Anda di halaman 1dari 28

1.

0 DEFINISI PENGURUSAN STRATEGIK

Pengurusan dapat didefinasikan sebagai satu proses perancangan,

penyusunan, pengarahan dan pengawalan dalam sesebuah organisasi

bagi mencapai misi serta visi yang telah ditetapkan. Istilah pengurusan

telah merujuk kepada satu set yang telah direka bentuk bagi

meninggikan dan mengarahkan kerja-kerja dan tugasan yang telah

ditentukan (Ahmad Atory 1996). Oleh yang demikian setiap insan

merupakan pengurus sama ada secara langsung atau tidak langsung

dan akan terlibat dengan pengurusan walaupun ia hanya menguruskan

hal peribadinya sahaja.

Pengurusan boleh juga boleh diertikan sebagai cara dan teknik-

teknik yang digunapakai dalam mengendalikan sesebuah organisasi

agar hasilnya menepati sasaran yang telah ditetapkan. Ianya

merupakan gabungan beberapa bahagian organisasi kerja yang mana

setiap bahagian akan memainkan peranan yang sangat penting dalam

organisasi.

Oleh yang demikan, proses pengurusan merupakan gabungan

beberapa kegiatan organisasi seperti perancangan, penyusunan,

pengarahan dan pengawalan seterusnya ia membentuk set lengkap yang

akan di gunakan oleh pengurus bagi memastikan setiap misi dan visi

sesebuah organisasi akan berjaya.

1
Istilah strategik pula berasal dari bahasa Greek Strategos yang

boleh diertikan sebagai ‘Fungsi Seorang Jeneral’(Zainal Abidin 2008).

Dalam istilah ketenteraan ia memberi erti ‘ kepakaran Seorang Jeneral’

menggunakan pelbagai cara dan teknik yang sesuai dalam menangani

ancaman musuh.

Dari sudut perancangan pula strategik membawa pengertian,

seseorang pengurus menggunakan beberapa strategi yang berkesan

dalam menguruskan organisasi dan mencari cara dan teknik yang

sesuai bagi mengatasi pesaingnya. Ia meliputi beberapa perkara penting

dalam sesebuah organisasi termasuk misi sesebuah organisasi, objektif

perancangan, program strategi, dan kaedah yang digunakan bagi

mancapai matlamat tersebut. Strategi yang berkesan dan sesuai bagi

sesuatu masalah akan dapat membantu meningkatkan produktiviti

sesebuah organisasi. Sekiranya percaturan strategi yang digunakan

tidak sesuai dan tidak menepati kesesuainyya maka ia akan

menyebabkan berlaku kerugian, pembaziran kemunduran sesebuah

organisasi.

Perancangan Strategik pula merupakan satu proses perancangan

jangkamasa panjang yang mana organisasi akan menentukan misi dan

objektif dengan sumber-sumber yang dimiliki untuk mencapai misi yang

ditetapkan(Muhamad Ali Embi 2003). Ia juga dilihat sebagai suatu

penggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan kekuatan

sesebuah organisasi dan analisis luaran yang melibatkan analisis

2
peluang-peluang dan ancaman-ancaman yang boleh memberi risiko

kepada organisasi. Penggabungan ini akan memberikan satu dimensi

baru kepada seseorang pengurus untuk membuat analisis kritikal

tentang kekuatan sesebuah organisasi dan peluang-peluang yang wujud

dalam membuat keputusan.

Pengurusan strategik wujud hasil daripada cetusan perancangan

strategik yang dijalankan dan ianya mempuyai dua komponen utama.

Komponen yang pertama ialah ‘Pengurusan Isu Strategik’ itu sendiri yang

mana ia merupakan lanjutan daripada Perancangan Strategik.

Komponen yang kedua ialah melengkapkan seseorang eksekutif dengan

sifat yang sentiasa berwaspada dan bersedia dalam menghadapi apa-apa

kejadian luar jangka dalam sesebuah organisasi. Komponen ini turut

dikenali dengan Pengurusan Tak Disangka( Surprise Management).

