Anda di halaman 1dari 43

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL



LAPORAN PRAKTIKUM
INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GERHANA SMART KIT


NAMA : NURUL ASYIKIN BT YA SALLEH @ SALAHUDDIN
NO. MATRIKULASI : 831001055474001
NO.KAD PENGENALAN : 831001-05-5474
SEMESTER : MEI 2014
PENSYARAH : PN HJH BADRUL MUIN BT MOHAMAD ADAM
EMEL : nur_kasihku2000@yahoo.com
ALAMAT KAMPUS : OPEN UNIVERSITY
KAMPUS BUKIT TUNGGAL
KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 2 ~

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENDAHULUAN
1.0 Refleksi Pengajaran dan pembelajaran lalu 2
2.0 Objektif Kajian 5
2.1 Objektif Umum
2.2 Objektif Khusus
3.0 Kumpulan Sasaran 6
3.1 Latarbelakang Sekolah
3.2 Latarbelakang Sampel
3.2.1 Responden 1 7
3.2.2 Responden 2
3.2.3 Responden 3
3.2.4 Responden 4
3.2.5 Responden 5
3.2.6 Responden 6
4.0 Perlaksanaan Aktiviti Inovasi Dalam PdP 8
5.0 Laporan Penilaian Perlaksanaan Aktiviti Inovasi 15
5.1 Ujian Pra dan Ujian Pos
5.2 Data Soal selidik
Kesimpulan 20
6.0 Lampiran 21



HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 3 ~

Pendahuluan

Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran sangat penting demi keberhasilan sesuatu objektif yang
ingin dicapai oleh seseorang guru . Pengajaran tanpa inovasi membuatkan pdp berjalan hambar,
murid tidak proaktif, tidak membangunkan perkembangan intelek, malah berkait rapat dengan emosi,
tingkahlaku psikomotor dan pembentukan sahsiah murid. Inovasi bukan sekadar menghasilkan alat
bantu mengajar yang baru, malah pengubahsuaian teknik, kemahiran serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang baru dan menarik serta pelbagai. Ia mestilah berfokuskan kepada tahap keupayaan
murid dan objektif pdp yang hendak dicapai. Inovasi membantu guru menangani masalah
pembelajaran, menjadikan pembelajaran lebih hidup, bermakna, murid lebih berminat dan cenderung
melibatkan diri dalam aktiviti pdp serta secara tidak langsung dapat membentuk nilai-nilai murni
dalam diri mereka. Tanggapan bahawa belajar itu suatu yang negatif dan membosankan dapat diatasi
dengan adanya inovasi yang diwujudkan oleh seseorang guru.

1.REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Saya telah menjalani praktikum selama dua minggu di SK Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Saya memilih tajuk Gerhana dalam Tema Menyiasat Alam
Semesta bagi tahun 6. Saya mengajar kelas terakhir bagi tahun 6 iaitu kelas 6 Cerdik yang terdiri
daripada 25 orang murid. Kebanyakan murid adalah bermasalah dalam pembelajaran dan tingkah
laku. Melalui rujukan buku yang mengumpulkan soalan-soalan percubaan dan sebenar UPSR , saya
mendapati tajuk gerhana kerap ditanya di dalam peperiksaan. Ini bermakna murid perlu benar benar
menguasai tajuk ini. Saya juga membuat pemerhatian terhadap laporan prestasi murid dalam ujian
TOV , OTI 1 dan ujian pra (Diagnostik) ke atas semua murid . Saya telah menyediakan soalan ujian
pra kepada semua murid semasa minggu pertama praktikum, iaitu selepas pengajaran secara
tradisional tanpa menggunakan apa-apa inovasi. Soalan ujian pra ini terdiri daripada soalan-soalan
yang biasa ditanya dalam ujian dan peperiksaan yang berkaitan tajuk Gerhana iaitu bahagian A
(objektif) dan bahagian B (struktur). Tujuan ujian pra ini adalah untuk mengesan atau mengenalpasti
kelemahan murid dan kesilapan dalam menjawab soalan. Saya mendapati bahawa 6 orang murid di
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 4 ~

dalam kelas 6 Cerdik ini mendapat markah paling rendah. Saya telah menjadikan 6 orang murid ini
sebagai responden dalam kajian. Berikut adalah laporan prestasi keenam-enam murid tersebut.

Jadual 1
Laporan Markah Ujian Responden
Responden TOV OTI 1 Ujian Diagnostik (Pra)
1 20 24 20
2 34 36 30
3 32 36 32
4 20 26 30
5 30 32 30
6 36 36 34

Hasil daripada laporan prestasi responden, saya mendapati keenam-enam mereka masih tidak
dapat menguasai tajuk Gerhana dan kerap membuat kesilapan semasa menjawab soalan berkaitan
tajuk Gerhana. Saya telah juga membuat pemerhatian tentang tingkahlaku responden semasa
pengajaran tanpa penggunaan inovasi iaitu tingkahlaku murid berubah menjadi negatif dan tahap
kefahaman murid sangat rendah, ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti PdP dijalankan hanya
melibatkan komunikasi sehala dan berpusatkan guru semata-mata. Saya mendapati proses pengajaran
dan pembelajaran murid menjadi kaku, mudah bosan dan tidak dapat menarik minat murid semasa
mengajar tajuk Gerhana . Murid kelihatan bingung dan tidak dapat memahami bagaimana fenomena
Gerhana itu terjadi. Guru juga menjadi tertekan dek kerana pengajaran yang kurang mendapat
tumpuan murid serta mendapat respon yang negatif di kalangan murid. Murid mula mempamerkan
tingkahlaku destruktif seperti membuat bising, menganggu murid yang hendak belajar dan malas
untuk belajar.
Ini adalah kerana murid tidak dapat memahami penerangan guru dan konsep Gerhana yang
disampaikan tidak jelas dan mengelirukan. Tumpuan dan fokus murid sangat penting untuk
memastikan mereka dapat menguasai dan membina kefahaman terhadap tajuk yang diajar, namun
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 5 ~

kefahaman tentang sesuatu topik tidak mudah dicapai tanpa penggunaan Bahan Bantu Mengajar
(BBM). Mereka mula mengerut dahi dan teragak-agak untuk menjawab soalan guru berkaitan
Gerhana kerana masih keliru dan tidak pasti.
Di samping itu, murid juga terdedah kepada persekitaran yang tidak membantu mereka untuk
memahami tajuk Gerhana, contohnya pengalaman hidup. Apabila ditanya, kesemua mereka tidak
pernah melihat kejadian Gerhana dan ini salah satu sebab mereka kurang berminat dan tidak
memahami kejadian Gerhana.
Oleh itu, saya merasakan tajuk ini sukar diajar kepada murid tanpa alat bantu mengajar atau
aktiviti berbentuk inovasi. Justeru itu, saya terfikir bahawa perlunya satu inovasi dalam pdp
berkaitan tajuk ini agar dapat memperbaiki prestasi murid dan mengembalikan minat murid terhadap
tajuk ini. Saya telah mencadangkan satu langkah inovasi dalam pdp untuk menambah minat ,
motivasi serta kefahaman murid terhadap tajuk ini melalui `Gerhana Smart Kit. Di akhir praktikum,
saya mendapati jelas dengan penggunaan kit sebagai langkah inovasi pdp dapat memudahkan
pengajaran guru dan dapat memberi kefahaman kepada pelajar dengan mudah dan cepat , di samping
meningkatkan minat serta penglibatan responden dalam aktiviti pdp.



2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu
2.1 Objektif Umum
Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar tahun 6
terhadap tajuk Gerhana dengan menggunakan `Gerhana Smart Kit. Diharapkan dengan
pendekatan yang diperkenalkan, murid-murid tersebut dapat menguasai tajuk tersebut.
Seterusnya diharapkan mereka akan dapat mencapai pencapaian yang cemerlang dalam
peperiksaan UPSR nanti
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 6 ~


Objektif Khusus
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk :-
1. Mengenalpasti faktor-faktor murid tidak dapat menguasai tajuk Gerhana.
2. Mengenalpasti penggunaan `Gerhana Smart Kit dapat meningkatkan pencapaian prestasi
murid dalam matapelajaran Sains.
3. Mengenalpasti minat murid meningkat dalam mempelajari Sains dengan penggunaan
`Gerhana Smart Kit.


3. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan
Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu . Sekolah ini dipilih sebagai tempat latihan
praktikum kerana pengkaji merupakan salah seorang pendidik di sekolah ini. Dalam kajian ini,
seramai 6 orang murid tahun 6 Cerdik telah dijadikan responden. Sampel diambil hasil daripada
dapatan pemerhatian guru, dan pencapaian yang rendah responden dalam ujian TOV, OTI 1 dan ujian
pra.

