Anda di halaman 1dari 4

Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor


belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa
gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang
indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-
bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia,
kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu
berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang
akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari
satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai
ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama,
kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di
taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi
bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-
rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang
sibuk mencari makanan dan berpindah untuk
berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak
percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik
menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama
menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana
keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang
terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya
tiada makanan.

Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari
makanan, katanya dalam hati. Belalang berbaring
semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap
turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana
tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari
makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang
jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui
keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan
berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari
sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat
terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil
di rumah.

Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada
belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan
pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain
untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh
dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar
nasihat daripada rakannya.


Diubahsuai dari buku Baiknya Kawan
Posted by Dakecikat 10:13 PM3 comments:
SATURDAY, MARCH 8, 2008









Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya
seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun
kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang
pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu
api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa
dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang
pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya,
kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit
mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua
menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur
seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia
berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas
kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam
sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan
kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari
takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si
tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua...
kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-
benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi
menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang
tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke
dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si
paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada
situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan
kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak
emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan
timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si
tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari
terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu
menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya
kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya
kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan
kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya
kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke
rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si
isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

Anda mungkin juga menyukai