Anda di halaman 1dari 12

4.

0 Kecerdasan Emosi
Menurut Goleman (1996) kecerdasan emosi adalah kebolehan seseorang untuk
memahami perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang
berkesan dalam kehidupan seharian. Dengan mempunyai EQ yang tinggi, seseorang
dapat mengawal perasaan kecewa, sedih , murung dan perasaan negetif yang lain dengan
baik. Kecerdasan emosi juga membantu individu untuk mengawal dorongan diri.
Sekiranya seseorang mengalami kesusahan, EQ dapat membantunya agar tetap
bermotivasi serta optimistic serta menaruh harapan yang tinggi. Kecerdasan emosi juga
merupakan empati dan mengetahui bagaimana perasaan orang lain disekeliling kita.
Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran sosial yang membolehkan seseorang dapat
menyesuaikan diri dengan orang lain dan dapat mengurus perhubungan interpersonal
dengan baik dan dapat memujuk dan memimpin orang lain. Menurut Goleman (1995) EQ
adalah kebolehan untuk mengawasi emosi diri dan emosi pihak lain, dapat membezakan
kebaikan, dapat menggunakan maklumat fikiran dan tindakan seseorang.
4.1 Definisi Kecerdasan Emosi.
Kecerdasan emosi boleh didefinisikan sebagai kebolehan untuk memantau emosi, menilai
dan menjana emosi dalam membantu proses pemikiran dan membuat keputusan bagi
memperkembangkan kemahiran intelektual dan emosi (Salovey & Mayer, 1990).
Manakala Goleman (1995) mentakrifkan kecerdasan emosi sebagai keupayaan untuk
mengiktiraf perasaan sendiri dan perkara lain-lain bagi mendorong diri kita sendiri dan
menjayakan pengurusan emosi diri. Kecerdasan emosi merangkumi beberapa aspek iaitu
pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri
dan bertahan menghadapi kegagalan. Di samping itu, kesanggupan mengendalikan
dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati dan
menjaga supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir sendiri (Azhar,
2004).
Perkataan emosi berasal dari perkataan latin iaitu motere yang bermaksud bergerak dan
apabila ditambah huruf e- untuk menghubungkan move away yang mana setiap
emosi ini berkeupayaan boleh nampak dan berlaku (Goleman 1995) yang melibatkan
perasaan kegembiraan, kegusaran, kasih sayang, benci, takut, cemburu, keseronokan
ataupun berlakunya gangguan pada perasaan dan sebagainya. Emosi yang dialami akan
member kesan dan mempengaruhi keseluruhan pengalaman hidup seseorang sama ada
dari segi psikologi ataupun dari segi sosial. Oleh itu, emosi merupakan proses yang
mengerakkan tingkah laku yang berpunca dari perasaan (Freemantle 1998).
Kecerdasan pula merupakan keupayaan mental manusia dalam mencapai apa yang
diingini. Pengertian mengenai kecerdasan boleh dirumuskan kepada tiga (Chaplin 1981),
yang mana ia mempunyai persamaan dari segi makna iaitu :-
i. Keupayaan menghadapi dan penyesuaian diri terhadap situasi baru secara cepat
dan efektif.
ii. Keupayaan penggunaan konsep abstrak secara efektif yang meliputi tiga unsure
seperti memahami, memberi pendapat dan mengkritik.
iii. Keupayaan pemahaman pertalian-pertalian dan proses pembelajaran dengan cepat
dan pantas.
Oleh itu secara keseluruhan dari definisi di atas kecerdasan lebih memaparkan kepada
kemampuan atau keupayaan yang ditunjukkan dan dimiliki oleh seseorang individu
dalam menghadapi sesuatu situasi. Dalam dimensi kecerdasan, emosi sangat penting
dalam memandu kehidupan rasionaliti manusia kerana kedua-dua bentuk fikiran iaitu
fikiran rasional (otak kepala) dan fikiran emosional (otak hati) seharusnya wujud
keselarasan yang saling berpandu antara satu sama lain (Goleman 1995). Oleh itu
kecerdasan emosi bukan sahaja dapat memberi kebebasan kepada perasaan malah ia lebih
merupakan kemampuan atau keupayaan dalam mengendalikan pola perasaan sehingga
dapat dipaparkan secara tepat dan efektif (Goleman 1995). Setiap manusia mempunyai
keupayaan yang berbeza-beza dalam keupayaan mengendalikan dan menguruskan emosi
masing-masing (Mayer dan Slovey 1993; Mayer dan Geher 1996; Mayer, Caruso dan
Salovey 2000; Salovey dan Mayer 1990 dan Salovey, Hsee dan Mayer 1993).
Kemampuan dan keupayaan inilah akan menentukan tahap kematangan intelektual,
kesejahteraan emosi dan perkembangan diri seseorang individu. Oleh itu individu yang
berkemampuan atau berkeupayaan dalam menggunakan dimensi perasaan yang ada pada
dirinya dan diri orang lain merupakan individu yang dikatakan memiliki kualiti
kecerdasan emosi