3.1 Latarbelakang Sekolah
Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail merupakan sekolah
angkat kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail . Ia juga dikenali sebagai
Teaching School yang mana merupakan tempat guru-guru pelatih menjalani latihan mengajar
berdasarkan kemahiran pedagogi dan ilmu yang didapati semasa di IPG. Rata-rata murid yang
bersekolah di sekolah ini adalah terdiri daripada murid yang ibubapanya bekerja berhampiran IPG
termasuklah kakitangan IPG sendiri dan terdapat sebilangan besar juga ibubapa murid berkerjaya
sendiri dan bekerja kampung.
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 7 ~


3.2 Latarbelakang Sampel
Kajian ini melibatkan seramai 6 orang murid tahun 6 telah dijadikan responden yang mana 3
daripadanya murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Kesemua beragama Islam, berturunan
Melayu serta merupakan warganegara Malaysia. Sampel diambil hasil daripada dapatan pemerhatian
guru, dan pencapaian yang rendah responden dalam ujian TOV, OTI 1 dan ujian pra. Berikut adalah
latarbelakang responden.
3.2.1 Responden 1
Responden 1 adalah seorang murid lelaki dan merupakan antara murid paling lemah dalam kelas
tersebut. Responden 1 merupakan anak kepada seorang kontraktor dan ibunya tidak bekerja dan
hidup sederhana. Responden merupakan Pengawas Sekolah. Tingkahlaku responden adalah
ekstrovert dan suka menonjol diri. Adakala sikapnya kurang disenangi oleh rakan sekelas dan suka
menyakat orang lain.
3.2.2 Responden 2
Responden 2 merupakan murid lelaki juga antara murid paling lemah dalam subjek Sains. Sikapnya
yang kurang memberi tumpuan dan kerap tertinggal buku semasa pdp merupakan faktor penyebab
responden ketinggalan dalam pelajaran. Responden 2 merupakan anak bongsu kepada salah seorang
pensyarah di IPG. Responden 2 tidak memegang apa-apa jawatan di sekolah.
3.2.3 Responden 3
Responden 3 ialah juga murid lelaki dan merupakan seorang Pengawas Pusat Sumber. Responden 3
juga merupakan murid lemah dalam subjek Sains. Dengan berlatarbelakangkan keluarga sederhana
dan merupakan anak bongsu, responden kerap tidak hadir ke kelas tambahan yang selalu diadakan
pada hujung minggu dan kelas prep waktu petang. Ini juga faktor responden tidak dapat menguasai
hasil pembelajaran.


HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 8 ~

3.2.4 Responden 4
Responden 4 adalah murid perempuan dan berlatarbelakang keluarga susah. Responden merupakan
anak ke empat dari 6 beradik. Responden tidak memegang apa-apa jawatan dalam kelas, mahupun
sekolah. Perwatakan responden adalah ceria dan suka menonjol. Responden juga kerap bertanya jika
kurang memahami pembelajaran pada masa itu. Mungkin disebabkan kerap cuai dan kurang berhati-
hati menjawab soalan menyebabkan responden antara murid paling rendah dalam ujian.
3.2.5 Responden 5
Responden 5 adalah murid perempuan dan berjawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber. Perwatakan
responden adalah sederhana dan kurang menonjol. Berlatarbelakangkan keluarga sederhana dan
merupakan anak ke 3 daripada 5 beradik.
3.2.6 Responden 6
Responden 6 merupakan responden terakhir dan merupakan murid perempuan. Dengan
berlatarbelakangkan keluarga susah dan mempunyai saiz tubuh yang agak gempal antara penyebab
responden kurang aktif dan kurang menonjol dalam kelas. Responden juga merupakan Pengawas
Pusat Sumber. Tingkahlaku pemalu dan kurang bertanya antara penyebab responden ketinggalan
dalam pelajaran.

4.0 PERLAKSANAAN INOVASI P&P

Guru telah merancang satu pendekatan inovasi dengan menghasilkan alat bantu mengajar yang
dinamakan `Gerhana Smart Kit. Gerhana Smart Kit ini terdiri daripada gabungan beberapa alat
bantu mengajar yang dapat membantu guru memudahkan pengajaran dan dapat membantu murid
mendapatkan kefahaman serta minat terhadap tajuk Gerhana. Kit Pembelajaran merujuk kepada
sesuatu yang mengandungi alatan asas yang berkaitan dengan topik topik yang diajar serta boleh
digunakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran proses Sains murid. Gerhana Smart Kit
adalah bahan bantu mengajar secara maujud, bervisual dan bersifat interaktif. Ia dapat memudahkan
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 9 ~

