Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN MALAM ANNUAL DINNER

ATUR CARA KARPET MERAH


1. Pendaftaran peserta.
2. Jemput peserta mengikut giliran.

BIL PERKARA TEKS
1 Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t.

Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara,
Datangmu Tuan disambut riang,
Duduklah tuan dengan selesa.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita
dapat berkumpul di dewan yang indah ini bagi memeriahkan majlis
makan malam yang dirancang khusus untuk menghargai dan
meraikan keluarga besar SK Lereh yang telah bertungkus lumus
sepanjang sesi persekolahan 2012 ini.
Yang Berusaha En Sulaman b. Hj Md Mohamad Tuan Guru Besar, ,
Yang dihormati tetamu jemputan .
Yang dihormati En. Rosli b. Johar, GPK Kurikulum,
Pn Hjh Fatimah bt Salam GPK Koku,
En. Mohd ali Jinah b Kader Ebrahin, Ahli2 Jaw. Kuasa Kelab staf,
Rakan-rakan guru yang dikasihi, serta para tetamu sekalian.

Buah mengkudu tepian selasih,
Jatuh sebiji menimpa peti,
Kami ucapkan terima kasih,
Moga majlis tambah berseri.





2.

Bacaan Doa
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah
tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan

Al Fadhil Ustaz haruzi b hamzah untuk memimpin bacaan doa


Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz

..
atas bacaan doa itu tadi.

Adat Tuan adat berserah,
Mari datang membawa puan,
Bacaan doa selesai sudah,
Marilah kia merasa hidangan.

Pihak majlis dengan sukacita menjemput semua tetamu untuk
menikmati hidangan makan malam yang telah terhidang. Dipersilakan.


3.

Ucapan Pengerusi
Kelab
Cabutan bertuah

Bunga Melati bunga didarat
Bunga Seroja di tepi kali
Luahan hati dan juga hasrat
Kita dengari sebentar lagi.

Para hadirin sekalian, sambil kita menjamu selera apa kiranya
kita mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh Pengerusi
Kelab Staf iaitu En. Mohd Ali Jinah dan seterusnya mencabut
10 nombor bertuah yang pertama malam ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Baca nombor dan sampaikan hadiah )

Terima kasih kepada En. Ali







4.

Ucapan Pengerusi PIBG
Cabutan bertuah

Majlis kita teruskan lagi dengan menjemput
En untuk menyampaikan ucapan
dan juga mencabut 10 no. bertuah yang seterusnya.


5.

Ucapan Guru Besar
Cabutan bertuah


Tidak lengkap majlis ini jika tidak mendengar ucapan Tuan Guru Besar
yang cukup glamour pada malam ini. Dengan sukacitanya dipersilakan
Tuan Guru Besar En. Sulaman b Hj Md Muhammad untuk menyampaikan
ucapan keramat beliau.

Dah serupa Samurai pulak

Cabutan Bertuah

Terima kasih Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.



6.

Cabutan Bertuah
GPK 1


7.

Cabutan Bertuah
GPK Hem


8.

Cabutan Bertuah
GPK KoKu


9.
Guru Besar
Cabutan Bertuah
Hadiah Pakaian Terbaik


Ucapan penutup
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap maaf dipinta
Segala kerjasama sangat dihargai
Sebarang kelemahan akan diperbaiki
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Jumpa lagi esok hari.

Anda mungkin juga menyukai