Anda di halaman 1dari 3

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita, Sahabat JI.

1. Bulu kening Menurut imam Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang


mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan
kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya
pada mereka yang mengikatnya dengan locengsama juga seperti pelacur dizaman
jahiliyah .

3. Wangian Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

)5. Gigi Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan
yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah
kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan :
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan
Bukhari.)

8. Tangan Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat
31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala
pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat
32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam
bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah
mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan
dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa
di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah
ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat
Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan
di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang
menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat
nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan
dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-
isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka
memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka
mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi
maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan
yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain
untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang
berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian
tertentu.

13. Rambut Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin
Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang
paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Anda mungkin juga menyukai