Anda di halaman 1dari 2

Membuat Kemasan

1. Jenis kemasan yang dipilih mestilah sesuai dengan projek yang hendak disapu.
2. Kemasan Perlu dibuat dengan cermat untuk mendapatkan hasil yang cantik.
3. Panduan menggunakan kemasan adalah seperti yang berikut.

Menggunakan Cat licau
1. Permukaan yang hednak disapu cat licau mestilah bersih bebeas daripada habuk,
minyak, gris atau habuk.
2. Jika digunakan pada permukaan kayu, sapukan cat alas terlebih dahulu.
3. Jika digunakan pada permukaan logam, sapukan cat anti karat terlebih dahulu.
4. Gosok permukaan projek dengan kertas las dan sapu cat.

Menggunakan cat sembur
1. Permukaan yang hendak disembur mestilah bebas daripada habuk, minyak, atau
gris.
2. Goncang tin cat semburan beberapada kali.
3. Semburkan cat ke permukaaan projek pada jarak 30 cm.
4. Selepas cat mongering, ulang proses semburan sehingga mendapat hasil yang
dihendaki.

Menggunakan syelek
1. Lelas permukaan projek sehingga licin dan rata.
2. Sediakan bancuhan syelek secukupnya.
3. Gunakan berus syelek yang sesuai dan sapukan syelek pada projek.
4. Untuk mendapatkan hasil kemasan yang memuaskan, syelek hendaklan disapu
sehala dengan ira kayu.
5. Biarkan projek mongering dan gosok dengan kertas las halus atau kertas las yang
digunakan.
6. Sapukan lapisan kedua dan seterusnya sehingga mendapat hasil yang dihendaki.

Menggunakan varnis
1. Pastikan permukaan projek bhebas daripada kotoran.
2. Sediakan larutan varnis dan sapukan pada projek.
3. Biarkan projek mongering dan gosok dengan kertas las.
4. Sapu lapisan kedua dan ulang proses di atas sehingga mendapat hasil yang
dikehendaki.

Menggunakan tona kayu
1. Sediakan permukaan projek.
2. Sediakan larutan tona kayu.
3. Sapu tona kayu dengan berus pada projek.
4. Biarkan projek mongering dan gosok dengan kertas las halus.
5. Sapukan lapisan seterusnya sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Menggunakan Pelekat
1. Permukaan yang hendak dipasang pelekat mestilah bersih, bebas daripada minyak,
gris, dan kotoran.
2. Sapukan glu sentuh atau give PVA jika pelekat tidak berglu.
3. Pasangkan pelekat pada projek.
4. Jika pelekat itu lebar, mulakan proses memasang dari bahagian tengah pelekat ke
bahagian tepi.
5. Gosok pelekat dengan cermat supaya udara yang terperangkat dapat ditolak
keluar.
6. Untuk menjadikannya kalis air, semburkan lekar jernih ke atas permukaannya.

Latihan
1. Bagaimanakan udara yang terperangkap dalam pelekat dikeluarkan?
2. Bagaimanakah pelekat dapat ditukarkan kepada yang kalis air?
3. Bagaimanakah hasil kerja kemasan syelek yang memuaskan dapat dihasilkan.
4. Berikan jarak dari permukaan projek apabila menggunakan cat sembur.
5. Mengapakan cat alas perlu disapukan terlebih dahulu sebelum meletakkan cat
licau kepada kerja kayu.

Anda mungkin juga menyukai