Anda di halaman 1dari 16

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH



TU30203
KESIHATAN, KESELAMATAN DAN NUTRISI
(Tugasan 3)

PPG Sains Kohot 1


NAMA PELAJAR NO. MATRIK
RAYMON MALUPIN CT 10210618
ANUAR BIN HJ.MOHAMED IDRIS CT 10210078
SYAHRUL ABD KARIM CT 10210775
AB. MALIK B GIRIM CT 10210003
ROSLAN BIN MALIK CT 10210649





PROGRAM
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)
DENGAN KEPUJIAN

NAMA PENSYARAH
DR. AZA SHERIN MOHAMAD YUS



Peranan guru dalam program kesihatan awal kanak-kanak
Pengenalan
Kesihatan diri merujuk kepada keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial individu yang
sempurna dari sebarang penyakit, gangguan atau halangan. Individu yang sihat akan dapat
menjalankan kerja dan tugas rutin dengan cekap dan berkesan secara berterusan tanpa
sebarang keletihan. Aspek pemakanan ,kebersihan dan penjagaan diri adalah sangat penting
dalam mengekalkan tahap kesihatan kanak-kanak yang baik. Penjagaan kebersihan diri ini
akan menjamin kesihatan dan penampilan bagi seseorang kanak-kanak serta mempengaruhi
kesejahteraan fizikal, emosi, mental dan sosial seseorang kanak-kanak. Sehubungan dengan
itu, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan kesihatan kanak-
kanak.
Kebersihan personal dan tabiat yang sihat.
Pada peringkat ini guru perlu mendidik kanak-kanak cara-cara menjaga kebersihan diri
mereka dengan betul dan mengigatkan mereka kepentingan kebersihan diri untuk menjamin
kesihatan yang berpanjangan. Perkara yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak ialah:-
1. Memakai pakaian yang bersih, kering dan selesa.
2. Mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
3. Mencuci tangan dengan sabun setelah pergi ke tandas.
4. memberus gigi selepas bangun tidur , sebelum tidur malam dan selepas makan.
5. Kanak-kanak perlu tidur awal dan bangun awal di waktu pagi bagi mengelakkan
kesihatan mereka terganggu.
6. Pastikan peralatan yang digunakan adalah bersih.
7. Mengasingkan pakaian basah dari bilik tidur dan menyidai tuala yang basah di
tempat kering,
8. Memakai kasut ketika hendak berjalan di kawasan luar rumah untuk mengelakkan
kaki terluka dan sebagainya.
9. Mengetik atau memotong kuku sekurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada
kotoran tersimpan di dalam kuku.

Penjagaan kulit kanak-kanak
Cara mandi yang betul perlu diterangkan kepada kanak-kanak. Penggunaan alat-alat
kebersihan seperti sabun ketika mencuci tubuh badan perlu dititik beratkan bagi tujuan
menghilangkan kegatalan yang boleh menyebabkan penyakit kulit. Mandi sekurang-
kurangnya 3 kali sehari untuk kebersihan dan keselesaan. Ketika membersihkan badan
gunakan kain atau sponge yang lembut untuk menggosok badan supaya daki dan kuman di
badan dapat ditanggalkan. Perhatian seharusnya diberikan dibahagian kaki dan dicelah-celah
jari kaki yang biasanya kurang terdedah kepada udara. Syampu kepala yang sesuai perlu
digunakan untuk merawat kulit kepala dari kegatalan atau masalah kulit lain.
Penjagaan rambut
Masalah kutu sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang kurang menjaga kebersihan
rambut. Kutu hidup di celah-celah rambut dengan memakan sejumlah kecil darah pada kulit
kepala dan ini menyebabkan rasa gatal. Kulit kepala yang gatal boleh luka apabila kerap
digaru. Luka yang terhasil akan dijangkiti oleh kuman seterusnya menyebabkan masalah kulit
kepala berlaku.

Penjagaan kuku
Kuku yang panjang akan menyubang kepada penurunan tahap kesihatan kanak-kanak. Kuku
juga merupakan satu komponen tubuh badan yang terlibat sama dalam pergerakan dan
aktiviti kanak-kanak . Kanak-kanak banyak melakukan pergerakan dan mereka suka
meneroka tidak kita tempat sama ada di tempat bersih atau kotor. Justeru itu penjagaan kuku
perlu diberi perhatian utama oleh kanak-kanak. Dalam peringkat umur kanak-kanak, mereka
kurang memahami bagaimana cara menjaga kebersihan kuku yang betul. Peranan guru amat
penting bagi menerangkan kepada kanak-kanak tentang pentingnya menjaga kebersihan kuku
dan cara penjagaan yang betul. Amalan rutin penjagaan kuku boleh dilakukan oleh guru
setiap hari dengan memeriksa kuku kanak-kanak sebelum memulakan sesi pembelajaran dan
memastikan kuku kanak-kanak sentiasa pendek dan bersih. Mengajar kanak-kanak untuk
memotong kuku dengan betul serta menerangkan kepada kanak-kanak kesan-kesan buruk
akibat kuku yang panjang dan tidak dibersihkan perlu dilakukan oleh guru. Fahamkan kanak-
kanak dengan kesan kesihatan diri akibat tidak menjaga kebersihan kuku.

Menjaga kebersihan gigi kanak-kanak
Penjagaan gigi adalah sangat penting bagi kanak-kanak. Penjagaan gigi kanak-kanak perlu
diamalkan dari peringkat awal dan jadikan ia sebagai suatu rutin kebersihan peribadi.
Amalan menggosok gigi seharusnya dimulakan di peringkat gigi susu lagi iaitu dengan
menggunakan tuala lembut untuk menggosok pada gigi kanak-kanak. Gigi perlu digosok
selepas bangun tidur,selepas makan dan sebelum makan bagi mengelakkan daripada gigi
kanak-kanak rosak. Mengambil makanan yang manis seperti gula-gula dan coklat dalam
kadar yang banyak tidak perlu diamalkan untuk menghindarkan kerosakan gigi.
Kanak-kanak perlu dibawa berjumpa doktor gigi untuk mengesan kerosakan gigi pada
peringkat awal serta mendapatkan penerangan dan nasihat pakar pergigian.




Bincangkan masalah kesihatan awal kanak-kanak dan cara-cara penyelesaiannya. .

Punca masalah kesihatan
1. Faktor Perwarisan:
Menurut Haskell & Barret, 1989 ,penyakit keturunan diwarisi oleh kanak-kanak daripada ibu
bapa seperti kencing manis, hemofilia, muscular dystrophy, asma, dan alahan dan daya
ketahanan yang rendah (mudah mendapat penyakit seperti alahan, demam, penyakit kulit, dan
selesema).
2. Faktor Persekitaran
Amalan hidup harian seperti pemakanan yang tidak seimbang, tempat tinggal yang kotor, dan
udara yang tercemar, kemalangan yang menyebabkan kecederaan di bahagian otak dan
sebagainya.
JENIS MASALAH KESIHATAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DAN
CARA PENYELESAIANNYA.

Asma
Asma atau lelah ialah istilah yang menerangkan satu keadaan seperti semput, penat,
termengah-mengah dan mengeluarkan bunyi wheezing ketika bernafas . Bunyi ini terhasil
disebabkan oleh penyempitan saluran bronkial yang menghalang aliran udara masuk dan
keluar ke paru-paru dengan lancar. Menurut Asiah 2012, individu yng mengidap penyakit
asma ini terpaksa membongkokkan badan untuk mendapatkan lebih banyak udara ke ruang
dalam paru-parunya. Antara penyebab berlakunya serangan asma kepada kanak-kanak ialah
cuaca atau udara yang sejuk, aktiviti fizikal yang berlebihan, jangkitan di bahagian organ
pernafasan, alahan, serangan virus, habuk atau debu, bulu kucing, dan sebagainya.
Ciri-ciri kanak-kanak yang menghidap penyakit asma ialah:-

1. Kelihatan gementar,
2. Sensitif,dan mudah terganggu.
3. Muka mereka kelihatan biru disebabkan oleh kurang oksigen dan mereka perlu diberi
pertolongan dan rawatan yang segera untuk pulih.

Keperluan Kanak-Kanak Asma di Sekolah
Persekitaran yang bersih dan pengurusan dalam jangka panjang diperlukan oleh kanak-kanak
yang mengidap penyakit asma ini.Kehadiran mereka ke sekolah terjejas terutama ketika
diserang penyakit tersebut. Kerjasama guru dengan ibu bapa adalah sangat penting dengan
menyimpan satu salinan action plan bagi membantu murid yang mengidap asma. Pihak
sekolah perlu mengetahui cara merawat asma termasuk jenis ubat yang perlu diambil,
tindakan yang harus diambil sekiranya serangan berlaku serangan penyakit asma kepada
kanak-kanak ini dan menyimpan ubat untuk kanak-kanak, atau memastikan ubat atau inhaler
mudah dicapai ketika serangan asma berlaku di dalam kelas atau kawasan sekolah. Selain
daripada itu aktiviti luar yang boleh menebabkan serangan asma kepada kanak-kanak perlu
dielakkan seperti aktiviti luar yang terdedah kepada debunga dan habuk.

Alahan
Kanak-kanak yang mengalami alahan cenderung mengidap asma tetapi bukan semua orang
yang mengalami alahan mempunyai asma dan sebaliknya. Penyakit alahan berkait rapat
dengan sistem daya tahan (immune system) seseorang. Sistem daya tahannya kanak-kanak
yang mempunyai alahan menganggap sumber alahan (allergens) seperti debunga adalah
sebagai penceroboh yang merosakkan, lalu bertindak balas dengan merembeskan sejenis
bahan yang menyebabkan tanda alahan seperti hidung berair, atau mata menjadi merah.
Sesetengah orang akan mengalami tanda asma seperti batuk, atau mengalami kesukaran
untuk bernafas. Jadi, alahan mungkin merupakan penyebab gejala asma. Contoh alahan yang
biasa berlaku ialah alahan terhadap makanan seperti kacang, makan laut, susu , kacang soya,
telur, gandum, dan sebagainya.

Cara untuk mengatasi kanak-kanak yang mengidap alahan ialah dengan membawanya
berjumpa doktor pakar alahan (allergist) bagi mengenal pasti jenis alahan yang dialami serta
mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan jenis alahan yang dialami.
Muscular Dystrophy (MD)
Muscular Dystrophy ialah sejenis penyakit genetik yang berpunca daripada kecacatan atau
mutasi pada salah satu gen yang mengakibatkan kerosakan pada serat (fibers) otot pengidap.
Individu yang mengidap penyakit ini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak
disebabkan otot yang rosak itu telah menjadi lemah. Kemerosotan fungsi otot merupakan ciri
utama penyakit Muscular Dystrophy. Selain kelemahan pada otot, anggota individu tersebut
akan bengkok ke dalam dan kekal dalam kedudukan tersebut (contracture). Selain itu,
kesukaran bernafas dan menelan akan dialami oleh mereka yang mengidap Muscular
Dystrophy. Dalam kes tertentu, penyakit Muscular Dystrophy juga boleh menjejaskan fungsi
jantung dan organ-organ yang lain dalam badan pengidap. Simtom penyakit Muscular
Dystrophy mula dapat dikesan pada zaman kanak-kanak, khususnya dalam kalangan kanak-
kanak lelaki.
Berikut ialah tanda-tanda penyakit Muscular Dystrophy ketika kanak-kanak mula belajar
berjalan:
1. Selalu jatuh
2. Sukar bangun daripada posisi duduk dan baring
3. Mengalami masalah untuk berlari atau melompat
4. Gaya berjalan: berlenggang lenggok dan terkedek-kedek (waddling gait)
5. Mempunyai anak betis yang besar
6. Kelihatan canggung atau kekok ketika berjalan
7. Mengalami masalah pembelajaran

Rawatan yang perlu untuk kanak-kanak yang mengidap penyakit ini ialah dengan mengambil
ubat dan terapi boleh melambatkan kemajuan penyakit Muscular Dystrophy .


