Anda di halaman 1dari 6

KAUNSELING KELOMPOK

Kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai satu proses kaunseling yang melibatkan beberapa orang klien. Kemahiran yang digunakan oleh kaunselor dalam proses kaunseling kelompok ini adalah sama dengan kemahiran yang digunakan semasa proses kaunseling individu Cuma bezanya sesi kaunseling dijalankan bersama sekumpulan klien. Satu kumpulan itu dipanggil kelompok apabila bilangan ahli dalam kumpulan itu seramai tiga atau lebih ahli dan biasanya tidak melebihi daripada sepuluh orang ahli.

Ahli-ahli dalam kelompok ini mempunyai pengaruh antara satu sama lain dengan tujuan menolong menyelesaikan masalah dalam kalangan ahli. Jika ahli dalam sebuah kelompok itu melebihi had maka pergerakan interaksi akan terjejas kerana ahli kelompok berasa terancam dengan kehadiran yang ramai untuk meluahkan satu perkara yang amat peribadi.

Terdapata beberapa jenis kelompok dan kelompok yang paling popular dalam kaunseling kelompok adalah kelompok bimbingan dan kelompok kaunseling.

Kelompok bimbingan biasanya digunakan untuk penyebaran maklumat khususnya untuk murid-murid sekolah atau pelajar institusi pengajian tinggi. Topik perbincangan kelompok akan dipilih oleh kaunselor . contoh topik yang dipilih oleh kaunselor adalah bahaya merokok atau kepentingan menepati masa yang mana semua ahli dalam kelompok boleh mengutarakan pandangan mereka terhadap isu-isu yang dapat memberikan maklumat tambahan kepada mereka.

Manakala kelompok kaunseling pula menumpukan kepada topik tertentu yang hendak disebarkan. Peranan kaunselor ialah mewujudkan suasana selamat bagi ahli-ahli kelompok berbincang dan tidak merasa terancam oleh ahli- ahli lain. Perkara yang biasa yang dibincangkan adalah hal yang berkaitan dengan keluarga dan perkara peribadi.

MATLAMAT KAUSELING KELOMPOK

MATLAMAT KAUSELING KELOMPOK

Matlamat kauseling kelompok adalah berbeza dengan kaunseling individu kerana ia melibatkan lebih daripada seorang klien. Oleh kerana bilangan klien yang terlibat dalam kaunseling keompok adalah lebih daripada seorang,maka mereka perlu berbincang antara mereka berkenaan isu atau masalah yang dibincangkan. Jadi matlamat kauseling kelompok yang pertama adalah membentuk kemahiran sosial antara ahli kelompok semasa berinteraksi. Ini kerana setiap ahli harus memberikan pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu perkara. Ini akan membantu meningkatkan kemahiran sosial mereka terutamanya ahli kelompok yang mempunyai masalah atau kurang kemahiran bersosial dalam masyarakat. Oleh itu kaunselor memainkan peranan yang penting dalam memastikan semua ahli kelompok selesa untuk mengeluarkan pendapat atau pendangan mereka dalam sesi kaunseling kelompok.

Kaunseling kelompok juga bertujuan untuk memupuk perasaan percaya mempercayai dan hormat menghormati antara klien dalam kelompok. Ini kerana semasa kaunseling kelompok dijalankan, ahli kelompok perlu terbuka dalam mengutara dan membincangkan masalah atau isu-isu tertentu. Dan apabila seseorang klien itu membincangkan masalah diri dalam kelompok, dia perlu percaya kepada kaunselor dan rakan-rakan yang mendengar. Rasional bagi perkara ini adalah kerana isu perbincangan yang dibincangkan dalam kelompok akan berakhir di dalam sesi dan tidak akan dibincangkan di luar waktu sesi. Seseorang klien itu juga perlu mendengar masalah ahli kelompok yang lain jadi demi mendapatkan kepercayaan mereka. Ahli kelompok juga perlu menghormati ahli kelompok yang lain semasa sesi dijalankan misalnya mendengar dengan teliti pendapat atau luahan perasaan ahli kelompok yang bercakap. Dalam kes ini perlu ada perjanjian diantara kaunselor dengan klien- klien serta perjanjian antara klien-klien agar setiap isu peribadi yang dibincangkan tidak akan dibawa keluar daripada sesi kaunseling.