Dengan adanya kedua-dua komponen ini maka seseorang pengurus

akan dapat menangani segala permasalahan yang timbul dan mampu

mengurus sesebuah organisasi dengan lebih berdaya saing dan maju.

2.0 KEPENTINGAN PERANCANGAN STRATEGIK

Perancangan strategik merupakan aset utama dan ianya

memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan strategik.

Ia merupakan gambaran atau rangka kerja bagi seseorang pengurus

untuk membuat menjalankan aktiviti pengurusan dalam sesebuah

organisasi(Mumtaz Began, Norasiken, Norhayati, 2002). Perancangan ini

3
juga membantu seseorang pengurus untuk membuat penilaian serta

keputusan yang berkaitan dengan halatuju sesebuah organisasi.

Terdapat beberapa kepentingan perancangan strategik di dalam

organisasi yang dapat dikemukakan disini antaranya ialah:

2.1 Pengurusan Yang Lebih Baik

Dengan adanya perancangan strategik, pengurus akan

dapat membentuk suatu konsep yang jelas dan lengkap bagi

sesebuah organisasi. Proses ini akan membantu para

pengurus untuk menilai kekuatan dalaman serta kekuatan

luaran organisasinya dalam menangani cabaran. Dengan

perancangan ini, matlamat serta objektif sesebuah

organisasi akan lebih jelas dan memudahkan pengurus

untuk membuat keputusan bagi mencapai matlamat

tersebut.

Sekiranya perancangan strategik tidak dilaksanakan

di dalam sesebuah organisasi, maka kesannya ialah

pengurus akan menghadapi masalah dalam penentuan

objektif serta penetapan matlamat yang harus dicapai oleh

organisasi tersebut. Apabila sesebuah organisasi tidak

mempunyai halatuju dan matlamat yang harus dicapai

maka operasi yang wujud di dalam organisasi tersebut tidak

mengikut landasan yang diharapkan. Ia akan menyebabkan

kegagalan dalam menguruskan sesebuah organisasi.

4
Kegagalan ini akan menyebabkan berlaku kemerosotan

produktiviti sesebuah organisasi dan menyebabkan

organisasi tersebut gagal berdiri sama tinggi dengan

organisasi-organisasi lain.

2.2 Bertindak Balas Kepada Perubahan Persekitan

Dengan adanya perancangan strategik pengurus akan

dapat menangani masalah yang tidak dijangka sekiranya

persekitaran berubah. Ini kerana perancangan strategik

telah membantu para pengurus dalam membuat persiapan

awal bagi menangani permasalahan tersebut. Pengurus

akan membuat keputusan berdasarkan situasi terkini untuk

keperluan di masa hadapan. Contohnya, sekiranya situasi

organisasi dalam keadaan yang agak perlahan maka

pengurus boleh menetapkan matlamat organisasinya

berdasarkan pengalaman masa lalu yang berkaitan.

Walaubagaimanapun, pada masa ini arus perubahan situasi

tidak dapat dijangka dengan tepat kerana ianya berlaku

terlalu pantas mengikut perkembangan zaman teknologi

yang canggih.

Oleh yang demikian para pengurus perlu lebih kreatif

dalam mencatur strategi bagi mengatasi masalah tersebut.

Dengan mengandaikan permasalahan yang mungkin akan

5
timbul akibat perubahan persekitaran, pengurus dapat

menyediakan beberapa langkah menangani masalah sebagai

persiapan awal dan dapat mencongak peluang-peluang yang

mungkin wujud dari perubahan persekitarn tersebut.

