Anda di halaman 1dari 6

Pembangunan membawa maksud yang meluas dari segi pengertiannya.

Menurut para
sarjana sains sosial, pembangunan adalah sebahagian daripada perubahan sosial, dan suatu
bentuk proses yang menyeluruh sifatnya (Shamsul Amri, 1993). Pembangunan dapat
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu pembangunan yang dirancang dan juga pembangunan
yang tidak dirancang. Ishak Shari (2000) menyatakan konsep pembangunan meliputi empat
komponen penting yang saling melengkapi iaitu kecekapan (memastikan pencapaian
pertumbuhan ekonomi yang pesat), pembahagian kekayaan yang adil (meliputi pembasmian
kemiskinan dan pengurangan jurang perbezaan pendapatan); mapan (menjamin pembangunan
kini tidak mengancam kehidupan generasi akan datang); dan pengupayaan rakyat, terutama
golongan mudah terancam seperti golongan miskin.
Setelah beberapa dekad semenjak selepas Perang Dunia Kedua pelbagai rancangan
dan strategi pembangunan telah dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin negara.Usaha-uasaha
ini telah menyaksikan pelbagai bentuk kemajuan dan perubahan dalam kehidupan manusia
termasuklah capaian kepada pendidikan, pendapatan per-kapita, kesihatan dan beberapa aspek
kehidupan yang lain. Namun, masih terdapat banyak isu dan masalah yang timbul berkaitan
pembangunan harus diselesaikan. Salah satu daripadanya ialah isu kemiskinan. Menurut
Todaro (1997), kemiskinan melibatkan dua aspek utama iaitu aspek sosial dan ekonomi.
Ketidakseimbangan sosial merupakan antara penyebab kepada kepincangan ekonomi,
manakala kepincangan ekonomi pula mewujudkan ketidakseimbangan sosial.
Isu pembangunan dan kemiskinan telah menjadi dua isu yang sememangnya tidak
dapat dipisahkan. Realiti yang semakin jelas kelihatan apabila jurang perbezaan antara negara
kaya dan negara miskin semakin melebar. Tidak hanya tertumpu kepada perbezaan antara
negara, jurang perbezaan juga wujud antara golongan yang kaya dan golongan yang miskin
dalam sesebuah negara yang sama. Berdasarkan World Development Report 2011 dalam Lal
& Myint (1998), Bank Dunia telah menjangkakan menjelang tahun 2008 penduduk dunia
yang miskin akan semakin bertambah jika kadar pertumbuhan yang perlahan dan masalah
pengagihan yang tidak sama rata tidak diselesaikan.Bagi menjelaskan isu ini, timbul persoalan
siapa atau apakah yang harus dipersalahkan mengenai isu kemiskinan ini?
Dalam hal ini, banyak kajian telah menunjukkan masalah asas kepada kegagalan
tersebut. Walaupun kemiskinan wujud di kawasan bandar dan luar bandar,kemiskinan di luar
bandar adalah lebih serius. Jurang kemiskinan di luar bandar adalah lima kali lebih tinggi
berbanding di bandar. Ini kerana 70.6 peratus daripada isi rumah miskin tinggal di luar bandar
(Malaysia,2006). Pendapatan majoriti penduduk di luar bandar masih berada di tahap yang
bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Masyarakat luar bandar sangat sinonim dengan
penglibatan mereka dalam sektor pertanian. Pembangunan pertanian di kawasan luar bandar
seharusnya dibangunkan dengan kaedah yang mempunyai objektif untuk membangunkan
kawasan luar bandar dan tidak hanya dibangunkan untuk sebarang projek pembangunan yang
mempunyai agenda yang tersendiri. Akibatnya negara terpaksa menanggung kos tambahan
kerana sentiasa perlu mengimport hasil pertanian dari negara luar. Peningkatan kos
pengurusan yang tinggi ini akan memberi persaingan yang berkekalan kepada penduduk luar
bandar yng terlibat dalam pertanian disebabkan ruang lingkup pasaran yang semakin terhad.
Ancaman lebih besar muncul kepada pihak yang terlibat dalam sektor pertanian di
luar bandar apabila kebanyakan polisi pembangunan pertanian yang digubal oleh pihak
tertentu lebih menjurus kepada aktiviti penanaman pertanian tidak berasaskan makanan dan
sekeruti negara. Ini kerana kebanyakan polisi pembangunan pertanian lebih menjurus kepada
perkembangan industri.
Ini menunjukkan bahawa golongan miskin yang tinggal di luar bandar hanya
bergantung kepada sektor pertanian, terutamanya petani untuk menampung kos hidup. Selama
bertahun-tahun disebabkan dengan bekalan buruh yang berlebihan serta persaingan untuk
tanah pertanian yang semakin sengit, produktiviti dalam bidang pertanian jauh lebih
ketinggalan berbanding dengan sektor-sektor lain. Contohnya di China, bagi mengurangkan
lebihan tenaga buruh, lebih dua dekad yang lalu berpuluh-puluh juta buruh luar bandar telah
berhijrah atau migrasi ke bandar atau melibatkan diri dalam industri luar bandar selain
daripada pertanian ( Du Ying, 2006).
Migrasi merupakan satu proses yang sangat sebati dengan manusia sejak awal
kemunculan peradaban manusia. Manusia sentiasa berhijrah dari satu kawasan ke kawasan
yang lain dengan tujuan yang tersendiri. Namun begitu, proses migrasi sering sering dianggap
mempunyai hubung kait dengan punca berlakunya kemiskinan bandar. Menurut Nor Aini dan