4.2 Jenis Jenis Kecerdasan Emosi.
Goleman (1999) membahagikan kecerdasan emosi kepada dua kecekapan iaitu
kecekapan peribadi dan kecekapan sosial. Kedua-dua kecekapan ini membenarkan
seseorang mengawal diri sendiri dan berinteraksi dengan baik didalam masyarakat.
Beliau juga telah menentukan lima domain yang merangkumi :
1- Kesedaran Kendiri :domain asas sebelum kewujudan domain-domain lain.
2- Regulasi Kendiri : menentukan bentuk respons atau tindak balas yang dizahirkan oleh
seseorang.
3- Motivasi Kendiri : pendorong seseorang untuk mencapai matlamat.
4- Empati : kebolehan seseorang untuk mengetahui emosi orang lain.
5- Kemahiran Sosial : Kebolehan seseorang untuk berinterksi dengan orang lain.
Kelima lima domain ini adalah saling berkaitan dan saling melengkapi antara
satu sama lain. Tanpa satu kecekapan emosi, seseorang individu akan mengalami
masalah untuk mencapai matlamat dan keberhasilan didalam hidupnya. Pernytaan
sedemikian adalah interpretasi dan justifikasi Goleman (1999) terhadap penyebab
kegagalan dan keberhasilan seseorang dalam kehidupan peribadi dan profesion individu.

4.2.1 : Kesedaran Kendiri
Kesedarn Kendiri merupakan domain asas ,iaitu kebolehan mengenal pasti,
mengakui dan mengiktiraf perasaan, dan memahami mengapa perasaan itu wujud
membolehkannya bertindak balas dengan persekitaran dam membina makna hasil
dari tindakan dan reaksi itu.

4.2.2 : Regulasi Kendiri
Regulasi Kendiri bermaksud kebolehan seseorang untuk menilai keadaan
dalaman, naluri, dan sumber yang wujud dalam dirinya melalui lima sub domain
iaitu kawalan kendiri, kebolehpercayaan , bertanggungjawab, kebolehubahsuaian
dan inivatif.
4.2.3 : Motivasi Kendiri
Motivasi Kendiri merujuk kepada usaha dan daya ketahanan seseorang untuk
mencapai matlamat hidup, kebolehan seseorang membina dorongan pencapaian
yang tinggi, komitmen terhadap tugas, berinisiatif, optimistic dan berminat
terhadap apa yang dilakukannya.
4.2.4 : Empati
Empati bermaksud kebolehan untuk menyedari dan memahami perasaan oeang
lain (Goleman 1995) . Sifat empati membolehkan seseorang melihat atau
memahami sudut pandangan orang lain dari perspektif mereka, boleh menyelami
kepahitan, kesusahan, kekecewaan dan keraguan seseorang terhadap sesuatu
perkara.
4.2.5 : Kemahiran Sosial.
Kemahiran sosial merupakan kemahiran yang mencetuskan respon yang sesuai
dari orang lain yang dijelaskan melalui sub domain mempengaruhi,
berkomunikasi, mengurus konflik, kepimpinan, pemangkin perubahan, membina
hubungan, berkolaborasi dan berkerja sebagai satu pasukan.




4.3 Faktor Yang Mempengaruhi Ketidakstabilan Emosi.
4.3.1 Jantina
Kajian oleh Brody dan Hall (1993) mengenai perbezaan jantina dalam proses
sosialisasi mendapati lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dalam mempelajari
dan memahami cara menangani emosi masing-masing. Proses sosiolisasi yang berbeza
ada kesannya iaitu, golongan perempuan mempunyai tahap pengurusan dan pengendalian
emosi yang lebih tinggi berbanding lelaki. Kajian ini disokong oleh kajian-kajian yang
dijalankan oleh Collins dan Harpes (1974), Gilligan (1989) dan Block (1995). Walau
bagaimana pun, kajian tempatan oleh Yahaya dan Eng (2001) dan Tan (1996) tidak
menunjukkan perbezaan jantina, justru tidak menyokong kajian-kajian tersebut.

4.3.2 Stress
Apakah yang mendorong pelajar kita kepada stres?
1. Masa belajar yang panjang.
Pelajar-pelajar bangun untuk ke sekolah seawal jam 6 pagi dan pulang ke rumah jam
2 petang. Kemudian, ke kelas agama hingga jam 4 petang. Sebelah malam perlu
hadiri kelas tuisyen. Kekerapan kelas tuisyen ini pula bergantung kepada bilangan
subjek yang diambil. Ada pelajar terpaksa hadiri tiga hingga empat kali kelas tuisyen
seminggu. Dalam masa yang sama mereka perlu siapkan kerja sekolah. Jika kerja
sekolah tidak siap bermakna mereka terpaksa berhadapan tindakan guru dan didenda.
Ada ketikanya dimalukan. Disamping kerja sekolah, mereka juga mungkin diberikan
kerja oleh guru tuisyen. Ulang kaji perlu dilakukan terutamanya apabila tahun ini
mereka berhadapan dengan peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM.
Bayangkan apabila pelajar yang mengambil sembilan subjek diberikan kerja sekolah
yang banyak oleh guru. Mereka tidak sempat menyiapkannya dan tiada masa urusan
lain. Hinggakan, waktu cuti pun tidak dapat cuti. Waktu perayaan pun terpaksa bawa
kerja sekolah. Hinggakan apabila balik kampung, beg sekolah pun terpaksa dibawa
sama. Semua ini menuntut masa belajar yang panjang. Masa mana agaknya mereka
punya masa untuk diri mereka sendiri? Ada juga pelajar seawal usia tujuh atau lapan
tahun sudah dibebankan dengan semua ini sedangkan itulah masanya mereka mahu
meneroka zaman kanak-kanak mereka. Tiga puluh tahun dahulu, pelajar seusia
mereka punya masa yang banyak bergaul dan bermain lalu membina kemahiran
sosial yang tinggi. Hari ini, pelajar banyak meluangkan masa membina kemahiran
sosial melalui Internet dengan melayari laman sosial seperti facebook dan twitter.
Kemahiran sosial yang diperolehi melalui Internet tidak sama dengan berjumpa dan
bergaul secara fizikal. Ini menimbulkan ketagihan laman sosial yang membawa
kepada masalah baru.