3.0 ELEMEN-ELEMEN DALM PERANCANGAN STRATEGIK

Perancangan strategik mempunyai beberapa elemen penting

bagi memastikan perncangan yang dibuat bertepatan dengan

kehendak dan objektif sesebuah organisasi. Kepincangan salah

satu elemen dalam perancangan strategik akan menganggu

perjalanan perancangan ini (Zainal Abidin 1998). Sekiranya

perancangan strategik tidak dapat dilaksanakan maka risiko yang

bakal dihadapi oleh seseorang pengurus akan menjadi bertambah

besar. Bahkan ia mungkin menyebabkan berlaku kemerosotan

dalam sesebuah organisasi. Antara elemen-elemen yang wujud

dalam perancangan strategik ini ialah:

3.1 Misi

Setiap organisasi mempunyai misi tersendiri,

penetapan misi sesebuah organisasi akan membantu

memandu halatuju sesebuah organisasi. Pencapaian misi

yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi menunjukkan

6
bahawa organisasi tersebut telah berjaya dan berada di

landasan yang diharapkan.

3.1.1 Prinsip Dalam Pernyataan Misi

Terdapat beberapa prinsip yang harus diteliti

dalam membuat peryataan misi. Antaranya prinsip

tersebut ialah mengenal pasti Kekuatan, Kelemahan,

Ancaman dan Peluang (KLAP) dalam sesebuah

organisasi. Pengurus perlu menilai beberapa faktor

yang berkaitan dengan KLAP agar pernyataan misi

sesebuah organisasi bertepatan dengan objektif

organisasi tersebut.

Selain itu, pernyataan tersebut mestilah mudah

difahami oleh semua orang dan tidak terlau umum

dan tidak terlalu spesifik. Sekiranya pengurus

menggunakan bahasa yang sukar difahami dikhuatiri

objektif organisasi tersebut tidak akan tercapai kerana

misi yang dinyatakan tidak jelas dan mengelirukan.

Megikut kajian ahli-ahli pengurusan, 25 patah

perkataan merupakan bilangan perkataan yang ideal

dan mudah diingat oleh para pekerja dalam

menyatakan misi sesebuah organisasi. Oleh yang

7
demikian, pernyataan misi haruslah ringkas, padat

dan mudah diingati.

Selain itu juga, pernyataan misi ini mestilah

melibatkan Pengurus besar sesebuah organisasi. Ini

kerana, penglibatan Pengurus Besar dalam

pernyataan misi akan membantu melicinkan proses

membuat keputusan dan akan memudahkan

sokongan terhadap perancangan yang dilakukan

dalam sesebuah organisasi.

3.1.2 Kepentingan Misi

Misi mempunyai peranan yang tersendiri dalam

sesebuah organisasi. Antaranya ialah, misi sebagai

agen yang mengawal perjalanan sesebuah organisasi

di mana halatuju sesebuah organisasi akan mengikut

kehendak misi yang telah ditetapkan.

Selain itu, peranan misi ialah sebagai rujukan

untuk menentukan sumber yang diperlukan bagi

menggerakkan jentera sesebuah organisasi dan

pengagihan sumber manusia boleh dilaksanakan

berdasarkan keperluan misi sesebuah organisasi.

Dengan cara ini pengagihan sumber manusia akan

8
memenuhi keperluan sesebuah unit dan dapat

mengelakkan pembaziran sumber manusia.

Misi yang dinyatakan juga akan mempengaruhi

cara seseorang pengurus mengeksploitasi peluang-

peuang yang wujud di persekitarannya. Kecekapan

pengurus menggunakan kelebihan ini, akan

memberikan kelebihan berbanding pengurus lain yang

kurang berkemampuan dalam bidang ini. Kelebihan

ini bukan sahaja menjamin suatu pengurusan yang

baik bahkan akan membantu meningkatkan

produktiviti sesebuah organisasi.

3.2 Nilai Strategi

Nilai strategi merupakan salah satu elemen

yang penting dalam perancangan strategik. Ianya

dilaksanakan oleh ahli strategi di dalam sesebuah

organisasi. Setiap strategi yang dirancang akan

mengandungi nilai-nilai yang berbeza berdasarkan

beberapa kriteria berikut:

a) Minat

b) Pendidikan

c) Pergaulan

d) Kematangan

9
e) kemasyarakan

Pada kelazimannya, tidak semua ahli dalam

organisasi terlibat dalam penentuan strategi sesebuah

organisasi. Ahli strategi yang terlibat dalam

perbincangan menentukan halatuju organisasi ialah

seperti yang disenaraikan di bawah:

a) Pengurus Besar CEO

b) Ahli Lembaga Pengarah

c) Usahawan

d) Perancang Korporat

e) Pengurus Unit Strategi

f) Pengurus

g) Perunding

3.3 Kelulusan Dan Kebenaran

Sebelum sesuatu perancangan dapat diaplikasikan

dalam sesebuah organisasi, persetujuan untuk mengunakan

strategi tersebut mestilah diperolehi daripada Pengurus

Besar. Ini kerana perlaksanaan strategi tersebut akan

melibatkan semua ahli yang terdapat di dalam sesebuah

organisasi samada dari ahli bawahan sehingga ke

pentadbiran.

10
Sekiranya strategi yang dirancang dipersetujui, maka

pengurus akan menggunakan pendekatan yang terbaik

untuk menyediakan satu pasukan kerja yang memiliki

matlamat bagi mencapai segala objektif yang di gariskan.

Pengurus akan membuat pengarahan kepada penggunaan

strategi tertentu seterusnya membuat pengawalan kepada

ahlinya agar sentiasa mematuhi peraturan dan kehendak

organisasi bagi memastikan segala objektif sesebuah

organisasi dapat dicapai dengan jayanya(Abd Aziz 2003).

4.0 PROSES PERANCANGAN STRATEGIK

Proses perancangan strategik merupakan satu susunan

tindakan yang akan menghasilkan beberapa keputusan strategik

dan diikuti dengan tindakan perlaksanaan, pengawalan dan

mendapatkan maklum balas mengenai strategi yang telah

digunakan. Mengikut Zainal Abidin Mohamad (1994), proses

perancangan strategik boleh dikategorikan kepada beberapa

peringkat sperti yang dinyatakan di bawah:

4.1 Analisis Persekitaran Am

Analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti

keadaan sekeliling yang bakal dihadapi oleh sesebuah

organisasi dari segi ancaman dan peluang yang

11
wujud. Ia termasuk analisis sosiobudaya setempat

yang mempengaruhi persekitaran. Selain itu, senario

politik juga dianalisis bagi mengetahui tahap

kestabilan negara serta penguatkuasaan undang-

undang negara yang meliputi hak-hak pekerja,

keselamatan tempat kerja, kuota sesuatu barangan,

pemilihan lokasi pembinaan dan sebagainya.

Teknologi masa kini juga turut menjadi agenda

utama yang dianalisis kerana perkembangan teknologi

pada hari ini terlalu pantas dan terlalu banyak

perubahan serta peningkatan tahap kecekapan

sesebuah organisasi dengan bantuan alat yang

berteknologi tinggi. Produktiviti telah meningkat

berkali ganda dan pengurangan pekerja juga wujud

disebabkan kebayakan kilang menggunakan mesin

dan jentera dengan pengeluaran berskala besar

sedangkan ia hanya memerlukan beberapa orang

sahaja untuk menjalankan operasi tersebut.

Selain itu, analisis kedudukan ekonomi negara

juga penting dalam proses perancangan strategik.

Contohnya, ia berkaitan dengan Keluaran Negara

Kasar, kadar cukai, kadar pinjaman, pendapatan dan

perbelanjaan pengguna, inflasi serta deflasi, lebihan

12
dan kurangan perdagangan antarabangsa serta

devaluasi mata wang dan banyak lagi.

Penekanan terhadap analisis kesan ekologi dan

faktor iklim semasa memungkinkan sesebuah

organisasi yang mengeluarkan barangan bermusim

untuk mencari penyelesaian kepada situasi tersebut.

Ancaman ini akan menjadikan sesebuah organisasi

mengalami kerugian sekiranya tidak ada penyelesaian

alternatif kepada masalah tersebut. Pengaruh

daripada persekitaran akan memberikan peluang

kepada pengurus atau sebaliknya menjadi ancaman

kepada pengurus tersebut dalam mengendalikan

sesebuah organisasi.

