Anda di halaman 1dari 20

GMGA3023 PENTADBIRAN AWAM

KORPORAT
BAB 9

ASPEK DAN PRINSIP DALAM
PENGKORPORATAN DAN
PENSWASTAAN
DI MALAYSIA

SITI NURFATIMAH BINTI HUSSEN (201785)
SANGAI ANAK KASING (201764)
KANDUNGAN
PENGENALAN
PELAKSANAAN PENGKORPORATAN DAN
PENSWASTAAN
KEPERLUAN MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU (DEB)
ASPEK EKUITI DALAM PENGKORPORATAN DAN
PENSWASTAAN
ASPEK PERUNDANGAN
ASPEK PENILAIAN DAN PENENTUAN HARGA
ASPEK STAF DAN PERKHIDMATAN
RANCANGAN PENSWASTAAN
KESIMPULAN


Kerajaan telah merancang pelbagai dasar untuk tempoh
jangka masa pendek dan panjang bagi membangunkan
negara untuk mencapai taraf negara maju

Setiap dasar yang dilaksanakan memberikan penekanan
kepada aspek-aspek tertentu dalam pembangunan negara.
Termasuklah pentadbiran awam di negara ini.

Dalam usaha melaksanakan pengkorporatan dan
penswastaan, dua dasar negara telah dilaksanakan iaitu
Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan yang
masing-masing mempunyai matlamatnya tersendiri.
PENGENALAN


Penswastaan - pemindahan perkhidmatan dan fungsi daripada sektor
awam atau secara tradisinya dimiliki oleh kerajaan kepada sektor
swasta.

Pengkorporatan - melibatkan pemindahan aset, tanggungjawab, hak
dan obligasi sesuatu badan berkanun kepada sesebuah syarikat yang
diwujudkan di bawah Akta Syarikat 1965, tetapi masih dimiliki oleh pihak
kerajaan.

Pengkorporatan dilaksanakan bukan untuk mengubah sesuatu fungsi
badan berkanun tersebut menjadi fungsi yang lain atau sebaliknya,
tetapi hanya membabitkan perkara yang telah dijelaskan di atas dan
melibatkan perubahan sikap pengurusan kepada yang lebih sesuai
dengan keadaan yang semakin mencabar.
PELAKSANAAN PENGKORPORATAN DAN
PENSWASTAAN


Dasar Persyarikatan Malaysia yang disifatkan sebagai pencetus kepada
kemunculan pengkorporatan dan penswastaan di Malaysia adalah
seperti:

1) Mewujudkan kerjasama erat, bermakna dan berkesan antara sektor
awam dan swasta dan pembangunan negara bagi mencapai faedah
bersama

2) Menghapuskan sifat permusuhan di antara kedua-dua sektor dengan
menggalakkan perkongsian maklumat, dan saling faham memahami
akan prosedur dan matlamat kedua-dua belah pihak

3) Meningkatkan hasil negara
PELAKSANAAN PENGKORPORATAN DAN
PENSWASTAAN


Usaha melaksanakan pengkorporatan -> kerajaan berusaha
membangunkan syarikat-syarikat korporat milik kerajaan untuk terus
bekerjasama dalam membangunkan ekonomi negara dengan kerjasama
atau perkongsian dengan sektor swasta.

Pelaksanaan penswastaan melalui strategi-strategi khusus yang
dihalakan ke arah memperkenalkan perubahan-perubahan prosedur
yang baru.

Pelaksanaan Dasar Penswastaan banyak membantu negara
mengurangkan perbelanjaan pembangunan yang ditanggung oleh
kerajaan, menjimatkan belanja mengurus, di samping memberi hasil
tambahan.
PELAKSANAAN PENGKORPORATAN DAN
PENSWASTAAN


Program penswastaan yang terkandung dalam Pelan Induk
Penswastaan (PIP) mempunyai lima matlamat utama;
PELAKSANAAN PENGKORPORATAN DAN
PENSWASTAAN
Membantu
meningkatkan
pertumbuhan ekonomi
Mengurangkan beban
pentadbiran dan
kewangan kerajaan
Meningkatkan
kecekapan dan
produktiviti
Mengecilkan saiz dan
mengurangkan
penglibatan sektor
awam dalam aktiviti
ekonomi
Membantu pencapaian
matlamat penyusunan
semula yang
terkandung dalam
Dasar Pembangunan
Nasional


Jawatankuasa Khas ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang
telah menyediakan garis panduan yang lengkap untuk kegunaan
Kementerian dan Jabatan yang ingin menswastakan beberapa
perkhidmatan di bawah kawalan masing-masing.

