Anda di halaman 1dari 17

SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam

GB 00788

ABSTRAK

  “Putrajaya 30 Okt. – Jemaah Menteri hari ini memutuskan supaya satu jawatankuasa
petugas ditubuhkan untuk menyiasat unsur penyelewengan dan rasuah yang didedahkan
dalam Laporan Audit Negara 2008.       

Mengumumkan demikian, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa itu
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.       

Ia dianggotai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Jabatan


Perkihdmatan Awam (JPA), Ketua Audit Negara, Peguam Negara dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).       

Sambil menekankan bahawa kerajaan begitu serius mahu memperhebatkan budaya


prestasi tinggi di kalangan penjawat awam, Perdana Menteri menegaskan sebarang salah
guna kuasa yang berlaku seharusnya tidak terlepas daripada tindakan tegas.       

“(Mesyuarat) Jemaah Menteri (hari ini) memandang berat Laporan Audit Negara
(2008) yang telah pun dibentangkan di Parlimen.”

“Sayugia dinyatakan kita bukan hendak mencari salah sesiapa tetapi untuk tentukan
pihak-pihak yang sengaja melakukan kesalahan secara terang-terangan tidak seharusnya
terlepas daripada tindakan tegas.”       

“Kita nak menjurus pada budaya prestasi tinggi, maknanya penjawat awam yang
tunjukkan  prestasi cemerlang mendapat ganjaran dan pengiktirafan sebaliknya yang
lakukan salah guna kuasa, tindakan mesti diambil,” kata beliau pada sidang akhbar di
pejabatnya petang ini.”1        

Tertarik dengan laporan akhbar tersebut penulis berkeyakinan bahawa ianya bolehlah
dijadikan pendahuluan kepada kertas-kerja ini. Kaitannya dengan tajuk penulisan ini akan
dihuraikan secara langsung atau tidak oleh penulis di dalam penulisannya nanti.   
 
PENDAHULUAN

1
Utusan Malaysia, Sabtu 31 Oktober 2009, m/s 1

1
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

Sejak beberapa tahun yang lepas, rakyat Malaysia telah didedahkan dengan beberapa
jargon pengurusan, umpamanya "Key Performance Indicator" atau secara
ringkasnya "KPI". Di dalam Bahasa Malaysia, terma ini boleh diertikan sebagai "Petunjuk
Pencapaian Utama".

Jargon ini adalah elemen pengurusan strategi yang diperkenalkan oleh Dr. Robert
Kaplan dari University of Harvard. Dr. Robert Kaplan menamakan pengurusan strategi ini
sebagai "Balanced Score-Card" (BSC). Saya terjermahkan terma ini ke dalam Bahasa
Malaysia sebagai "Kad Markah secara Seimbang".

Secara lazim, setiap pencapaian yang hendak dinilai tidak sama dari segi
kepentingannya. Justeru itu, pemberat secara peratusan diberikan kepada setiap pencapaian
yang hendak dinilai. Di dalam erti kata lain, pencapaian untuk tugasan yang amat penting
diberikan peratusan yang tinggi manakala pencapaian untuk tugasan yang sederhana penting
diberikan peratusan yang lebih rendah.
Objektif "petunjuk pencapaian utama" adalah untuk memberikan maklumat secara
kuantitatif mengenai prestasi komponen pekerjaan yang penting, di dalam bahasa Inggerisnya
diberi nama "Key Result Area", secara ringkasnya “KRA”.

Faedah BSC ini hanyalah menjadikan penilaian terhadap sesuatu tugasan lebih
tersusun. Namun begitu, walau pun penilaian adalah tersusun, tetapi perkara yang perlu
diambil berat ialah meletakkan elemen-elemen KPI dan KRA yang benar-benar mencapai
matlamat.

Dalam suasana ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu - juga suasana politik
tempatan yang muram, satu bentuk pengurusan yang kreatif perlu dilaksanakan oleh semua
pihak. Seperti kata guru pengurusan terkenal, Tom Peters "Crazy times call for crazy
organizations" (Masa yang gila seperti ini memerlukan organisasi yang turut gila). Gila dalam
konteks ini ialah gila-gila, radikal atau kreatif. Kita harus melihat sesuatu melampaui
(beyond) ibu jari kaki kita. 

