Anda di halaman 1dari 1

Lakukan Kajian dahulu sebelum menjual..

Lakukan Kajian dahulu sebelum anda mula menjual


sesuatu produk.

Ramai usahawan main jual je produk.
Ini menyebabkan mereka sendiri tak tahu
serta tak memahami dengan jelas produk
yang mereka jual, dan kepada siapa sepatutnya
mereka jual.

Kesilapan ini menyebabkan mereka menjual
kepada semua orang. Masa terbuang. Sales kurang.
Penat. Letih. Semuanya ada.

Perkara penting yang anda perlu ketahui ialah:

"Setiap produk ada pasarannya yang tertentu"

---
Kajian pasaran meliputi perkara berikut:

1. Kajian tentang produk
2. Kajian pengenai prospek/Golongan sasaran/Targeted prospek

---
Kajian tentang produk
- anda perlu belajar memahami produk anda.
dari segi tujuan produk itu sendiri dihasilkan, apa manfaat produk, apa features (ciri-ciri utama
produk),cara penggunaan, apa keistimewaan yang ada pada produk sehinggan mengalahkan
pesaing

Kajian mengenai prospek
- meliputi kepada siapa mereka? dari segi umur? jantina?
pekerjaan? income mereka? apa masalah mereka?
apa keperitan atau ketakutan yang mereka alami? apa jalan penyelesaian
terbaik jika mereka dapat menikmati manfaat produk kita

semuanya perkara diatas perlu spesifik.
Dengan adanya data-data ini. Anda boleh hasilkan copywriting
yang benar-benar menyentuk emosi pelanggan.
Seolah-olah anda faham jiwa prospek anda.
Anda bukan menjual. Tetapi anda berkongsi kepada
prospek anda jalan penyelesaian terbaik.

Prospek kenal anda. Percaya kepada anda.
Prospek jadi rakan anda. Bukan anggap anda
sebagai jurujual.

Jualan berlaku juga dengan mudah. Mungkin
anda juga boleh cuba letakkan diri anda
sebagai seorang pelanggan yang ingin dapatkan
produk anda? dah cuba?