Kencing Manis (Diabetes)
Penyakit kencing manis merupakan masalah kesihatan yang boleh berlaku pada kanak-kanak
tanpa mengira usia. Penyakit ini merupakan kesan terhadap penggunaan glukos atau gula
dalam sistem badan yang berperanan sebagai sumber tenaga. Glukos daripada makanan yang
kita makan akan memasuki darah kita manakala insulin, sejenis hormon yang dihasilkan oleh
pancreas membantu menghantar glukos ke sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga.
Apabila pancreas tidak dapat menghasilkan insulin untuk mengawal tahap gula di dalam
badan (type 1 diabetes) maka penyakit kecing manis akan berlaku terhadap seseorang.
Kegagalan insulin yang terdapat dalam badan menjalankan fungsinya sebagai agen pembawa
glukos ke sel badan juga menyebabkan seseorang akan mengidap penyakit kencing manis.
(type 2 diabetes). Apabila glukos tidak berjaya memasukki sel yang normal,, tahap gula
dalam darah akan meningkat terlalu tinggi sehingga menyebabkan badan mengalami gejala
kencing manis sekiranya tidak diberi rawatan.
Tanda-tanda kanak-kanak yang mengidap kencing manis akan kelihatan lesu, mudah letih,
dan juga kerap buang air kecil.

Type 1 Diabetes
Penyakit kencing manis dalam jenis ini tidak diketahui puncanya, dan tidak dapat dielakkan
daripada berlaku. Kanak-kanak yang mengidap kencing manis jenis ini berkemungkinan
disebabkan oleh faktor genetik atau jangkitan virus. Ia tidak berjangkit dan bukan
disebabkan oleh pengambilan gula yang banyak.

Type 2 Diabetes
Penyakit kencing manis dalam jenis ini berbeza dan boleh dielakkan. Pankreas dalam badan
masih boleh menghasilkan insulin tetapi badan pengidap tidak dapat bertindak balas terhadap
insulin secara langsung. Berat badan yang berlebihan menyebabkan badan sukar
menggunakan insulin secara betul. Maka amalan pemakanan yang betul iaitu dengan
mengurangkan pengambilan gula dalam makanan serta senaman adalah langkah yang sesuai
untuk mengelakkan penyakit kencing manis ini daripada berlaku.

Rawatan penyakit kencing manis.
Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.
Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:
1. Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
2. Mengawal paras gula dalam darah.
3. Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
4. Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.

Tips dan panduan bagi merancang pemakanan harian
1. Waktu makan yang teratur.
Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan snek.
2. Pilih jenis makanan yang sesuai.
Makanan yang dielakka, makanan yang bebas, dan makanan yang perlu dikawal
(akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah).
3. Kurangkan lemak, garam serta makanan yang tinggi kolestrol.
Makanan Bebas
Makanan bebas adalah makanan yang tidak mengandungi gula ringkas dan tidak
mempengaruhi aras glukos darah. Sebagai contoh, air tanpa gula dan sup cair. Semua jenis
sayuran dan ulaman. Sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi dan berupaya untuk
memperlahankan kadar penyerapan glukos ke dalam darah.

1.Makanan yang perlu dielakkan
Makanan yang disenaraikan di bawah perlu dielakkan kerana ianya mengandungi gula
ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat. Antaranya
adalah seperti:
a. Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
b. Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
c. Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
d. Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.

2. Senaman secara sederhana setiap hari
Senaman yang sederhana secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan
menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang
tinggi di dalam darah.
Selain daripada itu, program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa,
mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang. Selalu bersenam dapat
meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras
normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang
sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke
paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.


3. Ubat dan Insulin

Ubat diperlukan bagi menggalakkan pengeluaran insulin dari beta-cells pankreas. Bagi
pesakit yang dinasihatkan oleh doktor bagi mengambil insulin secara suntikan, insulin mesti
disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu.
Anda perlu mendapatkan doktor atau jururawat yang terlatih bagi mengajar teknik suntikan
insulin. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu
subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau
di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.
Jarum suntikan boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas
digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa
sakit.


Down Syndrome (DS)
Down Syndrome adalah satu jenis penyakit berkaitan dengan ketidaknormalan kromosom.
Down Syndrome berlaku apa bila berlaku penambahan satu kromosom pada pasangan
kromosom yang ke-21 menyebabkan pengidapnya mempunyai 47 kromosom (orang yang
normal mempunyai 46 kromosom). Kanak-kanak yang mengidap penyakit Down Syndrome
mempunyai ciri fizikal tertentu seperti :-
1. Mempunyai muka yang bulat
2. Lidah yang tebal dan panjang dan terjelir,
3. Hidung yang leper
4. Mata condong ke atas.
Kanak-kanak Down Syndrome juga mempunyai masalah jantung (cardiovascular) yang
boleh membawa maut pada pertengahan umur. Kanak-kanak yang mengidap penyakit ini
mempunyai masalah dalam pembelajaran kerana mempunyai keupayaan intelek yang rendah.
Selain mempunyai kekurangan dalam perkembangan kognitif , mereka juga mempunyai
kekurangan dalam perkembangan motor, mengalami masalah pada telinga, hidung, dan tekak.
Disebabkan oleh masalah dialami maka pencapaian akademik kanak-kanak terjejas dan
mempunyai masalah menyesuaikan diri di sekolah dan komuniti. Bantuan khas seawal yang
mungkin perlu diberikan kepada kanak-kanak Down Syndrome untuk membolehkan mereka
hidup berdikari serta menikmati kehidupan yang lebih sihat dan gembira. Justeru, mereka ini
memerlukan perhatian yang lebih dan khusus daripada ibu bapa/penjaga, dan guru.