Chamhuri (2003), kemiskinan bandar berlaku disebabkan sektor bandar tidak mampu
menyediakan peluang pekerjaan, tempat tinggal, kemudahan-kemudahan asas yang
diperlukan oleh golongan tertentu di bandar. Penduduk yang berhijrah dari luar bandar ke
bandar dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, China dan sebagainya turut
tidak terlepas daripada mengalami fonemena ini. Sememangnya fonomena ini memberikan
tamparan yang begitu hebat kepada negara-negara yang mengalaminya.
Kemiskinan bandar juga mewujudkan pelbagai bentuk masalah di bandar yang telah
menyebabkan kualiti serta tarafhidup di bandar telah terjejas. Ini termasuklah kewujudan
setinggan bandar, penigkatan kes jenayah, kemiskinan, taraf kesihatan yang semakin
menurun, tahap keselatan semakin terjejas, pencemaran alam sekitar dan sebagainya. Sebagai
contoh, kewujudan setinggan bandar adalah disebabkan sektor-sektor bandar tidak mampu
untuk menyerap sumber tenaga buruh yang berhijrah dari luar bandar ke bandar. Akibat
kesempitan hidup, akhirnya golongan ini telah membuka kawasan setinggan disebabkan tidak
mampu untuk menyewa rumah serta ditambah pula dengan penawaran perumahan kos rendah
yang terhad (Nurizan dan Ahmad, 2001). Supian (1986) turut menyatakan bahawa kesan
negatif daripada proses ini akan menyebabkan pertambahan masalah lebihan tenega buruh di
bandar. Namun begitu, terdapat juga faktor-faktor lain yang telah menyebabkan kemiskinan
bandar seperti kenaikan harga barangan keperluan asas khusunya barangan makanan,
pengurangan subsidi terhadap kemudahan pendidikan dan kesihatan dan juga inflasi.
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapat disumpulkan bahawa masalah kemiskinan
bandar adalah satu fenomena yang wujud akibat proses migrasi yang disebabkan oleh
pelbagai faktor.
Disebalik punca-punca yang menyebabkan kemiskinan akaibat pembangunan, terdapat
beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membasmi kemiskinan berdasarkan hujah-hujah
yang terdapat di atas. Antaranya ialah dengan menyediakan latihan yang lebih insentif untuk
buruh luar bandar dalam sektor pekerjaan, kemahiran pekerjaan dan juga aktiviti pemindahan
buruh. Contohnya dalam sektor pertanian. Adalah penting untuk mewujudkan penyebaran
maklumat tentang teknologi pertanian yang terkini serta menawarkan latihan teknologi
pertanian yang lebih insentif kepada petani yang tinggal di luar bandar khususnya. Ini akan
memberi peluang kepada keluarga yang berpendapatan rendah untuk mendapat latihan
teknikal percuma bagi membantu keluarga mereka meningkatkan pengeluaran pertanian serta
meningkatkan keupayaan untuk menjana pendapatan yang lebih. Apabila hasil pertanian
meningkatkan disebabkan kemudahan teknologi pertanian, hasil pertanian turut meningkat
dan seterusnya memerlukan lebih tenaga pekerja. Keperluan terhadap tenaga pekerja yang
semakin meningkat akan mengurangkan migrasi penduduk setempat ke bandar kerana
penawaran tenaga pekerja di tempat asal sudah mampu untuk membantu menyara kehidupan.
Kesimpulannya, berdasarkan hujah-hujah di atas jelas menunjukkan bahawa
sememangnya pembangunan yang wujud telah menyebabkan kemiskinan berlaku. Tidak
dapat dinafikan kita sangat memerlukan pembangunan dalam kehidupan kita. Sesuai dengan
definisi pembangunan di mana ada dinyatakan bahawa terdapat pembangunan terancang di
harap akan dapat mengambil kira aspek-aspek penting ini sebelum melaksanakan sesuatu
pembangunan. Namun harus diingat bahawa dasar-dasar pembasmian kemiskinan yang
dinyatakan di atas adalah direka berdasarkan piawaian-piawaian dan tidak sepenuhnya akan
dapat mengatasi isu semasa ini. Bagi golongan miskin khususnya, mereka harus diberi
peluang untuk membangunkan keupayaan mereka agar dapat meningkatkan taraf hidup ke
arah yang lebih baik.



















Rujukan

Du Ying. 2006. Basic Characteristic of the Circulating Rural Labourers in China for the
Time Beijing and Analysis of Macroscopocal Background. In Chai Fang and Bai
Nansheng, eds., Flow of Labourers in China in a Transition Period, Social Sciences
Documentation Press.
Ishak Shari (2000). Bumi Semua Manusia: Menangani Ketidakserataan Ekonomi dalam Arus
Globalisasi. Syarahan Perdana UKM. Bangi: Penerbit UKM.
Lal, D., & Myint, H. (1998). The political economy of poverty, equity and growth: A
comparative study. OUP Catalogue.
Nor Aini Idris & Chamhuri Sowar (2003). Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal di
Malaysia. Penerbit UKM: Bangi.
Nurizan Yahya dan Ahmad Hariza Hashim (2001). Perumahan dan Kediaman. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Todaro, M. (1997). Economic development. London: Longman.
Shamsul Amri Baharuddin (1993). Masyarakat Malaysia dan alam sosialnya. Selangor:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai