Anda di halaman 1dari 12

UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI

Oleh:
Muhayudin Salleh (125485)
Pensyarah:
En. Hishamuddin Hashim
SOALAN
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 merupakan satu
akta yang mengandungi peruntukan berkenaan dengan
perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan dalam
negeri di Malaysia. Akta ini turut menggariskan beberapa
kesalahan, di antaranya ialah:
a) Mencetak penerbitan larangan
b) Memiliki penerbitan subversif
c) Berkenaan penerbitan subversif import
d) Memiliki dokumen subversif
Jelaskan empat (4) kesalahan di atas beserta implikasinya
dari sudut perundangan.
PENGENALAN
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) atau (ISA)
Internal Security Act
Mengandungi peruntukan mengenai keselamatan dalam
negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan perbuatan
subversif, penghapusan keganasan berancang terhadap orang
dan harta dalam kawasan-kawasan tertentu di Malaysia, dan
mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya
Digubal pada tahun1960, selepas tamatnya 12 tahun darurat
di Tanah Melayu bagi mempertahankan negara daripada
ancaman komunis
Dikuatkuasakan di Malaysia Barat pada 1 Ogos 19760 dan
Malaysia Timur pada 16 September 1963
a) Mencetak Penerbitan Larangan
Mencetak penerbitan larangan bermaksud mana-mana orang yang

mencetak, menerbit, menjual, mengeluar, mengedar, atau


mengulang cetak sesuatu dokumen atau penerbitan yang menjadi
subjek satu perintah di bawah seksyen 22 Akta Keselamatan
Dalam Negeri 1960, atau apa-apa cabutan daripadanya,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit
atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun
atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa tiada seseorang pun boleh
disabitkan ke atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini
jika dia membuktikan dengan memuaskan hati
mahkamah, bahawa dokumen atau penerbitan yang
berkenaan dengannya dia dituduh telah dicetak, diterbit,
dijual, dikeluarkan, diedarkan atau diulang cetak,
mengikut mana yang berkenaan, tanpa kebenaran,
persetujuan dan pengetahuannya, dan tanpa kecermatan
atau penghematan yang sepatutnya bagi pihaknya, dan
bahawa dia tidak mengetahui dan tidak mempunyai sebab
untuk mengesyaki jenis dokumen atau penerbitan itu.
b) Memiliki Penerbitan Subversif
Larangan memiliki penerbitan subversif bukan sahaja dikenakan ke
atas pihak penerbitan tetapi juga kepada pihak pemilikan sebagaimana
dinyatakan di bawah seksyen 25 (1) Akta Keselamatan Dalam negeri
1960: “ mana-mana orang yang tanpa alasan yang sah ada dalam
miliknya apa-apa dokumen penerbitan, yang pemilikannya dilarang
oleh suatu perintah di bawah seksyen 22 (1) Akta Keselamatan Dalam
negeri 1960, atau apa-apa cabutan daripadanya, adalah melakukan
suatu kesalahan pertama denda tidak lebih daripada satu ribu
ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu
tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya penjara
selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.”
Dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang

mengenai suatu kesalahan terhadap seksyen ini, orang itu


hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya,
sebagai mengetahui kandungan dan jenis kandungan apa-
apa dokumen atau penerbitan selepas sahaja dokumen
atau penerbitan itu berada di dalam miliknya.
c) Berkenaan Penerbitan Subversif Import
Peruntukan berkenaan dengan kesalahan penerbitan subversif yang
import dinyatakan di bawah seksyen 26 Akta Keselamatan Dalam Negeri
1960;
“ mana-mana orang mengimport atau cuba mengimport atau bersubahat
dalam pengimportan apa-apa dokumen atau penerbitan atau tanpa alasan
yang sah ada dalam miliknya apa dokumen atau penerbitan yang
diimport berlanggaran dengan suatu perintah di bawah seksyen 22 Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh dikenakan bagi kesalahan pertama denda tidak
lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan
berikutnya penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.”
d) Memiliki Dokumen Subversif
Memiliki dokumen subversif sepertimana yang dijelaskan di

bawah seksyen 29 (1) akta Keselamatan Dlama Negeri 1960


di mana;
“ mana-mana orang yang tanpa alasan yang sah membawa

atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa


dokumen subversif adalah melakukan suatu kesalahan yang
apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih
daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama
tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-
duanya.”
Mana-mana orang atau mana-mana pemegang jawatan dalam
mana-mana persatuan atau mana-mana anggota atau ejen yang
bertanggungjawab dalam mana-mana organisasi yang
menerima apa-apa dokumen subversif hendaklah tanpa
berlengah-lengah menyerahkannya kepada seorang pegawai
polis; dan mana-mana orang, pemegang jawatan, anggota atau
ejen yang gagal berbuat demikian, atau meyampaikannya
kepada mana-mana orang lain atau menerbit atau
menyebabkan kandungan apa-apa dokumen tersebut
diterbitkan, melainkan dia dibenarkan berbuat demikian oleh
seorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada
penguasa polis, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada
sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi sesiapa yang dituduh memiliki dokumen subversif boleh membuat

pembelaan menurut peruntukan di bawah seksyen 29 (4) Akta


Keselamatan Dalam Negeri 1960 di mana dinyatakan:
“ tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen subversif hendaklah

dianggapkan sebagai dokumen subversif sehingga dibuktikan


sebaliknya; dan jika dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen
ini dibuktikan bahawa seseorang membawa atau ada dalam miliknya
atau di bawah kawalannya suatu dokumen subversif dia hendaklah
disifatkan sebagai mengetahui kandungan dan jenis kandungan dokumen
tersebut: dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan
dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini jika dia membuktikan
dengan memuaskan hati mahkamah-
a) Bahawa dia tidak mengetahui kandungan dan jenis
kandungan dokumen subversif yang dibawa atau ada
dalam miliknnya atau di bawah kawalannya; dan

b) Bahawa dia membawa atau mempunyai dokumen


subversif itu dalam miliknya atau di bawah kawalannya
dalam sesuatu hal keadaan di mana tiada pada bila-bila
masa pun dia mempunyai sebab yang munasabah untuk
mempercayai atau mengesyaki bahawa dokumen itu
adalah satu dokumen subversif.”

Anda mungkin juga menyukai