Anda di halaman 1dari 6

NAMA : AHMAD NUR SYARWANI BIN AHMAD KAMAL

SK TEBING REBAK
PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1
TAJUK : PAK PANDIR DENGAN HARTA KARUN
Sumber :

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.
Terima kasih Pengerusi Majlis.
Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
Pak Pandir dengan Harta Karun.

Pada suatu hari, Pak Pandir dan isterinya, Mak Andeh sedang mengerjakan
kebun. Tiba-tiba, cangkulnya terkena suatu benda yang keras.
Tang...Tang...Tang...
Eh, benda apa pula ni! kata Pak Pandir dalam hatinya.
Kemudian, Pak Pandir mencangkul dengan berhati-hati.
Huh, rupanya peti besi! Harap-harap ada barangan berharga bisik hati Pak Pandir.
Andeh, marilah tolong aku angkat peti ni! kata Pak Pandir dengan suara yang
lantang.
Pak Pandir mengambil seketul batu, lalu menghentak pada mangga peti besi itu.
Tang...Tang...Tang...
Mangga itu pun tertanggal dari peti besi.
Alangkah terkejutnya mereka berdua apabila peti itu dibuka, peti itu penuh berisi
dengan wang emas.
Kita kaya! kata mereka berdua serentak.
Mari kita sembunyikan harta ini sebelum orang lain nampak kata Pak Pandir lagi.
Baik kita sembunyikan dalam rumah, tentu lebih selamat usul Mak Andeh.
Malangnya Pak Pandir tidak bersetuju.
Aku rasa lebih selamat jika ditanam dalam tanah kata Pak Pandir pula.
Akhirnya mereka membahagikan harta itu sama banyak.
Satu untuk kau....Satu untuk aku
Dua untuk kau....Dua untuk aku
Tiga untuk kau....Tiga untuk aku
Pak Pandir menyimpan hartanya dalam tanah sementara Mak Andeh pula
menyimpan bahagiannya dalam rumah.
Sedang Pak Pandir menggali tanah, dua orang pencuri sedang memerhatikannya
disebalik semak.
Selepas Pak Pandir beredar, mereka menggali tanah lalu mencuri harta karun Pak
Pandir.
Pada keesokan harinya, Pak Pandir pergi ke tempat hartanya ditanam, malangnya
hartanya tiada di situ.
Pak Pandir mengadu kepada Mak Andeh. Tak mengepalah, harta yang separuh lagi
itu kan banyak pujuk Mak Andeh.

Sebelum mengundur diri, saya ingin berpesan kepada rakan-rakan
1. Simpanlah wang di tempat yang selamat.
2. Janganlah kita mencuri harta milik orang lain.
3. Bersabarlah ketika ditimpa musibah.
Sekian, terima kasih.
NAMA : MUHAMMAD AZRUL BIN TARMIZI
SK TEBING REBAK
PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2
TAJUK : PENUNGGU KG. KEBAYAN
Sumber : http://www.scribd.com/doc/76874073/Cerita-Bahasa-Melayu-
Tahap-1-Dan-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para hadirin dan hadirat sekalian.
Tajuk cerita saya pada hari ini ialah PENUNGGU KG. KEBAYAN.

Pada zaman dahulu, terdapat sebuah kampung yang dinamakan kg.Kebayan
yang juga dikenali sebagai kg. Berhantu. Hal ini diketahui semenjak kematian anak
perempuan ketua Kampung yang bernama Zanita. Zanita seorang gadis yang
sombong, tidak mahu mendengar cakap ibu bapa dan seorang yang berani
mencuba.

Kawan-kawan, terlebih dahulu biar saya ceritakan kisah Zanita.
Pada suatu malam jumaat, Zanita berjalan hendak ke rumah kawannya yang
bernama Adila. Ketika didalam perjalanan, Zanita terdengar bisikan halus yang
memanggil namanya berulang-ulang kali berbunyi Zanita Zanita
Zanita berasa sangat takut. Dia menyesal sebab tidak mendengar nasihat
bapanya yang melarangnya keluar di waktu malam. Tetapi Zanita tetap berkeras
untuk pergi ke rumah kawannya Adila. Lalu dia pun berlari sekuat hati menuju ke
rumah kawannya itu.