4.2Perancangan Senario

Perancangan senaria merupakan peramalan

serta pengandaian kepada sesuatu senario yang

mungkin dihadapi oleh sesebuah organisasi dengan

menggunakan beberapa kaedah antaranya ialah:

4.2.1 Kaedah Rip Van Wingkle

Membuat ramalan terhadap keadaan

persekitaran untuk tempoh masa tiga hingga

lima tahun akan datang dan mengandaikan

pengurus sedang tidur dan akan bangun

13
semula selepas waktu tersebut. Senario ini

mengandaikan apakah yang akan terjadi

dalam tempoh masa tertentu dan berusaha

membuat perancangan yang sesuai untuk

menanganinya kelak.

4.2.2 Perancangan Senario Terpimpin

Beberapa individu yang berpengalaman

bersidang dan membentangkan gambaran

tentang persekitaran semasa yang diketahui

umum. Mereka akan mencadangkan

beberapa senario yang lebih baik untuk

dibincangkan bersama.

4.2.3 Perancangan Senario Terarah

Dalam senario ini, didapati ketua

sesebuah organisasi itu sendiri yang akan

memaklumkan perancangan strategik yang

diambil berdasarkan senario yang wujud. Hanya

ketua pengurus yang berpengalaman,

mempunyai hubungan yang meluas dengan

semua staf serta berwibawa mampu

memberikan ramalannya terhadap senario yang

diandaikannya. Pada kebiasaanya ketua

pengurus akan berbincang dengan penolong

14
pengurus sebelum mengumkan perancangan

strategiknya kepada ahli dalam organisasi.

4.3 Analisis Persekitaran Industri

Analisis persekitaran industri ini dilakukan

untuk meninjau beberapa komponen yang dilihat

dapat mempengaruhi perkembangan sesebuah

organisasi yang beroperasi dalam pasaran terbuka

antaranya ialah:

a) Pembeli

b) Pembekal

c) Pesaing

d) Barang pengganti

e) Kumpulan sasaran

f) Bakal pesaing

g) Buruh

4.4 Analisis Dalaman

Analisis dalaman merupakan analisis terhadap

maklumat yang diperolehi daripada sesebuah

organisasi itu sendiri. Ia melibatkan kemampuan serta

kekuatan dalaman sesebuah organisasi degan

mengambil kira segala kos operasi, kos tetap,

pengurusan , perbelanjaan latihan, penyelidikan,

kedudukan organisai dan sebaginya. Analisis ini

15
digunakan untuk mencatur strategi yang lebih sesuai

berdasarkan kemampuan sesebuah organisasi. Antara

beberapa bahagian yang terlibat secara langsung

dalam membuat analisis dalaman ialah:

a) Bahagian Kewanagan

b) Bahagian Pengeluaran

c) Bahagian Sumber Manusia

d) Bahagian Pemasaran

4.5 Penyenaraian Strategi Alternatif

Dalam sesebuah organisasi, terdapat pelnagai

latar belakang pendidikan, pengalaman serta

kemahiran yang dimiliki oleh para pengurus dan

pengurus kanan, oleh yang demikian,

berkemungkinan strategi yang dikemukakan akan

menjadi lebih dari satu strategi. Semua strategi yang

dirasakan sesuai disenaraikan dan di bawa dalam

suatu perbincangan bersama pihak atasan dan akan

memilih stategi yang terbaik dan yang paling sesuai

dengan kemampuan sesebuah organisasi.

4.6 Analisis Dan Pemilihan Strategi

Pemilihan sesuatu strategi merupakan sesuatu

proses yang penting dalam menentukan strategi yang

paling sesuai dengan kemampuan organisasi. Analisis

16
dalam pemilihan membolehkan pengurus membuat

keputusan dengan lebih yakin dan tepat. Terdapat

beberapa teknik dalam menganalisis strategi sesebuah

organisasi antaranya :

a) Gambaran senario masa depan

b) Sinergi dan sumber

c) Jangka hayat produk

d) Kleuk Pengalaman

e) Analisis pulangan modal

f) Matriks KLAP (Kekuatan, Kelemahan,

Anacaman, Peluang)

