Anda di halaman 1dari 10

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

Dasar penaklukan british


Eksploitasi terhadap ekonomi
tempatan
Pelaksanaan pentadbiran barat
terhadap masyarakat tempatan
Kesulitan penduduk tempatan
Pembesar tempatan kehilangan kuasa
dan pengaruh
Campur tangan british dalam adat
resam tempatan









1)Dasar penaklukan british
Untuk mengukuhkan kedudukan politik

PERJANJIAN NANING









PERSETIAAN YANG DIIKAT PADA 1801 OLEH RESIDEN BRITISH DI MELAKA, LEFTENAN
KOLONEL TAYLOR DENGAN PENGHULU NANING.

Perkara dan syarat yang diimlakkan oleh Leftenan Kolonel Aldwell Taylor, Gabenor dan
Komandan Melaka, untuk dan bagi pihak Yang Mulia Gabenor Kota St. George dengan Raja
Merah Kapitan Penghulu, dll., yang bemama Dol Said; dan Lela Hulubalang dan Maulana Hakim,
yang bergelar Orang Kaya; Kecil yang bergelar Musah; dan Menobonjon-kaya bergelar Konchil
dan Maharaja Ankaia bergelar Sumuna; dan Maulana Garang, Menteri dan Pembesar Naning
dan kampung-kampung di sekelilingnya yang dengan sesungguhnya telah menerima dan
berikrar mematuhi Perkara-perkara berikut:-



Perkara I
Kapitan, atau Penghulu, Menteri, dan Pembesar-pembesar berjanji dan bersumpah atas nama
dan bagi pihak seluruh masyarakat Naning, untuk taat setia kepada Yang Mulia Gabenor dalam
Majlis di Kota Saint George yang tersebut di atas, dan demikian juga kepada Gabenor dan
Komandan Bandar dan Kota ini, serta semua Komandan yang ada atau yang selepas ini dilantik
di bawah mereka dan tambahan pula, mereka akan melakukan apa-apa sahaja dengan penuh
taat setia kepada Pihak Berkuasa British, sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat yang
taat setia, tanpa bersama-sama atau secara berasingan mencuba melakukan apa-apa langkah
permusuhan terhadap Gabenor tersebut, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung,
dan Perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi dengan sesungguhnya dan dengan seketat-
ketatnya, dan segala kontrak dan waad lain yang telah diluluskan dengan negara lain yang boleh
memudaratkan British hendaklah dimansuhkan.

Perkara II
Jika mana-mana orang di Naning, anak Minangkabau dan anak Melayu, melanggar kandungan
Kontrak ini, atau ingkar kepada Gabenor atau Pegawainya, maka Penghulu dan Pembesar
hendaklah, apabila diminta oleh Gabenor, menyerahkan mereka bagi dihukum sebagaimana
sepatutnya.

Perkara III
Penghulu, Pembesar dan penduduk Naning keturunan Minangkabau, dan juga Melayu, adalah
terikat untuk menyerahkan satu per sepuluh daripada hasil padi dan segala buah-buahan
mereka kepada Syarikat Hindia Timur; tetapi memandangkan keadaan mereka yang miskin,
Syarikat tersebut telah memutuskan bahawa Penghulu hendaklah datang sendiri, setiap tahun,
atau mengarahkan salah seorang Pembesarnya supaya datang ke Melaka, bagi memberi
penghormatan kepada Syarikat, dan, sebagai tanda taat setia mereka, mereka hendaklah
menghadiahkan Syarikat tuaian pertama mereka sebanyak setengah koyan padi (400 gantang).

