Anda di halaman 1dari 16

PENDEKATAN

PENGARUH POLITIK
DI DALAM SESEBUAH
ORGANISASI
BIL NAMA NO. MATRIK
1) Nor Hidayah bt Yahya 203110
2) Noor Kartini bt Muhd Faudzi 203081
3) Siti Hamizah bt Zulkifli 202649
4) Syazrina bt Ismail Mukhtar 203214
Isu politik di tempat kerja yang
ingin disentuh disini dikatakan
sebagai suatu gelagat yang dilihat
oleh orang lain sebagai taktik
untuk mendapatkan manfaat
daripada pihak lain. Contoh yang
paling mudah ialah seorang
pengurus berdampingan dengan
pihak atasan untuk memudahkan
kenaikan pangkatnya.

Organisasi adalah sebuah sistem sosial
yang mempunyai beberapa subsistem
yang saling berkait seperti subsistem
pentadbiran, subsistem ekonomi atau
teknikal, subsistem manusia atau sosial
dan subsistem maklumat.

Dalam setiap organisasi terdapat
pemimpin (ketua) dan orang-orang
yang dipimpin (pekerja-pekerja).
Setiap kumpulan masyarakat atau
organisasi haruslah diketuai oleh seorang
ketua atau pemimpin untuk memastikan
semua subsistem-subsistem dalam
sesebuah organisasi berjalan dengan
lancar supaya tercapai objektif-objektif
organisasi.

Pemimpin mempunyai kuasa autoriti yang
melayakkannya untuk memberikan
sebarang arahan atau permintaan
kepada pihak bawahannya.
Kuasa merangkumi ciri peribadi dan
ciri kedudukan yang menjadi asas
keupayaan pemimpin mempengaruhi
orang lain.

Proses mempengaruhi atau pengaruh
adalah bersumberkan dari teori
kuasa.
Politik adalah jaringan interaksi-interaksi
terhadap yang melahirkan kuasa,
memindahkan kuasa dan mempergunakan
kuasa terhadap pihak-pihak lain.

Dua jaringan politik dalam organisasi
adalah politik menegak dan politik
mendatar.
Terdapat beberapa keadaan yang
menggalakkan berlakunya politik di
tempat kerja seperti kewujudan sumber
yang terhad, kesamaran dalam membuat
keputusan, perubahan dalam sesebuah
organisasi dan toleransi dalam politik.

Politik berlaku apabila wujud pihak ketiga
yang cuba campur tangan misalnya
apabila terdapat kesamaran dalam
membuat keputusan.
Permasalahan yang biasa dihadapi dalam
sesebuah organisasi ialah bagaimana untuk
mendorong pekerja untuk bekerja dengan
lebih produktif dan meningkatkan kepuasan
dan prestasi kerja dikalangan pekerja.

Hubungan langsung antara tanggapan
sokongan organisasi dengan sikap serta
kelakuan pekerja menerusi perantaraan
tanggapan kepada politik dalam sesebuah
organisasi.

Kuasa politik dalam sesebuah organisasi
dicemari dengan pelbagai aktiviti seperti
penindasan tingkahlaku yang tidak sihat.
Terdapat beberapa sumber kuasa yang boleh digunakan
dalam melaksanakan sesuatu tugas. Sumber-sumber
kuasa itu ialah kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa
paksaan, kuasa kemahiran dan kuasa rujukan.

Kuasa dan politik dalam sesebuah organisasi adalah
merangkumi kuasa dan autoriti pihak pengurusan yang
mencakupi sumber kuasa mereka yang menyebabkan
mereka dapat mempengaruhi kakitangan bawahan
untuk bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Kuasa dan politik adalah bergantung dengan penerimaan
kakitangan dalam sebuah organisasi tersebut.


Kuasa dikatakan berbeza daripada kewibawaan
dengan melihat bahawa kuasa merangkumi kedua-
dua ciri peribadi dan kedudukan, manakala
kewibawaan melibatkan ciri yang berhubung kait
dengan kedudukan sahaja.

Menurut French dan Raven (1960) telah mengenal pasti
lima asas kuasa yang boleh diperoleh oleh pemimpin:-
Kuasa deraan
Kuasa imbuhan
Kuasa sah
Kuasa kepakaran
Kuasa rujukan

Menurut Cropanzano dan Mitchell (2005),
menegaskan bahawa apabila organisasi prihatin
terhadap pekerjanya, maka keadaan ini akan
mendorong para pekerja melakukan tindakan
tindak balas dengan perasaan, sikap dan
kelakuan positif terhadap organisasi.

Menurut Eisenberger (1986), menjelaskan bahawa
tahap persepsi sokongan organisasi yang tinggi
akan mewujudkan perasaan obligasi untuk
memberi balasan kepada organisasi di atas
manfaat yang diterima dalam bentuk peningkatan
usaha dan kelakuan menjangkau peranan.

Sesebuah organisasi memerlukan berbagai
sistem yang berkaitan bagi membolehkan
ianya berfungsi untuk mencapai objektif
penubuhannya.

Sistem-sistem dan tatacara kerja ini akan
menjadi rapuh dan bermasalah kecuali jika
ianya sentiasa dikawal, diselia dan
dikemaskini.

Sistem dan tatacara kerja yang baik akan
menggalakkan produktiviti kerana proses
kerja dapat berjalan dengan licin dan cekap.
Mekanisme kawalan sistem itu perlu mempunyai
prinsip-prinsip untuk dipatuhi oleh semua
kakitangan organisasi seperti berikut :-

a) Wujudnya Dasar, Undang-undang, Peraturan
Atau Arahan Yang Jelas
Ada dasar/peraturan/arahan bertulis.
Peraturan dan arahan tidak bercanggah
dengan dasar dan undang-undang.
Tidak mewujudkan penompokan kuasa.
Ada kawalan atau mengadakan kriteria jelas
bagi pengunaan kuasa budi bicara.

b) Penyeliaan Yang Berkesan
Ada kaedah pemantauan dan penyeliaan.
Ada kaedah pengawalan displin kakitangan.
Ada mekanisme check and balance.





Kesimpulannya, kuasa dan status sesebuah organisasi,
terutamanya Organisasi Antarabangsa (IO) perlu dikaji
semula kerana kedudukan pihak berkuasa yang memberi
IO kuasa autonomi ini akan mengakibatkan penyalah
gunaan kuasa jika sekiranya tidak dipantau dan
seterusnya memberi impak kepada masyarakat sekitar.

Selain itu, ruang lingkup atau persekitaran IO, autonomi IO
dan kuasa IO yang berbeza takrifannya melalui ahli-ahli
ekonomi dan ahli-ahli sosiologi, menyebabkan IO ini tidak
mempunyai halatuju dan ketetapan dalam
melaksanakan dasar, visi dan misi, seperti yang awal
mereka lakukan.