Anda di halaman 1dari 19

ISI KANDUNGAN

============================================
==========

10 PENGENALAN 2

20 PERALATAN SUKAN 3

30 CARA BERMAIN 6

40 KEMAHIRAN ASAS 8

1.0 PENDAHULUAN
2

Permainan ini bermula pada abad ke-11, dikenali sebagai jen de paume dan
dimainkan kali pertama di Perancis. Bola yang digunakan dalam permainan ini
disalutkan dengan benang dan berbulu serta pemain hanya menggunakan tangan
sebagai pemukul. Ia dimainkan oleh dua orang pemain. Seterusnya permainan ini
diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13 dan mendapat sambutan di
kalangan masyarakat. Sejak itu perkembangan sukan in terus meningkat ke
beberapa negara Eropah yang lain.
Raket bertali mula diperkenalkan kali pertama dalam abad ke-15 oleh Antonio
da Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau telah menulis undang-undang
umum bagi semua permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Kelab tenis
yang pertama iaitu Kelab Leamington di Perancis telah ditubuhkan oleh J.B. Perera,
Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthor Tomskin. Dalam tahun 1874
permainan ini mula berkembang di Amerika Syarikat dan dimainkan pertama kali
oleh Dr. James Dwight dan F.R Sears. Dalam jangka masa yang singkat permainan
ini telah menjadi satu permainan rekreasi di England dan beberapa negara Eropah
dan Amerika Syarikat.
Di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke-20.
Pada peringkat awal ia hanya dimainkan oleh orang-orang Inggeris dan pegawai
Kerajaan. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) ditubuhkan pada tahun 1921 dan
bergabung dengan Persekutuan Tenis Antarabangsa pada tahun yang sama.
Kejohanan tenis pertama diadakan pada tahun 1921 dan empat tahun kemudian
kejohanan terbuka bermula. Pertandingan yang sama formatnya dengan Piala
Davis mula dipertandingkan antara negeri pada tahun 1953 iaitu Piala Chua Choon
Leong.
Permainan tenis tidak begitu mahal untuk dipelajari kerana harga raket agak
murah serta sewa gelanggang juga tidak mahal. Banyak gelanggang dibina dengan
lapisan konkrit untuk mengurangkan kos penyelenggaraan.

2.0 PERALATAN

i. Gelanggang

TENIS
2

Permukaan gelanggang hendaklah rata dan bebas daripada sebarang


gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang rumput atau diperbuat
daripada kayu. Gelanggang mestilah dalam ukuran yang ditetapkan dan
garisan putih hendaklah jelas. Umumnya, ukuran gelanggang tenis adalah
23.77 meter panjang dan 8.23 meter lebar.

Rajah 1.1: Gelanggang tenis

ii. Jaring

Jaring untuk permainan ini diperbuat daripada pelbagai jenis dawai keluli,
kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan pada kabel yang tahan karat
serta dilitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah
menyentuh tanah dan bahagian atas berukuran 0.91 meter tinggi pada titik
tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya.

TENIS
1

Rajah 1.2: Kedudukan jaring tenis

iii. Raket

Terdapat pelbagai jenis pilihan raket yang boleh digunakan iaitu bingkainya
diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga
berbeza-beza iaitu bergantung kepada jantina dan umur. Bagi pemain lelaki
berat raket adalah di antara 282.7-396.9 g. Manakala bagi pemain wanita,
berat raket adalah di antara 368-382 g. Pemain hendaklah memilih raket
yang sesuai dengan terutamanya dari segi keselesaan pada pemegangnya.

Rajah 1.3: Raket tenis

TENIS
1

iv. Bola

Bola tenis kebiasaannya berwarna hijau kekuningan. Berat bola tersebut


adalah di antara 56.7-58.5 g dan saiznya di antara 6.35-5.65 cm diameter.
Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan
kering.

