Anda di halaman 1dari 25

T

X PENGENALAN
Topik ini akan membincangkan berkaitan dengan sistem kehakiman Islam. Oleh
itu, kita akan mendefinisikan apakah yang dimaksudkan dengan kehakiman
dalam Islam, di samping dalil pengsyariatan kehakiman dalam Islam. Dalam
topik ini juga kita akan menyebut tentang matlamat kehakiman Islam. Adab-
adab bagi seorang hakim juga akan disentuh. Topik ini juga akan menjelaskan
tentang sistem keterangan atau proses pembuktian dalam Islam seperti yang
telah digariskan oleh para fuqaha.


T
o
o
p
p
i
i
k
k

5
5

X
Sistem
Kehakiman
Islam


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan definisi sistem kehakiman Islam mengikut pendapat
fuqaha-fuqaha Islam;
2. Menjelaskan matlamat sistem kehakiman Islam serta hikmah dan
falsafahnya;
3. Menghuraikan adab-adab hakim secara am dan adab-adab hakim
secara khas ketika mendengari proses perbicaraan di dalam
mahkamah; dan
4. Menjelaskan cara berlakunya proses pembuktian dalam sistem
kehakiman Islam.
X TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


106

AKTIVITI 5.1
1. Huraikan mengapakah sebuah sistem kehakiman yang adil dan
saksama perlu wujud dalam sesebuah negara.
2. Bincangkan dengan rakan anda apakah sistem kehakiman di
Malaysia ini adil, telus dan saksama berdasarkah pengamatan
anda.
3. Jelaskan mengikut pemahaman anda ciri-ciri asas kepada sebuah
sistem kehakiman yang adil dan saksama.

I 5.1 SLAM DAN KEHAKIMAN
Keadilan mutlak merupakan asas penting dalam Islam. Oleh itu, Islam menyuruh
umatnya berlaku adil dalam semua keadaan, dan dengan semua makhluk-
makhluk Allah di muka bumi ini. Maha Adil adalah salah satu sifat Allah.
Namun demikian, meskipun Allah S.W.T memerintah manusia supaya berlaku
adil sesama manusia, tanpa membezakan warna kulit, darjat, taraf pendidikan
dan agama, masih lagi berlaku ketidakadilan di kalangan manusia. Allah telah
merekodkan konsep keadilan yang sejati ini menerusi al-Quran, di mana Dia
berfirman:



!!., _ `.., . _,. 1`.1l!, ,.: < l _ls >..
_.ll _,, | _>, !,.s ,1 <! _| !., `-,`..
_> l.-. | .'l. .-. | < l !., l.-. ,,> __
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang
benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap
diri mu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat mu. Jika dia kaya ataupun
miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan. Maka janganlah kamu mengikuti
hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran. Dan jika kamu
memutar belitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya
Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan. (al-Nisaa
4:135)
Dalam ayat yang lain pula, Allah berfirman:
TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM W

107



!!., _ `.., . _,. < ,.: 1`.1l!,
..>, `!:.: , _ls l.-. l.s > , _1`.ll
1. < _| < ,,> !., _l.-. _
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-
orang yang benar-benar menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi saksi
dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,
mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih
dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Maidah 5:8)

Berdasarkan ayat yang dinyatakan di atas, maka jelaslah bahawa keadilan dalam
Islam adalah keadilan yang hakiki. Keadilan mesti ditegakkan walaupun mungkin
hukuman tersebut melibatkan kaum keluarga, sahabat handai, ataupun mungkin
keadilan itu akan dinikmati oleh musuh kita sendiri. Al-Quran secara sarahah,
telah menyebut bahawa kebencian kepada seseorang, tidak memungkinkan kita
untuk berlaku tidak adil dalam penghakiman kita kepadanya. Ingatlah keadilan itu
adalah lebih hampir dengan ketakwaan, sedangkan kezaliman itu membawa
manusia kepada maksiat dan dosa. Maka sudah pastilah dosa itu akan
mendekatkan kita dengan kemurkaan dan seksa daripada Allah S.W.T.

Dalam satu khutbahnya yang terkenal Nabi s.a.w pernah bersabda:
Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah binasa disebabkan bila seorang
bangsawan mencuri dibiarkan (tanpa hukuman), tetapi jika yang mencuri itu
orang awam (lemah), maka akan dihukum seberat-beratnya. Demi Zat, yang
jiwaku dalam genggaman-Nya, jika Fatimah puteri Muhammad sendiri mencuri,
maka aku tidak akan ragu-ragu untuk memotong tangannya. (HR Bukhari).
5.1.1 Pengertian Hakim
Sebelum kita melangkah lebih jauh untuk membincangkan sistem kehakiman
dalam Islam, eloklah di sini kita mulakan dengan memberi takrifan kepada
perkataan kehakiman itu sendiri. Jika dilihat dari sudut bahasa, kalimah
kehakiman ini mempunyai makna yang pelbagai. Takrifan yang diberikan oleh
para fuqaha juga berbeza, mengikut pendekatan dan pemahaman masing-
X TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


108
masing. Walau bagaimanpun, boleh difahami secara umumnya bahawa al-qada
membawa maksud untuk menyelesaikan pertikaian, atau menyelesaikan
persengketaan, menghukum yang bersalah, memberikan hak kepada yang
berhak, mencegah kezaliman daripada terus berlaku dan sebagainya.
5.1.2 Pengertian Hakim dari Sudut Bahasa
Perkataan kehakiman adalah diambil daripada kata dasar hakim atau dalam
bahasa Arab disebut qada atau al-qada. Pengertian al-qada ini boleh difahami
dari dua sudut utama iaitu al-qada dari sudut bahasa dan al-qada dari sudut
istilah. Al-qada dari sudut bahasa mempunyai makna dan pengertian yang
pelbagai. Sebahagian daripada makna tersebut adalah seperti berikut:

(a) Al-qada - Bererti ) ( cegah atau halang
Di sini boleh difahami bahawa seseorang hakim berdasarkan penghakiman
yang dibuatnya, boleh mencegah atau menghalang pihak yang melakukan
kezaliman daripada terus menerus dengan kezalimanya.

(b) Al-qada - Bererti ) ( memutuskan yakni membuat keputusan bagi
sesuatu perkara
Dalam al-Quran, Allah menceritakan kisah Nabi Yusuf a.s ketika mana
Nabi Yusuf berkata: Wahai sahabatku berdua yang sepenjara! (Tabir
mimpi kamu itu ialah): Adapun salah seorang daripada kamu, maka dia
akan memberi minum arak kepada tuannya. Adapun yang seorang lagi,
maka dia akan dipalang, serta burung pula akan makan dari kepalanya.
Telah diputus tentang perkara yang kamu tanyakan itu.