Perkara IV
Penduduk Naning, apabila meninggalkan negeri mereka untuk ke Melaka, hendaklah
menyerahkan kepada Syahbandar kebenaran bertulis daripada Penghulu, yang ditandatangan
dan dicapmeterainya; dan begitu juga semua orang yang ingin meninggalkan Melaka untuk ke
Naning, diarahkan supaya menunjukkan dokumen serupa kepada pihak berkuasa di sana, yang
ditandatangani (atas perintah Kerajaan) oleh Syahbandar; jika tidak, kedua-dua pihak wajib
menghantar balik orang yang berkenaan itu; tetapi apabila ditunjukkan Perakuan yang
dikehendaki, mereka akan dibenarkan tinggal di Naning dan di kampung-kampung
bersebelahan dan mencari nafkah dengan bercucuk tanam seperti menanam sirih, dll., dengan
syarat mereka berpegang teguh dan mematuhi adat resam tempat itu sebagaimana yang
diamalkan penduduk lain.

Perkara V
Penghulu dan Pembesar berjanji bahawa semua bijih timah yang dibawa dari Sri Menanti,
Sungai Ujong, Rembau, dan tempat-tempat lain di daerah-daerah itu ke Naning, hendaklah
dengan serta-merta dihantar dan diserahkan kepada Syarikat, di mana mereka akan menerima
sebanyak 44 Dolar Rix tunai, dibayar dengan wang Rupee Surat, bagi setiap bahara 300 kati.

Perkara VI
Mereka juga berjanji menyerahkan lada Naning dan lada daerah-daerah bersebelahan kepada
Syarikat, jika apa-apa jumlah yang banyak diperlukan, dengan dibayar harga 12 Dolar Rix
sebahara.

Perkara VII
Penghulu, Pembesar, dan penduduk Naning tidak dibenarkan merunding (jualan) atau
berdagang dengan mana-mana negeri pedalaman, tetapi hendaklah membawa barang-barang
mereka menghilir Sungai Melaka, dengan menggunakannya, tanpa apa-apa jua alasan untuk
menggunakan mana-mana laluan atau cara pengangkutan lain, dan mereka juga tidak boleh
mengadakan apa-apa perhubungan dengan mana-mana negeri pedalaman di Sungai Penajis,
jika tidak nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.

Perkara VIII
Penghulu dan Pembesar berjanji, atas nama Masyarakat Naning, bahawa bilamana Pembesar
Yang Memerintah berundur daripada memerintah, atau apa-apa geruh menimpa mereka,
Penghulu dan Pembesar hendaklah dalam keadaan sedemikian mencadangkan salah seorang
daripada anggota keluarga mereka yang terdekat dan paling berkelayakan, kepada Gabenor
Melaka, bagi menjadi penggantinya; tetapi mereka tidaklah boleh mengharapkan cadangan itu
akan sentiasa dipersetujui Gabenor; sebaliknya adalah menjadi pilihan Gabenor melantik
sesiapa yang difikirkannya patut dilantik.

Perkara IX
Mana-mana hamba sama ada kepunyaan Syarikat Yang Mulia, atau kepunyaan penduduk
Melaka, yang mencari perlindungan di Naning, atau di kampung-kampung atau di tempat-
tempat di sekelilingnya, maka Penghulu, Pembesar dan penduduk (tiada sesiapa pun yang
dikecualikan) adalah terikat bagi menangkap dan menghantar ke Pekan orang pelarian itu
dengan serta-merta, (atau) orang pelarian itu boleh diserahkan kepada tuan mereka dan
tuntutan sebanyak 10 Dolar Rix, tidak lebih daripada itu, boleh dituntut daripada tuannya
sebagai hadiah.

Perkara X
Mana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagi
memeluk agama Kristian, maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugi sebanyak
separuh daripada harga hamba itu, mengikut penilaian Jawatankuasa yang akan dilantik
Kerajaan.

Perkara XI
Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragama Kristian atau orang biasa
dari Melaka kepada orang Islam atau orang Pagan, sama ada dengan kerelaan mereka sendiri
atau digoda ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka, lebih-lebih lagi mereka yang
menggoda hamba Kristian atau orang biasa supaya berkhatan atau menggunakan kekerasan
bagi mempengaruhi mereka menjadi orang Islam, nyawa mereka akan melayang dan harta
benda mereka dirampas.

