Anda di halaman 1dari 4

Petua Membuat Kek

Petua Membuat Kek Sumber : Baking Solutions @ BAGUS



Kualiti membuat kek bergantung kepada teknik pembuat kek.

Walaupun bahan-bahan yang digunakan sama tetapi teknik yang berbeza
memberikan hasil yang berbeza juga.Ada beberapa kemungkinan yang
dapat menjelaskan mengapa kek yang anda buat tidak segebu di kedai kek.


Kek kering

Penambahan bahan pengembang yang berlebihan sehingga udara
terperangkap terlalu banyak dan kek menjadi kering.

Suhu oven yang kurang panas sehingga kek harus berada di dalam oven
terlalu lama.Panaskan dahulu oven pada suhu yang diinginkan sekurang-
kurangnya 15-20 minit sebelum kek dibakar, kemudian barulah masukkan
kek.


Kek retak atau pecah

Suhu oven yang terlalu panas.

Kek diletakkan di rak paling atas oven yang membuat permukaan kek
terlalu panas.Letakkan kek di rak bahagian tengah sehingga mendapat oven
yang merata.

Loyang yang dipakai terlalu kecil hingga isi loyang menjadi terlalu penuh


Kek bantat

Bahan cair yang digunakan lebih banyak dari bahan kering sehingga
adunan menjadi terlalu lembik.

Jumlah bahan pengembang seperti serbuk penaik dan bikarbonat yang
digunakan tidak sesuai.Akibatnya kek tidak dapat mengembang sewaktu
dibakar.

Proses pembuatan awal seperti memukul telur dan mentega tidak sebati
hingga berwarna putih.Bahan-bahan lain dimasukkan sebelum waktunya.

Cara mengacau adunan salah atau berlebihan semasa memasukkan
tepung.Lakukan pengacauan dengan senduk kayu secara searah dan tidak
terlalu lama.Jika memakai mixer,pasang dengan kelajuan rendah sambil
kacau sehala.


Kek turun dibahagian tengah

Dikacau berlebihan sehingga menyebabkan adunan terlalu halus dan
menghancurkan udara yang telah terperangkap di dalamnya.

Penambahan bahan pengembang yang berlebihan.

Suhu oven yang tidak tepat,kurang panas atau terlalu panas.

Kek kurang masak.Caranya ialah dengan menusuk lidi di bahagian tengah
kek,jika adunan tersebut tidak melekat di lidi,kek sudah masak.Boleh juga
dengan cara menekan hujung jari ditengah-tengah kek.Kek yang cukup
masak akan naik semula seperti mana anda menekan span.



Petua Kek Cantik dari Chef Wan Sumber : Macam2.com

Menurut Chef Wan, proses membuat kek adalah 'proses tepat' yang bahan-
bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan
kimia. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah
dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat.

Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan 'kek' jikalau dibandingkan
proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya
dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek.
Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan. Seni memasak kek ada
unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai
lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya
satu bentuk yang sempurna.

Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur,
lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa
dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut Chef Wan
telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.

1.Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu
memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus
digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur,
ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan
dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan
tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali
dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.


2.Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara
berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun
baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar.
Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak
membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit
memanaskannya sudah mencukupi.


3.Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan
resipi menyatakan sebaliknya.


4.Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam
adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu
lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek
keras.


5.Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai
berkrim.


Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila
ia dikeluarkan dari ketuhar?

Masalah Yang Sering Dihadapi

Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada
gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul
dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang
ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan
metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca
sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu
ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa
akan membuatkan kek mendap di tengahnya. Di bawah disenaraikan
masalah lain dan sebabnya.

- Kek Terlalu Lembap dan Leper

Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.

- Kek Merekah di Atas

Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah
ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan tin terlalu kecil.

- Kek yang Mendap di Tengahnya

Ukuran acuan tin tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.
Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa
singkat.
Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
Semoga petua kat atas dapat menambah ilmu kita semua..
http://zilazaini.fotopages.com, Sunday, 7-Feb-2010 02:14

Anda mungkin juga menyukai