(c) Al-qada - Bererti ) ( mengosongkan atau mengakhiri atau selesai
Ini dapat dirujuk kepada firman Allah S.W.T dalam Surah al-Ahzab, ayat 37
yang bermaksud: "Kemudian setelah Zayd selesai habis (qada)
kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami
kahwinkan engkau (Muhammad) dengannya...".

(d) Al-qada - Bererti ) ( menjelaskan, menunaikan atau melangsaikan
Seperti apabila dikatakan ) ( yakni Zaid sudah menunaikan yakni
menjelas, membayar dan melangsaikan hutangnya.

(e) Al-qada - Bererti ) ( menetapkan atau menentukan sesuatu
Misalnya seperti dikatakan, kadi telah menetapkan atau menentukan
nafkah ke atas seseorang yang bermaksud: Hakim telah menetapkan atau
menentukan nafkah seseorang.
(f) Al-qada- Bererti ) ( memerintah atau mengarahkan
TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM W

109
Dalam al-Quran Surah al-Isra' ayat 23 Allah S.W.T telah berfirman yang
maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan, supaya engkau tidak
menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau
berbuat baik kepada ibu bapa".

Berdasarkan makna-makna yang telah dinyatakan di atas, maka boleh difahami
bahawa kalimah al-qada terkandung padanya makna yang pelbagai. Makna-
makna inilah yang menjadi asas kepada pengertian al-qada dari sudut istilah
syarak yang telah dikembangkan oleh ulama-ulama Islam yang terdahulu.
5.1.3 Pengertian Hakim dari Sudut Istilah
Kalimah al-qada jika ditinjau dari sudut istilah, telah ditakrifkan oleh fuqaha
dengan pelbagai takrifan. Antara takrifannya adalah seperti berikut:

Fuqaha dari mazhab Hanafi misalnya telah mentakrifkan al-qada dalam kitab-
kitab mereka sebagai menyelesaikan kes dan mendamaikan pergaduhan dan
pertelingkahan. Takrif Hanafi lebih menekankan tentang peranan kehakiman
iaitu menyelesaikan kes yang dikemukakan ke mahkamah, mendamaikan
pergaduhan yang berlaku dan menjatuhkan hukuman untuk menyelesaikan
pertelingkahan antara pihak-pihak yang terlibat dalam kes-kes yang dibawa ke
mahkamah.

Ada juga golongan Hanafi yang mentakrifkan al-qada sebagai pemberitahuan
tentang hukum syarak yang wajib dilaksanakan. Takrif ini menekankan tentang
peranan mahkamah ialah memberitahu hukum syarak tentang sesuatu kes,
pemberitahuan oleh mahkamah ini wajib dilaksanakan dan ia mengikat. Ini
bermakna mahkamah apabila memutuskan sesuatu kes hendaklah berdasarkan
hukum syarak yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Manakala ulama Maliki, Ibn Irfah misalnya telah menyebut al-qada sebagai sifat
kehakiman yang menyebabkan wajib dilaksanakan hukum syarak walaupun
hukuman tersebut tadil dan tajrih, tetapi tidak yang berkaitan maslahah umum
kaum muslimin.

Oleh itu, berdasarkan takrifan Ibn Irfah ini, al-qada ini mempunyai bidang kuasa
yang luas iaitu bukan sahaja menyelesaikan pertikaian, malahan boleh
menentukan tadil atau tajrih juga. Dalam hal ini, mahkamah boleh memutuskan
seseorang itu sama ada adil dan syahadahnya diterima (tadil), atau tidak adil
(tajrih), maka syahadahnya ditolak.

X TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


110
Bagaimanapun menurut Ibn Irfah, mentadbir maslahah umum seperti
membahagikan harta rampasan, mentadbir tentera, menyusun peperangan,
memerangi penderhaka, membahagi dan mengurus harta Baitulmal dan
sebagainya, bukanlah di bawah bidang kuasa al-qada atau mahkamah.

Sebahagian ulama hadis pula mentakrifkannya al-qada sebagai menyelesaikan
kes dan mendamaikan pergaduhan dalam bentuk khas yang terbit daripada
kekuasaan am. Takrif ini menekankan tentang peranan al-qada, iaitu menyelesai
dan memutuskan kes yang dipertikaikan dan sifat pertikaian atau pergaduhan
ini bukan am tetapi yang berbentuk khas yang melibatkan individu.

Takrif ini juga menjelaskan bahawa asas atau sumber wilayah al-qada dari
wilayah al-ammah. Adapun kekuasaan am ini ialah kuasa asal khalifah,
manakala hakim adalah dilantik dan ditauliahkan oleh khalifah.

Sebahagian ulama hadis yang lain pula mentakrifkannya al-qada sebagai
menghubungkan Allah dengan hamba-Nya dengan mematuhi perintah,
mengikut apa yang dihukumkan-Nya melalui al-Quran dan al-Sunnah.

Takrif ini menekankan al-qada atau mahkamah sebagai institusi yang
menghubungkan Allah dengan hamba-Nya yang wajib dipatuhi dan ditaati
undang-undang ciptaan-Nya yang dijelaskan melalui al-Quran dan al-Sunnah.

Kebanyakan ulama Syafie mentakrifkan al-qada sebagai menyelesaikan
pertikaian antara dua pihak atau lebih dengan hukuman Allah Taala. Takrifan ini
menekankan tugas al-qada ialah menyelesaikan pertikaian yang berlaku antara
pihak-pihak yang terlibat. Undang-undang yang digunakan dalam
menyelesaikan pertikaian tersebut ialah melalui undang-undang Allah.

Oleh itu, mengikut ulama Syafie, tidak wajar disebut al-qada jika undang-
undang yang digunakan bukan berdasarkan undang-undang Allah. Izz al-Din
ibn Abd al-Salam misalnya telah mentakrifkan al-qada sebagai menerangkan
hukum syarak terhadap sesuatu perselisihan yang mesti diselesaikan mengikut
hukum syarak.

Sebagai kesimpulannya, takrifan fuqaha yang disebut di atas tadi tidak terkeluar
daripada maksud al-qada dari segi bahasa, iaitu menyelesaikan pertikaian,
menyelesaikan persengketaan, menghukum yang bersalah, memberikan hak
kepada yang berhak, mencegah kezaliman daripada terus dilakukan dan
sebagainya.

Tugas berat ini dipikul oleh institusi kehakiman. Hakim atau qadi
bertanggungjawab untuk mengendalikannya. Undang-undang yang digunakan
TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM W

111
di sini ialah undang-undang Allah dan setiap keputusan yang dikeluarkan, atau
hukuman yang dijatuhkan oleh hakim wajib dipatuhi dan mengikat. Kuasa
hakim ini diperolehnya daripada kuasa asal yang dimiliki oleh khalifah. Institusi
ini mempunyai hubungan dengan dasar keimanan kepada Allah. Justeru itu, al-
qada atau mahkamah menghubungkan Allah dengan hamba-Nya.

Sebagaimana yang sedia maklum, Rasulullah s.a.w ialah orang pertama yang
memegang jawatan hakim tertinggi dalam Islam, dan kemudian diikuti oleh
Khulafa Al-Rasyidun. Khalifah-khalifah Islam akan melantik hakim atau qadi di
setiap wilayah umat Islam. Di antara qadi yang amat terkenal dalam sejarah
Islam ialah qadi Syuraih. Dialah yang mengadili kes kecurian baju besi yang
melibatkan Khalifah Ali bin Abi Talib dan seorang Yahudi. Kisah ini telah
menjadi satu legenda bukti keadilan yang sejati dalam Islam.


1. Nyatakan tiga lagi tokoh hakim atau qadi yang unggul yang
menjadi legenda dalam sejarah Islam.
2. Bincangkan dengan teman sekelas anda siapakah hakim terbaik
yang pernah disanjung keberaniannya oleh seluruh rakyat
Malaysia.
3. Huraikan sejauh manakah mazhab memainkan peranan dalam
penghakiman yang diputuskan oleh hakim atau qadi.

SEMAK KENDIRI 5.1
DALIL PENSYARIATAN KEHAKIMAN
DALAM ISLAM
5.2
Manusia ini telah dicipta oleh Allah S.W.T berserta dengan akal dan nafsu yang
ada padanya. Oleh itu, kejadian manusia adalah berbeza dengan malaikat dan
juga berbeza dengan penciptaan haiwan. Sering kali sahaja berlaku dalam
kehidupan manusia hal-hal yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah
kehinaan, kesesatan, kejahatan dan kedurjanaan. Bagi mengawal perilaku
manusia ini, maka Allah S.W.T telah mensyariatkan hukum-hukum agama untuk
diikuti. Hal inilah yang akhirnya membawa kepada wujudnya badan kehakiman
dalam Islam, wujudnya mahkamah, wujudnya hakim atau qadi. Mereka inilah
yang akan mengendalikan urusan yang melibatkan perbalahan dan
persengketaan yang berlaku dalam masyarakat.
X TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


112
5.2.1 Dalil daripada Al-Quran
Dalam al-Quran, Allah telah menyebut pelbagai ayat, yang membuktikan
bahawa kehakiman adalah antara perkara penting yang ditekankan oleh Allah
S.W.T.



>! ., !., _. < _,.. >,> !.s ,l> _. _>l
_>l !.l-> >.. s. l>!..

Maksudnya: Maka jalankanlah hukuman antara mereka (Ahli Kitab) itu
dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah
engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng)
daripada apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat
yang ada antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama
yang wajib diikuti oleh masing-masing. (al-Maidah 5:48)

Allah juga menyebut dalam al-Quran berkenaan dengan corak penghakiman
yang wajib diikuti oleh Nabi Daud di zamannya. Allah berfirman:



:.`.., !.| ;..l-> ,l> _ _ ,K>! _,, _!.l _>'!, _,..
_l ;l.`, _s _,,. < | _ l., _s _,,. < l ',.s
.,.: !., . , ,!.>' __
Maksudnya: Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah
di bumi, maka jalankanlah hukuman antara manusia dengan (hukum syariat)
yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut
hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang
berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah)
itu. (al-Sad 38 : 26)
TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM W

113
Allah juga menyebut dalam al-Quran tentang kitab Taurat, padanya terdapat
hukuman dan ketetapan daripada Allah. Allah berfirman:



!.| !.l. `.l !, _.> ". `>> !, _,,.l _ .l`. _l
:!> ,..`,l '!,> !., L`>.`. _. .. < .l ,ls
,.: ':>. _!.l :> .: _..,!:, !... ,l _. `l
>> !., _. < ;.l`! `> `.>l __
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang
mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-
nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang
Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya
(menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan
menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula
adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (daripada sebarang perubahan).
Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut
kepada-Ku (dengan menjaga diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan
perintah-Ku); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-Ku dengan
harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan
dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
(al-Maidah 5: 44)

Allah juga menyatakan dalam al-Quran bahawa kitab injil juga merupakan kitab
yang telah diturunkan padanya hukum-hukum Allah. Allah berfirman:



>`>,l `_> _,> !., _. < , _. `l > !., _. <
;.l`! `> _1..l __
X TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


114
Maksudnya: Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum
dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang
yang fasik. (al-Maidah 5 :47)

Inilah sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang
kehakiman yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Berdasarkan ayat-ayat yang
tersebut di atas, maka fahamlah kita perintah untuk menegakkan kehakiman
yang berasaskan hukum-hukum dan ketetepan daripada Allah S.W.T. Perintah
ini bukan sahaja diperintahkan oleh Allah S.W.T ke atas Nabi Muhammad sahaja,
bahkan nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah sebelum kedatangan Muhammad
juga diperintah untuk menegakkan kehakiman berpandukan tuntutan dan
perintah daripada Allah S.W.T. Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa
kehakiman yang sejati dan mutlak dalam pandangan Islam adalah kehakiman
yang berasaskan ketetapan Allah.
5.2.2 Dalil daripada al-Quran
Penegasan tentang kehakiman juga boleh didapati daripada hadis-hadis Nabi
s.a.w. Terdapat pelbagai hadis yang menerangkan berkenaan dengan hakim dan
kehakiman dalam Islam ini. Antaranya hadis-hadis tersebut Nabi s.a.w ada
bersabda yang maksudnya: "Allah bersama-sama seorang hakim selagi dia tidak
melakukan kezaliman. Jika dia melakukan kezaliman maka Allah tidak akan
besertanya tetapi syaitanlah yang besertanya". (HR Tirmizi)

Dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang
memohon jawatan hakim maka dia sendiri akan dipertanggungjawabkan, tetapi
sesiapa yang diminta untuk memegang jawatan tersebut, maka malaikat akan
diturunkan untuk membantunya". (HR Ibn Majah)

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda: "Pada hari kiamat nanti seseorang
hakim yang adil akan dipanggil oleh Allah untuk dihisab amalannya, lalu dia
mendapati hisab yang amat berat, sehingga dia berkata alangkah baiknya
kalaulah dia tidak menghukum walaupun antara dua orang sepanjang
hidupnya". (HR Ibn Hibban)

Berdasarkan ayat-ayat dan hadis-hadis yang dinyatakan di atas, maka jelaslah di
sini bahawa tugas hakim adalah tugas yang sangat mulia dan ganjarannya sangat
besar, sekiranya hakim tersebut memutuskan hukuman berdasarkan keadilan
dan kesaksamaan. Di samping itu juga, bagi hakim yang ikhlas dan menyerah
diri kepada Allah S.W.T dan berusaha dengan sebaik mungkin untuk
TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM W

115
menegakkan keadilan di kalangan manusia, maka Allah akan mengutus
bersamanya malaikat, bagi membantu mempermudahkan urusannya.

Namun begitu, jika seseorang hakim itu bertindak zalim dan membelakangkan
kebenaran dalam penghakimannya, maka Allah dan malaikat-Nya tidak akan
lagi bersamanya; malah dia akan ditinggal dalam kesesatan dan bersama para
syaitan.
5.2.3 Jenis-jenis Hakim
Nabi s.a.w juga dalam hadisnya yang lain telah mengklasifikasikan hakim
kepada tiga golongan. Dua golongan daripada mereka akan ke neraka, manakala
hanya satu golongan hakim sahaja akan ke Syurga. Sabda Nabi s.a.w: "Hakim itu
terbahagi kepada tiga golongan, dua daripada mereka akan ke neraka, sedang
hanya satu golongan sahaja akan ke syurga. Iaitu seorang hakim yang
mengetahui kebenaran hukum, dan benar-benar mengadili berdasarkan
kebenaran tersebut, maka hakim tersebut akan ke syurga. Adapun hakim yang
mengetahui kebenaran hukum, tetapi tidak mengadili berdasarkan kebenaran
tersebut, bahkan bertindak zalim dalam kehakimannya, maka dia akan ke
neraka. Satu golongan lagi adalah hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui
kebenaran dan memutuskan perkara dengan kebodohannya itu, maka dia juga
akan masuk ke dalam neraka. (HR Abu Daud)

Berdasarkan hadis ini, ada dua persyaratan penting yang harus disiapkan oleh
seorang hakim pada dirinya. Pertamanya ialah keberanian serta kekentalan jiwa
dalam memutuskan penghakiman tanpa takut atau berpihak. Keduanya adalah
seorang hakim perlulah mempunyai ketinggian ilmu pengetahuan, kerana
penghakiman beliau akan menjadi hukuman yang mesti dipatuhi oleh pihak-
pihak yang terlibat.

Oleh itu, seorang hakim yang lemah jiwanya, mudah diugut atau mudah disogok
dengan wang ringgit, pangkat, wanita, kekayaan dan sebagainya, sebaiknya
berhenti sahaja daripada jawatan hakim tersebut. Ini kerana masyarakat akan
hancur dan keadilan akan menjadi bahan dagangan dalam masyarakat. Demikian
juga hakim yang rendah ilmu pengetahuannya, kurang membaca, cetek
kefahamannya, hendaklah juga meninggalkan bidang ini, kerana kesudahannya
adalah seksaan dan neraka Allah S.W.T.

X TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


116

AKTIVITI 5.2
1. Terangkan apakah sebab utama seseorang itu berminat untuk
menjadi hakim.
2. Huraikan berdasarkan kefahaman kamu ciri-ciri penting yang
perlu ada pada diri seseorang hakim, di samping berani dan
berpengetahuan.
3. Bincangkan dengan rakan sekelas kamu apakah jawatan lain yang
mempunyai persamaan dengan jawatan hakim.

5.2.4 Hakim adalah Amanah yang Berat
Memang benar bahawa jawatan hakim adalah terkenal, punyai gah dan berprestij
di kalangan masyarakat. Hakim juga akan mendapat gaji dan segala bentuk
imbuhan yang cukup lumayan. Namun begitu, harus difahami bahawa jawatan
hakim itu sungguh berat, sebagaimana Nabi s.a.w bersabda: Barangsiapa yang
diangkat sebagai hakim di tengah-tengah masyarakat, sama sahaja dia
disembelih tanpa pisau. (HR Ahmad)

Inilah gambaran yang telah diberikan oleh Nabi s.a.w. tentang berat dan
besarnya tugas dan tanggungjawab sebagai seorang hakim. Oleh itu, semasa
hayat Nabi s.a.w, hampir tidak ada seorang pun di kalangan sahabat yang berani
meminta jawatan hakim ini. Sememangnya Nabi s.a.w tidak akan memberikan
jawatan hakim ini kepada orang yang memintanya. Baginda juga sangat berhati-
hati dan selektif dalam mengangkat seseorang ke jawatan hakim. Dalam sebuah
hadis, Nabi s.a.w telah bersabda: Demi Allah, sesungguhnya kami tidak akan
memberikan jawatan ini kepada seorang yang memintanya, atau kepada orang
yang bercita-cita untuk mendapatkannya. (HR Tirmizi)

Oleh itu, sesiapa yang meremeh, mempermain dan mengkhianati jawatan hakim
ini, maka tunggulah janji dan ketetapan daripada Allah S.W.T. Pasti Allah tidak
akan melupai seseorang hakim yang berlaku zalim dan mengkhianati amanah
yang telah disandarkan oleh umat kepadanya.

TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM W

117
PERLANTIKKAN HAKIM SERTA ADAB-
ADABNYA
5.3
Fuqaha Islam telah menjelaskan secara panjang lebar berhubung dengan syarat-
syarat asas yang perlu ada pada seseorang untuk dilantik menjadi hakim. Al-
Mawardi misalnya telah menggariskan beberapa syarat asas seperti berikut:
x Hakim yang hendak dilantik mestilah seorang yang cukup umur atau disebut
sebagai baligh. Oleh itu, seorang kanak-kanak tidak layak untuk dilantik
menjadi seorang hakim.
x Hakim yang hendak dilantik mestilah seseorang yang berakal yang
berkemampuan untuk membezakan yang hak dan batil, memiliki
kebijaksanaan yang baik, tidak pelupa serta mampu dengan
kebijaksanaannya menjelaskan perkara yang menjadi kekeliruan dan mampu
memecahkan kebuntuan.
x Hakim yang hendak dilantik mestilah seorang yang merdeka, bukan seorang
hamba. Syarat ini tidak lagi terpakai di zaman ini.
x Hakim yang hendak dilantik mestilah adil dan sentiasa berkata benar,
beramanah, bukan pelaku dosa-dosa besar, dan tidak juga berterusan
melakukan dosa kecil.
x Hakim yang hendak dilantik mestilah juga seorang yang boleh mendengar
dan bukan orang yang pekak yang tidak dapat mendengar percakapan orang
yang bertikai, dia juga hendaklah seorang yang boleh bercakap dan tidak
bisu, dia juga hendaklah seorang yang boleh melihat dan tidak seorang yang
buta.
x Hakim yang hendak dilantik mestilah seorang yang berkeahlian dan pakar
dalam bidang hukum, seorang yang mujtahid, memahami al-Quran,
mengetahui sunnah dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya.
Pada masa ini mungkin susah untuk mencari seorang mujtahid, kalaupun
ada amat sedikit bilangannya. Oleh itu seharusnya dilantik orang yang
teralim dan terbaik di kalangan yang ada.
x Berdasarkan pendapat jumhur ulama, hakim hendaklah seorang Islam. Akan
tetapi terdapat pendapat di kalangan ulama, terutama ulama dari mazhab
Hanafi yang mengharuskan perlantikan bukan Islam untuk membicarakan
kes-kes yang berlaku, terutama jika kes tersebut melibatkan orang-orang
bukan Islam.
x Berdasarkan pendapat jumhur juga, lelaki adalah menjadi salah satu syarat
kepada perlantikan seorang hakim. Akan tetapi menurut pendapat Imam
Abu Hanifah, perempuan juga boleh dilantik menjadi hakim.
X TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