guru menerangkan konsep Gerhana dan mencirikan Gerhana dengan betul. Di samping itu, ia dapat
menarik minat serta merangsang motivasi murid untuk memahami apa itu Gerhana. Terdapat dua
jenis Gerhana yang perlu murid fahami iaitu Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari. Kit ini boleh
disentuh dan dipegang oleh murid. Murid boleh menggunakan kit ini untuk kaedah simulasi atau
aktiviti demonstrasi pergerakan Bulan dan Bumi semasa Gerhana terjadi. Tambahan pula, dalam
Gerhana Smart Kit ini juga terdapat bahan interaktif yang menggunakan teknologi komputer. Setelah
murid membuat aktiviti yang main peranan atau demontrasi, murid boleh memperkukuhkan
kefahaman mereka dengan menonton video kejadian sebenar Gerhana atau membuat soalan Interaktif
dalam laman web yang disertakan dalam Gerhana Smart Kit tersebut.
Kandungan yang terdapat dalam Gerhana Smart Kit adalah :
1) Dua buah video penerangan lengkap kejadian Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari oleh Guru
Cemerlang Sains Sekolah Rendah. Video ini boleh membantu penerangan guru semasa pdp.
2)Model Bumi, Bulan dan Matahari yang boleh disentuh dan dipegang oleh murid. Model ini sangat
sesuai untuk guru menjalankan pengajaran mengikut kaedah simulasi tentang pergerakan Bulan dan
Bumi semasa kejadian Gerhana.
3) Permainan Dam permainan ini dinamakan `Dam Dim Dum Gerhana kerana ingin menarik
perhatian dan minat murid. Permainan ini menggalakkan murid bersaing secara sihat dan dapat
menguji kefahaman mereka terhadap tajuk Gerhana setelah melalui pembelajaran melalui video dan
model tersebut. Beberapa soalan misteri disediakan di dalam sekeping sampul surat yang
menghendaki murid menjawab secara lisan dan bertulis .Sebahagian besar soalan misteri yang
disediakan adalah berbentuk pilihan jawapan.
4) Set Soalan Gerhana- set soalan ini terdiri daripada bahagian A (objektif) dan bahagian B. Soalan
yang dibina merujuk kepada soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan. Set soalan ini dapat
menguji kefahaman serta penguasaan murid dalam tajuk Gerhana ini. Skema jawapan disediakan.



HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 10 ~



Langkah 1 :
Gerhana Smart Kit diperkenalkan oleh guru tentang isi kandungan dan cara penggunaannya. Ia boleh
dijalankan secara berasingan dalam masa lain-lain atau boleh dijalankan dalam satu sesi pengajaran
dalam tempoh satu jam (60 Minit). Berkaitan kajian yang dijalankan, guru telah melaksanakan
inovasi menggunakan Smart Gerhana Kit ini dalam tempoh 60 minit semasa pengajaran dalam
praktikum sesi kedua.

Guru memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan melalui ` Gerhana Smart Kit.
Langkah 2 :
Murid diberi penerangan oleh guru tentang kejadian Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari dengan
berbantukan video yang terdapat dalam Gerhana Smart Kit. Guru turut menyelang-seli penerangan
dengan aktiviti perbincangan dan soal jawab dengan responden agar murid memberi tumpuan
sepenuhnya dan dapat mencapai kefahaman terhadap penerangan tersebut.
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 11 ~


Tayangan Video murid diminta memerhati dan memberi perhatian sepanjang tayangan
dibuat.

Guru memberi penerangan tentang proses kejadian Gerhana berbantukan tayangan
video.
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 12 ~


Langkah 3 :
Murid menggunakan model Matahari, Bumi dan Bulan untuk menunjukkan kedudukan mereka
semasa Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan serta fasa-fasa gerhana. Murid menggunakan model
dengan berpandukan soalan oleh guru. Contohnya Di manakah kedudukan Bumi semasa Gerhana
Bulan? , Apakah fasa gerhana ketika ini?, Pada waktu apakah Gerhana Matahari terjadi?. Guru
membantu murid memahami kejadian gerhana melalui penggunaan model. Responden turut diminta
menjawab secara individu supaya responden benar-benar dapat menjawab serta memahami tajuk
Gerhana. Responden turut diberi rangsangan dan peneguhan positif selesai menjawab soalan seperti
puji-pujian, tepukan dan kata-kata motivasi supaya dapat menimbulkan minat dan keseronokan
belajar.

Guru memberi penerangan tentang cara menggunakan model kejadian Gerhana.




HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 13 ~

Langkah 4 :

Murid diberi peluang bermain dengan sebuah permainan dam yang diberi nama Dam Dim Dum
Gerhana. Permainan ini dimainkan secara bergilir mengikut giliran responden. Dam ini disertai
soalan misteri yang mengandungi soalan berbentuk pilihan jawapan dan soalan struktur yang perlu
dijawab secara lisan atau bertulis bergantung kepada giliran responden yang terkena nombor yang
tertulis simbol di atas dam tersebut.










Permainan Dam Dim Dum Gerhana Guru memberi penerangan tentang cara bermain sambil
belajar menggunakan permainan dam.




HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 14 ~


Langkah 5 :
Responden diberi satu set soalan ujian pos pada akhir pdp ini. Setiap responden perlu menjawab
kesemua soalan bahagian A dan Bahagian B secara individu tanpa perlu berbincang dengan rakan. Ini
adalah penting untuk mengukur pencapaian responden dalam menguasai tajuk Gerhana ini. Masa
untuk menjawab diberi sebanyak 30 minit. Hasil dapatan ujian pos ini dijangkakan sangat
memuaskan dan mencapai objektif kajian.


Guru memberi penerangan tentang Set Soalan Gerhana yang perlu dijawab oleh murid di
akhir sesi menggunakan Gerhana Smart Kit.



HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 15 ~


5.0 Laporan perlaksanaan konsep inovasi yang dijalankan.
Sebelum penggunaan Gerhana Smart Kit, pencapaian responden dalam ujian pra sangat
mengecewakan dan kesemua responden mendapat markah bawah 40% atau gred D (gagal). Sikap
dan tingkahlaku responden juga sebelum ini kurang aktif dan menunjukkan kurang berminat dengan
pdp. Secara keseluruhannya melalui penggunaan Gerhana Smart Kit ini berlaku perubahan yang
sangat positif di kalangan keenam-enam responden. Hal ini dapat diukur melalui pencapaian prestasi
responden dalam ujian pos dan perubahan tingkahlaku responden. Kesemua responden mendapat
markah lulus yang baik iaitu antara 60%-80%. Responden juga menunjukkan minat yang tinggi dan
bersaing secara positif untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Hasil daripada analisis
dokumen kertas jawapan Ujian Pra dan Ujian Pos responden, saya mendapati Gerhana Smart Kit ini
berjaya dan sangat berkesan dalam membantu responden menguasai dan meningkatkan minat dalam
tajuk Gerhana ini.

Tayangan video beserta penerangan guru memberi gambaran sebenar kejadian Gerhana .
Video dapat menarik minat murid di samping warna yang pelbagai serta sistem audio bunyi
dan suara yang jelas dapat membantu kefahaman murid .
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 16 ~


Responden kelihatan lebih berminat dan faham tajuk Gerhana apabila dapat menggunakan
model melalui kaedah simulasi.

Murid dapat menjawab soalan misteri yang disediakan dengan betul dalam
permainan Dam Dim Dum Gerhana .
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 17 ~



Murid menjawab soalan dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

5.1 Ujian Pra dan Ujian Pos
Kajian ini menggunakan satu set ujian pra dan ujian pos. Kedua-dua set soalan ini adalah soalan sama
yang terdiri daripada soalan bahagian A (Objektif) dan bahagian B (struktur). Set ujian pra diberi
kepada responden sebelum penggunaan Gerhana Smart Kit ,manakala ujian pos selepas penggunaan
Gerhana Smart Kit. Soalan ujian yang diberi sesuai dengan aras kebolehan responden iaitu rendah
dan sederhana sesuai dengan bentuk soalan sebenar peperiksaan. Berikut adalah jadual pencapaian
responden dan perbezaan markah yang diperolehi selepas ujian pos diberikan kepada responden :




HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 18 ~

Jadual 2
Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Responden.
Responden Ujian Pra Ujian Pos % Peningkatan
1 20 80 60
2 30 68 38
3 32 75 43
4 30 60 30
5 30 78 48
6 34 66 32

Jadual 2 menunjukkan perbezaan markah responden yang ketara semasa ujian pra dan ujian pos.
Peningkatan markah bagi responden 1 adalah 60%, responden 2 menunjukkan peningkatan sebanyak
38%,responden 3 meningkat sebanyak 43%, responden 4 berjaya meningkat sebanyak 30% peratus,
manakala responden 5 dan responden 6 menunjukkan peratusan pencapaian masing-masing sebanyak
48% dan 32%. Kesemua responden dapat lulus ujian pos dengan sangat baik.
5.2 Data Soal Selidik
Dalam kajian ini, soalan selidik digunakan ialah soal selidik tertutup (lampiran C) di mana hanya dua
pilihan jawapan sahaja digunakan sama ada Ya atau Tidak. Ini bersesuaian dengan tahap kognitif
responden yang terdiri daripada murid lemah. Item soal selidik dibina sebanyak 10 item yang
berdasarkan objektif kajian dan termasuklah berkaitan kefahaman responden terhadap isi kandungan
pdp dan minat responden. Hasil daripada soal selidik, didapati semua jawapan responden adalah
positif dan memberangsangkan. Kesemua responden bersetuju bahawa penggunaan Gerhana Smart
Kit berjaya memberi kefahaman dan meningkatkan minat kepada mereka .Berikut adalah jadual
Analisis Data Soal Selidik daripada keenam-enam responden yang diterjemahkan kepada nilai
peratusan mengikut setiap item.


HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 19 ~

Jadual 3
Analisis Data Soal Selidik

BIL PENYATAAN ITEM
1 Pembelajaran Sains tanpa video dan penggunaan model
sangat membosankan.

YA
(100%)

TIDAK
(0%)
2 Saya bosan dan tidak berminat belajar Sains jika tiada
permainan.

YA
(100%)

TIDAK
(0%)
3 Saya mudah memahami tajuk Gerhana dengan bantuan
Gerhana Smart Kit


YA
(100%)

TIDAK
(0%)
4 Saya lebih menyukai matapelajaran Sains selepas belajar
dengan Gerhana Smart Kit


YA
(100%)

TIDAK
(0%)

5 Saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tajuk
Gerhana tanpa bantuan sesiapa


YA
(80%)

TIDAK
(20%)
6 Saya suka aktiviti seperti Gerhana Smart Kit ini dijalankan
pada tajuk-tajuk lain dalam matapelajaran Sains.


YA
(100%)

TIDAK
(0%)
7 Penggunaan Gerhana Smart Kit dalam pengajaran dan
pembelajaran guru tidak sesuai.


YA
(0%)

TIDAK
(100%)
8 Bahan-bahan yang disediakan dalam Gerhana Smart Kit
yang disediakan oleh guru sangat menarik.


YA
(100%)

TIDAK
(0%)
9 Saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan melalui
Gerhana Smart Kit.


YA
(80%)

TIDAK
(20%)
10 Saya yakin dapat menjawab soalan peperiksaan dengan
baik setelah belajar guna Gerhana Smart Kit


YA
(100%)

TIDAK
(0%)



HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 20 ~

Kesimpulan
Penggunaan Gerhana Smart Kit ini didapati telah berjaya membantu responden mendapatkan
kefahaman terhadap tajuk Gerhana. Ia juga mampu meningkatkan minat dan motivasi belajar
responden sepanjang menjalani aktiviti pdp. Pencapaian prestasi responden turut positif dan
menunjukkan peratusan peningkatan yang sangat baik.
Penggunaan Gerhana Smart Kit ini turut memberi kesedaran dan motivasi yang sangat baik kepada
saya sebagai guru bahawa naluri seorang kanak-kanak perlu kepada kaedah dan alat bantu mengajar
yang pelbagai dan mempunyai nilai inovasi dalam pengajarannya. Sudah tentu ia menuntut kepada
persediaan, perancangan guru yang rapi dan sistematik sebelum menjalani sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran. Hakikatnya dengan penggunaan inovasi dalam pengajaran adalah sangat
memudahkan kerja penitisan ilmu oleh guru terhadap anak didik. Ia bukan sekadar bertindak
membantu guru dalam penyampaian ilmu, malah sangat memotivasikan murid dan dapat menumbuh
minat mereka secara mendalam terhadap pembelajaran Sains. Secara tidak langsung ini penggunaan
inovasi ini membantu murid memperbaiki prestasi belajar murid kepada lebih cemerlang, memupuk
semangat cintakan ilmu dan membentuk sikap positif dalam hidup mereka.










HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 21 ~








LAMPIRAN










HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 22 ~


LAMPIRAN 1
SULIT
018
SAINS
UJIAN DIAGNOSTIK
Mac 2014
30 MINIT


Nama :______________________________________________
Kelas :______________________________________________
_________________________________________________________________________________
UJIAN DIAGNOSTIK
SAINS TAHUN 6
(30 Minit)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 15 soalan objektif dan 2 soalan struktur.
2.Jawab semua soalan.


HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 23 ~

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF ( 15 soalan)
Masa yang diperuntukkan adalah 20 minit.
Soalan Gerhana
Sains

Arahan : Jawab semua soalan. Setiap soalan mengandungi pilihan jawapan berlabel A, B, C and D.
Pilih hanya SATU sahaja jawapan bagi setiap soalan.

1. Rajah menunjukkan bayang-bayang Bulan pada permukaan Bumi.


Pada kawasan manakah, gerhana Matahari separa berlaku?

A P
B Q
C R
D S




HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 24 ~

2. Rajah menunjukkan radas yang digunakan pada suatu eksperimen gerhana.



Apakah yang diwakili oleh lampu suluh dan bola tenis?

Lampu suluh Bola tenis
A Bumi Bulan
B Bulan Bumi
C Matahari Bumi
D Matahari Bulan

3. Apakah gerhana Bulan?

I Berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan
II Disebabkan oleh pantulan cahaya matahari oleh Bulan
III Berlaku apabila Matahari, Bumi dan Bulan berada di garis lurus
IV Berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 25 ~


4. Rajah menunjukkan apa yang pemerhati dapat lihat semasa gerhana Matahari.


Apakah objek bulat hitam yang terdapat dalam rajah?