2. Harapan yang tinggi daripada ibu bapa dan guru.
Hari ini ibu bapa dan guru berlumba-lumba mahukan anak-anak dan pelajar
mendapat semua A dalam peperiksaan. Ibu bapa yang berkemampuan melakukan apa
sahaja dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan tinggi bagi memastikan anak-anak
mereka cemerlang. Bagi ramai ibu bapa malu jika anak mereka hanya mendapat 3A
2B dalam UPSR. Mereka mahukan 5A. Kasihan melihat anak-anak yang dikerah dan
dipaksa belajar bagi memenuhi hasrat dan cita-cita ibu bapa dan guru, bukan cita-
citanya sendiri. Ada beberapa sebab yang mendorong sikap obses semua ini.
keputusan anak apabila mereka tahu anak kita menduduki peperiksaan penting.
Kegagalan anak dilihat sebagai kegagalan ibu bapa itu sendiri. Kedua, syarat
kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP) yang memberikan laluan kepada
pelajar yang hanya mendapat semua A juga satu tekanan. Malah ada SBP yang
langsung tidak memberikan borang permohonan kepada pelajar yang tidak mendapat
semua A. Berbeza 30 tahun dulu, pelajar yang mendapat 2A atau 3A dalam
peperiksaan masih punya harapan memasuki SBP kerana turut mengambil kira faktor
demografi dan latar belakang ekonomi keluarga. Ketiga, guru-guru turut memberikan
tekanan ke atas murid bagi mencapai sasaran sekolah dan memenuhi tanda aras yang
diletakkan oleh jabatan pendidikan. Sudah sampai masanya ibu bapa dan guru
memikirkan pembangunan diri pelajar yang lebih seimbang. Mendapat semua A
dalam peperiksaan bukan jaminan anak-anak ini boleh cemerlang dalam kehidupan.
Ramai yang menjawat jawatan sebagai ketua, menjadi pemimpin masyarakat dan
mencipta kecemerlangan dalam kerjaya hari ini datangnya daripada golongan pelajar
yang biasa sahaja ketika di sekolah. Tetapi mereka memiliki EQ (Emotional
Quotient) yang baik dan kemahiran sosial yang tinggi. EQ dan kemahiran sosial
terbina sejak kecil melalui aktiviti, pergaulan, perhubungan, interaksi dan proses
komunikasi. Apabila anak-anak hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik
semata-mata, mereka tiada peluang memantapkan EQ dan membina kemahiran sosial
ini. Kesannya, mereka tidak pandai bergaul, lemah jiwa, cepat mengalah dan putus
asa, rendah diri, tidak tahu memimpin, tidak pandai berkomunikasi dan tidak sensitif
dengan perasaan orang lain. Estim diri mereka rendah. Sebab itulah ibu bapa dan
sekolah perlu babitkan anak-anak secara aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti
sukan, pasukan beruniform dan berpersatuan.

3. Tekanan daripada rakan sebaya
Stres yang ketiga datangnya dari rakan sebaya. Ada ketikanya anak kita dipinggirkan
hanya kerana berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan cara dan tingkah laku
mereka. Pelajar yang bersekolah di sekolah harian mungkin tidak begitu tertekan
berbanding dengan pelajar SBP. Sebab di SBP, anak-anak jauh daripada keluarga
maka rakan-rakanlah yang keluarga terdekat mereka. Hingga ada di antara anak-anak
terpaksa mengikut telunjuk rakan meski pun tahu ia satu kesalahan kerana enggan
dikatakan berbeza. Sebab itulah anak-anak perlu dibekalkan dengan kemahiran
bergaul dan kebolehan mempengaruhi agar mereka dapat menyesuaikan diri secara
positif dengan rakan-rakannya. Malah, ada beberapa kes ponteng sekolah yang
berlaku kesan daripada tekanan rakan sebaya ini. Ibu bapa dan guru perlu tingkatkan
benteng diri pelajar dengan sentiasa menasihati dan mendorong mereka secara
positif. Mencuri masa hanya lima minit, setiap kali sebelum memulakan kelas, bagi
membuka minda dan mendorong pelajar boleh memberikan impak yang besar dalam
hidup mereka. Maklumkan kepada pelajar bagaimana menguruskan rakan-rakan
yang negatif agar tidak memberikan tekanan kepada mereka. Sediakan jalan mudah
bagi menyampaikan aduan dan rahsiakan siapa si pengadu demi kebaikan mereka.
Ramai pelajar yang tidak berani tampil ke hadapan dan membuat sebarang aduan
kerana mereka tidak percaya kepada pengawas dan guru serta tidak yakin akan
ketelusan sistem yang sedia ada.

