PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin
Cetakan Jun 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
i
iii
Cetakan Jun 2013 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR- PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT. iv
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru I Panduan Pelajar vi - viii Pengenalan ix Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 :Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah Pentaksiran secara formal. - Jenis-jenis penilaian formal - Jadual Spesfikasi Ujian Pentaksiran secara tidak formal. - Jenis-jenis pentaksiran tidak formal
Tajuk 2 : Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral Jenis-jenis instrumen pentaksiran formal. - Objektif - Subjektif Jenis-jenis instrumen pentaksiran tidak formal. - Pemerhatian - Temubual - Hasil kerja murid - Senarai semak - Rekod Anekdot
KANDUNGAN MUKA SURAT v
Tajuk 3 : Isu-isu dalam Pentaksiran Pendidikan Moral Kelebihan Pentaksiran formal dan tidak formal. Kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal. Masalah perlaksanaan pentaksiran formal dan tidak formal.
Tajuk 4 : Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Tugas dan tanggung jawab Guru Panitia matapelajaran Pendidikan Moral. Tugas dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral. Mengurus sumber dan bahan Pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral. Melibatkan diri dalam aktiviti Pengajaran Pembelajaran Moral dalam dan luar sekolah.
Tajuk 5 : Tanggung jawab dan peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara Peranan guru Moral dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan. - Intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. - Peranan dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai hasrat Rukunegara. - Intipati Rukunegara. - Peranan dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Rukunegara. Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai Wawasan 2020. - Intipati Wawasan 2020. - Peranan dan tanggung jawab guru Pendidkan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Wawasan 2020. Peranan guru Pendidikan Moral dalam menjayakan kod etika perguruan. - Intipati kod etika perguruan.
vi
- Peranan dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan kod etika perguruan. Bibliografi 129 Panel Penulis Modul 130 Ikon Modul 131
vii
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber- sumber pembelajaran, dan masa anda.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
SASARAN KURSUS
Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG).
PANDUAN PELAJAR viii
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.
SUSUNAN TAJUK MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Agihan Jam pembelajaran Mengikut Kredit Kursus 3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Amali (3+0) Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3) Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2) Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali
70
60
70
62
70
65 Menghadiri kelas interaksi bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5 Latihan Amali* - 10 - 8 - 5 Perbincangan Atas Talian 7 7 5 5 5 5 Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15 Ulangkaji 10 10 10 10 5 5 Amali/Peperiksaan 2 2 2 2 2 2 Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40 ix
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
x
PENGENALAN
Kursus Program Pensiswazahan Guru yang ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru di Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan Mod Pendidikan Jarak Jauh.
Modul Pembelajaran Self Mastery dalam Pendidikan Moral mempunyaI Tiga Peringkat Semua modul digubal untuk pembelajaran kendiri dengan tujuan menjadikan anda seorang pelajar yang berdikari. Anda boleh mendapat ilmu dan kemahiran dalam kesemua modul mengikut pilihan anda sendiri sama ada di rumah, perpustakaan atau di mana sahaja anda rasa selesa.
Peringkat: Modul 1 mengandungi unit 1, 2 dan 3 Modul 2 mengandungi unit 4 dan 5
Dalam Modul 1, Unit 1 anda diperkenalkan kepada Konsep Asas Moral, diikuti dengan aspek Pemikiran Moral, Konsep Asas Nilai dan Insan Yang Bermoral, Nilai-nilai Agama dan Masyarakat dan Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak . Unit 2 mengandungi Sejarah dan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, Pendekatan Pendidikan Moral, Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Moral, Teknik-teknik Pengajaran Moral dan Pendekatan Kaedah Projek. Unit 3 ini memberikan pendedahan kepada Rancangan Pelajaran Pendidikan Moral, Persediaan Rancangan Pengajaran Pendidikan Moral, Pengenalan Pengajaran Mikro dan Makro dan juga input diberi berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran mikro dan makro.
Modul 4, Unit 4 memberikan fokus kepada Penilaian Pendidikan Moral, Pembinaan Instrumen Pengukuran dan Penilaian serta Penilaian Kendalian Sekolah Rendah. Manakala Unit 5 mengandungi Ciri-ciri Tanggungjwab Guru Pendidikan Moral, Isu-isu Pelaksanaan Pendidikan Moral Di Sekolah, Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dalam Pelbagai situasi di dalam dan di luar bilik darjah serta Jenis-jenis Sumber dan Pembinaan Sumber Pendidikan Moral.
Bagi setiap tajuk, nota ringkas disediakan untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan kursus. Selain daripada mempelajari bahan dalam modul ini, pelajar digalakkan merujuk kepada pelbagai sumber lain yang relevan kepada mata pelajaran Pendidikan Moral. Dalam setiap tajuk disediakan aktiviti-aktiviti untuk membantu anda lebih memahaminya. Semoga modul ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan ke arah kecemerlangan pendidikan.
Untuk mendapat faedah yang maksima daripada modul ini, sila baca bacaan asas yang dicadangkan serta nota-nota dalam modul ini secara teliti. Anda juga digalakkan membaca bahan bacaan sampingan yang bersesuaian dengan tajuk mdul ini. Selepas pembacaan, cuba menjawab soalan aktiviti yang disediakan untuk memperkukuhkan xi
lagi kefahaman anda. Sila catatkan soalan dan kemusykilan yang anda hadapi semasa membaca modul ini untuk mendapat penjelasan daripada pensyarah.
AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.
(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)
Bil. Tajuk / Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam 1. Tajuk 1 :Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah Pentaksiran secara formal. - Jenis-jenis penilaian formal - Jadual Spesfikasi Ujian Pentaksiran secara tidak formal. - Jenis-jenis pentaksiran tidak formal
8
8
-
2. Tajuk 2 : Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral Jenis-jenis instrumen pentaksiran formal. - Objektif - Subjektif Jenis-jenis instrumen pentaksiran tidak formal. - Pemerhatian - Temubual - Hasil kerja murid - Senarai semak - Rekod Anekdot 8 8
-
3. Tajuk 3 : Isu-isu dalam Pentaksiran Pendidikan Moral 8 8 xii
Bil. Tajuk / Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam Kelebihan Pentaksiran formal dan tidak formal. Kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal. Masalah perlaksanaan pentaksiran formal dan tidak formal.
-
4 Tajuk 4 : Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Tugas dan tanggung jawab Guru Panitia matapelajaran Pendidikan Moral. Tugas dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral. Mengurus sumber dan bahan Pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral. Melibatkan diri dalam aktiviti Pengajaran Pembelajaran Moral dalam dan luar sekolah. 3 7 10
5. Tajuk 5 : Tanggung jawab dan peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara Peranan guru Moral dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan. - Intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. - Peranan dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai hasrat Rukunegara. - Intipati Rukunegara.
2
3
6 xiii
Bil. Tajuk / Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam - Peranan dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Rukunegara. Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai Wawasan 2020. - Intipati Wawasan 2020. - Peranan dan tanggung jawab guru Pendidkan Moral dan sekolah dalam merealisasikan Wawasan 2020. Peranan guru Pendidikan Moral dalam menjayakan kod etika perguruan. - Intipati kod etika perguruan. - Peranan dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral dan sekolah dalam merealisasikan kod etika perguruan.
ILMU PERUBAHAN DALAM 4 LANGKAH: Strategi dan teknik operasional untuk memahami bagaimana menghasilkan perubahan signifikan dalam hidup Anda dan mempertahankannya dari waktu ke waktu