g) Matriks NDTS ( Penilaian Kedudukan dan

Tindakan Strategi)

h) Matriks pemasaran

4.7 Perlaksanaan Strategi

Dalam melaksanakan sesuatu strategi,

pengurus mestilah sentiasa memantau perjalanan dan

keberkesanan sesuatu strategi. Terdapat beberapa

perkara yang perlu diambil kira oleh pengurus dalam

melaksanakan strategi antarnya ialah:

a) Analisis perubahan

b) Matlamat Tahunan

17
c) Pengurangan halangan terhadap

perubahan

d) Analisi struktur organisai

e) Analisis budaya organisasi

f) Analisis pengurus dengan strategi

g) Analisis penggubalan dasar

h) Pembahagian sumber

i) Membina kepakaran sumber manusia

j) Mengubahsuai operasi

k) Menyemak insentif dan ganjaran

4.8 Pengawalan

Pengawalan merupakan satu tindakan yang

dilakukan oleh pengurus bagi mencapai matlamat

organisaisi. Pengurus mestilah faham dan mengetahui

objektif organisasi dengan jelas bagi memastikan

ahlinya mematuhi segala kehendak dan arahan

organisasi. Dalam melaksanakan kawalan terdapat

beberapa langkah yang boelh digunakan iaitu:

a) Mengenal pasti prestasi yang perlu diukur

b) Mengenal pasti piawaian prestasi

c) Mengenal pasti prestasi sebenar

d) Membandingkan dengan prestasi sebenar

e) Melakukan tindakan pembetulan

18
4.9 Maklum Balas dan Penilaian.

Dengan adanya penilaian dan maklum balas

mengenai strategi yang dilaksanakan akan

membolehkan para pengurus membuat pembetulan

dan pembaikan kepada pengurusan sesebuah

organisasi. Pengurus berpeluang untuk membuat

perubahan strategi secara drastik sekiranya strategi

yang telah digunakan tidak bersesuaian dan tidak

mendatangkan keuntungan kepada organisasi.

5.0 PERLAKSANAAN STRATEGI

Perlaksanan strategi merupakan kesinambungan daripada

perbincangan sebelum ini iaitu perancangan serta pemilihan

strategi yang sesuai dengan sesebuah organisasi.

Walaubagaimanapun, kejayaan sesebuah organisasi bergantung

dengan perlaksanaan strategi yang telah dipilih. Sekiranya

pengurus telah menetapkan sesuatu strategi untuk dugunakan

namun tidak ada perlaksanaan terhadap strategi tersebut ia turut

menyebabkan kegagalan kepada sesebuah organisasi.

Sesebuah organisasi yang ingin mencapai objektif yang telah

ditetapkan mestilah menjalankan satu proses formulasi sebelum

melaksanakan strategi yang dipilih. Perkaitan antara formulasi

19
dan perlaksanaan amat ketara kerana kedua-duanya akan

menghasilkan kesan kepada organisasi. Gabungan formulasi dan

perlaksanaan telah mengahsilkan empat keadaan iaitu:

a) Berjaya

Keadaan di mana sesebuah organisai yang

mempunyai gabungan formulasi dan perlaksanaan

yang baik. Keadaan ini membantu kepada produktiviti

dan mengurangkan risiko kerugian dalam sesebuah

organisasi.

b) Berpusing ( roulette)

Keadaan ini wujud apabila formulasi yang

digunakan agak lemah, tetapi perlaksanaan yang

dilakukan adalah baik. Oleh yang demikian ia akan

menyebabkan dua keadaan iaitu perlaksanaan yang

baik akan mengatasi kelemahan formulasi dan akan

memberi gambaran kepada pengurus bahawa strategi

yang digunakan kurang sesuai dan mencari strategi

yang lebih baik lagi. Keadaan kedua pula ialah,

apabila strategi yang digunakan tidak berkesan maka

formulasi baru akan dibuat walaupun pada

perlaksanaannya baik. Ini berkemungkinan,

produktiviti yang dihasilkan tidak begitu memuaskan.