Tiga garis panduan telah diluluskan mengenai penswastaan seperti:

1) Garis panduan mengenai penswastaan untuk kegunaan pihak swasta
bertarikh 21 Januari 1985

2) Pekeliling Am Bil. 2/85: Garis Panduan Mengenai Penswastaan Untuk
Kegunaan Agensi-agensi Kerajaan bertarikh 21 Januari 1985

3) Pelan Induk Penswastaan
PELAKSANAAN PENGKORPORATAN DAN
PENSWASTAAN


Matlamat DEB (1970) bercirikan pertumbuhan, pengagihan semula
kekayaan dan penstrukturan semula masyarakat.

Kerajaan telah mensasarkan penyertaan dan penguasaan sebanyak
30% kaum Bumiputera dalam sektor ekonomi. Matlamat penyertaan
30% kaum Bumiputera dalam ekonomi juga terkandung dalam matlamat
pengkorporatan dan penswastaan di Malaysia.

Pengkorporatan dan penswastaan tidak melupakan matlamat yang cuba
dicapai oleh DEB tapi disebabkan oleh kegagalan badan berkanun
kerajaan di Malaysia mencapai matlamat yang ditetapkan dalam DEB,
maka pihak kerajaan terpaksa melaksanakan pengkorporatan dan
penswastaan.


KEPERLUAN MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU
(DEB)


Dalam aspek pengkorporatan dan penswastaan, dari segi pemilikan dan
penguasaan ekuiti sekurang-kurangnya 30% oleh Bumiputera seperti
yang telah ditetapkan dalam garis panduan penswastaan.

Daripada 98 ekuiti yang diswastakan dalam tempoh Rancangan
Malaysia Kelapan (RMK 8), 69 syarikat adalah dikuasai oleh
Bumiputera.

Daripada jumlah modal berbayar sebanyak RM5.4 bilion, pegangan
saham Bumiputera hanya 15.6% sahaja.

Melalui pelaksanaan pengkorporatan dan penswastaan, pihak kerajaan
memegang saham yang besar dalam mana-mana entiti.
ASPEK EKUITI DALAM PENGKORPORATAN DAN
PENSWASTAAN


Sebarang aspek yang berkaitan dengan rancangan penswastaan
seharusnya menjadi perhatian utama agensiagensi berkenaan.

Semua peraturan dan undang-undang perlu dirangka atau dipinda
dengan berhati-hati supaya program-program penswastaan boleh
dijalankan dengan licin dan berkesan.

Jawatankuasa bersama antara kementerian telah ditubuhkan dengan
dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) di
Jabatan Perdana Menteri.


ASPEK PERUNDANGAN

Jawatankuasa ini mengkaji beberapa perkara seperti:

1) Aspek perundangan iaitu sama ada akta yang menubuhkan sesuatu
agensi yang akan diswastakan perlu dipinda, dibatalkan atau diganti
dengan akta yang baru

2) Kesan penswastaan ke atas status pekerja yang berkhidmat dalam
agensi yang akan diswastakan

3) Mengkaji sama ada penswastaan perlu dijalankan secara sebahagian
atau sepenuhnya

4) Mengkaji soal penanggungjawaban kerajaan dalam perkhidmatan yang
diswastakan dan mencari cara yang dapat memastikan
penanggungjawaban ini
ASPEK PERUNDANGAN


Masalah besar yang dihadapi oleh kerajaan dalam menjalankan
penswastaan ialah masalah undang-undang berkaitan dengan tanah

Cara untuk mengatasi tersebut ialah tanah telah dikecualikan daripada
dipindahkan atau dijual kepada pihak swasta.

