Anda di halaman 1dari 21

Air Kotak Yeos Pilihan Semulajadiku

Anda pernah menikmati air kotak pilihan


semulajadi dari Yeos ?
Saya percaya majoriti rakyat Malaysia tidak
kira Melayu, Cina atau India sudah pasti
mengenali jenama Yeos. Paling tidak pun,
anda pasti pernah beli dan minum air kotak
perisa Laici atau Teh Krisantimum Yeos yang
berharga RM1.00, bukan?
Begitulah besarnya pengaruh minuman
jenama Yeos yang sudah terkenal sejak pada
Tahun 1953 lagi. Jika pada zaman dulu-dulu,
air kotak masih belum popular lagi. Yang
popular adalah air minuman yang boleh terus
diminum dari dalam botol kaca berperisa soya
dan teh krisantimum. Memang klasik.

Sumber gambar: Web Yeos Malaysia
Sekarang, Yeos Malaysia boleh dikatakan
nama besar bagi pelbagai jenis air minuman.
Dari air kotak, air tin dan air didalam botol
plastik dengan rekaan yang menarik. Air
minuman Yeos juga mempunyai pelbagai
jenis pilihan semulajadi yang sedap-sedap.
Sihat Dengan Minuman Semulajadi Yeos
Air Minuman Yeos bukan sekadar air yang
diminum untuk menghilangkan dahaga.
Namun dengan nutrisi semulajadi, ianya
mempunyai khasiat yang baik untuk
kesihatan. Antara air jenama Yeos yang
memiliki khasiat semulajadi, contohnya air
soya, teh, yogurt atau air buah-buahan.
Soya dan SoyRich dari Yeos

Air Soya dan SoyRich keluaran Yeos,
sememangnya kaya dengan rasa soya dan
diperbuat dari Kacang Soya Kanada yang
bermutu tinggi. Ianya rendah lemak, tanpa
bahan pengawet, tanpa bahan pewarna dan
bebas dari kolestrol. Bagi Air SoyRich, ia
mempunyai 2 pilihan iaitu tanpa gula
tambahan dan rasa original. Jadi Air Soya
keluaran Yeos bukan sahaja mempunyai rasa
semulajadi yang enak, malah ianya
memerlihara kesihatan.

Air Teh Dari Yeos

Terdapat pelbagai jenis air teh keluaran Yeos
yang boleh kita nikmati. Antara yang popular
adalah air Teh Krisantimum, Teh Hijau, dan
Teh Ais Limau yang sejuk dan sangat
menyegarkan. Air teh mempunyai kelebihan
tersendiri untuk kesihatan. Antaranya, ianya
boleh menyejukkan badan secara semulajadi,
meningkatkan metabolisme, bagus untuk
paru-paru dan mengurangkan kahak.
Manakala air Justea pula adalah koleksi air
Teh Hijau yang mempunyai perisa yang
berbeza-beza seperti Green Tea Lemon,
Green Tea Peach, dan Ice Tea Lemon. Untuk
perisa Green Tea Aloe Vera dan Green Tea
White Grape Aloe Vera pula mempunyai
tambahan hirisan Aloe Vera yang enak
dikunyah.
Air Yogurt Yeos

Seperti mana khasiat air yogurt yang kita
ketahui, ianya bagus untuk mengimbangi
sistem pencernaan pada perut kita. Selain itu,
air yogurt juga adalah sumber protien yang
baik. Air Yogurt Yeos mempunyai 3 perisa
yang boleh dicuba iaitu perisa original, anggur
dan oren.
Air Buah-Buahan dari Yeos

Selain dari air soya, teh dan yogurt, Yeos
juga ada mengeluarkan air buah-buahan
pelbagai perisa dengan khasiat yang
tersendiri. Antaranya air kelapa yang
diperbuat dari jus air kelapa sebenar. Air
kelapa sememangnya terbukti bagi
menyejukkan badan. Air Jambu pula
dikatakan mempunyai 10 kali lebih banyak
Vitamin C dari buah limau dan Air Durian
Belanda pula mempunyai serat yang tinggi,
vitamin B, vitamin C, kalsium dan zat besi.
Air Soya Yeos Pilihan Semulajadiku
Jika di imbau kembali zaman semasa saya
bersekolah asrama dahulu, air kotak Soya
Yeos sudah menjadi air minuman yang wajib
saya beli untuk bekalan selama 2 minggu
berada di asrama. Air kotak Soya Yeos ini
akan saya minum sebelum melangkah ke
kelas sekiranya saya tidak sempat mengambil
sarapan pagi.