Perkara XII
Dan bahawa kandungan Perkara tersebut hendaklah dipatuhi tanpa boleh dilanggar, dan
Penghulu serta Pembesar berjanji dan bersumpah atas nama seluruh masyarakat, bahawa
mereka akan serta-merta memulangkan dan menyerahkan kepada Yang Mulia Gabenor semua
hamba yang lari yang berada di Naning atau di tempat-tempat lain.

Perkara XIII
Akhir sekali, Penghulu dan Pembesar berjanji dan bersumpah dengan menggunakan al-Quran,
atas nama masyarakat Naning, bahawa mereka akan mematuhi dengan sesungguhnya segala
perintah yang ditetapkan dalam Perkara-perkara ini, dan mengikat diri mereka bagi
menyerahkan mana-mana pencabul perintah tersebut kepada Syarikat Hindia Timur, supaya
hukuman boleh dikenakan ke atas orang itu.

Bagi menyempurnakan segala yang dijanjikan dan dipersetujui dalam Perjanjian ini, maka saya
dengan ini menurunkan tandatangan saya.

Dibuat dan diikrarkan di Bandar dan Kota Melaka pada 16 hari bulan Julai 1801.

(Tandatangan) A. TAYLOR.

Ikrar Penghulu dan Pembesar Naning

Kami, Kapitan atau Penghulu dan Pembesar-pembesar, berjanji dan bersumpah bagi pihak diri
kami dan juga bagi pihak masyarakat Naning, akan sentiasa taat setia kepada Gabenor dalam
Majlis Kota Saint George, Gabenor dan Komandan Melaka, serta semua Komander yang dilantik
atau yang akan dilantik di bawah mereka selepas ini, dan selanjutnya akan menepati masa bagi
memenuhi segala perintah dan arahan yang dikeluarkan atau yang akan dikeluarkan selepas ini,
dan akan berkelakuan sewajarnya terhadap Syarikat Hindia Timur pada masa hadapan,
mengikut cara sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat dan vasal yang taat setia.
Ditandatangani oleh DOL SAID, BILAL MOREN, KANJUN, SAMEON dan MAULANA GUNAN.
* Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. 2008. Kuala Lumpur:
ITNM
2)Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
Untuk kepentingan british
Dilakukan melalui perjanjian dengan pembesar tempatan membolehkan pedagang
negeri selat menjalankan perdagangan dan perlombongan timah
Jadi kemarahan penduduk tempatan

3) Pelaksanaan pentadbiran barat terhadap
masyarakat tempatan









British telah memperkenalkan sistem cukai ,undang2 dan peraturan tanah untuk
mendptkan hasil maksimum kpd pnduduk tempatan.
Peraturan ini b`tentangan dgn amalan tradisi masyarakat tempatan yg membolehkn
mereka membuka tanah mengikut keperluan dan tanpa membayar cukai
Seperti di Terengganu, penentangan berlaku apabila British telah menetapkan beberapa
peraturan yang berkaitan dgn tanah.Antaranya setiap tanah yng hendak dibuka oleh
penduduk tempatan perlu mendapat keizinan drpd pihak British dan penduduk
dikenakan cukai.
4) Campur Tangan British Dalam Adat Resam
Tempatan.






Sebagai penjajah, British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat
bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
Di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu yang
diamalkan selama ini, iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
Tindakan beliau ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.



5)Pemimpin Tempatan Kehilangan Kuasa Dan
Pengaruh Pentadbiran Terhadap Kawasan Dan
Anak Buah Mereka
Kebanyakan pemimpin tempatan itu telah dilantik oleh sultan ataupun oleh
masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
Dengan pelantikan itu mereka berkuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti
soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
Namun, penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan
kehilangan kuasa.
JAMES W.W. BIRCH

6)Kesulitan penduduk tempatan
Pelaksanaan undang2 British menyulitkan kehidupan penduduk tempatan
Justeru, penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan drpd anak buah mereka
yang tertekan dengan pelaksanaan British.
Kesetiaan kpd pembesar tempatan sebagai ketua mendorong mereka memberikan
kerjasama untuk menentang British.