pasang
sendiri dengan spesifikasi yang anda mahukan.
Beza antara komputer klon dengan komputer berjenama ialah yang paling ketara pada
harganya, kualiti dan khidmat bantuan teknikal selepas jualan.
Klon Berjenama
Harga
Kualiti
Bantuan
Teknikal
Jaminan
Tempoh masa
baiki jika
bermasalah
Lebih murah
Baik
Biasanya tauke kedai akan
mengenakan caj yang mahal
Hanya setahun
Cepat. Biasanya 1 2 hari
Lebih mahal
Lebih Baik
Sekiranya membabitkan kerosakkan
perkakasan dan masih mempunyai
jaminan, biasanya tidak dikenakan caj
(bergantung kepada jenama)
Ada jenama memberi jaminan
sehingga 3 tahun (bergantung kepada
jenama).
Lambat. Biasanya seminggu.
Hakcipta Terpelihara 2008 oleh Mohd Lutfi www.bijakkomputer.com
221
Berdasarkan pengalaman saya, menggunakan komputer klon atau berjenama
adalah sama sahaja. Yang perlu anda tahu ialah memahami atau memahirkan diri
sekiranya berlaku masalah-masalah dan bagaimana hendak diselesaikan. Adalah perlu
untuk kita memahirkan diri supaya tidak ditipu oleh tauke-tauke kedai yang mungkin
tamak dan hanya hendak mengenakan caj yang mahal kepada kita sahaja
Tips Membeli Komputer
Sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan terkini teknologi dengan
membaca ulasan tentang produk-produk terbaru yang berada di pasaran di dalam
majalah-majalah atau melalui internet. Dapatkan maklumat tentang apakah
perkakasan dan perisian yang termasuk dalam model yang anda inginkan dan
jadikannya sebagai asas untuk membandingkan harga. Tanya "apa yang kurang?",
jika harganya lebih rendah.
Sebelum membeli , selalu melawat kedai-kedai komputer untuk mendapatkan
harga-harga terkini dan pakej yang disertakan. Banyakkan bertanya untuk
mendapat lebih informasi setiap pakej yang ditawarkan. Biar lambat asalkan puas
hati nanti.
Sebelum membawa balik komputer anda, minta pekedai / penjual menunjukkan
kelajuan prosesor anda, ram dan saiz cakera keras anda. Buka casing jika perlu
untuk melihat sekiranya ada pertambahan kad atau perkakasan lain.
Semua pembelian PC akan dibekalkan dengan "manual" serta beberapa
disket/CD yang mengandungi "driver" dan "system configuration" yang
diperlukan oleh PC untuk berfungsi. Pastikan penjual membekalkan perkara-
perkara tersebut semasa pembelian. Pastikan semua kabel dan aksesori yang lain
(seperti disebutkan dalam manual) dibekalkan bersama. Simpan benda-benda ini
dengan selamat. Ianya amat perlu sekiranya sesuatu berlaku kepada PC.

Anda mungkin juga menyukai