A Bumi
B Matahari
C Bulan
D Bayang-bayang Bumi

5. Mengapakah gerhana berlaku?
I Cahaya bergerak pada garis lurus
II Bumi berputar pada paksinya
III Bulan memantulan cahaya matahari
IV Bumi berputar mengelilingi Matahari dan Bulan berputar mengelilingi Bumi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 26 ~



6. Antara yang berikut, apakah kesan gerhana Matahari penuh pada Bumi?

I Bintang tidak dapat dilihat
II Matahari tidak kelihatan di langit
III Cahaya siang menjadi gelap bagi beberapa seketika
IV Bulan penuh dapat dilihat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7. Antara yang berikut, manakah susunan yang betul semasa gerhana Matahari?

X - Matahari
Y - Bumi
Z - Bulan

A X, Y, Z
B Y, X, Z
C Z, Y, X
D Z, X, Y

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 27 ~


8. Apakah yang akan berlaku semasa gerhana bulan?
A Matahari tidak kelihatan bagi beberapa seketika
B Bayang-bayang Bulan akan menutupi permukaan Matahari
C Bulan akan kelihatan kemerahan, kelabu gelap dan perang
D Bumi menghalang cahaya bulan daripada sampai ke Matahari

9. Apakah fasa Bulan ketika gerhana Bulan boleh berlaku?
A Bulan Baru
B Bulan Penuh
C Bulan Sabit
D Bulan suku

10. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar tentang situasi yang dilihat daripada
kawasan P, Q dan R di Bumi.
I Bulan berada pada bayang-bayang Bumi
II Matahari dilihat daripada kawasan Q ialah berbentuk bulan sabit
III Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi
IV Persekitaran akan menjadi gelap buat sementara waktu pada waktu siang

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 28 ~


11. Rajah menunjukkan susunan radas bagi menyiasat pembentukan gerhana. Lampu suluh
dipasang dan bayang-bayang yang terbentuk diperhatikan.
Antara yang berikut, manakah susunan yang menunjukkan susunan yang terbentuk di kawasan
X pada glob?


A



B


C


D






HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 29 ~

12. Rajah menunjukkan Matahari, Bulan dan Bumi.




Apakah yang menyebabkan kawasan X mengalami gerhana?

A Cahaya dipantulan
B Cahaya dipesongkan
C Cahaya tidak bergerak melalui vakum
D Cahaya tidak dapat melalui objek legap

13. Rajah menunjukkan W, X, Y dan Z mewakili kedudukan Bulan pada suatu situasi.




Antara yang berikut, manakah persamaam kedudukan Bulan dengan bentuk gerhana bulan
apabila diperhatikan?

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 30 ~

Kedudukan
Bulan
Bentuk gerhana
I W Gerhana penuh
II X Gerhana penuh
III Y Gerhana penuh
IV Z Gerhana separa

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

14. Maklumat menerangkan tentang gerhana.


Bumi berputar mengelilingi Matahari. Pada masa yang
sama Bulan berputar mengelilingi Bumi. Pada suatu
kejadian, Bumi adalah di antara Matahari dan Bulan pada
garis yang lurus.



Antara yang berikut, manakah yang menerangkan tentang pembentukan gerhana berdasarkan
pernyataan dia atas?

A Ia berlaku pada waktu siang
B Bulan merupakan bayang-bayang Bumi
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 31 ~

C Ia berlaku seketika pada jangka masa yang singkat
D Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi

15. Rajah menunjukkan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan pada suatu masa.




Apakah yang akan disebabkan oleh kedudukan tersebut?

A Matahari akan kelihatan sebagai cincin
B Bulan akan kelihatan sangat cerah pada waktu malam
C Bulan akan kelihatan kemerahan
D Bumi akan menjadi gelap seketika pada waktu siang

Sumber : I-Teach Interactive Teaching Courseware.






HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 32 ~


Jawapan

1. B
2. D
3. B
4. C
5. A
6. C
7. A
8. C
9. B
10. D
11. C
12. D
13. D
14. D
15. D














HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 33 ~






















BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR ( 2 soalan)
Masa Diperuntukkan : 15 Minit

Soalan 1






Rajah di atas menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar untuk
mengkaji fenomena gerhana

(a) Apakah yang diwakili oleh..

i- lampu suluh ? ______________________________________(1 markah)

ii- glob ? ______________________________________ (1 markah)

iii- bola ping pong ? ____________________________________ (1 markah)

(b) Apakah yang dapat diperhatikan apabila glob diletakkan di antara lampu suluh dengan bola ping
pong ?

_______________________________________________________________ (1 markah)
(c) Apakah jenis gerhana yang berlaku ketika ini ?

_______________________________________________________________ (1 markah)

(d) Berikan satu sebab (inferens) untuk menyokong jawapan kamu di (c) .

