Anda di halaman 1dari 5

Reka bentuk dan penghasilan projek

Faktor Reka Bentuk


1. Reka bentuk merupakan factor yang penting dalam mengeluarkan
sesuatu projek.
2. Pengguna hari ini bijak dalam proses pemilihan barangan keperluan
mereka.
3. Pengguna akan memilih barangan yang berkualiti tinggi dan yang
mempunyai reka bentuk yang terkini.

1.1 Faktor Utama Reka Bentuk.
Antara factor utama reka bentuk termasuklah:
1. Fungsi projek yang dihasilkan mesti berfungsi dengan sempurna,
selain menepati kehendak dan keperluan pengguna serta mempunya
fungsi yang boleh dipelbagaikan.
2. Reka bentuk rupa bentuk haruslah terkini, dapat menarik minat
penggua, serta praktikal.
3. Kesesuaian bahan - bahan untuk menghasilkan projek perlu sesuai
dengan fungsinya, mudah diperolehi, murah dan tidak melebihi kos.
4. Ketahanan projek yang dihasilkan mestilah tidak mudah rosak dan
tahan lama.
5. Kos produk haruslah berpatutan dan tidak membebankan pengguna.
6. Kemasa haruslah menarik, sesuai dengan bahan, dan fungsinya.
7. Keselamatan sesuatu projek haruslah selamat digunakan, tiada kesan
sampingan serta mesra alam.
8. Nilai komersial - projek yang dihasilkan haruslah berdaya maju,
berdaya saing, serta memenuhi cita rasa pengguna.

1.2 Jenis Bahan dan Pengikat
1.2.1 Jenis Bahan
Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh didapatkan dari pasaran untuk
membuat projek. Jadual di bawah menunjukkan saiz, sifat, dan keterangan
tentang bahan.
Bahan, Saiz, dan Sifat Keterangan
Aluminium
Saiz yang didapati adalah 91.4
cmX 182.8 cm dan 122 cm X
244 cm.
Ia lembut, ringan, mudah
dibentuk, tidak berkarat,
tidak mencemar, serta tidak
boleh dipateri dengan pateri
lembut.
Diperoleh daripada bauksit
Pengalir elektrik yang baik.
Digunakan untuk membuat
bahagian enjin, kerangka pintu,
perabot, alatan memasak dan
sebagainya.
Bole didapati dalam pelbagai
tolok ketebalan
Keluli lembut
Saiz yang didapati adalah
609.6 cm X 13 cm hingga
609.6 cm X 91.4 cm
Ia berat, mudah berkarat,
boleh dipotong dan dibentuk,
dan boleh dikimpal.
Tidak sesuai dijadikan
peralatan seperti pisau,
parang, cangkul kerana lembut
dan tidak tajam
Diperoleh daripada campuran
bes dan karbon.
Dikenali sebagai keluli
berkarbon rendah.
Digunakan untuk membuat atap
zinka, tin minyak, tin susu,
paku, dawai, gril, pintu pagar,
dan sebagainya.
Perspek
Saiz yang boleh didapati
adalah 122 cm X 244 cm dan
61 cm X 122 cm
Permukaannya licin, bersih,
tidak mencemar, tidak
berkarat, ringan, mudah
dipotong
Tidak tahan lama.
Boleh didapati dalam pelbagai
warna dan ketebalan.
Digunakan untuk membuat plat
kenderaan, bekas air,
cenderamata, perabot, dan
sebagainya
PVC PVC adalah singkatan polyvinyl
Saiz yang didapati ialah yang
bergaris pusat 13 mm. 19 mm,
25 mm.
PVC ringan, tidak berkarat,
tidak mudah pecah, tidak
tahan haba, mudah dipotong,
dan mudah dibentuk
chloride.
Boleh didapati dalam bentuk
paip.
Digunakan untuk membuat paip
air, paip pendawaian elektrik,
kepada paip, perabot dan
sebagainya

1.2.2 Jenis- jenis Pengikat.
Jenis- jenis pengikat dan keterangannay adalaha seperti berikut:
Bahan Keterangan
Ribet Diperbuat dari kuprum, keluli
tahan karat, dan aluminium
Saiznya ditentukan oleh garis
pusat batangnya.
Saiz yang biasa adalah 2.4 mm,
3.2 mm, 4.0 mm dan 4.8 mm
Panjang batangnya adalah 3
mm pada peringkat pendek, 6
mm pada peringkat sederhana
dan 1 cm pada peringkat
panjang.
Ribet digunakn untuk membuat
cantuman secara kekal.

Glu panas Boleh didapati dalam bentuk
batang.
Saiz yang biasa adalah 13mm X
300 mm panjang.
Ia mudah digunakan dan cepat
kering.
Digunakan untuk membuat
cantuman secara kekal
Digunakan pada kayu, logam,
dan plastic

Skru benam sendiri Diperbuat daripada keluli
lembut
Saiznya antara 6mm hingga 63
mm panjang
Digunakan untuk membuat
cantuman separa kekal
Sesuai digunakan untuk
mencantum kepingan logam
kayu dan perspek.
Latihan
1. Berikan 8 faktor utama reka bentuk.









2. Berikan 2 contoh bahan yang digunakan untuk membuat projek.




3. Berikan kelebihan membuat projek dengan menggunakan aluminium
sebagai bahan.




4. Berikan singkatan polyvinyl chloride.


5. Berikan contoh bahan yang digunakan untuk membuat ribet.

Anda mungkin juga menyukai