Anda di halaman 1dari 10

Pesawat MAS MH370 ke Beijing dilapor terputus

hubungan
SEPANG 8 Mac - Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH370 terputus hubungan
dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.
Kenyataan MAS itu memberitahu, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala
Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Katanya, penerbangan itu membawa sejumlah 239 orang, yang terdiri daripada 227 penumpang termasuk 2 bayi dan
12 petugas. Kerakyatan para penumpang adalah dari 13 negara.
Menurut kenyataan itu lagi, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, yang sudah pun memulakan usaha
mencari dan menyelamat bagi mengenal pasti lokasi pesawat.
MAS akan memberikan berita terkini mengenai kejadian ini dan orang ramai boleh menghubungi nombor 603 7884
1234 bagi maklumat terkini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_19/Pesawat-MAS-MH370-ke-
Beijing-dilapor-terputus-hubungan#ixzz2vdOJjPBa
Utusan Melayu (M) Bhd
MAS tolak spekulasi bahan bakar habis
SEPANG 8 Mac - Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), sedang berusaha mengesan
kedudukan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan pada pukul 2.40 pagi tadi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, buat masa ini pihaknya tidak menerima sebarang
laporan mengenai pesawat tersebut sama ada telah mendarat atau berjaya dikesan.
Beliau berkata, panggilan terakhir diterima adalah pada pukul 2.40 pagi tadi dan pada ketika itu, pesawat tersebut
berada pada jarak 120 batu nautika iaitu di kawasan perairan timur Kota Bharu, Kelantan.
"Kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi berkaitan pesawat ini sekarang hingga pihak menyelamat mengesan
kedudukannya.
"Pihak MAS juga menolak spekulasi bahawa pesawat ini kehabisan bahan bakar ketika dalam perjalanan dari Kuala
Lumpur ke Beijing sebaliknya pesawat ini memiliki kapasiti mencukupi untuk terbang sehingga pukul 8. 30 pagi,"
katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi tadi
dijangka tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.
Pesawat jenis Boeing 777-200 itu telah mula beroperasi sejak 11 tahun lalu.
Dalam pada itu, beliau meminta pihak keluarga yang mempunyai pertanyaan berhubung insiden itu menghubungi
talian 03-78841234 atau melayari laman web, www.malaysiaairlines. com untuk maklumat lanjut.
Katanya, ahli keluarga mangsa yang terlibat juga boleh terus ke bangunan kemudahan bantuan, KLIA di Zon Bantuan
Selatan di sini dan mereka boleh menghubungi talian 03-87871269 untuk bantuan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_23/MAS-tolak--spekulasi-bahan-
bakar-habis#ixzz2vdRYHFWD
Utusan Melayu (M) Bhd
Senarai penumpang MH370
KUALA LUMPUR 8 Mac - Berikut sebahagian daripada senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang
gagal dikesan sehingga 1.40 petang ini:
Fariq Ab. Hamid
Zaharie Ahmad Shah
Foong Wai Yueng
Goh Sock Lay
Gomes Patrick Francis
Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
Junaidi Mohd. Kassim
Andrew Nari
Ng Yar Chien
Tan Ser Kuin
Tan Size Hiang
Wan Syaid Wan Ismail
Anne Catherine Daisy (MYS)
Bai Xiaow (CAN)
Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
Brooskii Nikolath (RUS)
Burrows Rooney (AUS)
Chan Huan Peen (MYS)
Chen Weihoing (MYS)
Chew Kar Mooi (MYS)
Chng Mei Ling (MYS)
Chuang Hsiu Ling ((TWN)
Chustrak Oleg (UKR)
Deineka Sergii (UKR)
Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)
Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
Gu Naijun (AUS)
Guan Hua Jin (MYS)
Huang Tianjui (CHN)
Hue Pui Heng (MYS)
Jee Jing Hang (MYS)
Jiang Cuiyun (CHN)
Koh Tiong Meng (MYS)
Kolekar Chetana Vinod (IND)
Kolekar Vinod Suresh (IND)
Kozel Christian (AUT)
Lawton Catherine (AUS)
Lawton Robert (AUS)
Lee Kah Kin (MYS)
Lee Sew Chu (MYS)
Li Hongjing (CHN)
Li Yuan (AUS)
Lim Por Chua (MYS)
Lui Ching (CHN)
Maraldi Luigi (ITA)
Meng Leoinf (USA)
Meng Nicole (USA)
Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
Mukherjee Muktesh (CAN)
Muzi Yusop (MYS)
Ng May Li (MYS)
Noorida Mohd. Hashim (MYS)
Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
Norliakmar Hamid (MYS)
Ramlan Safuan (MYS)
Sharma Chandrika (IND)
Shirsath Kranti Pralhad (IND)
Sim Keng Wei (MYS)
Siregar Firman Chandra (IND)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_28/Senarai-penumpang-
MH370#ixzz2vdV3har4
Utusan Melayu (M) Bhd
Vietnam lancar usaha mencari pesawat MH370
HANOI 8 Mac - Vietnam hari ini melancarkan satu usaha mencari selepas pesawat Malaysia Airlines System Bhd.
