Anda di halaman 1dari 2

SALAM CINTA DAN PERKENALAN.

MOGA APA YANG DITULIS DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA


KITA DAN SEMUANYA, INSYALLAH

Bismillahirrahmanirrahim , assalamuaalaikumwarahmatullahiwabarakatuh buat warga
Rumah Pengasih sekalian. Terima kasih kepada semua kerana sudi hadir pada malam yang
penuh barakah ini. Pada malam ini terdapat satu topic yang ingin saya kupaskan dan
terangkan pada adik-adik dan kakak-kakak semua. Berdebar pulak saya rasa, yelah
almaklumlah hadirin semua malam ni al-banat belaka kan.haha, kata ustaz Adam diiringi
tawa hadirin yang berada di dalam surau Al-Mukminah itu.
Aku diam, Tiada perasaan untuk bergelak tawa bersama. Besides, ke bende Al-banat tu? I
dont speak arab okay and im not gonna too. Aku memandang tepat muka ustaz itu yang
sedang tersenyum memandang para pendengar ceramahnya. Manis sekali.
Snap it out, Syada! You have Izzue. You must wait for him. Whatever happen. Bring
tsunami.Bring typhoon. Ill wait!
Mata aku dibutai cinta tak pasti
Walaupun dia yang menyebabkan aku tercampak rumah tah apa-apa ni, tapi dia janji
dengan aku, siap pinky swears lagi, akan bawak aku keluar. Aku ingat ayat itu. Ayat cintanya
yang indah disaluti mimpi indah dan gula manis (even gula naik harga).
Saya akan bawak awak keluar syada! Hold on to my promise,katanya dengan suara sayu
melalui corong telefon.
Tiba-tiba..
Ehem, ehem, eh tersakit tekak pulak saya, ustaz Adam berjenaka sambil tersenyum indah.
Terpancar cahaya keimanan pada wajahnya. Orang yang berilmu dan mengamalkannya,
cahaya kebijaksanaan terpancar di wajahnya.

Erghhh.Aku berasa menyampah. Menyampah dengan ustaz. Menyampah dengan mikrofon
yang volume terlebih.Menyampah dengan akak yang pakai telekung sebelah aku yang
tersengih tahap parah dah. Kau ni datang nak dengar ceramah ke nak merenyam?!
Aku kembalikan fokuskan aku kepada si ustaz.
Topik saya pada malam ini ialah Iman Fitrah Manusia. Hmm topic ini agak menarik untuk
dibincangkan. Baiklah sebelum kita menelusuri lebih dalam berkenaan topic ini, saya nak
terangkan masuk iman. Iman dari segi bahasa ialah membenarkan. Maksud yang lebih detail
ialah membenarkan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan menzahirkan dengan
perbuatan. Iman ialah tahap kepercayaan kita kepada Allah. Tahap pergantungan kita
kepada-Nya. Saya nak Tanya muslimah sekalian, cuba try ketuk hati anda. Berapa persen
tahap kepercayaan kita kepada Allah?Berapa ukuran keimanan kita ?
Tersentap hati aku. Aku tak pernah pun ambil kisah berkenaan iman dan hati aku. Setiap
yang berlaku dekat aku, aku anggap ianya sebagai nasib aku. Aku percaya apa yang berlaku
itu semua itu adalah atas sebab sikap atau perlakuan aku. Bila berlaku sesuatu yang buruk,
aku mencarut. Aku marah. Aku maki semua. Aku marah diri aku. Aku lupa segala
kepercayaan aku pada Allah.
Semakin tinggi tahap pergantungan dan kepercayaan kita pada-Nya, semakin tinggi iman
kita. Tapi bukan hanya dengan percaya sudah cukup membuktikan kekuatan iman kita, kita
mesti mengikrarkannya melalui lidah dan seterusnya menzahirkan kepercayaan kita pada
Allah melalui perbuatan dalam bentuk amalan kita. Dan pasti anda tertanya apa kaitannya
dengan fitrah manusia. Fitrah adalah naluri semula jadi yang diciptakan oleh Allah keadaan
bersih serta cintakan kesucian. Tahukah anda naluri beragama itu memang sudah ada dalam
diri manusia? Agama kita telah ditetapkan oleh Allah sejak di lauh mahfuz lagi, Cuma
mungkin berbeza setiap yang lain dan ini bergantung kepada diri kita untuk mencari
kebenaran yang sebenarnya. Bertuahlah kepada sesiapa sudah dilahirkan atau sudah
menganut di dalam agama yang benar iaitu,Islam. Cuma saying ramai yang mengakui Islam
sebagai agamanya tapi tidak mengamalkan ajarannya.Manusia sudah mengetahui segala
peraturan di dalam Islam tapi masih lagi melanggarnya. Allah juga pernah berfirman di
dalam surah Al-Baqarah ayat 42 yang bermaksud:
Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebathilan dan (janganlah) kamu
sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya. [Al-Baqarah: 42]

Anda mungkin juga menyukai