Indeks Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI)

2
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

Umum maklum, antara perkara yang dititik beratkan oleh Perdana Menteri Malaysia
yang keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah beliau mengangkat sumpah pada 3 April
2009 yang lalu adalah kepentingan Indeks Prestasi Utama atau Key Performance
Indicators (KPI). Apakah sebenarnya KPI? 

“A  performance indicator or key performance indicator (KPI) is a measure


of performance. Such measures are commonly used to help an organization define
and evaluate how successful it is, typically in terms of making progress towards its
long-term organizational goals. KPIs can be specified by answering the question,
"What is really important to different stakeholders?". KPIs may be monitored
using Business Intelligencetechniques to assess the present state of the business and
to assist in prescribing a course of action. The act of monitoring KPIs in real-time is
known as business activity monitoring  (BAM). KPIs are frequently used to "value"
difficult to measure activities such as the benefits of leadership development,
engagement, service, and satisfaction. KPIs are typically tied to an organization's
strategy using concepts or techniques such as theBalanced Scorecard)”2       

Manakala dalam satu tulisan bebas bertajuk “KPI” yang boleh didapati melalui
halaman web3 menyebut bahawa:- 

“In theory it provides a series of measures against which internal managers and
external investors can judge the business and how it is likely to perform over the
medium and long term. Regrettably it has become confused with metrics – if we can
measure it, it is a KPI. Against the growing background of noise created by a welter
of such KPI concepts, the true value of the core KPI becomes lost.”4         

Dari kedua-dua catatan yang diberikan di atas, penulis mendapati terdapat beberapa
ciri persamaan yang menakrif maksud KPI iaitu:- 

i. ukuran (measure); dan


ii. persembahan (performance). 

2
Wikipedia, the free encyclopedia
3
http://www.ibisassoc.co.uk/key-performance-indicators.htm
4
http://www.ibisassoc.co.uk/key-performance-indicators.htm, Ibid

3
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

Seterusnya, bagi merumuskan satu-satu perkara itu berjaya dinilai mengikut sistem
KPI, mestilah memperlihatkan tiga (3) elemen atau kunci penting yang perlu ada iaitu:- 

i. persembahan (performance);
ii. petunjuk (indicator); dan
iii. tanda aras (benchmark).

Namun Wikipedia sekali lagi menyatakan bahawa objektif KPI terbeza mengikut
apakah atau siapakah yang mewujudkan KPI dan untuk apakah ianya diperlukan. Ini dapat
dilihat dari pernyataannya yang berbunyi:- 

“The KPIs differ depending on the nature of the organization and the organization's
strategy. They help to evaluate the progress of an organization towards its vision
and long-term goals, especially toward difficult to quantify knowledge-based
goals.”5       

Akhirnya, Wikipedia juga menyebut:- 

“Performance indicators differ from business drivers & aims (or goals). A school
might consider the failure rate of its students as a Key Performance Indicator which
might help the school understand its position in the educational community, whereas
a business might consider the percentage of income from return customers as a
potential KPI”6 
 
Ianya sama dengan penulisan bebas7 terdahulu di atas yang juga menyebut:- 

“Different organisations need to monitor different aspects of their environment. For


example, the airline industry has a complex set of issues many of which (but not all)
are different from the dairy farmer”8       

5
Wikipedia, Ibid.
6
Wikipedia, Ibid.
7
http://www.ibisassoc.co.uk/key-performance-indicators.htm, Ibid
8
http://www.ibisassoc.co.uk/key-performance-indicators.htm, Ibid

4
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

Penulis suka kepada satu tafsiran KPI serta elemen yang menyeluruh bagi membentuk
KPI. Ianya boleh didapati dalam laman web http://www.docstoc.com/docs/4768276/KEY-
PERFORMANCE-INDICATORS .       

Docstoc menjelaskan, secara keseluruhannya KPI adalah satu ukuran finansial


mahupun bukan-finansial kepada sesuatu objektif atau matlamat sesebuah organisasi terbabit.
Secara ringkasnya, Docstoc menyebut KPI bagus untuk pertama; membenarkan pentadbir
(administration or management) melihat sesebuah syarikat (company) atau jabatan
(department) dari satu sudut sahaja dan seterusnya menilai kemajuan syarikat atau jabatan
tersebut, kedua; mereka yang dinilai itu boleh membentuk satu pasukan yang bersatu padu (to
work as a team) untuk mencapai matlamat yang sama (common goal or objective), ketiga;
ianya amat mudah dan cepat mengenal pasti prestasi sebenar sesebuah syarikat atau jabatan
tersebut dan keempat; sesuatu keputusan itu amat mudah dicapai apabila semua pihak yang
dinilai itu dapat fokus kepada satu matlamat.       

Docstoc seterusnya juga telah menggariskan lima (5) syarat nyata yang perlu ada
dalam KPI iaitu SMART:- 

i. mestilah jelas atau spesifik (specific);


ii. ianya hendaklah boleh diukur (measurable);
iii. ianya hendaklah boleh dicapai (achievable);
iv. keputusan yang dicapai hendaklah relevan atau berkait (result-oriented or
relevant); dan
v. masa (yang diperuntukkan) mencukupi (tidak melebihi) (time-bound)
 
  

5
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

KPI Dalam Pentadbiran Kerajaan (Satu Analisa)

Penulis faham bahawa sistem KPI kebiasaannya diamalkan dalam sektor samada
sektor perkilangan atau pembuatan dan juga sektor servis atau perkhidmatan, yang mana
ianya semua adalah bagi tujuan atau matlamat yang sama iaitu persaingan mencabar dalam
perniagaan.        

Orientasi perniagaan amat mudah iaitu, untuk mencapai keuntungan yang


maksimum dengan dan kos yang minimum tanpa kompromi tahap kepuasan
pelanggan mungkin memerlukan KPI diaplikasikan di situ. Penumpuan
atau penetration nya amat mudah. 

Ini bermakna keuntungan dan kepuasan bergerak seiring.  Untung yang dibuat secara
sah haruslah berbaloi mengikut kehendak dari kaca mata pelanggan diketepikan, kerana jika
pelanggan tidak puas, sokongan mereka akan merosot. Jika sokongan merosot, perniagaan itu
juga akan merosot. Pelanggan perlu berpuas hati dengan wang yang dibelanjakan untuk
produk atau perkhidmatan itu, walaupun harganya sedikit mahal.

Begitu juga dalam pentadbiran kerajaan - ia juga mempunyai pelanggannya yang


tersendiri yang perlu dipuaskan. Perkara kecil boleh jadi besar jika ia tidak ditangani dengan
betul. Bagi politik - pelanggannya ialah rakyat atau pengundi. Jika pelanggan itu puas hati,
jumlah kerusi dalam Parlimen juga akan merosot. Begitulah sebaliknya.

Amat jarang KPI dibentuk untuk menilai prestasi kakitangan awam atau kerajaan.
Umum maklum, pembentukan sesebuah kerajaan adalah melalui proses politik yang mana
asas kepada politik itu sendiri adalah mudah berubah, yakni sering berubah mengikut
peredaran masa serta kepimpinan yang sedia ada. Corak dan gaya kepimpinan lalu manakan
mungkin sama dengan gaya dan corak kepimpinan sekarang, apatah lagi pada masa akan
datang.        
 

6
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

Justeru, apabila Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak mewacanakan sistem KPI dalam
pentadbirannya9 ianya sedikit mengejutkan dan mengelirukan tetapi setelah menilai wacana
KPI adalah selaras dengan kehendaknya bagi memberikan pentadbiran yang terbaik untuk
rakyat Malaysia10, penulis beranggapan bahawa ianya adalah satu kaedah yang amat baik
dalam sebuah pentadbiran kerajaan yang benar-benar mahukan kemajuan menyeluruh.
Apakah kemajuan yang menyeluruh?        

