Anda di halaman 1dari 7

INTERNATIONAL EDUCATION CENTRE (INTEC)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


KAMPUS SEKSYEN 17, SHAH ALAM
KERTAS KERJA
PROGRAM KEBAJIKAN
LAWATAN KE PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN
PENDIDIKAN IKHWAN
ANJURAN :
KORIKULUM PELAJAR LUAR NEGARA INTEC,
SEKSYEN 17, SHAH ALAM
TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN :
23 AUGUST 2013
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIAKN IKHWAN
NO 15A, JALAN BOLA JARING 13/15 SEKSYEN 13,
40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
DISEDIAKAN OLEH :
MOHAMED SAUDDI SYAMIER BIN SAUDDI

1.0 PENGENALAN
Program lawatan ke rumah anak yatim ini adalah salah satu buah fikiran yang telah
dicetuskan oleh kumpulan kami. Kami telah bercadang untuk membuat satu lawatan
sehari ke Rumah Anak Yatin Ikhwan yang sangat bedekatan dengan Kolej INTEC
tetapi masih kurang pelajar yang tahu akan kekurangan yang dihadapi oleh golongan
yang kurang bernasib baik ini. Jumlah anak yatin yang menetap di sini lebih kurang
30 orang murid yang terdiri daripada umur 13 tahun sehinggalah 17 tahun.
2.0 MAKLUMAT PROGRAM
2.1.

Objektif Program
Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang populasi masyarakat yang
masih tiada tempat pergantungan.
Memupuk semangat kerjasama di antara ahli kumpulan agar dapat merapatkan
ukhwah.
Melahirkan rasa syukur dan nikmat terhadap pemberian Allah SWT kepada
kita yang masih mempunyai ibu dan bapa
Meningkatkan kemahiran pelajar dalam berkomunikasi dengan melatih
mereka untuk berinteraksi bersama golongan yang kurang bernasib baik.
Melatih diri sendiri mengenai pentingnya penjagaan seseorang yang masih
kecil agar kehidupannya semasa membesar tidak tercemar dengan amalanamalan mahupun budaya yang tidak elok.

2.2

Aktiviti- aktiviti
Melakukan lawatan di sekitar rumah anak yatim tersebut dengan melahirkan
rasa rendah diri dan bersyukur.
Menyediakan kemudahan agak mereka ini lebih selesa.
Berinteraksi dengan anak-anak yatim dan mengenali diri mereka dengan lebih
mendalam.

Membawa mereka ke Tasik Shah Alam bagi mendekatkan mereka dengan


Pencipta dan melakukan sukaneka.
2.3

Masalah masalah yang akan timbul sekiranya aktiviti-aktiviti ini tidak

dapat diteruskan
Golongan ini masih tidak dapat perhatian masyarakat yang lain terhadap
kedaif-an mereka ini.
Pelajar-pelajar INTEC tidak belajar bersyukur terhadap nikmat yang diberikan
Allah SWT.
Pelajar-pelajar INTEC tidak dapat memahirkan diri dalam berkomunikasi
dengan golongan kurang bernasib baik malahan tidak belajar tentang batasbatas pergaulan.

3.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan yang terlibat dengan aktiviti ini adalah pelajar-pelajar ALUK
daripada pelbagai kursus.
Bilangan pelajar termasuk urus setia berjumlah 44 orang ; 42 pelajar dan 2
guru.

4.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA


Pengarah Projek

: Mohamed Azmil Irfan bin Mohamed Amiruddin

Tim. Pengarah Projek

: Mohd Anas bin Noor Azahari

Setiausaha

: Mohamed Sauddi Syamier bin Sauddi

Penolong Setiausaha

: Ahmad Nabil Fayyadh bin Shamsul Arifin

Bendahari

: Muhammad Azwan Aris bin Jamil Aris

Penolong Bendahari

: Mohamad Umeir bin Mohd Zulkufli

Biro Teknikal

: Muhammad Amin bin Ramlan

Biro Kenderaan

: Mohammad Jazeel Jakwan bin Jamaludin

Biro Keselamatan

: Mohd Ashraaf Iqmal bin Mohd Radzi

Biro Makanan

: Mohd Taqrimi bin Mohd Zaidi

Biro Aktivit

: Mohammed Zul Faez bin Azizul Hanafee

Biro Tajaan Luar


Biro Kebersihan

: Muhammad Akif bin Zainuddin


: Mohammed Khairul Najib bin Azman

5.0 TENTATIF PROGRAM


7.30 pagi

: Ahli bertolak dari Kolej Cemara

8.30 pagi

: Sarapan

9.00 pagi

: Taklimat ringkas oleh Pengerusi Pertubuhan dan Pendidikan Ikhwan

9:30 pagi

: Lawatan sekeliling bangunan tersebut.

10:00 pagi : Gotong-royong membersihkan surau dan kelas-kelas.


12.00 tgh

: Sesi berinteraksi bersama anak-anak yatim didalam kumpulan.

1:30 ptg

: Makan tengah hari dan solat zuhur

2:30 ptg

: Bertolak ke Tasik Shah Alam

3:00 ptg

: Menjalani aktiviti sukaneka.

5:00 ptg

: Solat Asar & Pemberian hadiah dan cenderahati.

6:00 ptg

: Bertolak pulang.

6.0 PERUNTUKAN BAJET


Bagi program ini, peruntukan projek telah disediakan dengan teliti bagi mengira kos
yang diperlukan. Pihak kami ingin memohon sebuah bas bagi kemudahan
pengangkutan dan keselamatan ahli-ahlinya ke rumah anak yatim tersebut. Kami telah
menjalankan kira-kira untuk bajet kami bagi program ini. Kami telah diberikan
peruntukan sebanyak RM 600 dan sebarang penambahan bajet akan ditanggung oleh
pihak kami.
BIL. PERKARA
1
SarapanPagi

BARANG
NasiLemak
Air Mineral

KUANTITI
44 X RM1.50
44 X RM1

Makan Tengah Hari

Nasi Lauk Ayam


Air Mineral

44 X RM3
44 X RM1

RM110.00
RM132.00
RM44.00

Keperluan Sukaneka

Belon
Tepung
Gula-gula

5 X RM6
5 X RM3
3 X RM40

RM176.00
RM30.00
RM15.00
RM120.00

TOTAL

HARGA
RM66.00
RM44.00

RM165.00
RM451.00

7.0 KAEDAH PERLAKSANAAN AKTIVITI


Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Kami akan membahagikan ahli-ahli kami kepada beberapa kumpulan secara rawak.
Setiap kumpulan akan bergerak mengikut tugasan yang akan diagihkan kepada
mereka. Seorang ahli kumpulan akan dilantik sebagai ketua bagi memastikan
kumpulan mereka tidak tersasar daripada motif sebenar program ini dilaksanakan.
Kaedah ini digunakan bagi memastikan setiap ahli kumpulan lebih teratur dalam
membuat tugasan mereka dan sekaligus merapatkan ukhwah di antara para pelajar.
Berinteraksi bersama anak yatim
Mengikut perancangan yang telah kami sediakan, kami akan mengadakan gotong
royong membersihkan surau mereka selain kelas-kelas yang berada didalam bangunan
tersebut. Kami juga akan mengadakan sesi berinteraksi bersama anak yatim dimana
kumpulan yang telah di agihkan akan mengendali beberapa anak yatim dan
melakukan aktiviti taauruf serta menyoalkan masalah-masalah yang dihadapi
samaada masalah diri sendiri mahupun pelajaran.

8.0 PENUTUP
Berkenaan dengan projek ini, kami memohon agar pihak pentadbiran INTEC, UITM
dapat memberikan sepenuh galakan, kerjasama dan dorongan agar projek ini dapat
berlangsung dengan jayanya. Selain itu, pelbagai nilai-nilai murni akan diterapkan
dalam diri para peserta di samping mereka merehatkan minda setelah melalui
berbulan-bulan proses pembelajaran dan berseronok dengan aktviti yang telah
dirangka untuk mereka.
Kami akan membawa dan megharumkan nama INTEC, UiTM di dunia luar dan
membuktikan bahawa seorang pelajar bukan sahaja harus mahir dalam akademik,
tetapi juga dalam aktiviti kokurikulum. Seterusnya, kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih atas segala pertolongan, nasihat dan galakan yang diberikan oleh pihak
tuan/puan.

Akhir sekali, adalah diharapkan agar permohonan ini diluluskan supaya kami dapat
menjalankan program ini dengan jayanya. Di samping itu, semua peserta akan
memperoleh banyak manfaat dari aktiviti ini.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

..........................................
Mohd. Sauddi Syamier bin Sauddi
Setiausaha Projek,
Korikulum Pelajar Luar Negara
011-21992568

Disemak oleh,

............................................
Tengku Nurhazwani Tengku Harudin
Penasihat,
Korikulum Pelajar Luar Negara
013-9130687

Anda mungkin juga menyukai