Anda di halaman 1dari 1

Alamat: Tingkat 3, Lot 11740 & 11741, Jalan Subang Indah,Taman Perindustrian Subang, 47500 Subang Jaya, Selangor

Tel: 03-8022 1335/6/7 Fax: 03-8022 1346 Email:yayasanalkhalifah@gmail.com Website: www.yayasanalkhalifah.com


Ruj kami : YAK/PPDOA/DANA/OA/IP /2014/01
Tarikh : 01 Jun 2014 / 01 Syaaban 1435H

Kepada Yang Berkenaan,

YBhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato'/ Datin / Dr / Tuan / Puan,



PER: IHRAM PROJECT 2014- PROGRAM IHYA RAMADHAN BERSAMA ETNIK MINORITI (ORANG ASLI MUALLAF)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. IHRAM Project 2014 adalah singkatan daripada perkataan Projek Ihya Ramadhan Bersama Etnik Minoriti
(Orang Asli Muallaf) & merupakan Program Mega tahunan bulan Ramadhan bagi Yayasan Al-Khalifah dengan
kerjasama rakan strategik NGO Islam lain. IHRAM adalah singkatan bagi perkatan IHya RAMadhan. Program ini
adalah aktiviti tahunan Yayasan Al-Khalifah bermatlamat mengimarahkan dan menghidupkan suasana bulan
Ramadhan di perkampungan Asli terpilih di seluruh Malaysia.

Tarikh : 1 Ramadhan 1435H/29 Jun 2014 (Ahad) 29 Ramadhan 1435H/ 27 Julai 2014 (Ahad)
Tempat : Perkampungan Orang Asli terpilih Seluruh Malaysia.
Penyertaan Aktivis / Sukarelawan : Sukarelawan YAK dan terbuka
Sasaran kampung IHRAM Project : 50 buah kampung Orang Asli
Kempen IHRAM Project : i) Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)
ii) Kempen Iftar/Berbuka Puasa: Taja 1 Ringgit Untuk 1 Orang Asli
iii) Kempen Tajaan Terbuka

3. Untuk mengetahui lebih lanjut akan Kempen IHRAM Project, disertakan lampiran Kertas Kerja / Projek
Informasi sebagai rujukan pihak tuan. Maklumat lanjut boleh hubungi En Azhar 011-11317842 & Email
yayasanalkhalifah@gmail.com atau layari laman web Yayasan Al-Khalifah : www.yayasanalkhalifah.com /
facebook: http://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah @ http://www.facebook.com/YAK.IHRAM.Project .

Di atas keprihatinan dan komitmen dari pihak tuan , amatlah kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.




Sekian, Wassalam.

Yang Menjalankan Amanah








s.k: Ybhg. Dato Dr Haji Abdul Razak B haji Kechik
Pemegang Amanah Yayasan Al-Khalifah
Nor Azhar Bin Mohamed
Pengarah IHRAM Project 2014

Sedeqah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Anda mungkin juga menyukai