Rajah 1.4: Bola tenis

v. Pakaian

Pakaian tradisi bagi permainan ini adalah seluar pendek, baju-T berkolar atau
tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Bagi pemain wanita pula, pemakaian
skirt digunakan dan biasanya berwarna putih.

vi. Pegawai permainan

Pegawai utama dalam permainan tenis ialah pengadil (umpire) dan berada di
tepi bahagian tengah gelanggang. Biasanya tempat duduk khas disediakan
untuk pengadil utama. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-
undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira mata serta memulakan dan
menamatkan permainan. Pengadil juga bertanggungjawab sepenuhnya pada
permainan tenis ini. Selain itu, pengadil dibantu oleh beberapa pegawai lain
iaitu pengadil jaring (net-cord jugde), penjaga garisan dan pengadil servis
(foot-fault judge). Tugas pengadil jaring ialah membantu pengadil utama jika
timbul sebarang masalah atau perkara yang tidak disedari oleh pengadil
utama.

TENIS
2

3.0 CARA BERMAIN

i. Pemilihan raket

Apabila memilih raket, dua perkara utama harus diberikan tumpuan iaitu,
• Saiz genggaman tangan
Bagi menentukan saiz genggaman, ukur tapak tangan dan pilih saiz
genggaman raket yang sedikit kecil daripada tapak tangan.

• Saiz dan berat raket


Pemain harus tahu saiz dan berat raket yang sesuai untuk dirinya.
Jika terlalu berat dan besar akan menyukarkan pemain untuk memukul
bola. Bagi pemain yang baru adalah lebih sesuai menggunakan raket
yang lebih kecil saiznya dan lebih ringan.

Rajah 1.5: Jenis raket yang berbeza-beza

i. Cara memegang raket

Cara memegang raket adalah bergantung pada jenis pukulan yang


digunakan. Umumnya, terdapat dua jenis cara genggaman raket yang biasa
digunakan iaitu cekak hadapan (forehand grip) dan cekak kilas (backhand
grip). Kedua-dua cara ini boleh digunakan untuk semua jenis pukulan.

TENIS
1

Rajah 1.6: Cara memegang raket

Rajah 1.7: Cekak hadapan dan cekak kilas

ii. Tempoh permainan

Permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemengangan untuk


tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan
kemenangan dua set dikira pemenang. Bagi wanita pula, satu permainan
mengandungi tiga set dan kemenagan dua set dikira pemenang. Tiada masa
dihadkan bagi sesuatu set atau permainan tetapi pemain yang menamatkan
pemainan terlebih dahulu daripada lawannya dikira sebagai pemenang.
Masa 10 minit diperuntukkan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga
bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

TENIS
1

iii. Pengiraan mata

Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu
permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan
pada kedudukan 0-0, mana-mana pemain yang berjaya memungut mata
pertama dikira, 15-0. Mata kedua yang dipungut dikira 30-0 dan mata ketiga
dikira 40-0. Mata seterusnya akan menamatkan permainan dan kemenangan
kepada pemain tersebut. Sepanjang permainan berlangsung, mata untuk
pemain yang melakukan servis dikira dahulu.

iv. Memulakan permainan

Permainan ditentukan secara undian iaitu untuk menentukan pemain mana


yang memulakan permainan. Pemain (A) yang memulakan servis berdiri
dibelakang garisan iaitu di sebelah kanan gelanggang. Manakala pemain
lawan (B) pula akan berada di bahagian kanan gelanggangnya. Pemain (A)
hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke dalam kawasan servis
pemain lawan. Jika terkeluar dari kawasan servis, pemain (A) masih
berpeluang melakukan servis kedua. Jika gagal servis kedua, mata akan
diberikan kepada pemain lawan (B).
Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang,
pemain (A) akan membuat servis di sebelah kiri gelanggang untuk mata
kedua. Seterusnya kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-
gilir sehingga seorang daripadanya mencapai kemenangan.

4.0 KEMAHIRAN ASAS

i. Cekak

Cekak atau cara memegang raket merupakan kemahiran asas utama dalam
permainan tenis. Pemain boleh menggunakan pelbagai jenis cekak yang
sesuai untuk membuat pukulan. Jenis cekak yang digunakan dalam
permainan ini adalah:
• Cekak eastern

TENIS
2

Biasanya digunakan bagi pukulan hadapan dan dikenali sebagai cekak


jabat tangan. Bagi memastikan cekak yang betul, raket hendaklah
dipegang menggunakan tangan kiri, tapak tangan pula hendaklah
diletakkan di atas tali raket dan gelongsorkan tangan ke bawah sehingga
ke pemegang raket tanpa merubah kedudukan tangan. Cekak jari-jari
mengelilingi pemegang seperti berjabat tangan.

Rajah 1.8: Cekak eastern

• Cekak continental
Cekak jenis ini biasanya digunakan bagi permainan di dalam gelanggang
konkrit yang mempunyai lantunan bola yang tinggi. Cara cekak yang betul
adalah, ibu jari digerakkan mengikut pusingan jam menghala bahagian
atas pemegang raket. Dengan itu, tapak tangan akan berada di bawah
pemegang dan ini menyebabkan pukulan bola yang rendah susah
dilakukan. Oleh itu, ia amat sesuai untuk pukulan bola melebihi aras
pinggang.

TENIS
1

Rajah 1.9: Cekak continental

• Cekak kilas sebelah tangan


Cekak ini susah digunakan ketika bermain terutamanya bagi pemain yang
kurang berpengalaman. Untuk mendapatkan cekak yang betul, mulakan
dengan cekak eastern tetapi putarkan ibu jari mengikut pusingan jam
supaya berada di bawah tapak tangan yang memegang raket. Tujuannya
adalah untuk kekuatan cekak pada pukulan tersebut.

Rajah 1.10: Cekak kilas sebelah tangan

• Cekak kilas dua belah tangan


Cekak ini sama digunakan dalam cekak kilas sebelah tangan tetapi
tangan yang satu lagi diletakkan bersebelahan sebelah atas tangan yang
mencekak raket untuk memberikan sokongan dan kekuatan.

TENIS
1

Rajah 1.11: Cekak kilas dua belah tangan

• Cekak pukulan servis dan smesy


Bagi membuat pukulan servis dan smesy, pemain digalakkan
menggunakan cekak eastern dengan kedudukan muka raket terbuka
semasa memukul.

Rajah 1.12: Cekak servis

• Cekak pukulan voli


Untuk pukulan voli boleh menggunakan cekak yang digunakan dalam
pukulan hadapan dan pukulan kilas bagi pemain yang kurang
berkemahiran. Bagi yang mahir, pemain boleh menggunakan cekak
dalam pukulan servis dan smesy.

TENIS
1

Rajah 1.13: Cekak pukulan voli

i. Pukulan servis

Pukulan servis merupakan pukulan bagi memulakan permainan atau


memulakan perkiraan mata. Berikut merupakan tunjuk cara dalam pukulan
servis:

• Kedudukan sedia. Jarak kaki adalah seluas bahu dengan jari kaki
hadapan menghala tiang jaring sebelah kanan. Hujung kaki hadapan
berada kira-kira 8 cm dari garis belakang dan petanda tengah. Bahu
menghala ke gelanggang servis dengan lutut dan badan dibengkokkan
sedikit ke hadapan.
• Bola dipegang dengan hujung jari dan dilambung dari lutut ke arah
atas kepala dengan siku yang lurus. Bola dilepaskan apabila lengan
betul-betul lurus dan dilambung setinggi yang boleh dicapai dengan
raket.
• Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan semasa
ayunan ke belakang dan lambungan. Lutut kiri dibengkokkan sedikit
untuk imbangan. Lengan dibengkok pada siku apabila raket sampai di
belakang bahu.

TENIS
1

• Semasa hayunan ke hadapan, pinggul berpusing sedikit dan siku


menghala ke hadapan. Kedua-dua kaki diluruskan supaya ketinggian
dan kekuatan yang maksimum dapat dicapai.
• Bola dipukul dengan sentakan dari pergelangan tangan di atas bahu
kiri. Semakin tinggi bola dipukul, dapat memastikan ia melintasi jaring
dan masuk ke dalam kawasan gelanggang servis pihak lawan.
• Ikut lajak. Badan dengan bahu berpusing sehingga raket di bawa ke
sebelah kiri ketika memukul untuk mendapatkan pukulan yang
berkesan. Berat badan juga dipindahkan dari kaki belakang ke kaki
hadapan.
• Kembali kepada kedudukan sedia secepat yang mungkin selepas
melakukan pukulan servis.