Sesampai sahaja di halaman rumah Adila, Zanita terlihat seorang wanita
mendukung bayi di hadapan rumah Adila. Wanita itu berpakaian putih, berambut
panjang, berwajah putih dan bergigi taring, wanita itu menyanyi juga sedang
menyanyi sambil mendodoi seorang bayi kecil.

Tubuh Zanita mula mengigil ketakutan melihat wanita itu dan berasa amat
takut sekali. Zanita terus lupa hasrat untuk terus ke rumah Adila dan ingin pulang.
Apabila dia berpaling wanita itu sudah berdiri dihadapannya. Ke mana kamu nak
pergi? Kata wanita itu. A.. aaa.. ku mahu pulang ke rumah kata Zanita.
Malangnya, kamu tidak dapat pulang, ha ha ha ha.. ha.. ketawa wanita itu lalu
mengigit leher Zanita menggunakan gigi taringnya. Tubuh Zanita berlumuran
darah.

Pada keesokan harinya, lebih kurang jam 6 pagi, apabila Adila bangun dari
tidur dan membuka jendela dia amat terperanjat melihat Zanita terbaring di depan
rumahnya dengan berlumuran darah. Tanpa membuang masa Adila bergegas
mengejutkan ayah dan ibunya yang masih tidur.

Ayah dan ibu Adila yang melihat tubuh Zanita berlumuran darah terkejut dan
dengan tidak membuang masa terus menyuruh Adila pergi ke rumah Zanita
memberitahu perkara tersebut kepada ayah dan ibu Zanita.

Sesampai sahaja di rumah Zanita, Adila pun menceritakan perkara yang
berlaku ke atas Zanita kepada ibu bapanya. Ibu bapa Zanita sangat terkejut
mendengar berita itu segera ke rumah Adila. Sesampai di rumah Adila ibu Zanita
terus menerus menitiskan air mata penuh kesedihan melihatkan keadaan mayat
anaknya yang menyayat hati itu. Hari itu juga mayat Zanita selamat dikebumikan.
Selepas beberapa minggu setelah kejadian itu berlaku, ayah Zanita membuat
rancangan untuk menghapuskan pembunuh anaknya itu. Beliau tahu perbuatan itu
bukanlah perbuatan manusia biasa tetapi adalah perbuatan iblis. Dengan itu dia pun
memohon pertolongan daripada Ustaz zam yang alim lagi warak dikampung itu.
Pada malam Jumaat setelah sebulan kematian Zanita, dengan beraninya Adila
berseorangan berjalan menuju ke kebun ayahnya. Sedang dalam perjalanannya,
tiba-tiba ada seorang wanita berambut panjang mendukung bayi menghadang jalan
di hadapannya. Adila ketakutan dan berteriak meminta tolong. Lantas Pak Haji Zam
yang sudah ada di sana melaungkan azan dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Wanita tersebut mengigil ketakutan dan dengan perlahan-lahan tubuhnya
terbakar hangus dan meninggalkan bau hanyir dan meloyakan.

Penduduk kampung sedar bahawa wanita itulah yang telah membunuh Zanita.
Setelah kejadian itu barulah penduduk di kg Kebayan hidup aman dan damai.
Kawan-kawan, cerita saya tadi hanyalah rekaan semata-mata tiada berkaitan
dengan yang hidup atau yang mati. Namun dari cerita tadi, kita boleh mendapat
beberapa pengajaran iaitu :

1. Kita harus mendengar cakap ibu bapa dan mesti sentiasa mendengar nasihat
mereka.
2. Sikap berani itu memang baik tapi biarlah berani dengan tidak membuta tuli.
3. Kita sebagai manusia mestilah sentiasa berbuat baik, meminta ampun dan
sembah kepada Tuhan yang maha esa.

Sekian terima kasih.