Anda di halaman 1dari 2

Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia ini adalah yang berkaitan dengan bahasa,

matematik, pengamatan, konsep kendiri dan pemprosesan maklumat. Permasalahan ini boleh
dikategorikan kepada masalah bahasa yang terdiri daripada masalah mengeja, membaca,
menulis, bercakap atau bertutur dan mendengar; masalah matematik yang terdiri daripada
masalah nombor dan operasi; masalah pengamatan yang terdiri daripada kelemahan
pengamatan penglihatan dan pendengaran; masalah kendiri yang terdiri daripada masalah
fizikal, pengurusan diri, dan sosial; dan masalah pemprosesan maklumat. Menurut kamus
dewan (2002:863) masalah didefinisikan sebagai sesuatu yang memerlukan penyelesaian,
perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan). Dari segi masalah bahasa,
kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang
diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang, kelemahan dalam proses
mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah
berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal
pasti huruf-huruf yang hamper serupa bentuknya, iaitu seperti huruf - huruf
mw ygj un mn, c e, p q, h n dan b d. Terdapat juga kekeliruan dalam
membunyikan huruf seperti t h dan f v. Dari aspek membaca pula, kesukaran ini
menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan yang
berkaitan. Secara langsung masalah ini akan mendorong kanak-kank berasa rendah diri dan
tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti
Batu ditulis sebagai tuba dan gula ditulis sebagai lagu. Selain itu mereka juga melakukan
pembalikkan dalam ayat. Contohnya pada masa yang sama ditulis sebagai dapa masa yang
masa. Selain itu, murid disleksia juga mengalami kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu
dengan Bahasa Inggeris. Selain itu, kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk
memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang
pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Terdapat juga antara kanak
kanak disleksia yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti
tidak mendengar atau ambil peduli. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam memproses
maklumat yang diperoleh. Kanak-kanak disleksia menghadapi kesukaran dalam pembelajaran
yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan
suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya, nombor 3 ditulis sebagai 5 atau 8. Selain
itu, terdapat dua jenis masalah pengamatan yang utama iaitu kelemahan penglihatan dan
pendengaran. Murid murid disleksia mempunyai masalah dalam diskriminasi, perhubungan,
ingatan penglihatan dan diskriminasi, penerimaan, cantuman dan ingatan pendengaran. Dari
segi konsep kendiri pula, pakaian murid disleksia sentiasa tidak kemas, mengalami kesukaran
mengikat tali kasut, mempunyai skop penglihatan yang terhad serta kelihatan bodoh.
kanak kanak disleksia mengalami masalah untuk memproses maklumat. Ini disebabkan oleh,
masalah yang berkaitan dengan otak. Teori Orton (1937) menyatakan bahawa hemisfera otak
kiri sepatutnya dominan dan mengawal hemisfera otak kiri khususnya dalam aktiviti fungsi
bahasa. Gangguan yang berlaku dalam otak kanan semasa aktiviti bahasa menyebabkan
berlaku kekeliruan dalam bahasa. Sepatutnya, hemisfera otak kanan mengawal fungsi aktiviti
bukan verbal.

Anda mungkin juga menyukai