Seperti yang kita sedia maklum, Air Soya
memang terkenal dengan khasiatnya yang
mempunyai sumber protien yang tinggi. Ianya
dikatakan menyamai 2 kali protein daging, 4
kali protein telur, 4 kali protein gandum dan 12
kali protein susu. Air Soya sememangnya
bagus untuk perkembangan otak, dan ianya
bagus untuk meningkatkan kadar
metabolisme badan.
Selain itu serat yang terdapat didalam air soya
bagus untuk mengawal berat badan. Ianya
juga boleh memberi tenaga pada tubuh. Jadi,
boleh saya katakan, Air Soya Yeos memberi
khasiat dan tenaga terbaik untuk saya
melangkah ke kelas bagi menimba ilmu.
Yeos Pengaruh Besar Di Malaysia
Boleh dikatakan, Air Minuman Yeos
mempunyai pengaruh besar didalam
masyarakat Malaysia. Ianya boleh dilihat bila
mana ia menjadi salah satu minuman yang
sentiasa dipilih untuk dijadikan
Goodies

Apa yang saya lihat akhir-akhir ini, Air kotak
Yeos kini menjadi trend dibuat sebagai salah
satu goodies bagi Majlis Tahlil, Majlis
Perkahwinan, tidak kurang juga untuk Majlis
Hari Lahir. Jadi sekiranya tiba masa saya
mendapat jemputan dari majlis-majlis
tersebut, maka sudah pasti saya akan
mendapat koleksi air kotak Yeos yang banyak
dan pelbagai perisa.



Hadiah / Hamper

Air kotak Yeos, biasanya akan menjadi salah
satu hadiah hamper bagi sukan sekolah atau
hamper cabutan bertuah bagi apa-apa majlis.
Minuman Rasmi Sesuatu Majlis
Yup. Air minuman Yeos ada kalanya kita lihat
menjadi air minuman rasmi bagi sesuatu
majlis yang besar seperti Majlis Sepetang
Bersama Blogger 2014 yang akan
berlangsung pada bulan Mac ini. Bagi sesiapa
yang belum mendaftarkan diri untuk SBB dan
Yeos 2014, sila daftar dengan kadar segera,
ya
Minuman Untuk Semua Orang
Jika kita lihat dikedai-kedai runcit, kedai-kedai
buah, vending mechine, atau kedai RnR di
Lebuhraya, kesemua kedai tersebut sudah
pasti ada menjual air minuman Yeos. Ini
bermakna air minuman Yeos sememangnya
sudah mendapat tempat dihati masyarakat
Malaysia. Ianya bukan jenama yang
diragukan lagi
Sosial Media Yeos Pilihan Semulajadi
Bagi anda yang ingin mengetahui dengan
lebih lanjut mengenai Yeos, ingin mengetahui
berita-berita terkini, aktiviti terkini dan produk
terbaru keluaran Yeos, anda bolehlah follow
dan layari Sosial Media Yeos
Malaysia dibawah ini
Untuk pengetahuan, entri ini adalah sebuah
entri Contest Yeos Sepetang Bersama
Blogger. Sekiranya anda, pembaca blog ini
ingin menyertai contest ini, anda boleh klik
banner dibawah ini untuk mengetahui syarat-
syarat pertandingan.

Sekian untuk entri yang panjang lebar kali
ini Terima kasih kerana sudi membaca
hingga habis
Bagi anda yang nak support entri Air Kotak
Yeos Pilihan Semulajadiku, anda dijemput
untuk Share di Facebook dan Google+ ya
Bantuan anda semua sangat-sangat saya
hargai Terima Kasih

Mari bersama-sama memeriahkan majlis
gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger
dan Yeos 2014, sila klik gambar di bawah
untuk mendaftar sekarang.


Kebaikan Susu Soya Yeos

Saya amat meminati sukan renang. Boleh
dikatakan setiap minggu saya akan mengisi masa
lapang saya dengan berenang. Berenang
melibatkan pergerakan fizikal seluruh badan.
Disebabkan itu saya akan cepat mengalami letih
badan.
Saya menjadikan pengambilan susu soya sebagai
pengganti bendalir di dalam badan selepas
berenang. Seperti mana yang kita tahu, soya
mengandungi kandungan protin yang tinggi.
Bahkan ia sangat kaya dengan kalsium, zat besi,
zink, fosforus, magnesium, vitamin B, asid lemak
Omega 3 dan juga serat. Protin adalah sejenis
nutrien yang menjalankan pelbagai fungsi di
dalam badan. Antara peranan protin ialah :

- Menggantikan sel-sel tisu yang mati atau rosak.
- Mengawal proses badan.
- Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair
badan.
- Mengangkut bagan-bahan seperti lipih, vitamin,
mineral dan oksigen ke seluruh badan.
Pengambilan susu soya selepas berenang
membuatkan tubuh saya kembali bertenaga dan
sudah pasti tubuh saya mendapat gantian bendalir
yang bukan sahaja penuh nutrisi tetapi juga
menyegarkan. Pilihan saya sudah tentulah Soya
Yeos. Jika dilihat, minuman Soy Rich Yeos dibuat
daripada kacang soya yang berkualiti tinggi. Malah
kacang soyanya juga 100% Non-GMO (Non
Genetically Modified Organisms) yang diimport
dari Canada. Kebaikan susu kacang soya Yeos
dijaga kualitinya kerana tidak dicampur dengan
pewarna dan bahan pengawet malah susu kacang
soya Yeos bebas kolestrol.
Disebabkan pelbagai khasiat yang boleh didapati
daripada susu kacang soya Yeos, saya
membekalkan isteri saya Soy Rich Yeos sebagai
kalsium tambahan (selain pil kalsium) di sepanjang
kehamilannya. Alhamdulillah, kini kandungannya
sudah mencecah 7 bulan dan bayi di dalam
kandungan aktif dan sihat.

Selain itu, vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung
di dalam susu soya Yeos juga berfungsi membantu
proses pembentukan tenaga kepada isteri saya
dan bayi di dalam kandungan. Asid folik yang
terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk
mencegah kecacatan kepada bayi di dalam
kandungan.

Kebaikan susu kacang soya Yeos juga saya kongsi
bersama anak-anak. Ternyata minuman yang
penuh khasiat ini dapat mengalihkan seketika
kemahuan anak saya terhadap susu formula.
Seperti mana yang kita tahu, kacang soya juga
mengandungi serat yang mana baik untuk
penghadaman kanak-kanak. Malah fiber juga
menjadi diet utama dalam menu pemakanan kita.
Dengan pengambilan fiber dari susu kacang soya
Yeos, anak-anak saya lebih sihat dan ceria. Kini
susu soya yeos didatangkan dengan pelbagai pek.
Bermula susu kotak 1 liter sehinggalah botol, tin
dan kotak kecil. Pelbagai variasi rasa seperti soya
dan jagung serta soya hitam pasti membuatkan
anak saya lebih berselera.

Sumber : Sinar Harian
Selain daripada susu soya Yeos, teh krisantimum
juga merupakan signature dish bagi kumpulan
minuman Yeos. Syarikat yang ditubuhkan pada
1900 di China ini menjadi pembuat minuman
terkenal sejak 1935 ketika di Singapura. Kini
pelbagai versi teh krisantimum telah dicipta malah
pelbagai jenis minuman telah dikeluarkan.


Sumber : Denai Hati
Antara produk yang semakin mendapat tempat di
hati rakyat Malaysia ialah Yeos Teh Ais Limau.
Minuman yang lazat ini sangat sesuai diminum
setiap masa. Tambahan pula jika diminum
sewaktu cuaca panas pasti memberi kesan
kesegaran yang berganda.

Minum menyegarkan ini sangat enak jika
dinikmati semasa sejuk. Pastinya penat dan
dahaga akan hilang serta merta di saat Yeos Teh
Ais Limau masuk ke salur pemakanan. Bukan
sahaja orang dewasa, malah anak kecil saya yang
berusia 2 tahun juga amat menggemarinya.



Kepesatan ledakan teknologi maklumat memberi
peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi
kebaikan minuman Yeos. Selain laman web,
pengguna juga boleh berinteraksi sama ada
dengan melontarkan pendapat mahupun
bertanyakan soalan melalui laman Facebook Yeos.
Iklan-iklan produk Yeos juga boleh ditonton
dengan melayari Laman Youtube Yeos Malaysia.
Pengguna produk Yeos samada makanan
mahupun minuman boleh mendapat maklumat
terkini melalui lama Instagram Yeos Malaysia.
Malah pengguna Google + juga boleh mendekati
mereka melalui akaun Google Plus Yeos. Hasil
kemajuan teknologi terkini maklumat mengenai
Yeos dapat diketahui hanya melalui hujung jari.
Malah kebaikan Yeos juga dapat dikongsi ke
seluruh dunia dengan hanya 1 klik seperti trending
menggunakan #YeosMalaysia di Twitter Yeos
Malaysia.

Konklusinya, Yeos merupakan produk pilihan
semulajadi rakyat Malaysia.

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-
gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeos
2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar
sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014



Soya Yeos

Di samping itu, Soya Yeos sememangnya menjadi
pilihan dalam memastikan tubuh mendapat khasiat
secukupnya. Pemilihan makanan sepatutnya dapat
membekalkan tenaga, vitamin dan mineral
sepanjang kita berpuasa di bulan Ramadhan.
Makan secara sihat pada bulan puasa penting untuk
menghindari beberapa masalah kesihatan yang
biasanya berlaku seperti sembelit, makanan tidak
hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan
kandungan gula rendah dalam darah.

Kandungan susu Soya Yeos yang rendah gula,
tanpa bahan pengawet dan hanya menggunakan
100 peratus kacang soya Kanada tanpa GMO
menjadikannya pilihan terbaik bukan saja untuk
berbuka malah ketika bersahur. Justeru, kandungan
proteinnya mampu menyokong tahap tenaga,
stamina dan dapat meningkatkan prestasi tubuh
semasa berpuasa.

Mari kita antara lain lihat kelebihan Soya Yeos
ini.

Sumber yang kaya dengan protein lengkap -
Mengandungi kesemua 8 asid amino penting yang
diperlukan oleh badan anda untuk pertumbuhan
dan tumbesaran yang betul. Protein menjadikan
rambut anda lebih kuat dan sihat, kulit lebih
lembut, memulihkan otot dan menyembuhkan luka
dan parut dengan lebih cepat.

Kaya dengan kalsium - Untuk tulang dan gigi
yang lebih kuat, lebih mudah mengawalberat
badan dan tekanan darah yang sihat.

Kaya dengan anti-oksidan - Membantu badan
anda untuk melawan radikal bebas yang berbahaya
yang menyerang sel-sel sihat. Untuk sistem imun,
jantung yang lebih sihat dan kulit lebih muda.
Kaya dengan zat besi - Peredaran darah yang
lebih baik, badan yang lebih bertenaga, imuniti
yang lebih baik dan kualiti tidur yang lebih baik .

Membantu dalam penurunan berat badan
Mempunyai kebaikan yang tinggi dan rendah
kalori. Ambil Soya Yeos pada ketika anda teringin
untuk mengambil makanan ringan dan ia akan
membuat anda berasa kenyang lebih cepat dan
mengurangkan kuantiti makanan anda.

Membantu mencegah kanser dan Osteoporosis -
Menggalakkan tulang yang lebih kuat dan lebih
tangkas. Mengandungi isoflavon semula jadi yang
membantu dalam membenteras pertumbuhan sel-
sel kanser.

Bebas daripada Laktosa dan Kolesterol -
Laktosa ialah gula semula jadi yang terdapat
dalam susu lembu dan memandangkan susu soya
tidak diperolehi dari lembu, ia bebas daripada
laktosa dan oleh itu, alternatif yang sihat bagi
mereka yang tidak toleran laktosa atau alah kepada
susu. Ia membantu paras kolesterol lebih rendah
untuk mengelakkan penyakit seperti penyakit
jantung.

Rupa-rupanya selama ini saya menikmati bukan
sekadar keenakan rasa Soya Yeos, tetapi lebih
banyak lagi khasiat Soya Yeos. Membuatkan saya
lebih bersemangat untuk menjadikan Soya Yeos
sebagai minuman harian saya. ^_^