118
5.3.1 Adab-adab Hakim
Seorang hakim itu sangat-sangat dituntut supaya mengikut dan mentaati prinsip-
prinsip kesusilaan atau adab seorang hakim apabila dia menjadi hakim dan
menjalankan perbicaraan. Adab-adab ini mesti diikuti dan dihormati supaya
prinsip keadilan sejati dapat ditegakkan, dan autoriti seorang hakim dan
mahkamah itu sendiri terpelihara dan tidak tercemar. Oleh itu, apa-apa sahaja
yang boleh mengurangkan kepercayaan rakyat jelata kepada seseorang hakim
perlu dielakkan, juga mana-mana perkara yang boleh menjejaskan dan
menimbulkan keraguan kepada prosiding ataupun perjalanan mahkamah itu
hendaklah dielakkan. Keadilan itu bukan hanya aspek yang diperkatakan dengan
lidah, malah hendaklah dirasai oleh seluruh rakyat.

Oleh itu, demi mempastikan keadilan ditegakkan, penghakiman hakim-hakim
dihormati dan tidak dipertikaikan atau diragukan. Maka Islam menghendaki
hakim-hakim mematuhi adab-adab hakim itu di dalam dan di luar mahkamah.
Secara mudahnya, adab-adab hakim ini boleh dibahagikan kepada dua. Pertama,
adab-adab hakim secara am sama ada di dalam atau di luar mahkamah. Kedua,
adab hakim khusus, yakni semasa mendengar prosiding mahkamah.
5.3.2 Adab-adab Am bagi Seorang Hakim
Secara ringkasnya, adab-adab hakim secara am sama ada di dalam mahkamah
atau di luar mahkamah adalah seperti berikut:

x Seorang hakim itu hendaklah sentiasa menegakkan keadilan seperti yang
dituntut oleh Islam. Pada masa yang sama, mahkamahnya itu hendaklah
menjadi mercu tanda institusi keadilan Islam yang sejati.
x Seorang hakim itu hendaklah juga mempunyai pejabatnya di kawasan-
kawasan yang mudah untuk didatangi, di tempat yang sedia maklum oleh
orang ramai. Ini bagi memudahkan orang ramai berurusan dengannya.
x Seorang hakim itu juga hendaklah sentiasa menjaga perilakunya dan sentiasa
mengelakkan diri daripada sebarang syak wasangka yang mungkin timbul.
Oleh itu, seorang hakim selayaknya tidak menerima jemputan khas baginya,
atau hadir di pertemuan di mana dia adalah jemputan khas.
x Seorang hakim itu juga hendaklah sentiasa bersikap profesional dan memberi
layanan yang sama rata kepada semua orang yang terlibat, sama ada semasa
di mahkamah atau di luar mahkamah.

TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM W

119
x Seorang hakim itu juga hendaklah tidak menerima sebarang hadiah, terutama
daripada seseorang yang tidak biasa memberinya hadiah, sebelum
pelantikannya sebagai hakim. Hanya hadiah khusus seperti hadiah daripada
anak dan isterinya adalah dikecualikan. Ini bagi memastikan tidak ada unsur
sogokan kepadanya daripada orang-orang yang mempunyai kepentingan
diri. Seperti ungkapan yang menyebut: "Termakan budi terkorban diri".
x Seorang hakim itu juga hendaklah tidak menerima sebarang rasuah atau duit
kopi. Diriwayatkan daripada Abdullah b. Amar, Nabi s.a.w telah bersabda
yang bermaksud: Telah dikutuki oleh Allah pemberi rasuah dan
penerimanya. (HR Abu Dawud)
x Seorang hakim itu juga hendaklah tidak terlibat dalam perniagaan, kerana
dikhuatiri akan memberi kesan dan akan memihak kepada rakan-rakan
seperniagaannya dalam penghakimannya.
x Seorang hakim itu juga hendaklah tidak bergaul bebas dengan orang ramai
atau berjalan dengan mereka kecuali apabila perlu sahaja. Ini bagi
mengelakkan dianya dilihat berpihak dan mesra dengan mana-mana pihak,
terutama yang terbabit dalam pertikaian yang sedang diadilinya.
x Seorang hakim itu juga hendaklah tidak mudah memberi fatwa apabila
diminta pendapatnya. Ini bagi mengelakkan pendapatnya itu, digunakan
oleh pihak-pihak tertentu untuk menyokong hujahnya di kemudian hari.
x Seorang hakim itu juga hendaklah bersedia untuk meninggalkan jawatan
hakimnya, jika dia tidak lagi layak, atau sudah hilang kelayakan untuk
menjadi seorang hakim.
5.3.3 Adab-adab Khas Hakim Sewaktu Mendengar
Kes
Adab khas hakim sewaktu di dalam mahkamah dan sewaktu mendengar kes
yang dibicarakan di hadapannya adalah seperti berikut:
(a) Seorang hakim itu hendaklah berada di mahkamah pada hari dan waktu-
waktu yang dijadualkan kepadanya. Ini penting bagi memastikan kelicinan
kepada prosiding atau perjalanan mahkamah itu.
(b) Seorang hakim itu hendaklah membuat penghakimannya berdasarkan
kepada hukum syarak, berasaskan kebenaran dan keadilan, tanpa memihak
kepada mana-mana pihak.
(c) Seorang hakim itu hendaklah membuat penghakimannya dalam keadaan
tenang dan bebas daripada sebarang tekanan.

X TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


120
(d) Seorang hakim itu hendaklah mengelak daripada mengadakan perbicaraan
di masa yang tidak sesuai seperti hari kelepasan atau pada malam hari. Ini
bagi mengelakkan sebarang kesusahan yang timbul kepada pihak-pihak
yang terbabit.
(e) Seorang hakim itu hendaklah tidak seharusnya memeriksa sesuatu perkara,
atau memutuskan sesuatu hukuman ketika beliau dalam keadaan marah.
Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Hakim tidak boleh
menjatuhkan hukuman pada dua orang yang bertelagah, ketika dia sedang
dalam keadaan marah" . (HR Muslim)

Seorang hakim itu hendaklah tidak seharusnya juga menjatuhkan hukum
dalam keadaan-keadaan berikut:
(i) Ketika beliau sangat lapar atau haus
(ii) Ketika beliau datang keinginan berahi (syahwat)
(iii) Ketika beliau sangat susah atau sangat gembira
(iv) Ketika beliau sakit atau kurang sihat
(v) Ketika beliau berhajat hendak buang air
(vi) Ketika beliau berasa mengantuk
(vii) Ketika keadaan sangat panas atau sangat dingin

(f) Seorang hakim itu juga tidak seharusnya mendengar mana-mana kes yang
mana pihak terbabit adalah musuhnya. Ini bagi mengelakkan satu
keputusan yang tidak adil, kerana kebencian yang sedia ada antara mereka
berdua.
(g) Seorang hakim itu juga hendaklah bersikap tegas dan bersikap adil dan
tidak dipengaruhi oleh keadaan atau orang-orang yang ada di hadapannya.
(h) Seorang hakim itu juga hendaklah sentiasa berhati-hati di hadapan pihak-
pihak yang terlibat dalam kes tersebut. Ini kerana mereka itu akan cuba
menggunakan semua daya usaha dan helah untuk memenangi kes mereka.
(i) Seorang hakim itu juga hendaklah bersifat terbuka dan sabar, apabila
mendengar keterangan dan hujah-hujah dari pihak-pihak yang terlibat.
Janganlah memutuskan hukuman berdasarkan keterangan yang diberi oleh
satu pihak sahaja, akan tetapi dia seharusnya memberi keputusan selepas
memberi peluang kepada dua-dua pihak mengemukakan segala hujah dan
bukti di dalam kes-kes mereka.
(j) Seorang hakim itu juga hendaklah menyamakan pertanyaan, tempat duduk
dan sebagainya antara dua orang yang sedang diadili.
TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM W

121
(k) Seorang hakim itu juga hendaklah dengan sepenuh perhatian
mendengarkan keterangan dan hujah kedua-dua pihak secara berganti-
ganti.
(l) Seorang hakim itu juga hendaklah cermat memerhati kepada prosiding di
mahkamah, dan sentiasa mengawal keadaan supaya perbicaraan itu dapat
berjalan dengan baik dan tenang.
(m) Seorang hakim itu juga hendaklah sebelum memberi keputusannya,
meminta pihak-pihak terbabit bersulh dan mencapai perdamaian. Sulh
adalah digalakkan kecuali jika dia menjadikan apa yang haram itu halal
atau sebaliknya.
(n) Seorang hakim itu juga hendaklah juga sentiasa memuliakan saksi-saksi
yang dipanggil bagi memberi penyaksian dalam kes tersebut. Sekali-kali
jangan menghina mereka, jangan juga memperkecil dan merendah-
rendahkan mereka.
(o) Seorang hakim itu juga hendaklah mengadakan perbicaraan di mahkamah
terbuka, kecuali di dalam keadaan khas yang dibenarkan oleh undang-
undang.

Inilah antara adab-adab hakim yang perlu dijaga dan diperhatikan olehnya
semasa sedang mengendalikan sesuatu kes. Hakim hendaklah sentiasa
mengingati dan menginsafi bahawa matlamat asal kepada perbicaraan
mahkamah adalah untuk mencari kebenaran kepada pihak-pihak yang terbabit,
semoga yang bersalah menerima hukuman, yang dizalimi dikembalikan hak
kepadanya.


SEMAK KENDIRI 5.2
1. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah perbezaan adab-
adab hakim dalam Islam dan hakim dalam undang-undang
sekular.
2. Huraikan mengapakah antara adab seorang hakim adalah tidak
harus menerima jemputan khusus. Bukankah itu akan
merosakkan ikatan silaturrahim antaranya dan orang Islam yang
lain?
3. Nyatakan adakah anda merasa selasa dan berpuas hati dengan
sistem kehakiman di tempat anda serta hakim-hakimnya.
4. Jelaskan apakah cara terbaik untuk memastikan hakim-hakim ini
akan menjaga segala adab-adab bagi seorang hakim.
X TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


122
PROSES PEMBUKTIAN 5.4
Dalam mana-mana prosiding mahkamah, perkara yang paling penting dan
utama ialah proses pembuktian bagi menentukan sesuatu kebenaran dakwaan
atau tuntutan. Dalam syariat Islam, kepentingan pembuktian ini dapat dilihat
bilamana syariat menggariskan mengenai cara-cara tertentu yang boleh
digunapakai sebagai saluran untuk membuktikan kesahihan sesuatu hak atau
kepentingan yang dipertikaikan. Ia dilihat dari aspek berat atau ringannya
bentuk pelanggaran ke atas hak atau kepentingan tersebut dan sejauh mana
kesan buruk yang diakibatkannya ke atas diri individu, masyarakat, bahkan
negara. Mungkin mudah untuk kita mendakwa seseorang itu telah melakukan
jenayah itu dan ini, tetapi tidak semudah itu untuk kita mengemukakan bukti ke
atas pendakwaan-pendakwaan tersebut.

Dalam menegakkan Istitusi Kehakiman Islam, perlulah keterangan dan hujah.
Mana-mana dakwaan yang tidak disertakan dengan pembuktian tidak
seharusnya dilayan.

Dalam Islam juga, hakim diperintah agar memberi peluang kepada semua pihak
yang terlibat dalam pertikaian untuk membela diri dan mengemukakan
keterangan dan bukti masing-masing tanpa takut atau ragu-ragu. Hak
pembuktian ke atas pendakwa, dan hak untuk membela diri bagi tertuduh,
adalah dua perkara pokok dan utama dalam sistem kehakiman Islam.

Hakim tidak seharusnya membuat keputusan bersalah ke atas mana-mana
tertuduh, melainkan setelah diyakini adanya bukti-bukti yang sahih dan tidak
meragukan (beyond reasonable doubt). Jika keputusan dibuat tanpa berpandu
kepada bukti dan keterangan yang jelas dan pasti, maka sudah pasti suatu
keadaan cemas, tegang dan tidak terkawal akan wujud dalam masyarakat seperti
yang digambarkan oleh Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Jika dibiarkan manusia itu membuat dakwaan sewenang-wenangnya, nescaya
akan ada mereka-mereka yang membuat dakwaan ke atas harta benda dan darah
orang lain dengan sewenang-wenangnya, yakni tanpa bukti dan keterangan".
(HR Bukhari)

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w telah bersabda:

"Keterangan (al-bayyinah) hendaklah diberi oleh pihak pendakwa dan sumpah
(al-yamin) oleh pihak yang kena dakwa". (HR Baihaqi)

TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM W

123
Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w dalam hadis-hadis ini, dapat
difahami bahawa setiap dakwaan itu hendaklah dibuktikan kesahihannya
dengan mengemukakan keterangan atau dengan bersumpah. Setiap dakwaan
tanpa bukti dan hujah, tidak sepatutnya diterima kerana ia merupakan satu
dakwaan yang palsu.
5.4.1 Apakah yang Dikatakan Proses Pembuktian
Pembuktian dalam konteks prosiding mahkamah ialah merujuk kepada "Proses
mengemukakan bahan bukti terhadap sesuatu dakwaan hak atau kepentingan
yang dibuat dalam majlis kehakiman, dengan menggunakan cara atau saluran
yang dibenarkan oleh syarak, yang akan memberi kesan dari segi perundangan
ke atas dakwaan tersebut".

Berpandukan kepada definisi yang diberikan ini, dapat difahami bahawa
pembuktian merupakan suatu proses prosiding mahkamah yang amat penting
dalam menentukan kedudukan sesuatu tuntutan, dakwaan hak atau kepentingan
yang dipertikaikan, sebelum ia akan diterima atau ditolak oleh mahkamah.

Oleh itu, pembuktian hendaklah dibuat dalam majlis kehakiman. Sesuatu
pembuktian yang dibuat di luar majlis kehakiman, seperti memperakui
kewujudan sesuatu sama ada melalui kesaksian atau dokumen bertulis tidak
termasuk dalam kategori pembuktian yang sah dari segi syarak, selagi tidak
berlaku perdebatan mengenainya di hadapan hakim dan di dalam mahkamah.
5.4.2 Elemen-elemen Penting dalam Pembuktian
Memandangkan proses pembuktian ini sangat berkait rapat dengan cara sesuatu
keterangan atau bukti dikemukakan terhadap sesuatu tuntutan atau tuduhan,
maka proses pembuktian ini akan menghasilkan sabitan bersalah terhadap
tertuduh. Bukan sahaja itu. pada masa yang sama pembuktian mungkin juga
membawa kepada penafian daripada tertuduh sehingga dia dibebaskan.

Namun begitu, perlu diingat, jika dilihat dari sudut akibat dan risikonya antara
sabitan dengan perlepasan terhadap tuduhan, didapati akibat daripada sabitan
bersalah adalah jauh lebih besar. Apabila seseorang didapati bersalah ia boleh
mengakibatkan kehilangan nyawa, kecacatan anggota, pembatasan gerakan dan
kebebasan dan kehilangan harta benda. Paling sedikit ia boleh mencemarkan
nama baik dan maruah diri seseorang.


X TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


124
Oleh yang demikian, syariat Islam telah menetapkan bahawa pembuktian itu
hendaklah berdasarkan syarat-syarat seperti berikut:

(a) Pembuktian hendaklah didahului dengan dakwaan
Fungsi pembuktian adalah untuk mengukuhkan serta menzahirkan hak
atau kepentingan bagi seseorang ke atas seorang yang lain. Oleh yang
demikian, pembuktian tidak sah dijalankan melainkan setelah didahului
dengan tuntutan atau dakwaan oleh yang empunya hak atau kepentingan.

(b) Pembuktian hendaklah seiringan dengan tuntutan atau dakwaan
Pembuktian bertujuan membenarkan dakwaan dan menjelaskan hak dan
kepentingan yang dipertikaikan. Oleh itu, jika terdapat percanggahan
antara pembuktian dengan dakwaan, maka pembuktian itu tidak boleh
diterima kerana ketiadaan pertalian antara kedua-duanya.

(c) Pembuktian hendaklah dapat menghasilkan suatu natijah terhadap dakwaan
Ini bermakna, ia dapat membuktikan hak dan kepentingan yang
dipertikaikan dan dengan itu keputusan boleh dibuat oleh Hakim.

(d) Pembuktian hendaklah dilakukan dalam majlis kehakiman
Matlamat pembuktian adalah untuk mendapatkan keputusan dan dengan
itu pembuktian mestilah dibuat dalam majlis kehakiman. Ini bererti, jika
pembuktian dibuat di luar majlis kehakiman, maka tujuan pendakwaan
tidak tercapai dan ia tidak menyelesaikan pertikaian.

(f) Pembuktian hendaklah berdasarkan pengetahuan sebenar atau andaian
yang amat kukuh.
Oleh itu, jika ianya hanya berdasarkan syak atau andaian semata-mata,
maka pembuktian tersebut tidak harus diambil kira.

(g) Pembuktian hendaklah tidak bertentangan dengan akal, syarak, keadaan
lahiriah dan juga hakikat sebenar sesuatu
Ini bermakna, jika pembuktian itu bertentangan dengan perkara-perkara
ini, maka ia perlu ditolak dan dianggap pembuktian yang palsu. Misalnya
apabila seseorang lelaki yang mengakui dirinya bapa kepada seorang lain,
sedangkan dia lebih muda daripadanya.

(h) Pembuktian hendaklah dilakukan dengan cara atau saluran-saluran yang
ditentukan syarak
Adalah jelas bahawa cara dan saluran pembuktian tidak boleh dilakukan
melalui saluran yang tidak diiktiraf syarak seperti penggunaan sihir, tilikan
dan sebagainya.
TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM W

125
5.4.3 Kaedah Pembuktian dalam Islam
Terdapat para fuqaha yang menyatakan bahawa pembuktian terhadap sesuatu
dakwaan harus dibuat dalam pelbagai kaedah dan cara. Manakala sebahagian
lain menyatakan pembuktian hanya boleh dibuat melalui kaedah tertentu sahaja.

Perselisihan pendapat ini terjadi kerana kefahaman mereka yang berbeza tentang
apakah yang dimaksudkan dengan keterangan (al-bayyinah).

Adakah ia semua yang dapat menerangkan dan menjelaskan hakikat dan
kedudukan hak atau kepentingan, atau ianya hanya terhad kepada kesaksian (al-
shahadah) dan bersumpah (al-yamin) sahaja?

Jika ditinjau pendapat fuqaha, boleh dikatakan Jumhur fuqaha yang terdiri
daripada fuqaha mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali, berpendapat
bahawa keterangan ialah kesaksian. Ini kerana menurut mereka, kedudukan
sesuatu hak itu dapat dijelaskan melalui kesaksian, dan pada kebiasaannya
dalam keterangan itu terdapat kesaksian.

Sementara itu, sebahagian fuqaha Islam yang lain termasuklah Ibn Farhun, Ibn
Qayyim al-Jawziyyah dan lain-lain, berpendapat bahawa keterangan itu ialah
sesuatu yang dapat menjelaskan sesuatu hak atau kepentingan. Oleh itu, mereka
berpendapat, setiap bukti, hujah, cara dan saluran yang boleh mensabitkan hak
atau kepentingan serta menjelaskan kedudukannya yang dikemukakan di
hadapan majlis kehakiman (mahkamah) merupakan keterangan.