4.4 Ciri-Ciri Yang Membentuk Kecerdasan Emosi
Salovey dan Mayer mengatakan bahawa kecerdasan emosi mengumpulkan kecerdasan
interpersonal dan kecerdasan intrapersonal Gardner yang boleh dikategorikan kepada
lima perkara iaitu kesedaran diri, pengurusan emosi, motivasi diri, empati dan
mengendalikan hubungan. Kesedaran diri merupakan satu pemerhatian terhadap diri dan
mengakui suatu perasaan sebagai satu kejadian. Pengurusan emosi pula merupakan satu
pengendalian perasaan di mana ia boleh disesuaikan, menyedari sesuatu perkara di
sebalik emosi, menemui cara mengendalikan perasaan bimbang dan takut, perasaan
marah dan juga sedih. Motivasi diri pula merupakan satu penyaluran perasaan ke arah
satu matlamat, mengawal emosi kendiri, melewatkan ganjaran dan menyekat dorongan.
Empati pula merupakan satu perasaan atau kemampuan untuk menyelami dan memahami
perasaan atau emosi orang lain. Sementara mengendalikan hubungan pula adalah satu
pengurusan perasaan, kecekapan dan kemahiran sosial.
Menurut Mayer dan Salovey pula, kecerdasan emosi adalah sejenis kecerdasan
sosial yang melibatkan kebolehan untuk mengawasi diri sendiri dan juga orang lain serta
boleh membezakan diri dengan orang lain. Ia juga menggunakan maklumat untuk
membimbing ke arah satu pemikiran dan juga tindakan.
Menurut Young istilah kecerdasan emosi didefinisikan sebagai kecerdasan sosial
yang melibatkan kemahiran untuk memantau dan membuat diskriminasi di antara emosi
sendiri dan emosi orang lain, di samping memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan
pemikiran dan tindakan seseorang itu.
Menurut Goleman pula, kecerdasan emosi secara spesifiknya, terdiri daripada
empat konstruk penting. Konstruk-konstruk itu adalah kawalan diri, motivasi/kesedaran
diri, pengurusan emosi dan kemahiran sosial. Konstruk yang pertama adalah kawalan
diri. Ia merujuk kepada kemahiran mengawal tindakan dan perasaan sebelum melakukan
sesuatu perkara.

Konstruk yang kedua pula adalah motivasi/kesedaran diri. Ia merujuk kepada
usaha dan daya ketahanan seseorang untuk mencapai matlamat hidup. Konstruk yang
seterusnya adalah pengurusan emosi. Pengurusan emosi merujuk kepada kemahiran
menguruskan perasaan dan pembentukan konsep atau menyanjung diri. Konstruk
yang terakhir adalah kemahiran sosial. Ia merujuk kepada kemahiran menjalinkan
perhubungan atau persahabatan dengan orang lain seperti kemahiran komunikasi dan
kemahiran berunding.
Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang
individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya
ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta
mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain.
Sementara individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan
bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat
hidup yang kurang jelas. Selain itu juga, individu tersebut kurang mahir mengurus
perasaan negatif serta kurang mahir dalam menjalinkan persahabatan dengan orang
lain. Secara keseluruhannya, kecerdasan emosi menekankan tentang ciri sahsiah yang
dimiliki oleh seseorang individu itu. Kemahiran sosial dan emosi adalah lebih
penting dalam kejayaan hidup daripada kebolehan intelektual semata-mata.
Bagaimanapun, setakat ini tidak ada ujian yang tepat bagi mengukur kecerdasan
emosi seperti yang dilaksanakan untuk menguji dan mengukur kecerdasan
intelektual. Menurut Elaine de Beauport57, terdapat tiga belas darjah kecerdasan.
Tiga belas darjah kecerdasan ini dirangkumkan kepada tiga teori susunan otak (the
tribune brain theory) iaitu neokorteks, sistem limbik dan reptilian kompleks yang
mempunyai darjah kecerdasan yang berbeza di antara satu sama lain.

Darjah kecerdasan mengikut susunan otak neokorteks terdiri daripada empat
bahagian. Bahagian yang pertama, rasional yang merupakan kebolehan untuk melihat
sebab dan akibat, proses urutan deduksi, proses membuat rumusan dan kesimpulan.
Bahagian kedua adalah hubungan dan pertalian. Ia merupakan satu kebolehan
melihat secara rambang, meluaskan maklumat melalui pertalian rambang secara
keseluruhan dan melihat hubungan antara maklumat dan bahan. Bahagian ketiga
pula, visual atau imaginal yang merupakan satu kebolehan untuk melihat secara
bayangan dan penggambaran. Sementara bahagian keempat adalah intituisional yang
merupakan satu kebolehan untuk mengetahui dari pengalaman secara langsung
dengan tidak menggunakan sebab.

Bagi darjah kecerdasan dari susunan otak limbik pula, ia terbahagi kepada enam
bahagian. Bahagian pertama adalah afeksi. Ia merupakan kebolehan seseorang
individu menghayati dan mengembangkan perasaan kejiranan dengan seseorang
individu, tempat, benda mahupun idea.
Bahagian kedua pula adalah motivasi. Ia merupakan satu kebolehan yang
menghampiri kemahuan atau kehendak seseorang individu dan mengetahui apa yang
perlu dihampiri dan apa yang mahu diusahakan atau digerakkan untuk bertindak
terhadap sesuatu perkara.

Bahagian seterusnya adalah rasa hati. Ia merupakan satu kebolehan mencipta
pelbagai suasana hati dan menukarkannya kepada suasana yang lain seperti suka-
duka, cinta-benci, marah-sayang dan sebagainya. Bahagian keempat adalah mulut. Ia
merupakan satu kebolehan menyedari dan memandu getaran yang berkaitan dengan
kawasan oral iaitu kawasan mulut.

Bahagian kelima pula adalah rongga hidung yang merupakan satu kebolehan
menyedari dan memandu getaran yang berkaitan dengan kawasan nasal iaitu
kawasan hidung. Bahagian terakhir adalah dorongan keseksualan. Dorongan
keseksualan merupakan satu kebolehan menyedari untuk menerima dan
menunjukkan getaran yang boleh melahirkan tarikan.
Bagi darjah kecerdasan dari susunan otak reptillia kompleks pula, ia terdiri daripada
tiga bahagian iaitu bahagian yang pertama, asas. Bahagian ini merupakan satu
kebolehan untuk melawan dan melari, meniru dan menghalang idea yang beralinan
dan bertindak. Bahagian kedua pula adalah Rutin. Rutin adalah satu kebolehan
mengenal, mencipta dan mengekalkan ulangan-ulangan irama (rhythm). Dan
bahagian terakhir yang ada dalam susunan otak reptillia kompleks ini adalah
kelaziman. Kelaziman merupakan satu kebolehan mengenal, mencipta dan
mengekalkan irama yang ditimbulkan oleh seni, muzik, drama, pemikiran dan
tindakan.

Apa yang telah dirumuskan semenjak tahun 1983 oleh Pengarah Penyelidikan
Kognitif Universiti Harvard, Dr Howard Gardner terdapat tujuh jenis darjah
kecerdasan. Darjah kecerdasan yang pertama adalah darjah kecerdasan linguistik. Ia
merupakan satu kebolehan menggunakan bahasa, makna perkataan dan hubungan
antara perkataan atau dengan kata lainnya ia merupakan satu kebolehan mempelajari
pelbagai bahasa.

Darjah kecerdasan yang kedua pula adalah darjah kecerdasan spatial yang
merupakan satu kebolehan mencipta benda di alam ini dan kemudiannya melahirkan
semula gambaran tersebut di dalam minda.
Darjah kecerdasan yang seterusnya adalah darjah kecerdasan muzik atau irama.
Darjah kecerdasan muzik atau irama ini merupakan satu kebolehan mengenalpasti
irama, intonasi dan seni suara.

Darjah kecerdasan yang keempat adalah darjah kecerdasan kinestetik. Darjah
kecerdasan kinestetik adalah satu kebolehan menggunakan fizikal badan dan
kemudiannya mencipta semula perlakuan perasaan fizikal.
Darjah kecerdasan yang kelima pula adalah darjah kecerdasan logik matematik.
Darjah kecerdasan logik-matematik adalah satu kebolehan melakukan penakulan
atau mencari sebab-musabab sesuatu perkara.
Darjah kecerdasan yang keenam adalah darjah kecerdasan interpersonal. Darjah
kecerdasan interpersonal merupakan satu kebolehan seseorang individu itu
berinteraksi, memahami kemahuan, motivasi, perasaan, fikiran dan perlakuan
seseorang yang lain.
Darjah kecerdasan yang terakhir adalah darjah kecerdasan intrapersonal. Darjah
kecerdasan intrapersonal ini merupakan satu kebolehan seseorang individu itu
memahami kemahuan, matlamat dan perasaan diri sendiri.
Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Beauport dan Gardner inilah ciri-ciri
penting dalam kecerdasan emosi di mana darjah kecerdasan dalam otak limbik yang
disarankan oleh Beauport serta darjah kecerdasan interpersonal dan intrapersonal
yang dikenalpasti oleh Gardner digabungkan.

Anda mungkin juga menyukai