Anda di halaman 1dari 6

MASAKAN ORANG

ASLI

IKAN LASOK DAUN PALAS (PAIS)


Bahan-bahan
200g ikan seluang dibersihkan
15g (10 biji) lada api
1sm kunyit hidup
Daun kunyit disiat-siat
2 biji buah kelubi
1 daun palas
Tali rotan
Sebatang kayu sebagai pemanggang
Garam
Cara Memasak
1. Gesel lada api, kunyit hidup dan buah kelubi bersama sedikit garam kasar. Kemudian
gaulkan pada ikan bersama daun kunyit.
2. Aturkan ikan di atas daun palas dan bungkus.
3. Sepit bungkusan pada pemanggang dan ikat dengan kemas supaya ia tidak akan jatuh.
4. Bakar di atas bara api sederhana.


AYAM MASAK DALAM BULUH
Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung dibersih dan dipotong kecil-kecil
1 helai daun kesing dibersih dan dipotong halus-halus
Daun bong/lerek
Buluh lemang dibersihkan
Garam
Air
Cara Memasak
1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam bersama daun kesing. Masukkannya ke dalam buluh.
Kemudian tambahkan air sehingga paras ayam dan sumbat dengan daun bong.
2. Bakar seperti lemang selama 20 minit di atas bara api.
3. Setelah masak, boleh dihidangkan.







UBI SIRING
Bahan-bahan
700g ubi kayu
150g kelapa parut tanpa kulit ari
Daun palas
Tali rotan
Garam
Cara Memasak
1. Buang kulit pada ubi kayu dan rendamnya semalaman untuk melembutkannya. Selepas
itu, bilas ubi untuk menghilangkan bau maung.
2. Parut ubi dan perah. Kemudian campurkan dengan kelapa parut dan sedikit garam.
3. Pindahkan adunan ke atas daun palas dan bungkusnya bulat dan padat. Ikat dengan tali
rotan secara kemas. Bakar atas bara api selama 2030 minit.

UMBUT BAKAR
Bahan-bahan
Umbut bayas
Cara Memasak
1. Bakar dalam api sehingga masak.
2. Isinya yang lembut boleh dimakan begitu sahaja atau dicecah dengan garam atau lada
api lumat.













MASAK GULAI REMPAH CAMPURAN
Bahan-bahan
50g ubi kayu
80g ubi keledek
30g pisang balin dipotong bulat kepada empat kepingan
5g jagung hiris jagung dari tongkol
50g labu manis
50g terung pipit
1 helai daun pepijat disiat dan disimpulkan
5sm kunyit hidup ditumbuk halus
150g siput sungai
50g udang sungai
50g ikan seluang
15g lada api
Garam secukup rasa
5 cawan air
Cara Memasak
1. Masak semua bahan-bahan kecuali siput, udang dan ikan dalam air.
2. Apabila mendidih dan ubi empuk, masukkan siput, udang dan ikan. Masak sehingga
empuk dan sesuaikan rasa.

f kdgtukj mcp"f cp"f kr qvqpi "f cf w"ugdguct"407uo "


f kdgtukj mcp