Parlimen terpaksa bersidang setiap kali sesuatu perbadanan ingin
diswastakan.


ASPEK PERUNDANGAN





ASPEK PENILAIAN DAN PENENTUAN HARGA

Penilaian aset perbadanan awam berhadapan dengan pelbagai
halangan (melibatkan masa yang panjang dan ketiadaan rekod
yang jelas)


Menimbulkan persoalan yang ada hubungan dengan pengurusan
dan keputusan pelaburan pada masa lalu.


Proses pengkorporatan dan penswastaan melibatkan penjualan
aset atau ekuiti.







ASPEK PENILAIAN DAN PENENTUAN HARGA


100%
Kelang Kontena Terminal
51%
Konnas Terminal
Kelang (KTK)
100%
Pacific and Orient
Liner (P&O)
100%
Kontena Nasional
Sdn. Bhd.
49%
Lembaga Pelabuhan
Kelang (LPK)
Rajah 1: Pemilikan Ekuiti dalam Konnas Terminal Kontena





ASPEK PENILAIAN DAN PENENTUAN HARGA

Penilaian aset perbadanan awam berhadapan dengan pelbagai halangan
(melibatkan masa yang panjang dan ketiadaan rekod yang jelas)


Menimbulkan persoalan yang ada hubungan dengan pengurusan dan
keputusan pelaburan pada masa lalu.


Proses pengkorporatan dan penswastaan melibatkan penjualan aset atau
ekuiti.







ASPEK STAF DAN PERKHIDMATAN
Pemindahan kakitangan dari sektor swasta (dalam perbadanan awam)
kepada sektor swasta perlu melalui satu proses yang jelas demi kebajikan
dan masa depan mereka selepas itu.

Beberapa keputusan mengenai dasar berkaitan dengan kakitangan yang
terlibat dalam penswastaan;

1) Tiada kakitangan boleh diberhentikan perkhidmatannya dalam tempoh
lima tahun selepas penswastaan, kecuali di atas sebab-sebab tatatertib.

2) Kakitangan yang terlibat akan ditawarkan terma dan syarat perkhidmatan
kerja yang tidak kurang baiknya dengan terma dan syarat perkhidmatan
semasa mereka berkhidmat dengan kerajaan.

Kakitangan yang terlibat dalam penswastaan diberi pilihan,iaitu sama ada
menyertai entiti yang diswastakan atau tidak.


Agensi kerajaan dikehendaki menyediakan rancangan penswastaan
mereka dengan merekabentuk perancangan jangka pendek, jangka
pertengahan dan jangka panjang.
Rancangan penswastaan tersebut perlu diserahkan kepada Jawatankuasa
Penswastaan.

Faktor yang diambilkira dalam penyediaan Pelan Tindakan Penswastaan
(PTP)

1) Kebolehlaksanaan entiti milik kerajaan (EMK)

Mudah atau sukar?
Menarik atau tidak?

2) Kewajaran entiti milik kerajaan (EMK) yang dikaji

berasaskan analisa mengikut sektor


RANCANGAN PENSWASTAAN



RANCANGAN PENSWASTAAN

Penswastaan
Segera

Penyusunan
Semula


Calon
Simpanan


Pertimbangan
Kemudian

Tinggi
Tinggi Rendah
Rendah
Kebolehlaksanaan
(mudah/menarik)
Kewajaran
(Dasar
Ekonomi)
Rajah 2 : Grid Penswastaan


Program penswastaan oleh pihak kerajaan dilihat sebagai tindakan dan
keputusan yang bijak di kalangan pembuat dasar khususnya di
peringkat eksekutif.

Dapat meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti entiti-
entiti yang diswastakan.

Pihak kerajaan terus memberikan penekanan kepada projek-projek
yang berdaya maju yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan
pada masa yang sama dapat mencapai objektif sosial untuk
diswastakan.
KESIMPULAN