Anda di halaman 1dari 2

Wireless

MODUL 05 KOD - D-041-2


KURSUS TEKNOLOGI Networking
SISTEM KOMPUTER
TASK SKM MUKASURAT 1 | P a g e

PENGENALAN

Medium penghantaran tanpa wayar biasanya digunakan apabila bahagian rangkaian yang
tertentu tidak dapat disambungkan secara fizikal. Sebagai contoh, sebuah syarikat itu
mungkin akan menggunakan satu medium tanpa wayar untuk menghubungkan
bangunan pejabat lain yang berada diseberang tasik.

Contoh media penghantaran tanpa wayar termasuk

1. sistem infra merah (infrared)


2. gelombang radio
3. gelombang mikro
4. satelit.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN RANGKAIAN WIRELESS.

1. Rangkaian wireless merujuk kepada teknologi yang membolehkan dua atau lebih
komputer berkomunikasi menggunakan standard protokol-protokol rangkaian
tetapi tanpa menggunakan kabel.
2. Teknologi ini dipertingkatkan dengan kemunculan produk yang menggunakan
piawaian perindustrian IEEE mengikut protokol 802.11 (di dalam bentuk 802.1 1b dan
802.1 1a).
3. Penghasilan beberapa produk wireless yang mampu tumbuh dalam pesat seperti di
kawasan pejabat, sekolah mahupun universiti akan memberikan lebih impak
dengan aplikasi-aplikasi canggih terutama bagi jaringan pendawaian yang sukar
dilakukan
4. Wireless menggunakan frekuensi gelombang radio, inframerah atau gelombang
mikro untuk membawa suatu isyarat, data atau mesej.
5. Ia akan merentasi jarak bagi menyambung perisian komunikasi supaya
berhubung di antara satu sama lain.

Wireless Network/LP05/JSK/ziana
Wireless
MODUL 05 KOD - D-041-2
KURSUS TEKNOLOGI Networking
SISTEM KOMPUTER
TASK SKM MUKASURAT 2 | P a g e

6. Contoh Teknologi Yang Menggunakan Media Tanpa Wayar

a. Infra Red
b. Bluetooth
c. Satelit
d. Telefon Selular
e. Walkie Talkie

Kad Wireless Yang Digunakan

Wireless USB PCMCIA

Wireless Network/LP05/JSK/ziana