Kemajuan yang menyeluruh adalah berdasarkan kepada slogan yang dilaungkan oleh
Y.A.B. Perdana Menteri untuk mengutamakan rakyat dan mendahulukan pencapaian. Bagi
maksud tujuan ini yang demikian itu beliau mahukan sistem KPI  dilaksanakan agar
kelancaran pentadbiran kerajaan di bawahnya dapat memusatkan objektif memberikan hasil
yang terbaik kepadanya. Apabila ini dapat dilaksanakan maka hasil terbaik itu bukan sahaja
memanfaatkan beliau selaku peneraju utama negara bahkan ianya dapat dipersembahkan
kepada rakyat yang menikmati hasil tersebut secara langsung mahupun tidak.       

Pemahaman secara umum adalah KPI penanda aras yang diperlukan untuk
mendapatkan result atau keputusan yang bakal memberi faedah kepada negara dan rakyat
yang menghuninya. Namun, persoalan yang bakal diutarakan adalah apakah matlamat KPI
dan sasaran KPI tersebut? 
 

9
Pengumuman KPI oleh Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya pada
27.07.2009.
10
“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (People first, Performance Now).

7
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

Bagaimana KPI Dapat Berperanan Dalam Pentadbiran Kerajaan

KPI telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri11 bersama-sama dengan Bidang


Keberhasilan Utama Negara atau National Key Result Area (NKRA).

Berbalik kepada tafsiran KPI oleh Docstoc di atas, terdapat lima (5) syarat utama yang
perlu dipenuhi iaitu spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan masa.        

Justeru itu, sebelum pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri di Putrajaya pada 27 Julai
2009, satu sidang konferansi12 telah diadakan dahulu di Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur
pada 22 hingga 23 Jun 2009 bagi melihat feed-back dari peserta-peserta yang rata-rata adalah
profesional dalam sektor kerajaan dan swasta. Menampakkan satu pandangan dan penerimaan
yang positif, maka itu KPI yang diumumkan kemudiannya oleh Y.A.B. Perdana Menteri
dilaungkan bersama-sama dengan NKRA.   

Objektif KPI adalah NKRA  

Ianya telah dispesifikkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri dengan menggariskan hanya
enam (6) NKRA. Enam (6) NKRA tersebut adalah:-       

Pertama PENDIDIKAN       

Kedua  JENAYAH       

Ketiga  RASUAH       

Keempat TARAF KEHIDUPAN RAKYAT        

Kelima  PRASARANA PENDALAMAN & LUAR BANDAR       

Keenam PENGANGKUTAN AWAM 

11
Pengumuman KPI oleh Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya pada
27.07.2009
12
Key Performance Indicators Conference for The Public Sector, Statutory Bodies and Government Agencies.

8
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

Y.A.B Dato’ Seri Najib menerusi ucapan bertajuk “Merevolusi Pengurusan


Perkhidmatan Kerajaan:  Pencapaian Diutamakan”, memperincikan KPI setiap enam NKRA
yang masing-masing diterajui oleh enam menteri, iaitu:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin


– Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, dan berkemampuan. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein


  – Mengurangkan kadar jenayah. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz


- Memerangi rasuah. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
– Meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal
– Memperkasa prasarana luar Bandar dan pendalaman. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat


– Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana. 

Y.A.B Dato’ Seri Najib juga berkata, setiap NKRA akan dikenal pasti menerusi KPI
tersendiri dengan sasaran khusus supaya pencapaiannya dapat diukur.  Katanya, sistem KPI
banyak diguna pakai oleh syarikat korporat dan dijadikan radas timbangan kerja yang
berkesan, selain diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan Negara maju seperti Britain,
Australia dan Kanada.  “Dengan adanya KPI, segala prosedur akan diperkemas, segala
sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk
mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan,”
katanya.

9
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

Keutamaan 6 NKRA

Penulis amat pasti, bahawa pemilihan enam (6) NKRA oleh Y.A.B. Perdana Menteri
untuk diaplikasikan adalah penting terutamanya untuk mengembalikan keyakinan rakyat
kepada kerajaan. Di samping itu, enam (6) NKRA tersebut merupakan asas kepada pandangan
dunia kepada kemajuan sesebuah negara yang merdeka dan membangun. Pendidikan adalah
penting kerana bagi negara-negara membangun, pengukuran kepada maju atau tidaknya
negara itu bergantung kepada tamadun ilmu yang diajar kepada penduduknya. Hanya majoriti
warganegara sesebuah negara itu berada pada tahap cemerlang akan memangkinkan kemajuan
negaranya dalam daya saing global.       

Manakala rasuah dan jenayah juga dilihat sebagai penghalang kepada kemajuan
sesebuah negara itu. Sesebuah negara yang mempunyai kadar jenayah serta rasuah yang tinggi
tidak mungkin akan dilihat sebagai yang positif. Seringkali negara-negara dunia ketiga atau
sedang membangun dikaitkan dengan tiadanya peradaban yang baik hanya oleh kerana kadar
rasuah serta jenayahnya yang tinggi. Dan yang terpenting sekali, dalam menghadapi rakyat
yang semakin cerdik dan terbuka luas minda mereka terhadap persekitaran yang mencabar,
mengembalikan keyakinan rakyat sering sahaja dikaitkan dengan peri perlunya rasuah
dihapuskan dan jenayah dibanteras

Masihkah kita ingat akan wawasan yang diwacanakan oleh mantan Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad? Adalah merealisasikan Wawasan 2020 nya bagi
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.       

Penulis juga berkeyakinan, bahawa Y.A.B. Perdana Menteri pada hari ini, Datuk Seri
Najib Tun Razak sedang menyambung usaha yang di ideakan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad itu. Justeru, meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia serta membangunkan
kawasan pendalaman dan luar Bandar hendaklah sedang dipesatkan lagi oleh beliau. Dan
prasarana itu akan terus dilengkapkan dengan sistem pengangkutan yang baik.       

10
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

Apabila Y.A.B. Perdana Menteri mengerahkan menteri-menteri 13 yang berkaitan


dengan enam (6) pointers  NKRA tersebut mengetuai atau menerajui bidang-bidang berkaitan
dengannya memperlihatkan keseriusan beliau agar pemantauan atau pemusatan (penetration)
tersebut dapat dilaksanakan. Maka itu, sistem KPI memainkan peranannya agar memastikan
bahawa NKRA tersebut dapat terlaksana secara berkesan dan keputusan yang terbaik dapat
dicapai.  

“The NKRAs and KPIs are put in place to ensure seriousness and responsibility
among members of the administration and public servants… The reason being I do
not want the people who are our clients, to be in the dark on the initiatives, plans and
direction of the developments that the government had chartered… Hence, today I
have attached KPIs to the six NKRAs with specific targets for evaluation”14

Dan dalam ucapan di hadapan 3,000 pegawai kerajaan di Pusat Konvensyen


Antarabangsa Putrajaya, Y.A.B. Perdana Menteri berkata:-

“Sesungguhnya kita komited melakukan transformasi – bukan pembaharuan


penambahbaikan – melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan
menggunakan kaedah penetapan NKRA dan Pengukuran Petunjuk Prestasi Utama
(KPI). Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisis akhir, rakyatlah yang
memperolehi faedahnya15

13
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan)), YB
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn (NKRA mengurangkan kadar jenayah), YB Datuk Seri Mohamed Nazri
Aziz (NKRA memerangi rasuah), YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (NKRA taraf hidup rakyat berpendapatan
rendah), YB Datuk Seri Shafie Apdal (NKRA bagi prasarana luar Bandar dan pendalaman) dan YB Datuk Seri Ong
Tee Keat (NKRA bagi penambah baik pulih pengangkutan awam).
14
Ucapan YAB Perdana Menteri dipetik dari News Strait Times (NST) bertajuk “Najib to keep tabs on six
ministers every week”, 28 Julai 2007.
15
Ucapan YAB Perdana Menteri bertajuk “Merevolusi Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan” di Pusat
Konvensyen Negara pada 27 Julai 2007.

11
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

PELAN TRANSFORMASI KERAJAAN MELALUI BIDANG KEBERHASILAN


UTAMA (KRA) 

Menurut Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU) Jabatan Perdana


Menteri satu sasaran untuk meningkatkan daya tahan dan daya saing Malaysia, Pelan
Transformasi Kerajaan (GTP) telah diilhamkan dan diperkenalkan oleh Perdana Menteri
bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. GTP mempunyai dua tujuan. Pertama
adalah bagi mentransformasi kerajaan menjadi lebih berkesan dan bertanggungjawab, dan
kedua adalah mengubah Malaysia menjadi masyarakat maju, bersatu, selamat dan adil dengan
kualiti kehidupan tinggi untuk semua. Inisiatif GTP merupakan kunci utama dalam
memastikan penyampaian hasil positif seiring dengan objektif Perdana Menteri iaitu
"1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dan bagi mencapai Wawasan
2020 - menjadikan Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi dan maju sepenuhnya.
Berlandaskan tujuan ini, Perdana Menteri telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama
(KRA) sebagai sebahagian daripada satu rangka kerja pengurusan prestasi negara. KRA
merujuk kepada "bidang tumpuan" - di peringkat nasional dan di peringkat kementerian.
Bidang tumpuan ini diberikakan keutamaan kerana ia merupakan kepentingan kerajaan yang
tinggi untuk disalurkan kepada rakyat. Petunjuk Prestasi Utama atau KPI, adalah penanda
bagi mengukur atau menilai prestasi KRA secara objektif dan menyeluruh.   

Penulis difahamkan sejak awal Oktober '09, lapan Makmal yang terdiri daripada enam
Makmal NKRA, satu makmal 1Malaysia (Perpaduan) dan satu Makmal Pengurusan Data
dijalankan secara serentak yang melibatkan penyertaan penjawat awam yang terbaik. Para
peserta mengguna pakai kaedah perbincangan terbuka serta melaksanakan kaedah kerjasama
di setiap peringkat untuk mengenalpasti secara teliti bidang penyampaian bagi setiap
NKRA.Makmal merupakan satu sesi perbincangan mengenai penyelesaian yang intensif,
melibatkan satu ruang kerja yang berdedikasi dan saling berhubung dengan kumpulan kerja
tetap yang berusaha menjayakan bidang penyampaian dan pemantauan teliti terhadap
perkembangan. Pendekatan Makmal bukan sahaja membenarkan kumpulan kerja berusaha
mengenalpasti cabaran dan jalan penyelesaian, tetapi lebih penting adalah mencapai prestasi
tinggi dengan pantas.  

12
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

Sebagai contoh bagi Menteri Pengangkutan (Y.B. Dato’ Sri Ong Tee Keat) Bidang
Keberhasilan bagi beliau iaitu: 

- Peningkatan pengunaan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang sebanyak


25% pada penghujung 2010.
 
- Penambahan 35 set ‘keretapi empat gerabak’ bagi laluan LRT Kelana Jaya pada
2012.

Sasaran prestasi yang ditetapkan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut


mengikut Garis Panduan Bagi Mewujudkan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia pada 7 April 2009 melalui Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2005 :

- Keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber manusia,


kewangan, peralatan, infrastruktur dan persekitaran yang sesuai untuk
menghasilkan perkhidmatan kepada pelanggan.
 
- Kehendak, ekspektasi dan maklum balas daripada pelanggan.

Sasaran prestasi yang ditetapkan untuk mengukur KPI hendaklah memenuhi ciri-ciri SMART
(iaitu specific, measurable, achievable, realistic, time bound atau spesifik, boleh diukur, boleh
dicapai, realistik, dan mempunyai tempoh masa). Jumlah KPI tidak semestinya banyak kerana
tidak semua boleh dianggap “utama”. Jumlah yang banyak tidak mendatangkan perhatian
yang sepatutnya. Menyuruh seseorang fokus dan mengambil perhatian pada satu atau dua
perkara yang mereka tahu dan faham lebih mendatangkan kesan serta kebolehan untuk
memacu perubahan sebenar.

13
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

KESIMPULAN

Slogan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sebenarnya amat berkaitan


dengan konsep-konsep KRA serta KPI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia,
YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Apakah hasrat rakyat yang mahukan supaya pembelaan terhadap mereka boleh
dizahirkan dengan hanya satu moto sahaja sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Perdana
Menteri Malaysia terdahulu? Bersih-Cekap-Amanah, Malaysia-Boleh atau Cemerlang-
Gemilang-Terbilang? Jawapannya pasti tidak. Kenapa?

Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan, rakyat hari ini semakin bijak dalam
membuat penilaian sama ada suatu moto itu hanyalah retorik belaka atau benar-benar
dihasratkan oleh Kerajaan. Maka atas cabaran tersebut, Y.A.B Perdana Menteri telah
menzahirkan bukan hanya slogan atau moto tetapi suatu indeks pencapaian yang boleh
diperlihatkan atau dipertontonkan keberhasilannya kepada rakyat terutamanya.

Sebagaimana dinyatakan bahawa “pencapaian diutamakan”, KPI memainkan peranan


penting kepada KRA bagi tujuan tersebut. KPI menjadi instrumen dan penanda aras supaya
KRA yang digariskan oleh Kerajaan (6 kesemuanya) dapat dicapai dan pencapaian tersebut
merupakan suatu penzahiran kepada rakyat yang mahukan mereka “didahulukan”.

Tidak hanya suatu retorik, penguatkuasaan sistem KPI serta garis panduan KRA yang
tidak dapat disangkal saling berkaitan akan dapat didokumentasikan sebagai suatu pencapaian
yang boleh diterima mahupun boleh dipertikaikan oleh rakyat kepada Kerajaan yang telah
meletakkan petanda aras pada akhir tahun atau tempoh masanya.

Ini menunjukkan ketelusan Kerajaan dalam melakukan pembaharuan serta mahukan


perubahan bukan hanya satu impian sahaja, tetapi bermotivasikan pencapaian.

14
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

Keberanian YAB Perdana Menteri memperkenalkan sistem KRA dan KPI tidak boleh
dipandang ringan kerana ianya boleh menjadi suatu backlashed jika ianya bersifat kosmetik
atau retorik semata-mata.Walau bagaimana pun penekanan kepada KRA dan KPI tidak
sepatutnya dianggap sebagai kayu pengukur terhadap seseorang sebagai petunjuk pencapaian
jadi ianya harus dihargai sebagai alat pemangkin untuk penambah baikkan dan bukannya
sebagai alat untuk mencari salah.

Tanpa adanya persepsi begitu ia menggalakkan seseorang untuk lebih fokus untuk
melihat gambaran yang lebih besar dan meletakkan strategi sebagai keutamaan, matlamat
pencapaian organisasi dan perkara-perkara yang harus dilakukan. Harus diingat KRA adalah
lebih menjurus kepada menjadi tanggungjawap seseorang untuk di merealisasikan dan kerana
itu setiap individu mempunyai KRA yang berlainan. Kerana itu setiap NKRA ada Menteri
yang bertanggungjawap.

Kelangsungan itu keputusan KPI akan menunjukkan adakah ya atau tidak bagi sesuatu
organisasi, faktor kejayaan yang kritikal adalah efektif dan berada dilandasan yang betul
terhadap objektif strategik mereka .

15
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

BIBLIOGRAFI

Utusan Malaysia, Sabtu 31 Oktober 2009, m/s 1.

Wikipedia, the free encyclopedia.

R. Kaufman, H. Oakley-Browne, R. Watkins,.2003.Strategic Planning for Success:Aligning


People, Performance and payoffs.

Robert S. Kaplan & David P. Norton. 1992. The Balance Scorecard : Translating strategy into
action.

http://www.mampu.gov.my/pdf/keratanakhbar280709.

http://www.ibisassoc.co.uk/key-performance-indicators.htm.

Pengumuman KPI oleh Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di
Putrajaya pada 27.07.2009.

Teks Ucapan Y.A.B Perdana Menteri “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (People
first, Performance Now).

Pengumuman KPI oleh Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di
Putrajaya pada 27.07.2009.

Key Performance Indicators Conference for The Public Sector, Statutory Bodies and
Government Agencies.

Ucapan Y.A.B. Perdana Menteri dipetik dari News Strait Times (NST) bertajuk “Najib to
keep tabs on six ministers every week”, 28 Julai 2007.

Ucapan Y.A.B. Perdana Menteri bertajuk “Merevolusi Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan”


di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Julai 2007.

16
SKSJ 1043 : Pengantar Pentadbiran Awam
GB 00788

17

Anda mungkin juga menyukai