Anda di halaman 1dari 30

PERKAKASAN

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER


(PERKAKASAN)
APA ITU KOMPUTER?
Komputer ialah peranti / alat
elektronik yang boleh menurut
suruhan untuk menerima input,
memproses input tersebut dan
akhirnya ia akan menghasilkan
maklumat.
PERKAKASAN
KOMPUTER
Perkakasan kompuler terdiri daripada
pelbagai peranti yang berbeza.
Peralatan fizikalnya terbahagi kepada
empat kategori:
1. unit sistem
2. input / output
3. storan sekunder, dan
4. peranti komunikasi.
PERKAKASAN KOMPUTER
Unit sistem; litar elektronik yang
tersimpan dalam
mikropemproses
(Mikroprosessor)
Dan
ingatan
(RAM- RANDOM ACESS
MEMORY))
Mikropemproses
mengawal dan manipulasi data
untuk menghasilkan maklumat.
Ingatan juga dikenali sebagai storan primer atau
ingatan capaian rawak (RAM - RANDOM ACESS
MEMORY),
berfungsi menyimpan data dan suruhan atur cara
untuk memproses data. Ia juga menyimpan maklumat
yang telah diproses sebelum ia di output kan.
Ingatan juga dirujuk sebagai
storan sementara kerana
kandungannya akan hilang
sekiranya kuasa elektrik pada
komputer terputus.
UNIT SISTEM
PROCESSOR
RAM
PERANTI INPUT

Peranti input menterjemah data dan aturcara
yang difahami oleh manusia ke dalam bentuk
yang boleh diproses oleh komputer.
Peranti input yang selalu digunakan ialah
papan kekunci dan tetikus .
PAPAN KEKUNCI

TETIKUS (MOUSE)

INPUT
PERANTI OUTPUT
Peranti output pula menterjemah
maklumat yang diproses dari
komputer ke bentuk yang boleh
difahami manusia.
Peranti output yang biasa ialah
monitor atau skrin Paparan video
dan pencetak.
MONITOR & PENCETAK
MONITOR
PENCETAK
OUTPUT
Apakah Storan?
Ingatan utama komputer, RAM menyimpan data dan
program buat sementara waktu apabila mereka sedang
diproses.
Storan sekunder pula menyimpan data dan program
apabila mereka tidak diproses.
Peranti storan sekunder membekalkan storan yang
kekal kerana data serta program dalamnya tak meruap.
Proses untuk menyimpan data dipanggil menulis atau
merekod data.
Proses mendapat semula data dipanggil membaca data
kerana peranti sekunder membaca dan memindahkan
data ke ingatan untuk diproses.
Peranti storan sekunder berfungsi sebagai peranti
input dan output.

PERANTI STORAN
SEKUNDER
Berbeza dengan ingatan (RAM), Peranti storan
sekunder menyimpan data dan aturcara walaupun
kuasa elektrik ke komputer dimatikan.

Jenis media sekunder yang paling penting ialah cakera
liut, cakera keras , cakera optik dan pen drive @
thumb drive.

Cakera liut digunakan dangan meluas untuk
menyimpan dan mengalih data dari satu komputer ke
komputer yang lain. Ia dipanggil liut kerana data
disimpan didalam cakera yang nipis, fleksibel, atau
plastik yang liut.
PERANTI STORAN
SEKUNDER
PEN DRIVE MP3 & PEN DRIVE
CAKERA LIUT (DISKET)
CAKERA PADAT (CD)
CAKERA KERAS
Biasanya menyimpan aturcara dan fail
data yang besar.
Dengan menggunakan piring metalik
tegar, cakera keras mempunyai kapisiti
yang lebih besar dan berupaya
mencapai maklumat dengan lebih
pantas berbanding cakera liut.
CAKERA OPTIK
Menggunakan teknologi laser dan
mempunyai kapisiti yang terbesar. Dua
jenis asas cakera optik ialah cakera padat
(CD) dan cakera VCD dan DVD.
PEN DRIVE / THUMB
DRIVE
Pen drive @ thumb drive juga boleh
menyimpan aturcara dan fail data yang
besar dan mempunyai saiz-saiz tertentu
seperti 128MB, 512MB dan 1 GB.

Terkini terdapat pen drive mp3 dan mp4
yang boleh menyimpan lagu, video serta
boleh memainkannya.
PORTABLE HARD DISK
Saiz lebih besar dari pen drive, bersaiz 40GB & 60 GB.
PERANTI KOMUNIKASI
Merupakan perkakasan komunikasi yang
menghantar dan menerima data dan
atur cara dari satu komputer atau
peranti storan sekunder yang lain.
Peranti komunikasi tersebut dinamakan
modem.
Modem menukarkan isyarat elektronik
dari komputer ke isyarat yang boleh
disalurkan melalui talian talipon dan
terus ke internet.
RAJAH BELAKANG UNIT SISTEM
/ CPU
PORT PS2
PORT USB
PORT SELARI
PORT BERSIRI
PORT BEKALAN
KUASA
PORT
VIDEO

Anda mungkin juga menyukai