(MAS), MH370 yang membawa 239 penumpang terputus hubungan dengan pengawal trafik udara berhampiran
ruang udara negara ini.
Pihak berkuasa serantau masih gagal mengesan kedudukan Penerbangan MH370 itu hampir 12 jam selepas ia
terputus hubungan dengan pengawal trafik udara dalam satu penerbangan awal pagi dari Kuala Lumpur ke Beijing.
"Pesawat itu terputus hubungan berhampiran ruang udara wilayah Ca Mau ketika ia sedang membuat persiapan
untuk memindahkan kawalan trafik udara ke bandar Ho Chi Minh," kata satu kenyataan dari laman web rasmi
kerajaan Vietnam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_29/Vietnam-lancar-usaha-
mencari-pesawat-MH370#ixzz2vdVPQBvi
Utusan Melayu (M) Bhd
Kapten Zaharie Ahmad Shah juruterbang pesawat
MAS yang hilang
KUALA LUMPUR 8 Mac - Penerbangan Malaysia Airlines yang dalam perjalanan ke Beijing yang hilang hari ini
dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, kata ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya.
Zaharie menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam, katanya kepada pemberita.
Ahmad Jauhari juga berkata pembantu juruterbang penerbangan MH370 ialah Fariq Ab Hamid, 27.
Fariq berpengalaman terbang 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007, katanya.
Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan, kata Ahmad Jauhari.
Pesawat itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa
Beijing pada 6.30 pagi (waktu Beijing). Ia membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 kru penerbangan.
- BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_32/Kapten-Zaharie-Ahmad-Shah-
juruterbang-pesawat-MAS-yang-hilang#ixzz2vdWVlPey
Utusan Melayu (M) Bhd
Keluarga penumpang MH370 berkumpul di
Menara Tinjau KLIA
SEPANG 8 Mac - Kira-kira 20 individu dipercayai anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS)
yang dilapor hilang, dilihat berkumpul di bilik Menara Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), di sini.
Menurut seorang wanita yang berjaya disapa oleh anggota media yang menunggu di luar bilik berkenaan, mereka
sedang menunggu perkembangan terkini berhubung kejadian.
"Kami keluarga penumpang," katanya ringkas sebelum masuk ke bilik berkenaan.
Mereka mula tiba di bilik yang terletak di tingkat lima Balai Perlepasan itu sejak pukul 10 pagi.
Bagaimanapun anggota media tidak dibenar menemu bual mereka.
Lima anggota pasukan keselamatan Malaysia Airports Holding Berhad kelihatan berkawal di luar bilik itu.
Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dilapor terputus hubungan
dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ketika berada di ruang angkasa Malaysia-Vietnam.
Pesawat B777-200 itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
-BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_33/Keluarga-penumpang-
MH370-berkumpul-di-Menara-Tinjau-KLIA#ixzz2vdWzZjwY
Utusan Melayu (M) Bhd
Pesawat MH370 bawa penumpang 14
warganegara berbeza
SEPANG 8 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Airlines Sistem Bhd. (MAS), Ahmad Jauhari Yahya
mengesahkan terdapat sebanyak 227 penumpang termasuk dua bayi dalam pesawat MH370 yang dilapor hilang di
perairan Laut China Selatan pada pukul 2.40 pagi tadi.
Katanya, terdapat sebanyak 14 warganegara berbeza dalam pesawat itu.
"Terdapat sebanyak 12 anak kapal dalam pesawat itu di samping sebanyak 152 dan seorang bayi warganegara China,
Malaysia (38), Indonesia (12), Australia (7) dan Perancis (tiga).
"Pada masa sama, pesawat itu juga membawa sebanyak empat penumpang warganegara Amerika Syarikat termasuk
seorang bayi, New Zealand (dua), Ukraine (dua) dan Kanada (dua)," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Sama-
Sama di sini hari ini.
Selain itu, katanya, warganegara Rusia, Itali, Taiwan, Belanda dan Austria masing-masing seorang penumpang.
