Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard


Sekolah Rendah (KSSR), pelbagai Bahan Bantu Mengajar dan Belajar digunakan
sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
berkesan. Bahan Bantu Mengajar dan Belajar juga dikenali sebagai bahan manipulatif
dan media pengajaran. Ia merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar,
dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu dan digunakan.
Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar dan Belajar adalah untuk memudahkan
pengajaran berkesan dan membantu keberkesanan pemahaman murid tentang sesuatu
kemahiran dalam topik pembelajaran. Kepentingan penggunaan Bahan Bantu Mengajar
dan Belajar adalah untuk menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjadi daya penarik serta dapat menghasilkan
pembelajaran yang lebih kekal dengan memberi pengalaman sebenar kepada murid.
Dalam pendidikan matematik, setiap guru perlu memaparkan sifat-sifat yang
matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana dalam
menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran matematik
yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah dan
menyeronokkan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah
mengajar, dan gaya pembelajaran murid serta bahan bantu mengajar dan belajar yang
bersesuaian mestilah dikuasai sepenuhnya oleh para pendidik matematik.
Kit pembelajaran matematik mengandungi berbagai jenis alat bantu mengajar
dan belajar matematik dan Buku Panduan menggunakannya. Alat-alat yang terkandung
dalam Kit pembelajaran matematik ialah seperti abacus/dekak-dekak, pembilang, kad
jalur, kad nombor, papan pecahan berwarna, papan Geometri, carta berpetak, muka
jam dengan jarum bergerak, alat pengukur panjang,alat penimbang, bongkah 3 matra
dan sebagainya. Semua alat bantu mengajar dan belajar tersebut sesuai untuk
mengajar topik-topik matematik yang berkaitan.



ISI KANDUNGAN

1. Artikel dari Internet
a) Papan Geo
b) Cuisenaire Rod
2. Peta Minda
a) Papan Geo
b) Cuisenaire Rod
3. Manual penggunaan kit pembelajaran matematik (geoboard)
4. Aktiviti pengajaran menggunakan kit pembelajaran (geoboard)
a) Rancangan pengajaran harian matematik tahun 4
b) Gambar-gambar aktiviti P & P di dalam kelas=====
5. Rujukan
6. Refleksi
7. Borang kolaborasi
8. Lampiran













KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK SEKOLAH
RENDAH. [GEOBOARD DAN JADUAL SIFIR PELBAGAI GUNA (JSPG)]





Apa itu
Geoboard
Bahan
Manipulatif
dalam
Matematik
Papan berpaku
yang sederhana
besar
Paku-paku
disusun secara
rapi mengikut
petak segi
empat sama
Diperkenalkan
dan
dipopularkan
oleh Caleb
Gattegno
(1950)


Fungsi
Geoboard
untuk membina
bentuk 2D
dengan baik
untuk
memperkenalkan
konsep luas
dalam tajuk
ruang
untuk
memperkenalkan
ciri-ciri bentuk 2D

Ciri-Ciri
Geoboard
terdiri
daripada
beberapa
petak segi
empat sama
25 paku
Geoboard
biasanya
digunakan di
dalam kelas
menggunakan
gelung getah
pelbagai warna
untuk
menghasilkan
bentuk
mudah
dibawa dan
selamat
digunakan
MANUAL PENGGUNAAN KIT PEMBELAJARAN MATEMATIK
(GEOBOARD DAN JSPG)


Geoboard atau papan geo amat sesuai digunakan untuk memperkenalkan
konsep luas dalam tajuk Ruang kerana ia terdiri daripada beberapa petak segiempat
sama. Ia juga boleh digabungkan dengan Jadual Sifir Pelbagai Guna (JSPG) jika ia
mempunyai 100 petak segi empat yang sama besar. Ini kerana konsep luas mempunyai
perkaitan dengan operasi darab.
Berikut adalah beberapa cara penggunaan Geoboard dan JSPG untuk mengajar
konsep luas dalam tajuk ruang.

1. Kita akan menggunakan gelung getah dalam papan geo ini. Tujuan gelang getah
ini adalah untuk membina bentuk pada papan geo.
















2. Letakkan gelung getah pada papan geo untuk membentuk sebuah segi empat
sama 1 x 1 unit persegi.












3. Minta murid mengira bilangan segi empat yang dibentuk menggunakan gelung
getah.













4. Tentukan luas segi empat itu dengan mengira bilangan segi empat sama yang
dirangkumi oleh gelung getah.













5. Ulang langkah 2 dengan menggunakan gelung getah yang berbeza warna untuk
membentuk sebuah segi empat sama 3 x 3 unit persegi seperti rajah di bawah.











6. Kemudian keluarkan gelung getah tadi dan cuba bina bentuk yang lain seperti
segi empat tepat dengan mengubah kedudukan gelung getah.













7. Kira jumlah segi empat sama pada papan geo yang dirangkumi oleh gelung
getah. Jumlah segi empat sama yang dirangkumi oleh gelung getah merupakan
luas bagi segi empat tepat yang dibentuk tadi.


8. Selepas itu, kita boleh cuba untuk mencari luas gabungan dua bentuk seperti
segi empat sama dan segi empat tepat.







9. Masukkan gelung getah untuk membentuk sebuah segi empat sama 3 x 3 unit
persegi dan gelung getah yang lain untuk membentuk sebuah segi empat tepat 5
x 3 unit persegi.














10. Kirakan jumlah segi empat sama yang dirangkumi oleh gelung getah 3 x 3 unit
persegi. Selepas itu, kirakan jumlah segi empat sama yang dirangkumi oleh
gelung getah 5 x 3 unit persegi. Kemudian, tambah kedua-dua jumlah segi
empat sama tersebut untuk menentukan luas bagi gabungan kedua-dua bentuk
tersebut.






