Anda di halaman 1dari 2

Sabak Agro ( 001415964-M )

sabakAgr Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia.


Email : sabakagro@yahoo.com | Web / E-Store :
o www.sabakagro.com.my
Tel / Fax : +603 3224 5639 |Tel : +603 3224 4589 | SMS :

Wakil sabakAgro

Ringkasan
sabakAgro telah mula beroperasi pada Dec 2001. Laman web,
www.sabakagro.com.my, telah dilancarkan pada Sep 2006. Web e-commerce ini
bertujuan untuk jualan dan perkhidmatan berkaitan ‘ Pertanian, Landskap &
Gardening’ secara am.

Organisasi terdiri dari seorang General Manager & 10 orang staf sokongan.

Mempunyai 3,283 orang pelanggan berdaftar dari seluruh Malaysia, Sabah &
Sarawak, Singapura, Brunei & Indonesia.

Mempunyai 160 rangkaian pembekal termasuk dari China, India, Korea, Japan &
Australia dan 743 rangkaian pengusaha & pemasaran di seluruh Malaysia.

Perbekalan Sistem & Input pertanian menjadi teras utama. Buat masa ini, fokus
lebih kepada perbekalan kepada pengusaha ladang komersil. Bermula Dec 2008,
dalam keaadaan perbekalan komersil menjadi stabil, fokus akan dialihkan kepada
perbekalan kepada Sistem IT / berkomputer dalam pertanian dan individu dalam
bentuk ‘gardening’.

Peralihan fokus ini bertujuan untuk berkongsi pasaran global yang lebih berpotensi
tanpa meninggalkan pasaran tempatan yang masih belum reda permintaannya.

Dari fakta di atas, kami merasakan perlunya Wakil sabakAgro di seluruh Malaysia
untuk membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan
tempatan dan global.

Konsep
Konsep Wakil sabakAgro adalah konsep franchise pada dasarnya, cuma tiada caj &
fee. Kami cuba me’minima’kan modal asas kepada RM10,000 dan ke atas untuk
menjadi Wakil sabakAgro.

Dengan modal barangan ini, setiap wakil sekurang-kurangnya dapat melayani


permintaan pelanggan individu yang semakin bertambah dan lebih cenderung
kepada perkhidmatan ‘face to face’.

Pelanggan komersil akan diurus terus oleh sabakAgro dan wakil akan diberikan
komisyen yang sama seperti pelanggan individu.

Wakil bebas meletakkan harga barangan yang akan dijual mengikut lokasi dan
keadaan. Cuma adalah disyorkan mengikut harga runcit sabakAgro.

Kos penghantaran, pada dasarnya ditanggung oleh wakil, tetapi kami akan akan
cuba pastikan bahawa kos adalah minima.
Sabak Agro ( 001415964-M )
sabakAgr Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia.
Email : sabakagro@yahoo.com | Web / E-Store :
o www.sabakagro.com.my
Tel / Fax : +603 3224 5639 |Tel : +603 3224 4589 | SMS :

Cadangan
Sila rujuk lampiran untuk produk yang kami cadangkan pihak wakil harus ada,
harga jualan, cara jualan dan keuntungan yang sepatutnya diperolehi.

Wakil boleh mengubah atau menambah mana-mana bahagian/produk dalam


cadangan tersebut, tetapi jumlah akhir belian dari sabakAgro mestilah RM10,000
dan keatas. Dalam cadangan tersebut, wakil membeli dari sabakAgro dengan nilai
RM10,000 dan menjual kembali dengan kaedah yang disyorkan dan mendapat
keuntungan sekurang-kurangnya RM 4,956.68.

Bagi pelanggan komersil, proses transaksi adalah seperti di bawah :


Order & Order &
Bayaran + Bayaran +
Kos Hantar Kos Hantar
Pelanggan Wakil
sabakAgro
Komersil sabakAgro

Komisyen
Penghantaran

Harga untuk bayaran Pelanggan Komersil  Wakil sabakAgro adalah bebas. Harga
untuk bayaran Wakil sabakAgro  sabakAgro adalah seperti yang telah dipersetujui
dalam cadangan pembelian. Komisyen hanya akan berlaku sekiranya harga Wakil
sabakAgro adalah sama dengan harga sabakAgro.

Syarat
Wakil sabakAgro mestilah:
1. Pengusaha Pertanian atau
2. Berpengalaman dalam usaha tani atau
3. Bakal Usahawan Tani atau
4. Pembekal atau peruncit industri tani

Penutup
Diharap cadangan ini dapat memberi banyak manafaat kepada semua pihak.