Pendapat ini agak lebih wajar untuk diterima, memandangkan jika kaedah-
kaedah pembuktian itu dihadkan kepada kesaksian sahaja, tanpa diluaskan
skopnya. Maka hakim akan terikat dan tidak boleh menerima cara dan saluran-
saluran lain selain daripada kesaksian sahaja dalam pembuktian. Ini sudah pasti
akan menyulitkan hakim untuk mencapai keadilan disebabkan cara dan kaedah
pembuktiannya amat terbatas.

Bagi menjaga kepentingan orang ramai supaya hak-hak mereka dapat
dipertahankan dan tidak dicabuli serta kes yang dibicarakan dapat dibuat
keputusan dengan segera, maka seharusnya hakim juga boleh menerima bukti-
bukti yang bersifat zanni ini dalam sabitan atau penafian sesuatu hak atau
kepentingan yang dipertikaikan, selagi bukti-bukti dapat dibuktikan
kebenarannya.

Perlu diingat, meskipun kebebasan diberikan kepada hakim iaitu sama ada
menerima atau menolak sesuatu bukti, ini tidak bermakna ia dilakukan mengikut
X TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


126
kehendak hatinya sahaja. Hakim masih perlu merujuk kepada ketentuan
peraturan yang digariskan oleh syarak.

Selain itu, kebebasan hakim dalam pembuktian ini juga terikat dengan bukti-
bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan. Ini bermakna, hakim tidak harus
membuat penghakimannya berdasarkan bukti-bukti yang tidak disebut dalam
catatan prosiding atau yang tidak dipastikannya terlebih dahulu.

Sebagai kesimpulannya dalam sistem kehakiman Islam, bebanan pembuktian
hendaklah dikemukakan oleh pihak pendakwa. Sekiranya pihak pendakwa gagal
mengemukakan bukti, maka kes tersebut hendaklah dibuang, dan tertuduh
hendaklah dilepaskan. Hakim tidak dibenarkan sama sekali untuk berlaku zalim
kepada mana-mana pihak. Perlu juga diingati, jika terdapat sebarang keraguan
(shubhah) dalam mana-mana kes yang dibawa, hakim juga hendaklah
membuang kes tersebut dan tertuduh hendaklah dibebaskan.

Matlamat kehakiman adalah untuk memberi hak kepada sesiapa yang berhak,
menghukum sesiapa yang benar-benar didapati bersalah dan membebaskan
mereka yang tidak bersalah.






1. Bincangkan dengan rakan sekelas anda mengapakah jika seorang
hakim berlaku zalim kepada mana-mana pihak semasa
menjatuhkan hukuman, maka perbuatan tersebut dianggap dosa
besar.
2. Huraikan pada pendapat anda mengapa sebahagian daripada
hakim amat mudah untuk bertindak zalim dan amat mudah untuk
disogok bagi menentukan sesuatu penghakiman.
3. Jelaskan berdasarkan pemahaman anda, jenis-jenis bukti yang
terdapat pada hari ini yang boleh dikemukakan sebagai bukti
dalam sebuah prosiding mahkamah.

AKTIVITI 5.3
TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM W

127

x Kehakiman Islam mestilah berpandukan al-Quran dan al-hadis dalam
menetapkan sebarang keputusan.
x Nabi s.a.w telah menjelaskan bahawa hakim itu terbahagi kepada tiga
bahagian, dua bahagian akan ke neraka dan hanya satu akan ke syurga. Ini
menunjukkan bahawa seseorang hakim itu lebih hampir dengan neraka,
kecuali mereka yang cekal hati, tidak mudah disogok dan mempunyai ilmu
dalam penghakiman.
x Umat Islam wajib beriman dan mengamalkan segala ketetapan-ketetapan
yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
x Tanggungjawab seorang hakim adalah besar. Oleh itu, ganjaran dan pahala
daripada Allah juga besar jika sekiranya hakim itu menghukum berdasarkan
ketetapan Allah S.W.T.
x Terdapat terlalu banyak adab-adab yang perlu diamalkan oleh seorang
hakim. Ini bagi memastikan bahawa penghakimannya benar-benar adil dan
dilihat sebagai adil.
x Mana-mana tindakan dan perilaku seorang hakim yang boleh membawa
kepada timbulnya syak serta ketidakpuasan hati di kalangan pihak-pihak
yang bertikai perlu dielakkan.
x Beban pembuktian terpikul di bahu si-pendakwa. Oleh itu, jika terbukti
bahawa pendakwa gagal membawa bukti-bukti yang kukuh, maka kes
tersebut hendaklah dibuang dan tertuduh hendaklah dibebaskan.
x Hakim jangan sesekali bersekongkol dengan pasukan pendakwa raya bagi
mensabitkan kesalahan tertuduh. Perbuatan ini adalah satu dosa besar.
x Di hadapan sistem keadilan Islam, mereka yang bersalah hendaklah
dihukum, manakala yang tidak bersalah hendaklah dilepaskan.






X TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


128

Sarahah
Al-Nahy
Al-Ada
Al-Amr
Tajrih
Al-Sulh
Al-Yamin
Shubhah
Al-Qada
Al-Qarar
Al-Taqdir
Tadil
Wilayah al-Ammah
Al-Bayyinah
Zanni
Qati

A. Othman, Mahmud Saedon. (1998). Institusi Pentadbiran Undang-Undang &
Kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yaacob, Abdul Monir. (2001). Sistem kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia.
Al-Jarumi, Amin. (2006). Prinsip-Prinsip Prosiding Mahkamah Dalam Syariat
Islam. Kuala Lumpur: Straits Digital Sdn Bhd.
A. Othman, Mahmud Saedon. (1990). Kadi: Perlantikan, Perlucutan dan Bidang
Kuasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Naim, Abdullahi Ahmed. (2006). Menuju Reformasi Perundangan Islam. Sri
Damansara: Lian Soon Printing.
Yaacob, Abdul Monir. (1996). Sistem kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia.
Ibrahim, Ahmad Mohamed. (2000). The Administration of Islamic Law. Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Maliji, Ahmad Muhammad. (1984). Al-Nizam al-Qadai al-Islami. Azhar: Dar al-
Taufiq al-Tamujaziyyah.
Mohamad, Abdul Basir. (2002). Falsafah Perundangan Islam: Kehakiman.
Selayang: Mahzum Book Services.
TOPIK 5 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM W

129
Buang, Ahmad Hidayat. (2007). Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.
Al-Zuhayli, Muhammad. (2001). Tarikh al-Qadai fi al-Islam. Bairut: Dar
al-Fikr al-Muasir.

Anda mungkin juga menyukai