Down Syndrome
Hemofilia (Hemophilia)
Hemofilia merupakan sejenis penyakit keturunan atau genetik yang berkaitan dengan
gangguan kromosom X (X-linked genetic disorder) yang menyebabkan darah membeku
dengan perlahan atau tidak membeku langsung. Pendarahan yang berlebihan berlaku kepada
pengidap hemophilia apabila mereka luka. Selain itu, hemofhilia boleh menyebabkan
pendarahan dalaman, dan darah boleh meresap ke dalam sendi tulang, otot, tisu lembut, dan
organ dalaman secara perlahan-lahan.
Kanak-kanak lelaki lebih kerap mengidap penyakit ini berbanding dengan kanak-kanak
perempuan kerana mereka hanya mempunyai satu kromosom X, dan mereka mewarisi
penyakit ini daripada kromosom X ibunya.
Kanak-kanak yang mengidap hemofilia dapat dikenal pasti semasa bayi lagi. Tanda-tanda
kanak-kanak mengidap penyakit hemophilia ialah mudah mengalami lebam atau
mengeluarkan darah yang banyak apabila luka. Tanda yang lain ialah sendi bayi sering
bengkak terutama apabila ia terantuk atau jatuh ketika merangkak atau berjalan.
Rawatan dan pengurusan pengidap penyakit hemofilia termasuklah memberi perhatian dan
jagaan terhadap keselamatan individu tersebut sepanjang masa, khususnya apabila individu
tersebut memerlukan rawatan gigi atau pembedahan. Kanak-kanak hemofilia mempunyai
tahap kesihatan yang rendah. Justeru mereka sering terlantar di katil menyebabkan mereka
ketinggalan dalam pelajaran. Mereka mempunyai tahap kecerdasan yang normal, dan mereka
boleh belajar di sekolah biasa tetapi keadaan mereka perlu dimaklumkan kepada guru dan
rakan-rakan supaya mereka boleh berhati-hati untuk memastikan kemalangan atau
kecederaan tidak berlaku pada kanak-kanak yang berkaitan.



Kesimpulan
Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika kita
inginkan kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan makanan
seimbang, melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan
kesihatan secara sempurna. Oleh itu, untuk menyokong kerajaan dalam merealisasikan
Wawasan 2020, kita perlulah memastikan tahap kesihatan kita dalam keadaan terbaik kerana
pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang sihat jasmani, rohani, emosi dan inteleknya sahaja
yang akan dapat membantu menggapai cita-cita pemimpin untuk memastikan Malaysia
mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.
Justeru, kesihatan merupakan aset paling penting sebagai warganegara Malaysia kerana bak
kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang menggunung.

RUJUKAN

1. Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1; KSSR Tahun 1
2. Dokumen Standard Pendidikan Jasmani Tahun 3; KSSR Tahun 3
3. Taklimat DASAR 1M 1S; Bahagian Sukan;KPM (2010)
4. Asiah Hj. Ahmad (2012). Mengenal dan menangani orang kurang upaya. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Haskell, S. H., & Barrett, E. K. (1989). The education of children with motor and
neurological disabilities (2nd Ed.). New York: Nicholas Publishing Company.
6. Kidshealth, http://kidshealth.org/kid/health_problems/blood/hemophilia.html#
7. Klinik Mayo, http://kidshealth.org/kid/feeling/friend/special_needs.html#
8. http://jenrysaiparudin.wordpress.com/2012/11/24/peranan-guru-dalam-menangani-
penyakit-di-sekolah