_______________________________________________________________ (1 markah)


Bola pingpong
glob
Lampu suluh
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 34 ~


Soalan 2




















Soalan 2
Rajah di bawah menunjukkan fasa-fasa Matahari ketika Gerhana Matahari




P Q R S T
Rajah 2

(a) Nyatakan corak perubahan kecerahan Matahari ketika ini.

_______________________________________________________________(1 markah)

(b) Pada fasa manakah Gerhana Matahari Penuh berlaku?

_______________________________________________________________(1 markah)

(c) Berikan satu sebab (inferens) bagi jawapan kamu di (b).

_______________________________________________________________(1 markah)
(d) Lukis kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari ketika Gerhana Matahari Penuh berlaku.




(1 markah)
(e) Nyatakan satu keadaan yang akan berlaku di kawasan yang mengalami fasa R.

________________________________________________________________(1 markah)

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 35 ~

LAMPIRAN 2

BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR
(Ubahsuai daripada Ahmad Tarmizi B Mohd Zain, 2010,Sivaraja A/L Subramaniam,2011 & Noor
Fauziati Bt Mohd Noor, 2012 )
Arahan : Soal selidik ini adalah dijawab oleh responden yang terpilih sahaja bagi kajian ini.
Sila BULATkan pada petak berkenaan mengikut Skala Likert. Kerjasama anda sangat
dihargai. Maklumat anda adalah sulit.

1. Jantina Lelaki

Perempuan

2. Umur Tahun

3. Agama Islam
Lain-lain

4. Bangsa Melayu
Cina
India
Lain-lain

Kelas : ________________________________________

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 36 ~

Sila bulatkan jawapan pilihan anda, sama ada Ya atau Tidak
BIL PENYATAAN ITEM
1 Pembelajaran Sains tanpa penggunaan video dan model
sangat membosankan.

YA

TIDAK
2 Saya bosan dan tidak berminat belajar Sains jika tiada
permainan.


YA

TIDAK
3 Saya mudah memahami tajuk Gerhana dengan bantuan
Gerhana Smart Kit


YA

TIDAK
4 Saya lebih menyukai matapelajaran Sains selepas belajar
dengan Gerhana Smart Kit


YA

TIDAK
5 Saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tajuk
Gerhana tanpa bantuan sesiapa


YA

TIDAK
6 Saya suka aktiviti seperti Gerhana Smart Kit ini dijalankan
pada tajuk-tajuk lain dalam matapelajaran Sains.


YA

TIDAK
7 Penggunaan Gerhana Smart Kit dalam pengajaran dan
pembelajaran guru tidak sesuai.


YA

TIDAK
8 Bahan-bahan yang disediakan dalam Gerhana Smart Kit
yang disediakan oleh guru sangat menarik.


YA

TIDAK
9 Saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan melalui
Gerhana Smart Kit.


YA

TIDAK
10 Saya yakin dapat menjawab soalan peperiksaan dengan
baik setelah belajar guna Gerhana Smart Kit


YA

TIDAK





HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 37 ~

Lampiran Jawapan Calon
1) Responden 1
Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Responden 1
Ujian Transkrip Responden
Ujian Pra










Responden gagal menjawab soalan dengan baik dalam bahagian A dan B.
Ujian Pos







Respondan berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat.
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 38 ~

2) Responden 2
Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Responden 2
Ujian Transkrip Responden
Ujian Pra










Responden gagal menjawab soalan dengan baik dalam bahagian A dan B.
Ujian Pos







Respondan berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat.

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 39 ~

3) Responden 3
Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Responden 3
Ujian Transkrip Responden
Ujian Pra










Responden gagal menjawab soalan dengan baik dalam bahagian A dan B.
Ujian Pos







Respondan berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat.

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 40 ~

4) Responden 4
Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Responden 4
Ujian Transkrip Responden
Ujian Pra










Responden gagal menjawab soalan dengan baik dalam bahagian A dan B.
Ujian Pos







Respondan berjaya menghubungkait kefahaman tentang tajuk Gerhana dan dapat
menjawab soalan dengan betul dan tepat.
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 41 ~


5) Responden 5
Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Responden 5
Ujian Transkrip Responden
Ujian Pra










Responden gagal menjawab soalan dengan baik dalam bahagian A dan B.
Ujian Pos







Respondan dapat menunjukkan kefahaman dan berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat.
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 42 ~

6) Responden 6
Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Responden 6
Ujian Transkrip Responden
Ujian Pra










Responden gagal menjawab soalan dengan baik dalam bahagian A dan B.
Ujian Pos







Respondan dapat menghubungkait kefahaman tentang tajuk Gerhana dan berjaya
menjawab soalan dengan betul dan tepat.
HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)
Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 43 ~