Anda di halaman 1dari 5

AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN ( LDK ) 1

NAK TAK?
Objektif:
Memberi kesedaran kepada peserta jika mahukan sesuatu kata-kata sahaja tidak mencukupi.
Material: Wang Kertas RM10
Perlaksanaan:
1. Fasilitator memulakan aktiviti dengan mengeluarkan not RM10 lalu ditayangkan
dihadapan peserta.
2. Fasilitator bertanya soalan, Siapakah yang nak duit di tangan saya ni?
3. Biasanya peserta akan menjawab Nak!
4. Tanyakan sekali lagi kepada peserta, Siapakah yang nak duit di tangan saya ni?
5. Peserta biasanya akan menjawab Nak!
6. Lalu fasilitator tanya lagi soalan yang sama berulang-ulang kali.
7. Tanya peserta, apakah yang mereka pelajari daripada aktiviti tadi.
Perbincangan:
1. Ramai orang yang mahukan sesuatu, bila ditanya mereka sentiasa mengatakan mereka
mahu. Bila berulang kali ditanya mereka masih mengatakan mahu. Namun, siapa yang buat
sesuatu untuk mendapatkannya. Sama ada dengan meminta dari fasi atau mengambilnya dari
fasi.
2. Begitulah sifat kita. Kita katakan kita ingin Islam kembali berubah. Apabila orang
bertanya persoalan yg sama kita mengulang-ulang bahawa kita mahu. Tapi hanya sedikit di
kalangan kita yang benar-benar bertindak untuk mendapatkannya.
3. Beginilah sifat yang dihadapi oleh umat Islam kini. Banyak bercakap dari serius untuk
memastikan kata-kata itu dibuktikan melalui tindakan.
Variasi:Boleh menggantikan wang RM10 dengan coklat, hadiah atau apa-apa yang difikirkan
sesuai.
Kesimpulan:Kata-kata perlu dibuktikan. Bukan sekadar bercakap.






AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN ( LDK ) 2
NIKMAT JARANG DISYUKURI
Objektif:Menyedarkan peserta banyak nikmat yang Tuhan berikan kepada kita yang jarang
kita syukuri.
Material:Kain pengikat mata, pensel kertas dan terjemahan Al-Quran
Perlaksanaan:
1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta:Tutup mata anda dengan kain yang telah
diberikan, bergerak ke arah suara saya.
Fasilitator akan duduk di suatu tempat tanpa bergerak dan menyebut Saya di sini!
Para peserta diminta bergerak ke arah suara. Selepas semua peserta sampai. Bagi arahan
selanjutnya.
2. Fasilitator memberi arahan kepada peserta: Tahan nafas anda selama yang anda
mampu
Minta peserta jangan terlalu memaksa diri.
3. Fasilitator memberi arahan kepada peserta: Tulis huruf A dengan syarat tanpa
menggunakan jari anda.
4. Tanya pendapat peserta apa yang mereka dapat belajar dari aktiviti yang mereka baru
saja lakukan.
Bincangkan:
1. Adakah mereka mula mensyukuri nikmat mata, udara dan tangan dari aktiviti sebentar
lagi?
2. Apa yang mereka perlu lakukan untuk menunjukkan mereka mensyukuri nikmat yang
diberikan oleh Allah?
Kesimpulan:
Syukurilah nikmat yang ada pada kita, kita tidak tahu bilakah nikmat yang ada ini akan ditarik
balik.








AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN ( LDK ) 3
FANTASI KEJAYAAN
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Supaya peserta dapat meningkatkan konsep diri.
2. Supaya peserta dapat menikmati erti dan perasaan sesuatu kejayaan.
Prosedur :
1. Fasilitator mengarahkan supaya semua ahli kumpulan memejamkan mata,
tariknafas dan hembuskan (beberapa kali). Cuba bertenang.
2. Cuba bayangkan satu hari anda berasa amat gembira sekali sepanjang hidup anda.
Tumpukan perhatian pada satu kejayaan waktu itu.
3. Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. Di manakah ia berlaku ? Adakah
andamencapainya secara berseorangan atau dengan bantuan orang lain ? Adakahanda
merancang untuk mencapainya atau ia berlaku secara spontan.
4. Sekarang, sedarkan di ri anda.
5. Minta peserta berkongsi kejayaan masing-masing.
Falsafah :
1. Setiap manusia yang dilahirkan mahukan kejayaan di dunia dan di akhirat.
2. Setiap individu perlu yakin mereka akan berjaya jika berusaha dengan bersungguh-
sungguh














AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN ( LDK ) 4
KENALI DIRI
Objektif :
1. Supaya peserta dapat memberikan maklum balas terhadap diri orang lain.
2. Supaya peserta sedar tentang diri sendiri dari sudut pandangan orang lain.
Prosedur :
1. Fasilitator mengarahkan supaya ahli kumpulan duduk dalam satu bulatan kecil.
2. Fasilitator meminta seorang ahli duduk di tengah-tengah bulatan.
3. Setiap ahli diminta memberi impresi (tanggapan) tentang individu di tengah-tengah bulatan.
4. Apabila semua ahli kelompok telah memberikan impresi mereka seorang ahlibaru
mengambil alih tempat di tengah-tengah dan menggantikan ahli tadi.
5. Proses tadi diulang sehingga semua ahli dapat maklum balas daripada ahli-ahlilain.
6. Setelah selesai minta ahli-ahli kelompok memberi pendapat tentang aktivititersebut.
Falsafah :
1. Dapat menguji ketahanan diri apabila berhadapan dengan kritikan daripadaorang lain
secara berdepan.
2. Dapat menilai kembali sifat-sifat yang ada dalam diri dan yang baik dikekalkanmanakala
yang tidak baik diperbaiki

AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN ( LDK ) 5
KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI
Tajuk: Saya Berkebolehan
Alatan : Manila kad / kertas A4 , marker pen dan alat tulis
Objektif :
1.Suapaya peserta sedar akan keupayaan mereka untuk menambah baik dalam diri mereka.
2.Supaya peserta akan mencari kelebihan dalam diri masing-masing dan belajar untuk
mengemukakan kelebihan yang terdapat pada diri mereka itu kepada orang lain.
Prosedur :
1. Peserta diminta untuk mengingat sesuatu yang ia tidak berkebolehan pada masa pra
sekolah sehingga tahun 5 tetapi berkebolehan melakukanya pada Tahun 6.
2. Contoh : Dahulu saya tidak pandai mencuci baju sekolah sendiri tetapi
..SekarangDahulu saya tidak pandai menggunakan computer tetapi ..Sekarang..
3. Setiap peserta mengemukakan perkara dia atas kepada kesemua peserta di dalam
kelas.
AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN ( LDK ) 6
RADIO ROSAK
Alatan : Wisel, skrip mesej
Objektif :
1. Perserta dapat merasai pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud
apabila ia disampaikan oleh ramai pendengar.
Prosedur :
1. Peserta berada dalam satu barisan.
2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej.
3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula.
4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel
dibunyikan.
5. Peserta yang lain tidak boleh menoleh ke belakang.
6. Peserta yang memerima mesej tidak boleh bertanya.
7. Setelah selesai, fasilitator:
a. Bertanya kepada peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima.
b. Bertanya kepada peserta lain tentang mesej yang diterima.
c. Meminta peserta pertama membacakan skrip yang diberikan.
Falsafah :
1. Kejujuran dalam menyampaikan maklumat akan menentukan keberkesanan sesuatu
maklumat.
2. Mesej yang tidak jelas dan lengkap akan menimbulkan kekeliruan kepada penerima
mesej.
Skrip mesej bisikan :
Ali budak pandai. Ibunya bernama Iyai.
Iyai suruh Ali belajar hari-hari.
Tetapi Ali lalai tidak dengar cakap Iyai.
Akhirnya impian Ali tidak tercapai.