Anda di halaman 1dari 1

Sahabat Karib Saya

Chee Meng adalah sahabat karib saya. Saya mengenali dia sejak kami
belajar di dalam darjah 1. Sekarang dia berumur 11 tahun dan tinggal
di Taman Soga. Dia merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik.
Dia mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan.
Chee Meng mempunya hobi iaitu bermain badminton. Pada setiap waktu
petang, dia bermain badminton bersama-sama bapa dan adik-beradiknya
di kawasan lapang dekat rumahnya. Dia juga selalu menjemput saya
untuk bermain bersama. Sekiranya ada masa lapang, saya dan Chee
Meng juga sering menonton rancangan televisyen bersama-sama.
Saya menyukai Chee Meng kerana dia seorang yang baik dan rajin. Dia
selalu membantu saya sekiranya saya tidak memahami pelajaran yang
telah cikgu ajar di sekolah. Sekiranya dia tidak memahami pelajaran yang
telah diajarkan, saya akan membantu dia. Saya dan Chee Meng adalah
bagai aur dengan tebing.
Dia juga suka menolong ayah dan ibunya di rumah. Dia selalu membantu
orang tuanya membersihkan rumah seperti membuang sampah dan
menyapu lantai.
Itulah cerita ringkas mengenai sahabat karib saya. Saya berharap
persahabatan saya dengan Chee Meng akan kekal selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai