Anda di halaman 1dari 11

[Penjagaan Alam Sekitar berdasarkan Aspek Kerohanian]

1

1.0 Perspektif Islam Terhadap Alam Sekitar

Allah s.w.t. menciptakan alam ini untuk manfaat seluruh umat manusia. Banyak ayat-
ayat al-Quran yang menceritakan tentang peranan manusia terhadap alam sekitar yang
merangkumi pelbagai aspek. Contohnya, perintah Allah supaya manusia menjaga hubungan
sesama manusia serta dengan alam sekitar, larangan membuat kerosakan di atas muka bumi,
serta amanah Allah s.w.t. kepada mausia sebagai khalifah untuk menggunakan sumber alam
dengan sebaik-baiknya.

Islam menekankan empat prinsip dalam hubungan manusia dengan alam sekitar.
2

Prinsip yang pertama adalah prinsip tauhid, diikuti dengan prinsip khalifah dan amanah,
seterusnya prinsip syariah dan akhir sekali prinsip keadilan dan kesederhanaan. Prinsip tauhid
merujuk kepada konsep mengesakan Allah s.w.t. iaitu tidak menyekutukanNya dengan
sesuatu yang lain. Matlamat utama segala amalan yang dilakukan adalah untuk mencapai
mardhatillah iaitu keredhaan Allah s.w.t.. Manusia bertanggungjawab ke atas setiap
perbuatannya di atas muka bumi ini dan akan mendapat ganjaran kebaikan ataupun balasan
setimpal atas kejahatan yang dilakukan. Konsep tauhid tidak terhad dalam ibadah semata-
mata bahkan merangkumi segenap aspek kehidupan termasuklah penjagaan alam sekitar.

Seterusnya prinsip yang kedua iaitu prinsip khalifah dan amanah. Manusia dipilih oleh
Allah s.w.t. sebagai khalifah di muka bumi kerana kelebihan manusia dikurniakan akal fikiran
berbanding makhluk lain. Sebagai khalifah, manusia bertanggungjawab menjaga amanah
dalam memelihara alam sekitar. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Anam yang
bermaksud,

Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di bumi. Dia
meninggikan setengah kamu atas setengah yang lain dengan beberapa
darjat supaya Dia boleh menguji kamu apa yang telah dikurniakan-
Nya. Tuhan menurunkan azab amat seksanya tetapi sesungguhnya
Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.
3


2
Zaini Ujang (1993)
3
Al-Anam:165

[Penjagaan Alam Sekitar berdasarkan Aspek Kerohanian]
2

Prinsip yang ketiga adalah prinsip syariah. Syariah merupakan segala peraturan dan
garis panduan yang perlu dipatuhi oleh umat Islamdalam setiap aktiviti ibadah. Syariah
berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah bermatlamatkan kebaikan dalam kehidupan di
dunia dan akhirat. Setiap perkara yang ingin dilakukan haruslah berlandaskan syariat yang
betul supaya tidak terpesong dari ajaran islam yang sebenar. Perkara ini termasuklah garis
panduan cara-cara manusia berinteraksi dengan alam sekitar. Contohnya, Islam menganjurkan
kebersihan dan suka akan kecantikan. Oleh itu, manusia seharusnya berusaha untuk sama-
sama menjaga alam sekitar supaya persekitaran sentiasa bersih dan indah.

Akhir sekali, prinsip yang keempat dalam hubungan manusia dengan alam sekitar
menurut perspektif Islam adalah prinsip keadilan dan kesederhanaan. Adil bermaksud
meletakkan sesuatu pada tempatnya. Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran yang bermaksud,

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan,
serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada
melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta
kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini),
supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
4


Islam juga menganjurkan agar manusia sentiasa bersikap sederhana dalam semua perkara.
5

Perkaitan antara konsep keadilan dan kesederhanaan dengan alam sekitar dapat dilihat melalui
penggunaan sumber-sumber alam untuk manfaat manusia. Allah s.w.t. tidak melarang hamba-
hambaNya menggunakan sumber alam bahkan sumber alam ditundukkan untuk kegunaan
manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk
kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari
sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu
makan. Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan
(yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berihat

4
An-Nahl:90
5
Dr. Muqdad Yaljan (1986)

[Penjagaan Alam Sekitar berdasarkan Aspek Kerohanian]
3

(pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar (pada
waktu pagi). Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-
barang kamu ke mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai
kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah.
Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan
rahmatNya.
6


Namun demikian, manusia seharusnya bijak dalam menggunakan sumber-sumber yang ada
supaya tidak mengikut hawa nafsu semata-mata. Sumber alam perludigunakan mengikut
keperluan supaya tidak berlaku pembaziran. Hal ini jelas dilihat dalam konsep keadilan dan
kesederhanaan dalam hubungan manusia dengan alam sekitar.


2.0 Sikap dan Tingkah Laku Manusia Terhadap Alam Sekitar

Manusia dan alam sekitar pada asal kejadiannya saling bergantungan antara satu sama
lain. Namun atas sebab kerakusan manusia meneroka sumber-sumber alam, maka banyak
terjadi kerosakan di atas muka bumi ini. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

Telah timbul kerosakan di darat dan di lautan disebabkan perbuatan
tangan manusia, Allah SWT menghendaki supaya mereka merasakan
sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka
kembali (ke jalan yang benar).
7


Ayat di atas menerangkan tentang kerosakan yang berlaku di atas muka bumi disebabkan oleh
perbuatan manusia itu sendiri yang rakus mengejar nikmat duniawi. Ibn Kathir mentafsirkan
bahawa kerosakan di darat dan di lautan itu berpunca daripada perbuatan syirik, kezaliman
dan permusuhan yang berleluasa.
8
Justeru, dapat difahamkan di sini bahawa manusia
merupakan punca ke atas segala kerosakan yang berlaku terhadap alam sekitar.


6
An-Nahl:5-7
7
ar-Rum:41
8
Mikdar Rusdi (2010)

[Penjagaan Alam Sekitar berdasarkan Aspek Kerohanian]
4

Manusia cenderung untuk melakukan kerosakan di atas muka bumi adalah disebabkan
kegagalan mendidik hawa nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Apabila manusia
menurut keinginan nafsu dalam mencari kepuasan dunia, maka segala cara yang ada
dilakukan untuk memenuhi tuntutan nafsu meskipun terpaksa mengambil hak orang lain.
Sikap ini amat keterlaluan dan melampaui batas sehinggakan Allah s.w.t. merendahkan taraf
mereka menyamai binatang ternak, bahkan lebih teruk lagi. Sebagaimana dalam firman Allah
s.w.t. yang bermaksud,

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang
menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka
dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka
mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada
mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan)
mereka lebih sesat lagi.
9


Terdapat juga golongan manusia yang bersifat kufur terhadap segala nikmat yang telah Allah
s.w.t. kurniakan kepadanya. Kurniaan yang begitu banyak menyebabkan manusia sering
terlupa dan tidak bersyukur bahkan menjadi lebuh rakus dan tamak dalam mengaut
keuntungan duniawi. Sikap ini juga secara langsung membawa kepada kerosakan terhadap
alam sekitar. Allah s.w.t. telah memberi amaran azab yang keras kepada golongan yang kufur
seperti dalam firmanNya yang bermaksud,

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi
nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur
ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
10


Dalam al-Quran juga ada dicatatkan beberapa kaum yang dimusnahkan akibat mereka kufur
terhadap Allah s.w.t.. Contohnya kerajaan Saba yang padamulanya Allah s.w.t.

9
al-Furqan:43-44
10
Ibrahim:7

[Penjagaan Alam Sekitar berdasarkan Aspek Kerohanian]
5

mengurniakan nikmat yang melimpah ruah, namun disebabkan kaum tersbut kufur, maka
Allah memberi balasan kehancuran dan menarik nikmat itu daripada mereka. Justeru, jelaslah
bahawa manusia cukup gemar melakukan kerosakan walaupun telah diperingatkan kepada
azab Allah s.w.t. yang bakal menimpa.


3.0 Kepentingan Penjagaan Alam Sekitar

Alam sekitar perlu dipelihara dan digunakan sebaiknya mengikut kadar keperluan
manusia. Hal ini kerana dengan menjaga alam sekitar, manusia dapat membuktikan ketaatan
kepada perintah Allah s.w.t.. Perintah yang dimaksudkan adalah supaya manusia tidak
melakukan kerosakan di muka bumi seperti dalam firmanNya yang bermaksud,

Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah
Allah memperbaikinya.
11


Dalam ayat lain, Allah s.w.t. juga berfirman yang bermaksud,

...dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke
dalam bahaya kebinasaan...
12


Dengan mentaati perintah yang diamanahkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia, maka
ganjaran untuk setiap kebaikan yang dilakukan sedia menanti di alam kebangkitan.

Selain itu, penjagaan alam sekitar menurut perspektif Islam menginginkan supaya
manfaat yang diperoleh dari sumber alam mampu digunakan oleh generasi-generasi
seterusnya. Walaupun rezeki setiap makhluk telah ditetapkan oleh Allah s.w.t., namun sebagai
hamba, manusia tidak seharusnya menggunakan sumber alam mengikut hawa nafsu.
Sebaliknya, sumber alam perlu digunakan sekadarnya dan pada masa yang sama memberi

11
Al-Araaf:56
12
Al-Baqarah:195

[Penjagaan Alam Sekitar berdasarkan Aspek Kerohanian]
6

peluang kepada generasi akan datang untuk merasai rezeki yang dikurniakan. Firman Allah
s.w.t. yang bermaksud,

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut
kemiskinan. Kami (Allah) yang akan memberi rezeki kepada mereka
dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah
suatu dosa yang besar."
13


Alam sekitar juga berperanan sebagai tempat manusia bermuhasabah dan bertafakkur
memngingati penciptanya. Kejadian alam semesta yang kompleks membuatkan ramai yang
berfikir tentangnya dan seterusnya dapat membuktikan kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t.
sebagai pecipta dan pemilik mutlak alam ini. Allah s.w.t. telah berfirman di dalam al-Quran
yang bermaksud,

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran
malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu)
orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka
berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan
mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil
berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-
benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami
dari azab neraka.
14


Ayat di atas menerangkan tentang golongan yang sentiasa mengingati kebesaran Allah s.w.t.
dalam segala situasi lebih-lebih lagi apabila memikirkan tentang kejadian alam semesta.
Dengan mengingati Allah, secara automatiknya proses tazkiyatun nafs telah berlaku. Oleh itu,
adalah sangat penting penjagaan alam sekitar dalam aspek kehidupan manusia.


13
al-Isra:17:31
14
Ali Imran: 190-191

[Penjagaan Alam Sekitar berdasarkan Aspek Kerohanian]
7

Selain itu, alam sekitar perlu dipelihara kerana sumber alam merupakan salah satu alat
untuk manusia beribadah kepada Allah s.w.t.. Sebagai contoh, sumber alam digunakan untuk
membangunkan sesebuah negara seperti yang sedang berlaku di seluruh dunia ketika ini.
Tanah dan hutan belantara diteroka untuk melakukan pembangunan. Jika pembangunan yang
dilakukan adalah pembangunan berteraskan Islam mengikut prinsip-prinsipnya, maka
pembangunan yang dilakukan itu dikira sebagai ibadah.

Kesimpulannya, kesedaran mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar seharusnya
lahir dari jiwa yang suci yang daripadanya akan melahirkan akhlak mulia dan seterusnya
menjadikan sikap untuk sentiasa menjaga alam sekitar menjadi kebiasaan dalam diri setiap
individu muslim.


4.0 Usaha-Usaha ke Arah Penjagaan Alam Sekitar

Penjagaan alam sekitar mempunyai perkaitan antara hubungan mendatar manusia
dengan alam sekitar. Hal ini kerana jika manusia kerap membuat kerosakan di atas muka
bumi, maka isi alam sememangnya bertindak balas mendatangkan bahaya kepada manusia.
Sebaliknya, jika alam sekitar diguna dan dipelihara sebaiknya, maka alam sekitar juga tidak
akan memberi sebarang masalah kepada manusia. Justeru, manusia seharusnya menjaga alam
sebaik-baiknya untuk menjamin kelangsungan hubungannya dengan alam sekitar.

Untuk menjaga alam sekitar, sikap segelintir manusia yang gemar membuat kerosakan
di atas muka bumi perlu diubah. Hal ini kerana, Allah s.w.t. tidakakan mengubah nasib
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri seperti yang tercatat dalam al-
Quran yang bermaksud,

...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu
kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri...
15



15
Ar-Ra'd 13:11

[Penjagaan Alam Sekitar berdasarkan Aspek Kerohanian]
8

Sikap manusia yang sedar akan kepentingan penjagaan alam sekitar akan cuba menjaga
dengan penuh ketaatan kepada Allah s.w.t. kerana sedar akan amanah yang
dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Allah s.w.t. melarang manusia membuat kerosakan di atas muka bumi. Sebagaimana
firmanNya dalam surah al-Baqarah yang bermaksud,

Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya),
berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan
membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan
manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.
16


Berdasarkan ayat di atas, manusia sepatutnya tidak melakukan sebarang kerosakan jika dia
benar-benar patuh terhadap larangan Allah s.w.t. dan pada masa yang sama alam sekitar tetap
terjaga dan terpelihara.

Manusia sebagai khalifah juga perlu bersifat ihsan ke atas alam sekitar. Ihsan
bermaksud merasakan diri sedang melihat Allah s.w.t. ketika melakukan ibadah. Jika tidak
mampu, sesungguhnya Allah s.w.t. sedang melihat dia. Dalam konteks ini, setiap interaksi
manusia terhadap alam sekitar akan lebih terjaga jika merasakan bahawa diri sentiasa dalam
pengawasan Allah s.w.t..

Selain itu, Allah s.w.t. memerintahkan manusia supaya menghormati makhluk-
makhluk ciptaaNya yang lain. firmanNya dalam al-Quran yang bermaksud,

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak
seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan
mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun
di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan

16
Al-Baqarah:205

[Penjagaan Alam Sekitar berdasarkan Aspek Kerohanian]
9

dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima
balasan)
17


Dalam ayat di atas, Allah s.w.t. menceritakan tentang kewajipan melakukan kebaikan
terhadap makhluk ciptaanNya. Antara contoh yang boleh diambil, terdapat kisah semut pada
zaman Nabi Sulaiman a.s. yang dicatatkan di dalam al-Quran di mana semut tersebut
menyuruh rakan-rakannya masuk ke dalam sarang supaya tidak dipijak oleh tentera-tentera
Nabi Sulaiman. Kisah ini jelas menunjukkan bahawa serangga kecil seperti semut juga tahu
tentang hakikat kehidupan dan kematian.
18
Oleh itu, sebagai insan yang mendapat taklifan
khalifah daripada Allah s.w.t., manusia seharusnya perlu menghormati setiap hidupan di atas
muka bumi ini sebagai hamba dan makhluk ciptaan Allah s.w.t..

5.0 Penutup

Manusia merupakan makhluk Allah yang paling sempurna ciptaannya berbanding makhluk
lain. Manusia dikurniakan akal fikiran dan dengannya, manusia akan membuat pertimbangan
sebelum melakukan sesuatu perkara.

Walau bagaimanapun, kadangkala akan wujud kecelaruan pertimbangan antara akal dan nafsu
dalam jiwa manusia. Kecelaruan itu akhinya akan memberi kesan negatif kepada makhluk
keseluruhannya dan seterusnya menimbulkan krisis alam sekitar.

Islam menuntut keseimbangan dalam setiap perkara yang dilakukan. Pada masa sama, ia
menuntut agar kegiatan manusia tidak memberi kesan negatif kepada kualiti kehidupannya
dan masyarakat sekeliling termasuklah alam sekitar. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu
(kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan
bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah
(kepada orang lain) seperti Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan

17
Al-Anam:38
18
Mikdar Rusdi (2010)

[Penjagaan Alam Sekitar berdasarkan Aspek Kerohanian]
10

janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan."
19


Oleh itu, sebagai pemegang amanah Allah s.w.t., manusia seharusnya menjalankan
tanggungjawab dengan berlaku adil dan ihsan terhadap alam sekitar. Keazaman yang tinggi
untuk memelihara alam sekitar perlu ada dalam diri setiap individu supaya tidak menjadi
salah satu penyumbang kepada kemusnahansumber alam.


************************************************






















19
al-Qasas:77

[Penjagaan Alam Sekitar berdasarkan Aspek Kerohanian]
11


6.0 Bibliografi

Zaini Ujang (1993), Islam dan Alam Sekitar, Kuala Lumpur, Institut Kajian Dasar.

Dr. Muqdad Yaljan (1986), Peranan Pendidikan Akhlak Islam dalam Membangun Peribadi,
Masyarakat dan Budaya Manusia, Kuala Lumpur, Penerbitan Pusaka Antara.

Mikdar Rusdi (2010), Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar menurut Perspektif Al-
Quran, Johor, Penerbit UTHM.

Mohd Zuhdi Marsuki&Amer Saifude Ghazali (2002), Etika Alam Sekitar daripada Perspektif
Islam, Timur dan Barat, Kuala Lumpur, Percetakan Cergas (M) Snd. Bhd..

Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (1993), Monograf Forum Sebagai Memperingati Deklarasi
Langkawi sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia 1993, Kuala Lumpur,
Jabatan Alam Sekitar.