Anda di halaman 1dari 4

i

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 13


TUGASAN PROJEK
PRINSIP PERAKAUNAN
TINGKATAN 4
2013


NAMA:

TINGKATAN:

ANGKA GILIRAN:

NO KAD PENGENALAN:

NAMA GURU MATA PELAJARAN:
Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan USJ 13, Puan Hajah Jalilah Bt. Ibrahim kerana memberi peluang kepada saya untuk
melaksanakan kerja kursus ini. Sesungguhnya, tanpa usaha beliau, saya mungkin tidak dapat
menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna.

Seterusnya, saya ingin menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada guru bimbingan
saya, Puan xxx yang telah memberi nasihat dan pelbagai idea yang bernas sepanjang pelaksanaan
kerja kursus ini. Beliau juga tidak putus-putus memberi sokongan moral serta tunjuk ajar kepada
saya. Segala bantuan yang telah beliau berikan amat saya hargai.

Di samping itu, saya turut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa
saya, xxx dan xxx yang telah banyak menyumbang dari segi dorongan dan sumber kewangan.
Mereka telah banyak memberi galakan dan sokongan padu agar saya terus berusaha serta tidak
berputus asa. Dari segi kewangan pula, mereka telah sudi menyediakan kemudahan komputer
dan mesin pencetak bagi kegunaan saya serta membelikan alat tulis dan kertas yang saya
perlukan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya, xxx
dan xxx. Kami saling berkongsi idea dan pendapat untuk membantu antara satu sama lain demi
kebaikan bersama. Sesi perbincangan yang sering diadakan telah banyak menolong saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini dalam jangka masa yang ditetapkan.





















ii

Pengenalan

Saya, xxx telah menubuhkan perniagaan milikan tunggal bernama xxx yang menjual
pelbagai jenis xxx. Lokasi perniagaan saya adalah di xxx, 47630 Subang Jaya, Selangor. Saya
memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM99 000 yang terdiri daripada tunai di tangan
RM1 500, tunai di bank RM89 000 dan perabot RM8 500. Selain itu, perniagaan saya dibantu
oleh anak saudara di waktu petang yang dibayar upah RM150 seminggu. Upah tersebut dibayar
setiap dua minggu.

Antara sebab saya memilih perniagaan ini adalah kerana saya sendiri merupakan seorang
yang amat berminat dalam bidang xxx. Oleh hal yang demikian, saya amat berminat untuk
memanfaatkan ilmu keusahawanan yang saya miliki dengan memperkembang perniagaan xxx
saya. Saya juga menubuhkan perniagaan secara milikan tunggal kerana lebih mudah
dikendalikan, modal perniagaan lebih kecil dan saya dapat menguruskan perniagaan sendiri.

Selain itu, kelebihan menjalankan perniagaan ini adalah dari segi lokasi. Lokasi
perniagaan saya yang terletak di persekitaran kawasan xxx amat strategik kerana dapat menarik
minat golongan muda, secara khususnya. Tambahan pula, perniagaan xxx secara amnya
merupakan suatu perniagaan yang amat menguntungkan. Hal ini adalah kerana semua lapisan
masyarakat daripada golongan kanak-kanak sehingga dewasa sentiasa mengejar perkembangan
fesyen baharu.

Akan tetapi, terdapat juga risiko-risiko yang bakal dihadapi apabila menjalankan
perniagaan ini. Antaranya ialah sekiranya perniagaan saya mengalami kerugian, maka kerugian
tersebut terpaksa ditanggung oleh saya seorang diri. Risiko lain ialah terdapat persaingan yang
sengit di antara perniagaan xxx lain yang berhampiran dengan perniagaan saya seperti Kedai
xxxx dan Kedai xxxx.




















Rumusan

Perniagaan saya, XXX telah mengamalkan konsep, prinsip dan andaian perakaunan dalam
merekod urus niaga dalam buku-buku perakaunan. Antaranya ialah :-

1. Entiti Berasingan
Konsep entiti berasingan telah dipatuhi dengan pembukaan Akaun Modal dan Akaun Ambilan
untuk merekod urus niaga antara saya dengan perniagaan saya.

2. Wang Sebagai Ukuran
Semua urus niaga direkodkan dalam nilai Ringgit Malaysia (RM).

3. Konservatisme
Konsep ini saya telah gunakan semasa membuat penilaian stok akhir iaitu mengikut nilai
terendah antara harga kos dan harga pasaran.

4. Prinsip Catatan Bergu
Semua perekodan urus niaga ke dalam lejar menggunakan prinsip catatan bergu.


Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari secara lebih mendalam tentang kitaran
perakaunan, iaitu cara menyediakan dokumen, merekod dalam buku catatan pertama, merekod
dalam lejar dan menyediakan imbangan duga, penyata pendapatan serta kunci kira-kira. Secara
langsung, saya juga telah memahami dengan teliti tentang konsep dan prinsip perakaunan yang
penting dalam melaksanakan proses perakaunan yang sempurna. Sesungguhnya, kerja kursus ini
telah memanfaatkan diri saya dalam pelbagai aspek dan saya berasa bertuah kerana berpeluang
untuk meluaskan ilmu perakaunan saya menerusi kerja kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai