Anda di halaman 1dari 2

SOALAN BENGKEL

KUMPULAN 1
Ali merupakan ahli Kelab Bola Sepak di sekolahnya. Beliau ingin mengelolakan satu pertandingan
antara kelas di sekolah itu. Dalam merancang pengelolaan tersebut, beliau telah membentuk satu
jawatankuasa pengelolaan.
a) Jelaskan bidang tugas mana-mana dua daripada ahli jawatankuada berikut:
i. Pengerusi
ii. Timbalan pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Bendahari
[ 4 markah ]
b) Rancangkan pelan tindakan untuk mengelolakan pertandingan berdasarkan tindakan:
i. Sebelum pertandingan
ii. Semasa pertandingan
iii. Selepas pertandingan
[ 6 markah]

Rajah menunjukkan system endokrin








a) i. Nyatakan hormone yang dirembeskan oleh kelenjar yang bertanda P dan S [ 2 markah]
ii. Nyatakan fungsi hormone berdasarkan jawapan di atas. [ 2 markah]
b) i. Terangkan bagaimana lebihan hormone kelenjar adrenal mempengaruhi tindak balas atlet.
[ 3 markah ]
ii. Terangkan bagaimana lebihan hormone kelenjar tiroid mempengaruhi tahap
kebimbangan atlet. [ 3 markah ]

Rajah menunjukkan seorang atlet sedang melakukan satu aktiviti fizikal.










a) Terangkan dua proses fisiologi yang mungkin dialami oleh atlet itu sekiranya berlaku
kehilangan cecair dan elektrolit badan. [ 4 markah ]
b) Huraikan satu peringkat risiko kecederaan yang mungkin dialami oleh atlet itu jika berlatih
dalam tempoh masa yang panjang dan berintensiti tinggi. [ 4 markah ]
c) Rancangkan langkah-langkah keselamatan yang membantu mengelakkan atlet itu
mengalami kecederaan yang dihuraikan di atas. [ 2 markah ]

Rajah di bawah menunjukkan aksi-aksi seorang atlet melempar cakera.








a) Terangkan satu jenis daya yang wujud semasa fasa atlet itu membuat putaran. [2 markah]
b) Terangkan bagaimana atlet itu dapat menghasilkan daya maksimum supaya lemparannya
menghasilkan jarak yang jauh. [ 8 markah]