Masa juga dapat dijimatkan melalui kaunseling kelompok. Ini kerana ada sesi kaunseling kelompok mengumpulkan klien-klien yang mempunyai

masalah yang lebih kurang sama terutamanya masalah masalah hubungan atau

masalah interpersonal

Jadi sesi kaunseling kelompok dapat dijalankan dengan

.. lancar dan berkesan dan habis pada waktu yang ditetapkan kerana ahli kelompok mempunyai masalah yang lebih kurang sama dan mereka tidak sukar dalam mengutarakan pendapat atau meluahkan perasaan mereka. Selain itu, klien juga dapat meneroka masalah interpersonalnya dan perasaannya dalam konteks sosial. Maklum balas yang diperoleh daripada ahli kelompok yang lain akan lebih mempengaruhi seseorang klien itu berbanding dengan pengaruh kaunselor kerana kebanyakan ahli kelompok adalah rakan yang sebaya. Klien akan mengalami pertumbuhan psikologis melalui proses mendapatkan maklum balas yang ikhlas daripada ahli kelompok yang sebaya dengannya. Kelompok kaunseling akan menjadi satu masyarakat kecil dimana klien akan menghadapi peer pressure, pengaruh sosial dan keakuran sebagai sebahagian daripada pengalaman kaunseling.

Kaunseling kelompok juga bertujuan untuk memberi peluang kepada klien-klien mencuba tingkah laku baru dalam kelompok kaunseling. Ini kerana kelompok kaunseling adalah sebuah kelompok yang kecil dimana kadar tekanan untuk klien untuk mencuba tingkah laku baru adalah rendah. Misalnya seorang klien yang malu untuk bercakap boleh meningkatkan keberaniannya untuk bercakap dalam kelompok kaunseling apabila diminta untuk memberikan pendapat atau pandangan. Keyakinan seseorang klien itu bertambah bukan sahaja disebabkan kelompok yang kecil,malah sokongan daripada ahli kelompok serta kaunselor juga dapat membantu seseorang klein itu untuk berani bercakap. Malah di Amerika Syarikat, banduan yang paling pendiam pun boleh bercakap dengan baik semasa kaunseling kelompok dijalankan kerana saiz kelompok yang kecil ditambah lagi dengan sokongan daripada ahli kelompok dan kaunselor.

Kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan ahli kelompok

juga dapat ditingkatkan. Ini kerana kaunseling kelompok merupakan satu bentuk sumbang saran dimana setiap ahli kelompok akan menyumbangkan idea dan pandangan merekak mengenai sesuatu isu yang diketengahkan. Melalui idea dan pandangan yang di berikan oleh ahli kelompok yang lain, seseorang klien akan dapat mencari jalan penyelesaian yang sesuai untuk menyelesaikan masalahnya. Maka kaunselor harus memainkan peranan beliau dimana beliau perlu menggalakkan setiap ahli kelompok memberikan idea atau pandangan mereka terhadap masalah rakan kelompok mereka agar dapat membantu rakan mereka mencari jalan penyelesaian. Lebih banyak idea atau pandangan yang diberikan adalah lebih baik kerana klien itu boleh memilih jalan penyelesaian yang sesuai dengan dirinya untuk menyelesaikan masalahnya.

Kaunseling kelompok amat sesuai sebagai satu langkah intervensi untuk kanak-kanak kerana ia digunakan secara berasingan atau sebagai pelengkap kepada kaunseling individu. Kelompok merupakan satu bentuk persekitaran semula jadi bagi kanak-kanak kerana mereka akan berada dalan kalangan rakan-rakan yang sebaya dengan mereka serta berasal dari latar belakang yang hampir sama. Oleh itu kaunselor perlu memastikan bahawa matlamat-matlamat kaunseling yang dibincangkan di atas dapat dicapai kerana ia akan menjadi kayu ukur kepada kejayaan sesi kaunseling kelompok tersebut. Tambahan lagi murid bukan sahaja dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka malah mereka dapat memupuk sifat percaya antara satu sama lain serta berani untuk mengutarakan pandangan atau idea mengenai sesuatu perkara yang menjadi topic perbincangan.

BIBLIOGRAFI

1. What is Group Therapy? Dimuat turun pada 28 Januari 2012 daripada