20
Keadaan ini akan berterusan berpusing-pusing

sehingga produktiviti yang dikehendaki tercapai.

c) Sulit

Situasi ini wujud apabila sesuatu formulasi

dilakukan dengan sangat baik walaubagaimanapun

pada perlaksanaanya sangat lemah. Ini disebabkan

pengurus hanya menumpukan kepada pembuatan

formulasi tetapi mengabaikan perlaksanaan strategi.

Keadaan ini akan memberikan kesan yang negatif

kepasa sesebuah organisasi.

d) Gagal

Keadaan ini wujud akibat kelemahan dari segi

formulasi dan kelemahan dari segi perlaksanaan.

Pengurus akan mengahadapi kesukaran membawa

halatuju sesebuah organisasi. Situasi ini akan

menyumbang kepada kegagalan sesebuah organisasi.

Sepatutnya pengurus mesti memberi keseimbangan

kepada kedua-dua bahagian ini iaitu formulasi dan

perlaksanaan agar segala objektif yang telah

ditetapkan akan tercapai sepenuhnya.

5.1 Kemahiran Perlaksanaan Strategi

21
Dalam perlaksanaan strategi terdapat beberapa

kemahiran yang perlu diketahui iaitu:

5.1.1 Kemahiran Inetraksi

Pengurus harus bijak menggunakan kemahiran

ini bagi berinteraksi semasa menjalankan aktiviti

pengurusan. Ia bukan sahaja kemahiran

mempengaruhi para pekerja untuk melaksanakan

tugas pengarahan serta pengawalan bahkan ia

melibatkan interaksi dalaman seperti keupayaan

memahami situasi dan perasaan pekerja dan mampu

mengadakan muzakarah sesama ahli demi kebaikan

organisasi.

5.1.2 Kemahiran Pengagihan

Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan

seseorag pengurus untuk membuat jadual tugas dan

pembahagian masa, wang, dan sumber lain dengan

cekap. Dengan kemahiran ini pengurus dapat

mengelakkan pembaziran tenaga yang berlebeihan di

unit lain dan dapat menyalurkan lebihan tersebut ke

unit yang lain.

5.1.3 Kemahiran Pengendalian

Kemahiran ini membolehkan pengurus

menangani permasalahn yang tidak dijangka dengan

22
cepat serta efektif. Pengurus dapat mengeksploitasi

keadaan yang mendesak dengan lebih tenang dan

menyelamatkan kedudukan organisasi.

5.1.4 Kemahiran Mengorganisasi

Kemahiran ini memberikan kelebihan kepada

pengurus untuk mengatur ahli dalaman dalam

organisasi. Pengorganisasian yang cekap akan

mengelakkan kecelaruan dalam menjalankan

tugas dan memberikan panduan serta diskripsi

tugas yang jelas kepada para pekerja. Pengurus

yang memeliki kempat-empat kemahiran ini

akan mampu mengendalikan sesebuah

organisasi dengan cemerlang dan mampu

mengatasi segal masalah yang dihadapi.

6.0 PERANCANGAN STRATEGIK DI MALAYSIA

Perancangan strategik di Malaysia boleh dilihat daripada

beberapa dokumen-dokumen tertentu. Dokumen tersebut ialah

Rancangan Pembangunan Malaysia keempat (80) dan kelima (85-

89)yang mana ianya dilengkapi dengan terminologi seperti ‚objektif

jangka panjang’ dan strategi melaksanaklannya.

Selain itu, Institut Tadbiran Awam merupakan salah satu

badan yang terawal menguruskan kursus berkaitan dengan

23
perancangan strategik ini kepada pegawai-pegawai sekitar tahun

80an. Pada ketika itu amalan perancangan strategik hanya

berbentuk teori dan kursus sahaja dan perlaksanaannya hanya di

peringkat percubaan dan penyelidikan sahaja.

Walaubagaimanapun, perancangan strategik ini

sememangnya sudah berlaku dalam sektor awam dan swasta

tetapi secara tidak langsung dan tidak pernah dibentangkan

bagaimana cara-cara perlaksanaanya secara khusus.

Beberapa penyelidikan mengenai perancangan ini mula

dilalukan selepas tahun 80an antaranya ialah Han(85) telah

menerbitkan penyelidikan keatas gunaan teknik, operasi

penyelidikan dalam bank. Siti Maimon juga telah membuat

penyelidikan khusus kepada perancangan strategik di malaysia

dan beliau berkemungkinanan orang pertama menjalankan

penyelidikan tersebut. Beliau telah mendapai bahawa amalan

perncangan strategik telah berlaku dalam beberapa syarikat pada

waktu itu dan beliau menjadikan syarikat tersebut sebagai

responden kepada kajiannya.

Pada tahun 1985, Pelan Induk Perindustrian telah

dikeluarkan bagi menjelaskan dan menerangkan kepada pegawai

mengenai strategi dan objektif jangka masa panjang kerajaan

Malaysia.

24
Secara kesimpulannya, perancangan strategik di negara

kita, diamalkan secara rasmi dalam organisasi sekitar tahun

80an. Walaubagaimanapun perancangan strategik ini telah pun

digunapakai oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta pada awal

60an secara tidak langsung dan tidak dinamakan dengan

perangan strategik pada waktu itu. Perancangan strategik ini amat

penting bagi negara kita sehingga dapat mengekalkan kestabilan

ekonomi negara dan keharmonian rakyat sehingga ke hari ini.

7.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, perancangan strategik

didefinasikan sebagai suatu proses yang di ambil dalam setiap

organisasi serta sistem yang didirikan di dalamnya. Perancangan

ini sangat berguna kepada pera pengurus untuk menentukan

halatuju organisasi berdasarkan objektif yang telah ditetapkan

oleh organisai untuk jangka masa yang panjang.

Sesebuah organisasi yang cemerlang mempunyai satu

sistem pengurusan yang sistematik. Selain itu juga perancangan

strategik yang dilakukan dalam setiap organisasi menjadikan

organisasi tersebut lebih teguh dan mempunyai kredebeliti yang

sangat tinggi samada dari segi produktiviti, cara bakerja, cara

menyelesaikan masalah serta membuat keputusan.

25
Seharusnya setiap organisasi mengetahui dan mendalamai

sistem perancangan strategik kearah pengurusan organisasi yang

lebih strategik dan lebih berkesan. Walaupun pengunaan

perancangan strategik di negara kita sudah meluas kerana telah

dibuktikan dengan peningkatan produktiviti sesebuah organisasi,

namun masih terdapat organisasi yang masih belum mencapai

tahap yang cemerlang dari sudut pengurusannya.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorag

pengurus untuk memastikan memiliki kriteria lengkap untuk

menjadi seorang pengurus yang hebat dengan mendalami ilmu

pengurusan terutamanya ilmu pengurusan strategik agar

produktiviti sesebuah organisasi sentiasa di tahap yang

membanggakan.

26
BIBLIOGRAFI

Zainal Abidin Mohamed (1998). Pengurusan Strategik. Utusan


Publications & Distributors Sdn Bhd.

Dr. Ahmad Atory Hussain (1996). Pengurusan Sumber Dalam


Organisasi Awam Dan Swasta. Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.

Lukman Z. Mohamad dan Azmi abdul manaf (2003).Globalisasi di


Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Muhamad Ali Embi,(2003). Konsep Asas Pengurusan Sumber


Manusia. (Penggunaan konsep). Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.

Mumtaz Began Hj Abd Kadir, Norasiken Bakar, Norhayati Ismail,


(2002). Kualiti Dalam Pengurusan Sumber Manusia. Penerbitan
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Noraini Ahmad (2004). Budaya Kerja Cemerlang. Utusan


Publications & Distributors Sdn Bhd

27
Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi.
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

http://pkukmweb.ukm.my/~ppa/04kakitgnpencetuskualiti.htm

www.fppsm.utm.my/jurnal/JK7DO6/JK7_Sharifahbaharum.pdf

www.suekainah.blogspot.com/2006/12/pengurusan-sumber-
kualiti-yang-lazim.html

28