Anda di halaman 1dari 5

Memilih Web Hosting Terbaik

Laporan Untuk Memudahkan Anda Memilih Web


Hosting Yang Terbaik

Oleh

Hafiz Ahmad

www.rahsiaberniaga.com

1
Makna Webhosting

Webhosting diibaratkan seperti tanah atau tapak rumah. Anda beli tanah barulah
rumah boleh didirikan. Kita bayar wang kepada penyedia webhosting,baru laman
web (rumah) diwujudkan .

Bagaimana Hendak Mencari ?

Dengan begitu banyak penyedia perkhidmatan web host di internet semua


mengakui bahawa syarikat mereka adalah yang terbaik. Ini menyebabkan anda
sukar untuk memilih penyedia mana yang bersesuaian.. Kerana itulah anda
memerlukan panduan seperti yang anda baca sekarang.

Ada beberapa panduan untuk anda memilhi webhosting iaitu:

Kunjungi Laman Web Ulasan


Terdapat beberapa laman web diwujudkan semata-mata untuk memberikan
ulasan terhadap web hosting.Saya sarankan anda kunjungi laman web ini kerana
terdapat komen – komen positif dan negatif yang asli dari pembaca blog
tersebut.Mereka adalah pengguna yang sudah menggunakan web hosting
tersebut. Samada tujuan anda mencari webhosting untuk
berblogging,perrniagaan online,atau pun blog peribadi, anda mesti dapatkan
maklumat ini dahulu.

Murah Tak Selalunya Bermakna Baik


Kita cenderung kepada yang murah.Jadi kita selalu dapatkan maklumat dari
website review yang murah harganya (budget hosting sites).Tak salah tetapi
pastikan dahulu adakah nanti ianya menyusahkan anda.Terdapat budget web
host yang menyembunyikan yuran nya.
Ruang disk dan bandwith adalah elemen yang penting.Kalau anda guna dengan
banyak sudah semestinya anda perlu tambah bayarannya.Jadi berhati-hati
memilih pelan yang ditawarkan.Sekiranya anda pasti mahukan ruang yang
banyak carilah pelan yang tanpa batas. Cuba dapatkan pandangan dari
pelanggan yang sudah biasa menggunakan web host yang murah ini melalui
laman web ulasan web host.

2
Cari Ulasan Yang Ikhlas
Ketika anda mendapatkan maklumat tentang webhost mana yang terbaik buat
anda akhirnya anda sudah mengumpul 10 syarikat.Hati-hati kerana ada juga
laman web ulasan yang menaja syarikat peyedia web host ini akan menggembar
gemburkan nya.
Apa yang anda harus buat adalah bertanya di ruang forum seperti Forum Wang
Cyber.Mereka sudah tentu sudi memberikan jawapan yang anda cari selama ini.

Senaraikan Top 20
Kumpul sebanyak 20 syarikat penyedia web hosting jikalau boleh.Kemudian cari
maklumat dari pengguna yang sudah biasa dengan nya..Dari situ kecilkan
sehingga menjadi Top 5.
Memilih web hosting adalah tugas yang sukar tetapi jika anda membuat
kajian,anda berada pada landasan yang betul.Beri perhatian pada ciri-ciri seperti
bonusnya, harganya dan khidmat bantuannya.

Customer Support
Anda pasti akan temui masalah apabila anda menggunakan khidmat webhost Di
sinilah anda perlu bantuan teknikal.Sebaiknya anda emel kepada mereka dan
mereka akan selesaikan masalah anda dalam masa yang singkat
Amat malang bagi anda yang menjadi pelanggan mereka sekiranya anda tidak
dilayan.Terdapat syarikat yang tidak mengutamakan bantuan teknikal seperti ini.
Syarikat penyedia yang baik akan membantu anda secepat mungkin,24/7.
Untuk menarik pelawat kembali ke blog anda selalu,kecekapan server mesti
bagus. Jika laman web anda ada banyak uptime ia bermakna anda jarang
terkena offline.Pelawat blog akan bosan jika web anda sering ‘down’.Jika web
anda adalah jenis perniagaan,bermakna imej anda sudah buruk dimata
mereka.Kebanyakan penyedia web host menjanjikan 99% hingga 99.9% uptime.

Tawaran Asas
Biasanya syarikat penyedia akan menawarkan domain name, disk space, dan
transfer. Sesetengah pula menawarkan free domain name bersama-sama
dengan unlimited disk space dan transfer .Manakala yang lain pula mengenakan
caj (yuran) untuk domain name dan khidmat lain yang terhad. Tugas anda
adalah senarai pendekkan maklumat penyedia perkhidmatamn web host ini
berdasarkan bayaran bulanan dan tawaran yang disediakan tadi.

Bonus
Kerana persaingan mendapatkan pelanggan, syarikat ini kadang-kdang ada
menyediakan, kupon dan bonus. Bergantung kepda pelan mana yang anda beli,
sesetengah syarikat ada menawarkan servis percuma (biasanya enam bulan)
Terdapat juga bonus seperti boleh mendirikan seberapa banyak website yang
anda mahu .

3
Apakah Kemahuan Anda ?
Terdapat jenis web hosting seperti E-Commerce . Dedicated webhosting hingga
kepada Budget webhosting.Jika anda mahu website yang simple pilihan anda
semestinya Budget webhosting. Kalau hendak berniaga barangan yang banyak,
anda perlukan E-Commerce webhosting. Mengenali kemahuan anda dan jenis
web hosting yang bersesuaian dengan anda adalah langkah yang bijak.

Perhatikan Ciri-Ciri Asas Ini

Ruang Web (disc space)


-ianya berkaitan dengan unit MB (megabyte).Apa yang anda masukkan data ke
dalam website,akan dikira mengikut unit ini.Lagi banyak anda guna lagi banyak
MB di gunakan.Data termasuklah perkataan,gambar atau video.Sekiranya
produk perniagaan anda banyak biasanya ruang web yang besar
diperlukan .Oleh itu memilih web hosting yang mampu menggalas tugas anda
adalah penting.Perhatikan ruang web ini apabila memilih webhosting .

Bandwith
-keluasan saluran internet atau boleh dianggap jalanraya.Jika jalanraya ke
rumah anda jenis superhighway, ramai lah yang datang melawat anda tanpa
mengalami sebarang kesesakkan dan kesukaran.1GB boleh dikira mencukupi
untuk laman web biasa.

PHP,ASP,CGI
-ini adalah aturcara laman web.Rasanya banyak webhosting menyediakan
aturcara ini.

MySQL,Access
-ini adalah pusat maklumat di dalam laman web.Ada juga penyedia webhosting
menawarkan satu sahaja database dan ada yang ‘unlimited’.Anda perlu bayar
untuk mendapatkan tambahan database.

Control Panel
-ini adalah pentadbiran laman web anda.Terdapat emel,pengurusan domain,data
pelawat,perisian lamanweb,dan sebagainya.Beri perhatian yang lebih kepada ciri
ini.Ia sangat berguna untuk anda.

Pilihan Saya ?
Dari tarikh saya menulis laporan ini rasanya sudah 2 tahun saya menggunakan
webhosting dari NetKL.
Ada bebrapa blog yang sudah tamat domain nya kerana saya tidak renew
tempoh pelan satu tahun yang saya beli.Bukan kerana servis mereka leceh
tetapi strategi mencari wang saya di internet tidak betul.Saya masih
mengekalkan satu blog yang berkaitan dengan pemasaran internet.
Pengalaman saya dengan NetKL tidak banyak kerana servis mereka menepati
ciri-ciri yang saya sebutkan di atas.Saya jarang menghantar emel kepada

4
mereka kerana mereka dahulu yang menghantar emel kepada saya sekiranya
terdapat ‘down’.Seingat saya pada tahun 2008 terdapat sekali down (4 jam)
kerana langkah menaiktaraf server mereka.
Pada tahun itu juga saya ada menghantar satu emel bertanyakan tentang
‘database’.dan mereka menjawab dalam masa lebih kurang 30 minit kalau tak
silap saya.

Kesimpulan
Kerja memilih webhosting memang sukar kerana banyak pilihan yang ada
didepan mata.Hingga tidak tahu mana yang patut dipilh.
Anda kadang-kadang terpaksa merasainya dahulu dan melalui pengalaman lah
yang akan mematangkan anda dalam memilih webhosting yang bersesuaian
dengan kehendak anda.

Sekian,

Terima Kasih

Hafiz Ahmad
www.rahsiaberniaga.com

______________________________________________________________________

_______________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai