Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN 1: APAKAH YANG DIKATAKAN PENGURUSAN KURIKULUM

Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan


mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain
untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Kurikulum ialah unsur
budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid
tertentu (Mohd Daud, 1995). Ringkasnya pengurusan kurikulum yang mantap dan
bersistemetik menjamin peningkatan prestasi akademik sesebuah sekolah. Dasar
kurikulum yang jelas sudah pasti akan membantu sekolah mencapai objektif dan
matlamat penubuhannya.

Pengurus kurikulum di peringkat sekolah adalah diketuai oleh Pengetua atau
Guru Besar. Pengetua atau Guru Besar merupakan ketua organisasi yang penting
dan bertanggungjawab antara sekolah dengan komuniti. Peranan Pengetua atau
Guru Besar adalah pertama sebagai pemimpin kurikulum. Sebagai pemimpin
kurikulum, mereka bertindak dalam menetapkan visi dan misi kurikulum. Contohnya
misi Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen; misi sekolah ialah
beriltizam membangunkan pendidikan yang berkualiti untuk menjana insan
cemerlang dan holistik bertaraf dunia. Seterusnya merancang dan menentukan
pelaksanaan kurikulum, menentukan jenis-jenis mata pelajaran elektif, dan
sebagainya.

Kedua, pengetua bertindak sebagai pemantau kurikulum. Pengetua akan
melihat sama ada visi dan misi sekolah dijayakan atau adakah amalan pengajaran
dan pembelajaran adalah relevan dan sebagainya. Contohnya; pemeriksaan latihan
murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru mengikut garis panduan seperti; setiap
kali latihan diberikan dengan kadar segera, diperiksa dengan teliti, dibetulkan oleh
guru bagi setiap jawapan yang salah, diberikan komen yang membina, dicatitkan
tarikh pemeriksaan, buku latihan murid perlu dihantar ke pejabat pada setiap 3 bulan
untuk pengesahan Pengetua atau Guru Kanan.

Anda mungkin juga menyukai