Anda di halaman 1dari 1

DELCROZe

Kuliah
Pembentangan
Hakcipta Terpelihara 2011
Website : http://www.pgsrmuzik08iptho.net ::Email : siswasiswi@pgsrmuzik08iptho.net
WEBMASTER: Cikgu Zaedi Ahmad (No. Tel: 0197978873)
Lulusan Konservatori Vienna dan Swiss. Mempunyai latar belakang muzik tradisional yang kuat.Dilantik sebagai
Professor harmoni di Konservatori Muzik Geneva ketika berusia 25 tahun. Ibunya, Pestalozzian seorang guru
muzik."Dalcroze Eurhythmic" adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam
muzik.Komponen asas Dalcroz ialah:
1. Euritmik
2. Solfege
3. Improvisasi
Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan
pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin,
penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula
dengan kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, university dan orang
dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan seumpamanya.
Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-keinginan asas kanak-kanak.
Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan kanak-kanak:
" Untuk bergerak
" Berjaya dan diperkenalkan
" Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat
" Untuk bersaing
" Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik
" Untuk mengembara
" Memperoleh kepuasan kreativiti
" Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama
" Untuk mengetahui
Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam teorinya iaitu "Theory of multiple
interlligences". Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7 "theory of multiple interllegences" dalan teori Gardner.
Oleh itu muzik dengan gerakan adalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga
prosos asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.
Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana tidak menguasai dan
memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa
alat muzik. Beliau berusaha untuk membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat
muzik.Berbagai usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami muzik
adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.
Euritmik (eurhythmic)
Ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik.Tubuh badan
menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau
suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahan-bahan penting yang
boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan
perasaan.Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.
Euritmik memerlukan keupayaan mempamirkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta tindak
balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti
nyanyian atau muzik instrumental (muzik tanpa nyanyian).
Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh.Ia melibatkan penyatuan minda anggota badan serta
emosi secara total dimana individu perlu:
" Mendengar
" Merasai
" Berimaginasi
" Mengintrepetasi bunyi
" Bertindak/respon/bergerak
" Membayangkan maksudnya secara luaran
Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur muzik seperti irama, detik,
tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan
terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi.
Solfa (solfage)
Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan perbezaan
kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-hearing) dapat mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran
dalaman ialah keupayaan membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu
seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.

Improvisasi (improvision)
Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak isyarat tangan untuk
menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama
adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan
oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan

Anda mungkin juga menyukai