Ahmad Jauhari berkata, pesawat itu dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan,
Fariq Ab. Hamid, 27.
Beliau berkata, Zaharie mempunyai pengalaman sebanyak 18, 365 jam penerbangan dan telah berkhidmat sejak
tahun 1981 manakala Fariq mula berkhidmat sejak 2007 dan memiliki jumlah jam penerbangan 2,763. - UTUSAN
ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_22/Pesawat-MH370-bawa-
penumpang-14-warganegara-berbeza#ixzz2vdYTvEee
Utusan Melayu (M) Bhd
Pesawat MH370 terhempas di laut Vietnam -
Reuters
HANOI 8 Mac - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang dan 12 krew dilaporkan terhempas
ke dalam laut iaitu 246 kilometer dari luar pantai pulau Tho Chu di Vietnam.
``Buat masa ini, tidak ada bot-bot tentera laut Vietnam di kawasan itu, oleh itu kami meminta bot dari pada pulau
Phu Quoc supaya bersedia untuk operasi menyelamat, kata Laksamana Ngo Van Phat kepada portal berita Tuoi
Tre.
Pulau Tho Chu dan Phu Quoc terletak barat daya di selatan Vietnam.
Bagaimanapun, pegawai itu gagal dihubungi menggunakan telefon dan tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tahu
di mana pesawat MH370 itu terhempas dan bangkai kapal berada. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_35/Pesawat-MH370-terhempas-
di-laut-Vietnam---Reuters#ixzz2vdZRRu4a
Utusan Melayu (M) Bhd
Warganegara India turut dalam pesawat
SEPANG 8 Mac - Malaysia Airlines mengesahkan terdapat lima warganegara India turut berada dalam pesawat
MH370 yang dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, kenyataan yang di keluarkan sebelum ini bahawa
terdapat 12 warganegara Indonesia tidak tepat, sebaliknya hanya tujuh rakyat negara itu dalam pesawat Boeing 777-
200ER dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ) ke Beijing iti.
Beliau berkata, pihaknya juga telah 80 peratus menghubungi ahli keluarga mangsa terlibat dan pihak MAS akan
memberi segala bantuan yang diperlukan.
Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar yang
sama berkata, kerajaan akan mengemaskini setiap dua jam sekali berhubung insiden itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140308/je_04/Warganegara-India-turut-dalam-
pesawat#ixzz2vda7ebOt
Utusan Melayu (M) Bhd
Kerajaan tubuh pusat operasi kordinasi kesan
pesawat hilang
SEPANG 8 Mac - Kerajaan menubuhkan sebuah pusat operasi kordinasi bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines
MH370 yang hilang dari radar sejak pukul 2.40 pagi tadi di Laut China Selatan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pusat tersebut yang akan
diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ditubuhkan bagi memastikan operasi menyelamat itu berjalan
lancar.
Beliau berkata, pada masa sama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)
dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga akan menggunakan aset mereka untuk melaksanakan operasi itu. -
UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_38/Kerajaan-tubuh-pusat-
operasi-kordinasi-kesan--pesawat-hilang#ixzz2vdaifwWj
Utusan Melayu (M) Bhd
Spekulasi pesawat terhempas di laut belum sahih
- Hisammuddin
SEPANG 8 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan pesawat
malang MH370 yang membawa sebanyak 239 orang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) ke Beijing, China ditemui terhempas di laut selatan Vietnam.
Beliau berkata, berdasarkan malumat yang diperoleh dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) maklumat tersebut
tidak benar.
Bagaimanapun, katanya, disebabkan telah tersebar spekulasi bahawa pasukan tentera laut Vietnam telah menemui
pesawat itu pihaknya telah mengarahkan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berhubung lanjut dengan
pihak terbabit. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_39/Spekulasi-pesawat-
terhempas-di-laut-belum-sahih---Hisammuddin#ixzz2vdbKTLY3
Utusan Melayu (M) Bhd
Maritim Malaysia tidak temui objek di lokasi
pesawat dilaporkan hilang
PUTRAJAYA 8 Mac - Kapal laut KM Amanah milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)
telah sampai ke lokasi pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang dari radar namun tidak menjumpai sebarang objek.
Jurucakap Maritim Malaysia berkata, dua lagi kapal laut milik agensi itu sudah menghampiri lokasi pesawat itu
dilaporkan hilang sebelum ini.
Sebuah helikopter turut digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat.
Kali terakhir isyarat daripada penerbangan MH370 itu dikesan ialah di 120 batu nautika di timur Kota Bharu di
perairan Laut China Selatan dan tiada petanda kecemasan daripada pesawat B777-200 dengan 239 orang dalam
pesawat berkenaan.
Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi kira-kira
dua jam selepas berlepas.
Pesawat yang membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 kru, berlepas dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - UTUSAN
ONLINE.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_36/Maritim-Malaysia-tidak-
temui-objek-di-lokasi-pesawat-dilaporkan--hilang#ixzz2vdbkktIE
Utusan Melayu (M) Bhd
MAS kemas kini maklumat melalui laman web dan
Weibo
BEIJING 8 Mac - Naib Presiden Kanan Serantau (China) Malaysia Airlines (MAS), Joshua Law Kok Hwa berkata,
MAS akan mengemas kini maklumat kepada orang awam berhubung perkembangan terbaru pesawat MH370 dalam
laman web rasminya dan Weibo, media sosial mirip twitter.
Beliau berkata demikian pada persidangan akhbar di hotel Li Du di sini pada 2.30 petang Sabtu.
Beliau hanya membaca kenyataan rasmi yang dikeluarkan MAS hari ini, tanpa mengadakan sesi soal jawab.
Persidangan akhbar itu berakhir kurang dari 10 minit dengan dihadiri lebih 100 petugas media.
Ketika ini, anggota keluarga penumpang pesawat itu berhimpun di sebuah bilik berasingan di hotel sama, tetapi
pihak media tidak dibenarkan menemu bual mereka. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140308/lu_13/MAS-kemas-kini-maklumat-
melalui-laman-web-dan-Weibo#ixzz2vdcP40Mf
Utusan Melayu (M) Bhd
Kali terakhir MH370 dikesan pada 06.55.15 Utara,
103.34.43 Timur
SEPANG 8 Mac - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan bahawa kali terakhir pesawat Malaysian Airline
System Berhad (MAS) MH370 berkomunikasi dengan menara kawalan pada pukul 1.30 pagi tadi.
Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, kali terakhir pesawat itu dikesan pada kedudukan
longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur.
Katanya, pesawat malang itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mas, Ahmad Jauhari Yahya berkata, insiden tersebut tidak menjejaskan
operasi dan penerbangannya ke tempat lain. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_40/Kali-terakhir-MH370-
dikesan-pada-06.55.15-Utara,-103.34.43-Timur#ixzz2vdd4Jydb
Utusan Melayu (M) Bhd
Malaysia perluaskan kawasan mencari pesawat
MH370 - PM
SEPANG 8 Mac - Malaysia memperluaskan kawasan mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan menambah
bilangan aset yang dikerahkan melibatkan sejumlah 15 pesawat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar khas pada pukul 7.05 malam ini berkata,
pada masa sama, kerajaan juga telah mendapat kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat untuk
membantu usaha mencari dan menyelamat.
"Antara pesawat yang dikerahkan kerajaan adalah empat buah C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter
Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Kita telah mendapat persetujuan Vietnam untuk melakukan operasi mencari di kawasan perairan mereka.
"Saya juga telah bercakap dengan Perdana Menteri China dan menyampaikan takziah kepada beliau kerana 153
daripada 239 penumpang MH370 ini adalah rakyat negara berkenaan. US Navy juga akan menghantar pesawat
mencari manakala Singapura pula akan menghantar sebuah Charlie HC130," kata beliau. -UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_42/Malaysia-perluaskan-
kawasan-mencari-pesawat-MH370---PM#ixzz2vddXhPqr
Utusan Melayu (M) Bhd
Malaysia perluaskan kawasan mencari pesawat
MH370 - PM
SEPANG 8 Mac - Malaysia memperluaskan kawasan mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan menambah
bilangan aset yang dikerahkan melibatkan sejumlah 15 pesawat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar khas pada pukul 7.05 malam ini berkata,
pada masa sama, kerajaan juga telah mendapat kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat untuk
membantu usaha mencari dan menyelamat.
"Antara pesawat yang dikerahkan kerajaan adalah empat buah C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter
Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Kita telah mendapat persetujuan Vietnam untuk melakukan operasi mencari di kawasan perairan mereka.
"Saya juga telah bercakap dengan Perdana Menteri China dan menyampaikan takziah kepada beliau kerana 153
daripada 239 penumpang MH370 ini adalah rakyat negara berkenaan. US Navy juga akan menghantar pesawat
mencari manakala Singapura pula akan menghantar sebuah Charlie HC130," kata beliau. -UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140308/dn_42/Malaysia-perluaskan-
kawasan-mencari-pesawat-MH370---PM#ixzz2vddXhPqr
Utusan Melayu (M) Bhd