Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KURSUS

PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN







NAMA PESERTA : MOHD FAUZI BIN MOHD ISHAK
TARIKH KURSUS : 24/05/2010 - 26/05/2010
TEMPAT LATIHAN : DE BARON RESORT, LANGKAWI.
ANJURAN : JABATAN PENDAFTAR, UUM.


Latar Belakang
Aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah mula di berikan perhatian ketika ini.
Banyak organisasi telah mengamalkan konsep ini dalam semua operasi di jabatan masing-
masing. Uum juga tidak terkecuali dalam perkara ini;
Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) sendiri telah mengeluarkan
arahan agar setiap jabatan mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) Pegawai Keselamatan
dan Kesihatan. Ini bagi tujuan untuk memantau persekitaran kerja yang selamat dan sihat
untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya;
Justeru melalui kursus ini para peserta akan didedahkan dengan kefahaman bagaimana
hendak menguruskan dan menangani jika berlaku sebarang kemalangan, penyakit, keracunan
dan kejadian-kejadian lain yang merbahaya di UUM.

Objektif
Memberikan kesedaran kepada majikan dan pekerja tentang keperluan Pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja.
Menerapkan semangat berpasukan dalam menyelesaikan permasalahan berkenaan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja.

Kandungan Kursus
Pengenalan kepada OSH dan Akta.
Pengecahan Insiden.
Pengurusan Risiko.
Dasar Organisasi dan Perkiraan OSH.
Pelan Tindakan Kecemasan.
Penyiasatan dan Audit OSH.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini peserta dapat:
Memahami keperluan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat
kerja.
Mampu merancang pelan tindakan kecemasan dan melaksanakan penyiasatan serta
Audit OSH.

Anda mungkin juga menyukai