Rajah 1.14: Gerakan semasa pukulan servis

i. Pukulan hadapan
Merupakan pukulan yang banyak digunakan dalam permainan tenis. Ia
merupakan pukulan yang paling mudah untuk dilakukan dan sesuai
digunakan untuk pemain yang baru belajar permainan ini. Berikut merupakan
tunjuk cara pukulan hadapan:

• Kedudukan sedia. Lutut dibengkokkan, badan tegak dan raket berada di


hadapan badan. Kaki dibuka seluas bahu dan berat badan berada di

TENIS
2

hujung kedua-dua kaki. Gunakan cekak eastern dengan tangan kiri


menyokong leher raket. Mata sentiasa memandang pada bola.
• Berpusing ke sisi dan ayunan ke belakang. Gerakan ini dilakukan
serentak apabila bola mendarat di sebelah kanan badan. Kaki kanan
melangkah ke hadapan bagi bola rendah, selari dengan garis belakang
untuk bola sederhana dan melangkah ke belakang untuk bola tinggi.
Raket di bawa ke belakang badan dan kedudukan kepala raket hendaklah
selari serta rendah sedikit daripada ketinggian bola. Ayunan dilakukan
dengan tenang dan lengan serta siku tidak diluruskan atau dikeraskan.
• Hayunan ke hadapan. Pergerakan keseluruhan pada lengan dan putaran
di buat dari bahagian bahu.raket hendaklah selari dan bergerak sedikit ke
atas apabila kaki kiri melangkah ke arah bola. Bola dipukul ketika ia
melantun pada aras pinggang pemain. Pergelangan tangan dikeraskan
dan pemindahan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki
hadapan.
• Ikut lajak. Kedudukan muka raket berterusan melalui garis pukulan dan ke
atas sehingga ia berhenti. Kedudukan badan tegap dan selari dengan
garis tepi, kaki hadapan dibengkok sedikit dan jari kaki belakang atas
gelanggang. Berat badan sepenuhnya di atas kaki hadapan.
• Kembali kepada kedudukan sedia bagi menyediakan diri pemain untuk
membuat pukulan seterusnya.

TENIS
1

Rajah 1.15: Gerakan semasa pukulan hadapan

i. Pukulan smesy
Merupakan pukulan yang paling berkesan untuk mendapatkan mata atau
kemenangan. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemain semasa membuat
pukulan ini adalah mengalihkan pandangan dan memukul bola dengan
terburu-buru. Pukulan ini digunakan sebagai tindakan balas kepada
lambungan tinggi daripada pihak lawan. Berikut adalah tunjuk cara pukulan
smesy:
• Kedudukan sedia. Gunakan cekak pukulan hadapan atau cekak
continental.
• Gerak kaki dan ayunan ke belakang. Ia dilakukan serentak apabila bola
dalam situasi lob. Raket dibawa ke belakang bahagian bahu. Kedudukan
bahu berpusing selari dengan garis tepi. Kaki juga selari dengan garis tepi
dan bergerak sehingga berada di bawah bola. Berat badan berada di kaki
belakang dan badan bersedia untuk ayunan. Kedua-dua lutut
dibengkokkan sedikit.
• Hayunan ke hadapan. Bola dipukul dari bahu kiri dengan kaki dan badan
diluruskan. Raket hendaklah dipukul dengan sentakan pergelangan
tangan bagi memastikan bola jatuh ke gelanggang pihak lawan.
• Ikut lajak. Raket hendaklah mengikut lajak ke arah bola yang dipukul dan
kemudian ke arah sebelah kiri badan.
• Kembali kepada kedudukan sedia dengan segera selepas melakukan
smesy.

TENIS
1

Rajah 1.16: Gerakan semasa pukulan smesy

i. Pukulan kilas

Pukulan ini sukar dilakukan terutamanya bagi pemain yang baru tetapi ia
menjadi lebih mudah jika pemain dapat membayangkan perlakuan yang sama
semasa pukulan hadapan. Berikut adalah tunjuk cara dalam pukulan kilas:
• Kedudukan sedia. Gunakan cekak kilas sebelah tangan semasa
berpusing dan ayunan ke belakang.
• Berpusing. Pergerakan ini dilakukan serentak apabila bola mendarat di
sebelah kiri pemain. Kaki kiri melangkah ke hadapan jika bola rendah,
selari dengan garisan belakang jika bola sedehana dan ke belakang bagi
bola tinggi. Raket dibawa ke belakang, tangan kiri di leher raket dan tapak
tangan di atas pemegang raket.
• Hayunan ke hadapan. Keseluruhan ayunan tangan berputar dari bahu
dan pinggul. Raket bergerak sedikit ke atas kaki kanan yang melangkah
ke arah bola. Bola dipukul di hadapan badan dengan pergelangan tangan
dikeraskan. Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan
dan mata memandang pada bola.
• Ikut lajak. Muka raket dihayun terus mengikut pukulan bola seberapa jauh
yang boleh ke atas siku sehingga berhenti. Kepala raket berada lebih
tinggi dari pergelangan tangan. Lutut hadapan dibengkokkan sedikit
dengan hujung jari kaki belakang mencecah gelanggang.
• Kembali kepada kedudukan sedia.

TENIS
1

Rajah 1.17: Gerakan semasa pukulan kilas sebelah tangan

i. Pukulan kilas dua belah tangan

Pukulan ini menggunakan cekak pukulan kilas tetapi tangan kiri mencekak
raket disebelah atas tangan kanan.
• Kedudukan sedia. Kekalkan cekak pukulan kilas dengan tangan kiri
memegang raket hampir dengan tangan kanan.
• Berpusing, tukar cekak dan hayunkan ke belakang. Pergerakan dilakukan
apabila bola mendarat di sebelah kiri pemain. Kaki kiri melangkah
mengikut arah bola yang datang. Kedudukan badan membongkok sedikit
ke hadapan bagi membolehkan pukulan dan hayunan yang kuat.
• Hayunan ke hadapan. Keseluruhan pergerakan hayunan kedua-dua
tangan agak terkawal dari putaran bahagian badan dan pinggul. Raket
dihayun dengan kaki kanan melangkah ke arah bola yang hendak dipukul.
Kedua-dua pergelangan tangan dikeraskan dan mata sentiasa
memandang pada bola.
• Ikut lajak. Hayunan diteruskan selepas melakukan pukulan tanpa kedua-
dua tangan melepaskan raket sehingga berhenti. Mata memerhati pada
bola yang dipukul untuk ketepatan pukulan.
• Kembali kepada kedudukan sedia selepas melakukan pukulan.

TENIS
1

Rajah 1.18: Gerakan semasa pukulan kilas dua belah tangan

i. Pukulan voli hadapan


Pukulan ini merupakan pukulan yang dilakukan sebelum bola menyentuh
gelanggang. Berikut adalah tunjuk cara pukulan voli hadapan:

• Kedudukan sedia. Berada di antara garis servis dan jaring. Gunakan


cekak pukulan hadapan.
• Berpusing dan hayun ke belakang. Kedua-dua gerakan ini dilakukan
dengan cepat. Kaki kanan berpusing sedikit ketika pinggul dan bahu kira
450 menghala ke jaring. Kepala raket berada di atas aras pergelagan
tangan dan berat badan di atas kaki kanan.
• Hayunan ke hadapan. Kedudukan muka raket bersudut tepat semasa
menyentuh bola. Perlakuan dilakukan dengan cekak yang kemas,
pergelangan tangan dan lengan dikeraskan. Bola dipukul ketika berada di
hadapan kaki kiri dengan ketinggian kepala raket di atas aras
pergelangan tangan. Kaki kiri melangkah bersama-sama dengan berat
badan ketika memukul.
• Kembali kepada kedudukan sedia selepas melakukan pukulan.

TENIS
1

Rajah 1.19: Gerakan semasa pukulan kilas dua belah tangan

TENIS