11. Bentuk semula sebuah segi empat sama 3 x 3 unit persegi dengan menggunakan
gelung getah pada papan geo.












12. Pindahkan bentuk yang dihasilkan pada papan geo ke kertas geo.














13. Sekarang kita kaitkan rumus luas dengan penggunaan JSPG dan papan geo.


Ini bermakna luas kawasan yang dirangkumi oleh gelung getah ialah 3 unit x 3 unit
= 9 unit persegi.

Gantikan setiap sisi petak dengan 1 cm. Maka, luasnya ialah 3 cm x 3 cm = 9 cm
2
.













14. Dengan menggunakan JSPG kita boleh menyemak jawapan dengan melukis
bentuk yang dihasilkan pada kertas geo dan dibandingkan dengan JSPG untuk
mencari luas bentuk tersebut.




Panjang (p) x Lebar (l) = Luas

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT (4)

Mata pelajaran : Matematik
Tarikh : 24 September 2012
Hari : Isnin
Masa : 0800 0900 (1 jam)
Tajuk : Ruang
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid boleh:
1. Membentuk segi empat sama dan segi empat tepat
pada papan geometri
2. Melukis rajah segi empat sama dan segi empat tepat
pada kertas geometri tanpa bantuan jangka lukis.
3. Mengira luas segi empat sama dan segi empat tepat
menggunakan papan geometri dan JSPG
Kaedah pengajaran : Perbincangan dan tunjuk cara
Penerapan nilai : Tepat, bersih dan kreatif
KBKK : 1. Mengecam pola
2. Membuat gambarajah
3. Mengecam bentuk
Alat berfikir : Alat pengurusan grafik
Media pengajaran : kertas geometri, papan geometri, JSPG, slaid Power
point
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengenal bentuk segi empat sama pada
pelajaran lepas



Langkah/Masa Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Media
Pengajaran
Kemahiran
Generik
Guru Murid
Set induksi
( 5 minit )


Mengulangkaji
bentuk-bentuk
segi empat
sama dan segi
empat tepat dan
ciri-cirinya.

Guru menayangkan
slaid power point
tentang bentuk
bentuk segi empat
sama dan segi
empat tepat.

Guru menyoal
beberapa soalan
tentang ciri-ciri
bentuk segi empat
sama dan segi
empat tepat

Guru member pujian
kepada jawapan
yang betul


Murid menyebut nama
bentuk yang
ditayangkan.

Murid menyatakan ciri-
ciri bentuk segi empat
sama dan segi empat
tepat

Slaid power point

Kecerdasan
ruang

Intrapersonal

Langkah 1
( 15 minit )

Membentuk segi
empat sama
dan segi empat
tepat pada
papan geometri

Guru membimbing
pelajar membina
bentuk segi empat
sama dan segi
empat tepat pada
papan geo
menggunakan
gelung getah.


Murid membina bentuk
segi empat sama dan
segi empat tepat pada
papan geo
menggunkan gelung
getah

Papan Geometri

Membentuk
rajah

Kecerdasan
Kinestetik.
Langkah 2
( 15 minit )

Melukis bentuk
segi empat
sama dan segi
empat tepat
yang dihasilkan
pada papan geo
pada kertas
geo.


Guru membimbing
pelajar melukis
bentuk segi empat
sama dan segi
empat tepat pada
kertas geometri.

Murid melukis bentuk
segi empat sama dan
segi empat tepat pada
kertas geometri

Murid melukis tanpa
perlu mengukur bentuk
dan hanya berdasarkan
unit-unit pada papan
geo dan dipindahkan ke
kertas geo.


Kertas geometri

Mengecam pola
dan bentuk

Kecerdasan
Kinestetik
Langkah 3
( 15 minit )

Mengira luas
segi empat
sama dan segi
empat tepat
menggunakan
unit persegi dan
ditukar kepada
cm persegi
menggunakan
Jadual sifir
pelbagai guna
(JSPG)

Guru membimbing
murid mengira luas
bentuk
menggunakan unit
persegi pada kertas
geo dan ditukar
kepada cm persegi
menggunakan
JSPG.

Guru mengaitkan
rumus luas dengan
JSPG
Luas = panjang x
lebar


Murid mengira jumlah
unit yang dirangkumi
oleh bentuk segi empat
sama dan segi empat
tepat pada kertas
geometri dan
menyatakan jumlahnya.
Jumlah tersebut
merupakan luas bentuk
dalam unit persegi.

Murid menukar luas
dalam unit persegi
kepada cm persegi

Murid menggantikan
setiap sisi pada petak
dalam kertas geo
kepada cm dan
memasukkan jumlah
sisi dalam cm kepada
rumus luas.

Jadual Sifir
Pelbagai Guna
(JSPG)

Kecerdasan
Kinestetik
Langkah 4
( 7 minit )

Aktiviti
pemulihan dan
pengayaan

Edarkan lembaran
kerja sebagai aktiviti
pengayaan dan
pemulihan

Menjalankan tugasan
berdasarkan lembaran
kerja yang dibekalkan

Lembaran kerja

Kecerdasan
intrapersonel
Penutup
( 3 minit )

Merumus isi
pelajaran

Bersoal jawab
dengan murid.

Menekankan rumus
luas iaitu:

Luas = panjang x
lebar


Murid menjawab soalan
yang dikemukan oleh
guru.

Murid mencatat rumus
luas dalam buku
latihan.








GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI P & P DI DALAM KELAS

Anda mungkin juga menyukai